Saturday, December 21, 2013

KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI II

Jam 6.00 pagi dah bangun, menunaikan solat Subuh, tanggungjawab makhluk kepada Maha Penciptanya. Selesai solat Subuh, barangan mula dikemas kembali. Di Medan ini, kebanyakan hotel menyediakan sarapan pagi. Jadi turun makan di hotel sahaja. Hidangannya Nasi Gurih, ingatkan nasi goreng, rupa - rupanya Nasi Lemak. Di Medan, biasanya hotel menyediakan makanan secara hidang bukannya bufet. Satu bilik hanya disediakan untuk 2 orang sahaja. Jadi pandai - pandailah berkongsi, jika lebih muatan. Makanan yang disediakan pun biasanya cukup - cukup sahaja. Selesai sarapan, perjalanan bermula. Teksi boleh diambil dengan meminta pihak Hotel memanggilnya. Atau ke jalan raya utama dan menahan atau menaiki beca. Pilihan kali ini adalah beca. Berhati - hati. Jalan yang ditujua adalah Jalan Sisimanlanjar. Tak jauh pun dari Wisma Sederhana Budget ini, jaraknya tak sampai pun 2 km. Beca ditahan, dan ditanya harganya. Biasanya Beca akan meletakkan harga yang tinggi sampai Rp30000. Memang perangai manusia di kota ini begini. Harga tak munasabah. Jadi jangan terburu - buru. Tawar kepada harga yang dikehendaki. Biasanya beca harganya antara Rp7000 - 10000. Itu sebab perlunya ada Google Maps, kita akan tahu jarak perjalanan dan boleh dianggarkan berapa ongkosnya. Teksi yang ditahan mahukan Rp30000. Selepas tawar - menawar dengan pemandu beca, akhirnya dikurangkan kepada Rp8000 sahaja. Pilihan kali ini Becak. Tak sampai 5 minit pun, dah sampai ke Stesen Teksi di Jalan Sisigamangaraja. Di kota ini, semuanya mengambil kesempatan, tiada harga yang standard. Apatah lagi kalau jumpa pelancung. Mungkin desakan hidup dan keperluan sara hidup yang tinggi. Tapi kelebihannya, Tawar... Jangan malu untuk menawar. Jika setuju, jadi... Jika tidak tinggalkan sahaja. Di Stesen teksi.. banyak syarikat yang menawarkan. Harga Rp500,000. Sebelum ini harga yang ditawar oleh Hotel ialah Rp600,000 hingga Rp750,000. Perjalanan pun bermula ke Danau Toba. Supir, namanya Teuku Abd. Rahman.... (Bersambung)

No comments: