Tuesday, August 25, 2009

KARTIKA, SEBAT DAN GERUNNYA MUNAFIK

Kartika Sari, nama yang menggegarkan pentas Mahkamat Syariah. Kesalahan minum arak dan dihukum sebat 6 kali. Biarpun tidak banyak dan sebatan tersebut tidak menyamai sebat yang diwar - warkan untuk penjenayah di Malaysia. Tetapi itulah peraturan Syariah akibat minum arak di Pahang.
Dan menariknya kes ini dihukum oleh Mahkamah di Pahang (Negeri yang diterajui oleh BN). Dan yang menarik lagi, Si Penerima hukuman ini redho di atas keputusan tersebut dan sanggup dihukum kerana takutkan hukuman Allah di akhirat nanti. Hukuman yang diterima di atas kesedaran adalah berbeza dengan hukuman yang ditentang. Itulah manisnya hukuman Allah, kesedaran dan ketakutan kepada hari Akhirat menjadikan pesalahnya akur dan redho. Hatta keluarganya juga menyokong.
Tetapi dihari yang sepatutnya akan berlaku mulanya hukuman, maka rupa - rupanya ada puak yang tidak suka kepada hukuman kepada orang minum arak. Arahan dari pihak atasan, dengar khabar campur tangan Peguam Negara seperti dimaklumkan oleh akhbar - akhbar tempatan. Atas alasan menghormati bulan Ramadhan.
Barulah kita tahu, rupa - rupanya Peguam Negara ini orang yang menghormati bulan Ramadhan. Sudah pasti bila menghormati bulan Ramadhan, pengisiannya paling dioutamakan. Sudah pasti Peguam Negara seorang yang wara', tidak ke hotel berbuka puasa, banyak beriktikaf di Masjid, berzikir dan membaca Al Quran. Entah lah benar atau tidak, tetapi alasan MENGHORMATAI BULAN RAMADHAN diwar - warkan.
Sehari selepas itu, Tuk Jib, kepimpinan terbesar Negara membuat kenyataan. Menasihatkan Si Kartika agar memohon rayuan, janganlah terus redho kepada keputusan Mahkamah. Tembelang sebenar pun terbongkar.
Hukuman Syariah yang telah sekian lama digazetkan ini hanya wayang UMNO rupanya. Bila Hakim menggunakan kuasa dan memberi hukuman mengikut kapasiti undang - undang maka akan dipermainkan oleh Si Pemerintah. Biarpun Si pesalah akur, redho dan mahu dihukum, namun Pemerintah tetap campurtangan untuk cuba menggagalkannya.
Tembelang kepura - puraan atau dalam istilah agama KEMUNAFIKAN jelas dan terserlah. Hukum arak yang jelas di dalam Al - Quran, biarpun hukuman Syariah yang ada sekarang masih belum memenuhi saranan Al Quran namun telah cuba mengangkat martabat Kesalahan Arak. Malangnya pemimpin dan penjawat awam yang mengaku beragama Islam ini menentang pula secara diam - diam.
Apakah alasannya kita lihat selepas Ramadhan? Apakah benar penangguhan ini sebagai menghormati bulan Ramadhan? Atau kegentaran telah terukir di mata pemimpin UMNO? Kegentaran mungkin disebabkan tidak mampu menghilangkan ketagihan atau tidak dapat melupakan kelazatan air kencing Syaitan.
Dan di bulan Ramadhan ini sama - samalah kita berdoa moga Allah memberikan kemenangan kepada golongan yang ingin menegakkan agama Allah secara Kaffah. Dan doa agar Allah menjatuhkan kaum Munafik, menghina mereka, mengalahkan mereka, meghancurkan mereka dan jauhilah diri, keluarga kita dari menjadi Munafik.

Ya Allah, berilah kami kemenangan menentang kaum Munafik dan Kafir, Ya Allah bantulah kami, kuatkan kami. Ya Allah lemahkan Kaum Munafik dan kafir, hinakan mereka, pecah belahkan jemaah mereka, hancurkan mereka.
Ya Allah bantulah kami, hantarkanlah tentera - tentera mu membantu kami menghancurkan mereka.
Sesungguhnya ya Allah, kami adalah golongan yang lemah.
Jauhilah kami dan keluarga kami dari menjadi golongan Munafik.

No comments: