Monday, February 2, 2009

HADIS BERKAITAN PALESTIN, RENUNGKAN LAH.

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)
Rasulullah telah memberitahu kita, apa yang akan berlaku di Palestin sepanjang zaman. Maka tidak hairan apa yang telah dijanjikan telah dan sedang berlaku. Mungkin kita kurang bernasib baik kerana tidak dilahir, dibesarkan atau bermastautin di sana. Ini tidak bermakna kita gagal mendapat apa - apa ganjaran dari Allah. Apakah peluang termasuk ke dalam golongan yang sentiasa berjuang bersama - sama kebenaran.
Renungilah pula hadis yang umatnya untuk sentiasa membela saudara muslimnya, yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Palestin dan Gaza telah diserang kini, maka janganlah kita sekadar berdiam diri. Peganglah apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Inilah masanya kita membantu mereka sedaya upaya kita. Janganlah kita masih lalai, jadilah golongan yang membuat sesuatu walaupun sedikit. Kita tidak boleh membiarkan alasan - alasan duniawi mengikat kita. Bantulah mereka nescaya Allah akan membantu kita semasa kesusahan. Apalah nilai kita sekiranya Allah tidak membantu. Berpeganglah dengan Al Quran dan hadis, insya'allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Jadilah orang yang beriman seperti yang dikalamkan, “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

No comments: