Friday, January 3, 2014

KEMBARA SUMATERA 1V

Danau Toba... memang menarik dan nyaman. Cuacanya dingin. Memang sesuai untuk percutian dan tempat beristirehat. Kalau nak berbulan madu pun ok. Hehehe.... Anggaran hampir 3.00 petang tiba di penginapan Pandu Lakeside. Perancangannya hendak ke Pulau Simosir tetapi terpaksa ditangguhkan. Kata si penyambut tamu di resort tersebut, kapal ke sana berakhir jam 6.00 petang. Tak sempat mahu pulang. Pergi balik udah sejam. Di atas nasihat tersebut, niat untuk ke Pulau Simosir ditangguhkan ke esok hari. Sambil di resort tersebut, bertanya juga tentang taksi ke Brastagi. Ada pekerja tersebut menawarkan taksi ke Brastagi... harga mulanya Rp 750 000. Tapi dibetulkan kemudiannya kepada Rp690000. Tak apa, tunggu dulu. Di sini konsepnya, Jangan terburu - buru. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dahulu. Jika tidak harganya melambung - lambung mahal. Hanya berjalan kaki ke jeti untuk ke Pulau Simosir. Kenderaan pun tak banyak. Semasa berjalan, ada juga tawaran dari pengusaha bot laju yang membawa untuk bersiar sekitar Danau Toba. Harganya pun tak menentu, yang paling murah Rp500000 dan yang mahal mencecah Rp700000. Ya beginilah situasai di Indonesia, tiada yang tetap. Jadi pandai - pandailah memilih. Jeti, tak jauh pun. Tapi sebelum sampai ke jeti, ada pekan kecil.. Mungkin pekan Toba. Lupa pulak nak tanya namanya. Seperti pusat pelancungan yang lain, barangan yang sama seperti cenderamata dan baju. Tiada yang menarik bagiku. Harga pun seperti biasa... pandai - pandai menawar. Setiba di jeti, berpusing - pusing melihat keindahan. Jeti terletak di kawasan Tiga Raja. Kawasan agak kotor. Deretan kedai lama tak tersusun. Cuma di Danau Toba, berhati - hati dalam memilih makanan. Tidak semua kedai halal untuk di makan. Cuma tips di sini, tengok dalaman kedai, jika ada dipamerkan ayat - ayat Quran.. maka pemiliknya Muslim. Jika tidak batalkan sahaja, cari yang lain. Ada stesen taksi di Tiga Raja. Jadi dapatlah bertanya perjalanan ke Brastagi. Harganya Rp600000. Dan diceritakan servis perhentiannya. Tiga Raja, tiada yang menarik. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar makan di sebuah Restoran. Agak menggeli hati. Walaupun rumpunnya sama tapi pengertiannya berbeza. Tapi di restoren ini ada menjual Teh tarik. Agak jarang sebenarnya. Mee kuah ditempah, yang datangnya Mee Maggi... mungkin Indo Mie... kalau nak diorder air buahnya, elok ditanya dahulu. Makanan agak pedas... bagi yang tak kuat pedas. Tapi harga makan di sini agak mahal.. makanan sebegini pun hampir mencecah Rp163000. Lebihkurang RM46.00. Mungkin tempat pelancungan kot. Di kawasan Danau Toba ini, tak besar manapun. Elok berjalan kaki sahaja. Kalau nak naik angkut - angkut, dikira Rp3000/ kepala. Kalau taksi.. harganya tak tentu. boleh mencecah Rp50000. Tawar jangan tak tawar.. sebenarnya hanya Rp20000 sahaja. Inilah Indonesia. Tak marah jika ditawar. Jika setuju, jadi... jika tidak... tinggalkan sahaja. Petang - petang sebegini... hanya mengambil angin sekitar pekan Danau Toba. Kemudian ke Masjid Rayanya... jama' solat Magrib dan Isya'. Kemudian berjalan - jalan sekitar pekan Danau Toba mencari plug. Di Indonesia hanya plug 2 kaki sahaja yang boleh digunakan. Tiada apa yang menarik, sama sepert pekan - pekan kecil lain. Nak rasa martabak di sini. Jangan terperanjat... yang diber apam balik.... hehehe.. (Bersambung)..

No comments: