Waktu belajar berenag dahulu, ingat lagi kata - kata 'coach' kalau jumpa orang lemas, jangan terus terjun, campak dulu benda terapung. Sebabnya, orang lemas tak peduli apa, dia akan bergantung pada apa sahaja. Kalau tubuh dia berat, dengan kita - kita pun ditariknya ke bawah. Ya la, orang dah nak tercabut nyawa, jadi apa boleh capai dia gunakan sebagai tempat berpaut.
UMNO umpama orang lemas, waktu PRU12 ari tu mungkin tak semua rakyat mengundi PR kerana sayang dan suka. Tetapi mungkin atas niat nak ngajar BN aja. Waktu tu terjumpa ada golongan tua yang kata, tak sangka jadi begini, kita cuma nak ubah sikit aje. Tetapi bila tengok Negeri yang PR perintah, lebih baik. Ada yang dapat air percuma. Ada yang mohon tanah puluh ribu hari waktu BN perintah, tetapi PR tak sampai satu tahun boleh tolong luluskan. Rakyat melihat pemerintahan PR lebih tulus dan memperjuangkan nasib rakyat. Tembelang BN banyak yang pecah, penyelewengan, hadiah hari jadi, hadiah suami kepada isteri dan macam - macam perkara lagi terbongkar. Semuanya guna duit rakyat. Rakyat nak berubat disuruh minta derma. Rakyat nak belajar kena buat pinjaman. Rakyat tak ada kerja, rakyat ramai yang susah, kerajaan BN tak peduli pun. Mata rakyat mula terbuka.
Bila mata rakyat mula terbuka, UMNO parti tunjang BN makin takut. UMNO tahu kalau PRU13 rasanya tak ada peluang. Jadi UMNO kena buat tendangan maut. Siapa yang maut tak tahulah. UMNO tahu MCA, MIC, dan parti komponen bukannya boleh percaya sangat, jadi kenalah berbuat sesuatu.
PR bawa konsep keadilan tanpa mengira kaum, UMNO makin tersepit. UMNO tahu tanpa politik perkauman, tiada gunanya UMNO. UMNO makin tersepit. Dah nak lemas. Jadi benteng UMNO terakhir digunakan, iaitu jentera dan keraja..an. PR diasak sekali lagi secara kekerasan. Kebiasaannya bila ada cara kekerasan, ada pula cara kelembutan. Itu lah perang saraf. Cara lembutnya pecah semula pakatan rakyat. Bila berpecah nescaya tiada kekuatan. Cari orang PAS yang lemah dan bersemangat Melayunya lebih. Dekati mereka dan goda. (Bukan goda perempuan). Itu lah strategiknya. Akhirnya ada yang termakan. PAS cuak dengan KEADILAN. Cuak pula denga DAP. Cuak mencuak mula ditimbulkan. Jika dibiarkan akan jadi larat, akhirnya PR pun berpecah. Bila berpecah 50 tahun lagi pun belum tentu dapat berkuasa. Akhirnya UMNO yang menang.
Saat ini, teknik perang saraf UMNO sedikit sebanyak telah berjaya. Lihat apa dah jadi dalam PAS. Label melabel sesama sendiri, lupa pula musuh sebenar. Ada ulama' ada professional. Golongan ulama' menuntut hak. Isu kecil diperbesarkan, Anwar dituding sebagai pemonopoli, DAP dicuak pula tentang Negara Islam.
Sebelum terlambat, PR kena muhassabah diri, rintangan sebenar masih jauh. Biarpun di dalam semua parti ada individu yang mementingkan diri sendiri. Yang sentiasa mendabik dada, dialah yang paling banyak berkorban. Ketepikan mereka. Kembali kepada matlamat asal. Laksanakan amanah sebaik mungkin, rakyat diluar akan terus menilai. Perjuangkan nasib rakyat.
Ingatlah UMNO sudah semakin lemas. Jika diturut lagunya, alamat kecundanglah kita. ALLAH tidak membantu golongan yang berpecah - belah.
No comments:
Post a Comment