Wednesday, May 6, 2009

MAT REMPIT DAN MAT RAGUT

Kebetulan pagi tadi lalu di hadapan kedai, terpandang tajuk berita dalam suratkhabar. Nak beli rasanya tidak. Jadi baca sambil lalu sahaja. Kisah Mat Ragut sebabkan kematian seorang wanita. Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga Allah menrahmati roh si mati.
Jahat sungguh Mat Ragut, kerana sanggup meragut tanpa memperdulikan nyawa orang lain.
Dalam minggu ini juga ada kisah yang berlaku di Kuantan, tragedi Mat Rempit memukul orang sampai mati. Ini lagi satu spesis yang tak memperdulikan orang lain, sanggup memukul orang sampai mati. Tak sedarkah mereka orang yang diragut atau dipukul itu mempunyai ahli keluarga dan tanggungjawab. Apa nak buat, spesis ini berlambak dalam masyarakat.
Mengapa ada Mat Rempit dan Mat Ragut? dakah mereka makhluk 'alien' atau 'predator' yang datang dari angkasa. Nescaya tidak. Mereka adalah anak - anak, saudara mara, adik beradik atau suku sakat kita. Pernahkah kita bertanya mengapa wujud golongan ini. Sekiranya dikaji, mereka mungkin golongan yang terjebak dengan dadah, tercicir dalam pelajaran, keluarga bermasalah dan pelbagai lagi masalah yang tak mampu diucapkan. Lebih mudah kita meletakkan kesalahan ini pada mereka, dari mencari jalan penyelesaiannya.
Mereka terhasil dari sistem yang rosak. Sistem keluarga, masyarakat dan politik yaung rosak.
Sistem keluarga telah lama rosak, ibubapa lebih mementingkan materialistik atau sibuk dengan urusan dunia hingga lupa mendidik anak - anak. Pengajian agama teras kepada akhlak manusia diabaikan. Apa yang diajar hanya wang ringgit, itu keutamaannya. Hatta ibubapa sanggup membesarkan anak - anak dengan wang rasuah yang dikutip (khusus bagi yang berkuasa). Ibubapa mengajar anak - anak menyalahgunakan kuasa. Ibubapa menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. A pabila mereka telah dewasa dan ditakdirkan pula tercicir dalam pelajaran, nescaya mereka akan melakukan apa sahaja demi kepuasan hati. Siapa yangk menunjukkan contoh kepada mereka?
Sistem pelajaran yang hanya mengajar untuk menjadikan manusia pandai. Kita lupa kepandaian adalah anugerah Allah. Nescaya ada yang tercicir. Yang pandai ditatang dan dipuja, yang kurang pandai dipinggir dan dicerca. Akhirnya sentiasa ada golongan yang terpinggair dalam maosyarakat.Sepatujatnya sistem sekolah mendidik menjadi manusia bukannya hanya mengejar berpuluh - puluh A. Kegagalan guru kerana sistem pelajaran.
Masyarakat kini sibuk dengan urusan sendiri. Tiada lagi tegur menegur dalam masyarakat. Jika ditegur anak atau keluarga akan therjadi perang bebsar. Masyarakat lebih suka bersendirian di dalam rumah masing - masing. Tiada lagi menegur untuk kebaikan. Masjid dan surau makin lengang, masyarakat tidak suka berjemaah. Mengapa? Kerana tak suka diganggu.
Pemimpin yang sibuk mengejar keuntungan. Faham - faham sahaja, jadi pemimpin hanya untuk 5 tahun. Jadi mencari ruang untuk mengumpul harta, bekalan masa hadapan. Tiada lagi memperdulikan nasib rakyat. Yang penting kita kaut dulu. Penguasa @ pegawai yang sentiasa korup dan mengambil peluang dari undang - undang. Mengambil hak orang lain tanpa peduli tentang kebenaran.
Kesimpulannya, MAT REMPIT DAN MAT RAGUT adalah cermin dari pemimpin, masyarakat, penguasa, ibubapa, guru dan kita. SALAHKAH MEREKA? RENUNGKANLAH.

No comments: