BLOG INI TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA - MANA PARTI POLITIK DAN IDEOLOGI SAMADA DEMOKRASI, SOSIALIS, FASIS, KAPITALIS, FEUDALISM SERTA KOMUNISM BLOG INI MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP. BLOG INI BERHAK MENGKRITIK DAN MENGULAS ISU - ISU DAN MENCIPLAK DARI MANA - MANA PENULIS. SESIAPA YANG TERSINGGUNG DAN BERKECIL HATI, BACALAH DENGAN FIKIRAN TERBUKA.
Sunday, December 22, 2013
KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI III
Taksi (Teksi) mula bergerak ke Danau Toba. Di Indonesia, kebanyakan kenderaannya Toyota Innouva (Kijang) atau apa jenis Toyota pun. Kalau di jalan raya, yang banyak dilihat kenderaan Toyota. Seolah - olah Toyota ini adalah buatan Indonesia. Tapi yang pastinya, bukan, hanya pemasangan kenderaan sahaja. Mobil Toyota innouva yang ku naiki... tiada penghawa dingin. No air - cond. Dikenali juga sebagi AC (sebutan baku. Tetapi tak apalah... janji boleh sampai ke destinasi.
Pak Supir, orangnya ramah. Katanya keturunan Acheh dan Mandailing. Sepanjang perjalanan, pandangan kampung dan desa. Jalan raya di sini, sempit dan kurang baik keadaannya. Hendak keluar dari Medan pun cukup perit. Ditambah pula sikap pemandu di sini dengan pelbagai ragam. Hon kereta digunakan sepenuhnya. Pak Supir memandu ala Indonesia, ada ruang, potong. Inikan Indonesia...
Sepanjang perjalanan, Pak Supir bercerita, ramah orangnya. Dari cerita keluarga hingga cerita sosial masyarakat. Tiba - tiba telefon Pak Supir berdering. Rupa - rupanya tuan kereta telefon, minta tolong nak tambah 3 orang penumpang lagi. Sudahpasti aku tak setuju, sebab kenderaan ini telah dinaiki oleh 6 orang. Jika ditambah lagi pasti tidak selesa. Sedangkan, kereta ini sendiri sudah disewa sebuah. Drama pertengkaran bermula. Pak Supir tersepit antara pelanggan dan tuan punya kereta.
Di sini ku lihat, keadaan masyarakat Indonesia. Jurang yang amat besar antara masyarakat. Jika lemah akan ditindas. Kuasa wang kuasa materialistik memainkan peranan penting. Tuan punya kereta perempuan Muslim, Padang... tapi sikapnya, tiada ciri Muslim pun. Pak Supir diugut akan dibuang kerja jika tak ambil 3 orang lagi. Di Indonesia, para pekerja takut akan dibuang kerja. Majikan boleh memilih pekerja. Memang hak pekerja tidak dijaga. Mungkin ada peraturan, namun tidak dilaksanakan. Pegawai Kerajaan ramai yang korup. Bis dirunding janji ada bayarannya.
Pertengkaran terus berlaku melalu telefon. Akhirnya, Pak Supir mengambil tindakan drastik, tempat yang perlu diambilnya pelanggan lain tersebut, tidak dilakukan. Perjalanan diteruskan. Telefon berdering kembali. Akhirnya Pak Supir terpaksa mengalah, tempat baru untuk pelanggan. Jarak sudah tak jauh dari Danau Toba. Anggaran 20 km lagi. Kami pun berhenti untuk makan. Jam sudah menunjukkan 1 lebih.
Selepas makan, Pak Supir perlu mengambil penumpang yang dijanjikan oleh Tuan Punya Mobil. Aku terpaksa mengikut sebab beg - beg semuanya dalam kenderaan tersebut. Buatnya dia tak datang balik, parah. Di sini dapat ku bertemu dengan Ibu Tini. Mukanya garang, tersenyum pun tidak. Seperti dikatakan perempuan Muslim Padang, tapi cirinya pun tiada. Sombong.
Selepas 3 pelanggan diselesaikan, perjalanan kami diteruskan. Di dalam kereta, 3 pelanggan pun berasa tak puas hati. Mereka rasa ditipu kerana bayaran untuk mereka adalah bayaran penuh untuk sewa sebuah kereta. Persepsi ku tentang Indonesia atas peristiwa ini... menyedihkan. Kuasa Materialistik....
Dalam 45 minit kemudian, tibalah kami di Kawasan Danau Toba. Terasa gembira, lepas dari kesempitan di dalam kereta ini. Udara dingin mula menerjah wajah. Terasa nyaman.
Penempatan dituju Pandu Lakeside... betul - betul di kaki Tasik Danau Toba. Nyaman terasa hilang kepenatan. Tiba di Pandu Lakeside hampir jam 3.00 petang. Untuk makluman, saya telah menempah tempat penginapan dari Malaysia. Khuatir penuh di musim cuti sekolah ini. (Bersambung..... )
Saturday, December 21, 2013
KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI II
Jam 6.00 pagi dah bangun, menunaikan solat Subuh, tanggungjawab makhluk kepada Maha Penciptanya. Selesai solat Subuh, barangan mula dikemas kembali. Di Medan ini, kebanyakan hotel menyediakan sarapan pagi. Jadi turun makan di hotel sahaja. Hidangannya Nasi Gurih, ingatkan nasi goreng, rupa - rupanya Nasi Lemak. Di Medan, biasanya hotel menyediakan makanan secara hidang bukannya bufet. Satu bilik hanya disediakan untuk 2 orang sahaja. Jadi pandai - pandailah berkongsi, jika lebih muatan. Makanan yang disediakan pun biasanya cukup - cukup sahaja.
Selesai sarapan, perjalanan bermula. Teksi boleh diambil dengan meminta pihak Hotel memanggilnya. Atau ke jalan raya utama dan menahan atau menaiki beca. Pilihan kali ini adalah beca. Berhati - hati. Jalan yang ditujua adalah Jalan Sisimanlanjar. Tak jauh pun dari Wisma Sederhana Budget ini, jaraknya tak sampai pun 2 km. Beca ditahan, dan ditanya harganya. Biasanya Beca akan meletakkan harga yang tinggi sampai Rp30000. Memang perangai manusia di kota ini begini. Harga tak munasabah. Jadi jangan terburu - buru. Tawar kepada harga yang dikehendaki. Biasanya beca harganya antara Rp7000 - 10000. Itu sebab perlunya ada Google Maps, kita akan tahu jarak perjalanan dan boleh dianggarkan berapa ongkosnya. Teksi yang ditahan mahukan Rp30000. Selepas tawar - menawar dengan pemandu beca, akhirnya dikurangkan kepada Rp8000 sahaja. Pilihan kali ini Becak. Tak sampai 5 minit pun, dah sampai ke Stesen Teksi di Jalan Sisigamangaraja. Di kota ini, semuanya mengambil kesempatan, tiada harga yang standard. Apatah lagi kalau jumpa pelancung. Mungkin desakan hidup dan keperluan sara hidup yang tinggi. Tapi kelebihannya, Tawar... Jangan malu untuk menawar. Jika setuju, jadi... Jika tidak tinggalkan sahaja.
Di Stesen teksi.. banyak syarikat yang menawarkan. Harga Rp500,000. Sebelum ini harga yang ditawar oleh Hotel ialah Rp600,000 hingga Rp750,000.
Perjalanan pun bermula ke Danau Toba. Supir, namanya Teuku Abd. Rahman.... (Bersambung)
Friday, December 20, 2013
KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI I
Tanggal 14hb Disember 2013, kembara ku bermula untuk ke Sumatera Utara. Subuh dingin mula bergerak ke KLIA. Dah pastinya kapalterbang Air Asia sahaja. Mungkin itu sahaja yang mampu bagi rakyat marhaen. Jam 1.30 petang tiba di LCCT Sepang... Menunggu kehadiran kapalterbang yang akan bertolak jam 4.55 petang ke Medan.
Lebihkurang jam 5.00 waktu Indonesia, tiba di Kuala Namu Airport, Medan. Seperti biasa, di Indonesia, keluar Imigresen dan Kastam... ulat - ulat teksi mula menerpa. Sudah dah jadi lumrah di sini. Tak mahu gopoh - gopoh, ambil sikap bertenang, ke tandas dan makan - makan di A&W dulu. Dan sudahpasti nak ke kedai - kedai tersebut, ulat - ulat ini akan mengekori. Inilah Indonesia. Ramai pelancung terkejut dan takut dengan fenomena sebegini. Alangkah baiknya sekiranya para supir taksi ini beratur secara baik - baik. Sudah pasti akan tiba giliran masing - masing. Semuanya akan mendapat rezeki.
Lepas pekena makanan A&W, cari prepaid dulu. Dicadangkan oleh salesgirl yang comel - comel dan mesra alam lagi lembut kata - katanya, SIMPATI yang berharga Rp3000( duit RM1.00)... tapi perlu ditambah, maka ditambah lagi Rp10000 (RM 3.00).
SIMPATI ini macam Hotlink, jadi boleh kita ambil pakej Internet online jer... Pakej nya, Rp2000/ hari dan seterusnya... Dalam pengembaraan, Internet adalah satu kemestian... sebab ada Maps. Mudah kita tahu di mana tempat kita berada dan jarak tempat tujuannya.
Berbalik kepada ketibaan di Kuala Namu tadi.... Di khabarkan oleh kaan - kawan, pertama cari Stesen Petronas di hadapan lapangan terbang. Maka dengan penuh yakin, keluarlah mencari Stesen Petronas. Dengan ulat - ulat teksi yang datang dengan rakusnya... rupanya tiada Stesen Petronas. Airport Kuala Namu baru dibuka bulan Ramadhan 2013. Tips yang diberi sudah tidak boleh digunapakai lagi. Tercengang, pane.... Pilihan yang ada ulat - ulat taksi ini sahaja lah..... Tiada siapa yang nak ditanya lagi... Nak naik bas lagi la tak tahu. Nak ke mana arah tuju pun tak tahu.
Akhirnya masuk balik ke dalam Airport bertanya, bahagian Informasi, harga teksi ke Medan. Anggaran dalam Rp150000... Kemudian ke kaunter untuk Teksi. Rupa - rupanya di Indonesia, pergi ke kaunter, penjaga di situ akan memanggil para supir juga. Dah bertambah kosnya pulak jadi Rp200000. Diminta kurang, Pak Supir berkata bakinya untuk pegawai. Waduh kalau tahu tadi, baik ambil kat luar sahaja. Maklumlah kembara kali ini memang style backpackers sahaja. Memang sengaja tak nak menggunakan Travel agent... kerana nak melihat masyarakat dan budaya di Kota Medan.
Sampai di Kota Medan lebihkurang jam 8.30 malam (Indonesia). Perjalanan agak membosankan dengan machet (jem) teruk. Pak Supir namanya Nasution, pandai bersembang.. seorang pelajar Master yang buat part time sebagai Supir. Kelebihan di sini, Pak Supir akan menghantar kita ke destinasi sampai ke pintu hotel. Agak sukar juga nak mencari di Kota Medan ini. Tapi tak apa, serahkan sahaja pada Pak Supir... sampai jua di penginapan, Wisma Bajet Sederhana, Jalan Selat Panjang. Hoel yang dalam lingkungan RM50... tapi ok la.. cukup kelengkapannya.. ada WIFI percuma...
Lepas mandi dan solat... mula berjalan mencari tempat makanan. Di Kota Medan ini, berhati - hati, kerana tidak semua makanannya halal. Tengok dulu betul - betul. Jika kedai Muslim akan ada ayat - ayat Quran di dalamnya. Berhampiran ada kedai Nasi Goring PEMUDA... rupanya ini yang dikatakan oleh Pak Supir tadi. Malam ini mulalah menelan masakan Medan... Harga makanan di Medan, tidaklah murah seperti yang disangka. Harganya nasi goring pun dah cecah Rp18000 (RM6). Kesimpulannya harga makanan di Medan ini lebihkurang Malaysia sahaja.
Selepas mengenyangkan perut, mula berjalan kaki ke epan Makam Pahlawan. Jaraknya tak jauh pun dalam 1 km sahaja. Waktu ini pentingnya ada Google Maps. Malangnya sewaktu ini, saya masih tak tahu nak beli Internet lagi... Jadi berjalan dan bertanya sahaja. Tak sampai pun 30 minit... dah berada di depan Makam Pahlawan... Ada konsert malam ini.. Nampak anak - anak muda terkinja - kinja. Tak menarik perhatian ku... Tempat minum dan santai di Kota Medan. Untuk makluman kalau nak naik teksi, harganya Rp25000 (RM8). Jadi pilih aja... Tapi Pengembara Tegar lebih suka berjalan..menikmati suasana...menikmati pemandangan... menikmati pengalaman.
Di Makam Pahlawan Walk ini tiada apa yang menarik.... Jadi berehat sebentar sahaja dan pulang semula ke Hotel. Simpan tenaga untuk esuk. Nak ke danau Toba, perjalanan masih jauh..... (bersambung siri ke 2)
* Tak ada gambar... Maaf la yer... Hanya koleksi pribadi sahaja kat sini...
Subscribe to:
Posts (Atom)