Ramadhan, bulan yang ditunggu. Ramadhan, bulan menginsafi diri. Masjid menganjurkan terawih dan more. Ada pejabat Kerajaan yang bertadarus di pagi - pagi, mungkin sebagai menghormati Al Quran. Individu yang tidak pernah kita lihat di surau dan masjid juga memunculkan diri. Alhamdulillah, barakahnya Ramadhan.
Tetapi segalanya hancur, apabila tiba hampir waktu berbuka. Ramadhan bukannya bulan berjimat, kebiasaannya belanja akan bertambah dan pembaziran lagi kelihatan. Kuih, Nasi dan Lauk pauk yang beraneka warna, pastinya akan menggoda nafsu makan di waktu sedang lapar. Abis diborongnya, biarpun harga yang ditawarkan cukup mahal. Apabila waktu berbuka, banyak yang tidak dapat dimakan atau telah kenyang. Itulah pengaruh nafsu ke atas kita. Mungkin Ramadhan kali ini, kita berazam agar tidak terlalu kerap ke Pasar Ramadhan. Pasar bukannya tempat yang disykai oleh Rasulullah. Jika tiada keperluan, lebih baik tinggal di rumah bertadarus. Sekadar untuk berjalan - jalan, hanya tanda lemahnya iman kita.
Bagi orang yang ada kuasa, nescaya jemputan bufet lagilah hebatnya. Di hotel dilayan oleh pelayan wanita yang manis - manis. Maka sudah tentu ramainya yang berminat dan tertarik. Sebab banyak hotel - hotel yang fully booking dan mendapat keuntungan berlipat ganda di bulan Ramadhan ini. Betapa mewahnya rakyat Malaysia, bufet yang berharga RM50 - 150 per kepala, pun mampu dibayarnya. Tetapi untuk bersedekah dan memberi makan orang yang lebih memerlukannya akan berkira. Itulah tahap Islam kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang ada kuasa, kedudukan dan pengaruh. Malangnya tiada pula Mufti - mufti yang sanggup berfatwa. Apatah lagi Majlis Fatwa? Nak tahu kenapa? Sebab diorang pun seronok berbuka di hotel @ takut nak berfatwa kerana gaji dibayar oleh orang yang suka maksiat. Itulah tahap Islam dan Iman Mufti dan ahli Majlis Fatwa di Malaysia. Orang yang diamanahkan memegang kesucian Islam, yang dibayar gaji bulanan pun tak mampu, apatah diharapkan pada orang awam. Itulah sebenarnya realiti Islam di Malaysia. Mungkin inilah Islam yang diinginkan oleh Barat dan Yahudi. Dan kita yang menjayakannya.
Ramadhan kali ini, berazamlah, jauhilah pembaziran, jauhilah salah guna kuasa, jauhilah maksiat, jauhilah segala yang mungkar. Itu sebenarnya lebih baik dari kita berterawih sepanjang malam.
Jadilah Ramadhan kali ini, seolah - olah Ramadhan terakhir bagi kita. Insya'allah akan lebih bernilai dan berharga.
No comments:
Post a Comment