Sejak kebelakangan ini telah menjadi satu kegilaan untuk membongkar aib golongan agama. Ababila golongan agama yang biasanya dipanggil ustaz atau yang lebih ke atas lagi digelar ulama' dibedal @ dihentam sungguh - sungguh. Keaiban rumahtangga mereka dibongkar dan disebarkan biar pun tidak tahu lagi benar atau salah.
Ust Akil Hayy dibongkar aib sehingga isterinya yang meminta fasakh ditawar pula menjadi model. Tengok - tengok jadi model dalam Mingguan Wanita.
Dalam minggu ini juga seorang ustaz, iaitu Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis dikatakan sebagai seorang yang gila seks oleh media. Mengapa? Apakah benar?
Jika kita meneliti secara terperinci, media memang gemar kepada berita sensasi seperti ini untuk mendapatkan hits yang lebih. Benar salah, dosa pahala tolak ke tepi, itu tak penting. Janji akhbar mereka laris. Yang menghairankan mengapa berita atau hujah yang patut didengar oleh mahlakamah/ Kadi dibentangkan kepada masyarakat. Majoriti masyarakat akan berbangga jika dapat menghentam ustaz atau ulama'. Seolah - olah satu kemenangan kepada mereka. Sebab selama ini ustaz ini menasihati mereka, jadi kalau dapat bongkar rahsia dan ditokok tambah lagi, rasa seperti satu kemenangan kepada mereka. Sepatutnya kita kena cari kebenaran terlebih dahulu, bukannya menghentam tanpa akhlak. Yang lebih malang, ada bloggers PAS juga memainkan peranan penting.
Janganlah kita bangga dapat memalukan orang lain, nescaya Allah akan membuka aib kita di akhirat kelak. Kekadang tomahan kepada para ustaz atau ulama' ditulis sehingga tidak logik akal. Ini persoalan yang harus difikirkan. Seperti ada satu perancangan yang ingin memalukan institusi Islam itu sendiri.
Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, hormat - menghormati, itu yang terbaik. Jangan menulis untuk memuaskan hati sendiri tetapi menulis untuk mendapatkan kebenaran. Itulah nasihat untuk diri saya dan sesipa yang berkeinginan kepada nasihat.
No comments:
Post a Comment