Krisis Perak belum habis lagi, menanti dengan penuh debar samada DUN Perak dibubar atau tidak? Pimpinan UMNO tengah pening kepala, nak hadapi pilihanraya. Zaman dah berubah, dah tak sama macam dulu. Seingat saya dulu, kalau letak lembu pun, janji bawak lambang BN pasti menang. Sekarang belum tentu, sesilap haribulan bawak lambang dacing + keris + MCA + MIC, tengok pun orang dah meluat. Manusia berubah, semua benda berubah. Perubahan satu sunnatullah bila tiba masanya.
Di tengah - tengah kemelut politik ini, tiba - tiba bergegar pula dalam Parti PAS. Kecoh pulak pasal masalah ulama' dan professional. Hingga ada ulama' yang menuduh golongan lain mengamalkan rasuah wang. Media perdana apatah lagi terus ambil kesempatan, cari isu. Ada pula pendokong ulama' tersebut, terus kata tak boleh pertikai, ini kata - kata ulama', Ulama' tak menipu. Lagi ke haru.
Entah lah, betul ke salah, kita serahkan pada Allah. Mungkin ada khabar angin atau hearsay kata Oghang Putih.
Saya tak berani nak komen ulama', nanti dikatakan menentang ulama'. Tetapi bagi saya ulama' pun manusia seperti kita. Takrifan ulama' dari segi bahasa adalah orang yang berilmu, dari segi agama pula, orang berimu khusus dalam bidang agama. Jadi takrifan ulama' ini sebenarnya amat longgar. Hanya Allah yang mengetahui siapa sebenarnya ulama'. Kalau nak dikira ilmu agama, dalam UMNO pun ramai ulama'. Tetapi ulama' sebenarnya, bukan sekadar mengajar agama, bukan sekadar berpakaian, bukan sekadar lulusan Azhar, bukan sekadar mengaji pondok seperti yang kita andaikan. Bab amalan pula hanya diri dan Allah yang lebih mengetahui, siapa yang lebih beramal dan bertaqwa. Sebab kalau di Barat, jarang sangat kita tengok ulama' berserban atau berjubah. Tetapi kefahaman agama mereka, ilmu, jiwa Islam serta pengorbanan mereka jauh dari yang pernah dilihat di Malaysia. Di Mesir pun begitu juga. Di banyak negara lain pun begitu. Cuma di Tanah Melayu, pandangan masyarakat melihat ulama' mesti beserban, berjubah. Nak buat macam mana itu pandangan setempat.
Nampak gayanya, kini, ulama' pun berminat nak pegang jawatan. Maka bergemalah 'Ulama' pewaris nabi'. Entahlah rasa - rasanya yang selok (berminat) sangat ni, rasanya pasti bukan ulama' sejati.
Pemimpin bukannya dari golongan ulama'. sejarah membuktikan, hatta Umar Abd Aziz bukan ulama', Sallahuddin Ayubi bukan ulama'. Gerakan islam sohor di dunia pun banyak tak meletakkan ulama' sebagai pimpinan. Yang penting mereka faham Islam dan sanggup berkorban demi Islam.
Hatta ulama' tersohor seperti Imam 4 mazhab dan Hamka sendiri tidak mencampuri urusan pentadbiran. Jiwa mereka jelas dan menerangkan Islam tanpa mengira tempat, masa dan pengorbanan nyawa. Ini bermakna ada ulama' yang mampu memimpin masyarakat tetapi ada jua yang tidak berkemampuan. Tiada satu hadis pun mewajibkan pimpinan mestilah ULAMA'.
Mungkin yang mempelopori sebenarnya bukan ulama' atau cuma strategik untuk menolak golongan lain. Yang lebih malang lagi, di dalam keadaan masyarakat baru ingin mengenali PAS, maka wujudlah golongan ini. Mungkin ini permainan pihak musush yang berjaya mempengaruhi golongan yang mengiktiraf diri mereka ulama', agar rakyat merasa sangsi dengan PAS. Tidak mustahil. Musuh akan berbuat apa sahaja. Akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
PAS tersusun dengan adanya Dewan Syura ULama', pengiktirafan ulama' sebagai badan penasihat tertinggi tidak dinafikan. Jadi mengapa perlu pimpinan politiknya perlukan ulama' juga. Apakah Dewan Ulama' tidak mampu menasihati pimpinan politik mereka?
Kesimpulannya, propaganda sekarang dimainkan oleh golongan yang berminat dengan jawatan dan berselindung disebalik watak ulama'. Itulah andaian orang awam yang melihat politik.
Ulama' sejati tidak mengejar pangkat dan jawatan, hanya dicari keredhoan Ilahi. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment