Friday, May 22, 2009

TAK TERKEJUT KEPUTUSAN MAHKAMAH

Telah diumumkan petang tadi jam 3.50 petang, Zambry MB Perak yang sah. Bagi ku bukanlah satu perkara yang pelik, sebab kalau ditengok senario selepas keputusan Mahkamah Tinggi hari itu menunjukkan keadaan yang tidak menyebelahi Nizar. Walaubagaimanapun Nizar/ PR masih mengemukakannya kepada Mahkamah Persekutuan. Sebenarnya keputusan hari ini tidak mengejutkan kerana telah diketahui sebelum Hakim memutuskan keputusan. Begitulah permainan politik durjana. Politik tidak kotor, yang kotor adalah pemainnya.
Mahkamah tempat mencari keadilan, mahkamah tidak bersalah, yang bersalah adalah hakim yang menyeleweng. Itulah kehidupan. Ada yang benar, ada yang menyeleweng. Alasan kita boleh cari, tetapi yang maha mengetahui hanya Allah. Mungkin bagi yang masih ada iman, akan berkata nanti kita bertaubat. Hanya Allah juga yang layak mengampuninya. Tetapi di dalam kes Perak, hak rakyat juga diambil. Sesiapa yang berlaku zalim kepada rakyat, terpaksa memohon maaf kepada semua rakyat. Apakah semua rakyat dengan mudah akan memaafkannya?
Penanti pula sedang menanti,tetapi malangnya BN tak letakkan calun rasmi (yang ada hanya calun bebas). Manik Urai, kawasan PR, lagilah payah nak menang. Tapi BN dah umum nak letak calun. Atau mungkin hanya perlu berjumpa Sultan dan minta diberikan sahaja kepada ADUN BN. Siapa tahu? UBN dah tak mampu nak hadapi kekalahan. Kekalahan makin meruntuhkan jiwa dan menandakan eranya dah makin berkurangan.
Jadi selepas ini kita lihatlah apa yang berlaku pula di Malaysia. Makin hari Malaysia makin lawak pula.

No comments: