Sunday, August 23, 2009

PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT

Bulan mulia ini menyaksikan pengkhianatan terbesar kepada amanah dan perjuangan rakyat. Terjadi di Negeri Kedah, Lunas, seorang Exco dan Adun membuat keputusan paling bodoh dalam hidupnya apabila keluar PKR dan menjadi calun Bebas. Strategi yang sama seperti dibuat oleh 2 orang perasuah seks terbesar di Negeri Perak.
Apabila keluar parti sudah pasti jawapannya jelas, untuk menjatuhkan parti dan Kerajaan Kedah yang terbina. Apa habuannya hanya Allah dan Dia yang mengetahui. Dari ceritera beliau juga seorang yang bermasalah, dari pribadi hingga amanah yang ditanggungjawabkan.
PKR tidak akan tumbang kerana seorang yang bermasalah, tetapi Kerajaan Kedah boleh tergugat jika dibiarkan berterusan. Mungkin bagi PKR, sebenarnya adalah lebih baik orang seperti ini keluar dari parti, cuma masanya sahaja yang tidak sesuai. PKR perlu mengambil iktibar, pemilihan yang tidak benar dan tepat hanya akan merugikan Parti sendiri. Mungkin pemilihan calun di masa hadapan perlu dilihat dan disiasat dengan teliti. Jangan main terima sahaja nama calun yang dihantar dan dicadangkan. Mungkin PKR, parti baru masih belum punya banyak pengalaman. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Masalah calun, UMNO pun hadapi masalah yang sama. Hatta PAS pun berhadapan dengan masalah sama sehingga tahap pimpinan pun masih keliru. Itulah sebenarnya penangan harta kepada manusia. Tiada parti yang boleh mendabik dada, mampun menolak harta dan kuasa.
Kesimpulannya, biar sebaik mana kita masih belum mampu menolak harta dan kuasa. Apatah lagi jika kita bukan orang baik - baik, berlipat ganda mahukan dan sanggup membuat apa sahaja demi HARTA DAN KUASA.
Apakah Strategik UMNO akan berguna, jawapannya mudah, Lihat Permatang Pasir hari esuk, itulah pilihan rakyat.

No comments: