Tanggal 14hb Julai 2009, Manek Urai akan menyaksikan pemilihan dan sudahpastinya dapat YB baru. Hanya 2 parti, samada PAS atau UMNO. Penentuan akan diundi oleh penduduk Manek Urai yang berusia 21 tahun dan ke atas. Dan tidak lupa juga kepada beberapa kerat pengundi hantu, mungkin di bawa masuk dari Kemboja, Siam, dan entah dari mana - mana lagi.
Manek Urai kan didendangkan dengan pelbagai isu samada dari PAS atau UMNO. Rasa - rasanya dalam pilihanraya kali ini, UMNO kena banyak bertahan dan PAS akan menyerang. Banyak persoalan tergantung dan tidak selesai samada di peringkat Nasional dan Negeri. Bagi Kerajaan Negeri yang selama ini diperintah oleh PAS, mungkin agak mudah memberi penerangan dan ruang yang ada memberikan persaingan yang hebat. Isu utama pastinya isu setempat, isu royalti Minyak Kelantan. Isu bahasa, PPSMI dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebaik - baiknya.
UMNO pula tidak akan menyerah kalah mudah kerana secara tidak langsung, keputusan ini menggambarkan sokongan Melayu kepadanya. Mungkin kalau kalah, alasan Melayu Kelantan dijadikan alasan. Biarpun Melayu Kelantan atau Melayu mana sekalipun, tetap sama. Sama makan nasi, Sama dalam mencari kehidupan, sama dalam beragama, sama inginkan kebahagiaan dan kesenangan, sama nak sihat, sama nak cari perlindungan, sama nak pemimpin yang berjurus, sama nak kebaikan, sama sebab semuanya dari keturunan Adam. Hanya ciptaan UMNO kerana ketewasannya di Kelantan. Itulah politik pecah dan perintah. Bila dipecahkan pasti tidak bersatu. Bangsa tidak bersatu, mudah diperintah. Konon digambarkan Melayu Kelantan berbeza hanya mainan UMNO sahaja.
UMNO nak menang agak payah, kata kata TUK JIB sendiri. Tapi bagi saya tak payah. UMNO kena berjurus, lebih jujur. Kembalikan royalti minyak Kelantan, rasanya isu ini akan menarik dan banyak membantu. Orang Kelantan pun sama macam orang lain, nak hidup nak cari makan. Apalah salahnya, jika Negeri Kelantan ada minyak, bagi royalti, naikkan industri minyak di Kelantan cam Terengganu. Pasti banyak peluang pekerjaan di Negeri Kelantan. Bukan sahaja orang Kelantan dapat untung, bahkan ramai rakyat Malaysia dapat peluang pekerjaan. Anak muda Kelantan dapat bekerja di tempat sendiri, tak perlu berhijrah di tempat lain. Rakyat Negeri lain dapat ke Kelantan mencari pekerjaan. Kata - kata orang Kelantan suka berhijrah hanya pelawak bodoh sahaja. Tiada orang yang suka keluar dari tempat sendiri jika ada ruang kehidupan.
Kalau UMNO nak menang, rakyat Kelantan ramai orang Melayu, dah pasti isu PPSMI dan bahasa Inggeris mencuit hati. Kesannya juga besar kerana yang jadi mangsa utama PPSMI dan Bahasa Inggeris adalah orang Melayu. Lagipun Manek Urai kawasan perdalaman. Hapuskan PPSMI dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Gerenti menang. Bukan sahaja orang Manek Urai, bahkan seluruh rakyat Malaysia akan bergumbira.
Semua orang tahu, Kerajaan Negeri selalu dianakangkatkan oleh Kerajaan Pusat. Kembalikan hak mereka, jangan sisihkan Kerajaan Kelantan yang dipilih oleh rakyat. Jangan menghukum rakyat Kelantan kerana memilih PAS sebagai parti yang memerintah Kerajaan Negeri.
Rasanya jika UMNO sanggup buat cadangan di atas, Manek Urai akan kemballi ke UMNO. Bukan sahaja Rakyat Manek Urai dapat keuntungan, bahkan Rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia semua dapat untung. Barulah ada harapan UMNO boleh menang. Tak perlu bagi duit kat pengundi, tak perlu habis juta - juta. Kuasa perunding ada pada UMNO, cuma sanggup ke tak sanggup.
Tapi mungkin juga rakyat Manek Urai setia dengan PAS, tetap bagi undi di Manek Urai. Tak siapa yang tahu. Walaubagaimanapun akan menggembirakan orang Melayu khususnya.
Dan tak salah kalau berbuat kebaikan. Nescaya Allah memberikan ganjaran. Rakyat akan ingat UMNO nak buat baik. Jadi UMNO tetap tak rugi.
No comments:
Post a Comment