Monday, November 16, 2009

KICK DE FELLA VS ARIFFAHMI


Kalau lihat ruangan Kickdefella, nampak gayanya Kelantan akan tinggal seluar dalam. Setakat mana benarnya, hanya Allah lebih mengetahui. Jika dia berniat baik, itu adalah perkara yang hak. Peduli apa orang kata. Jika perangai pemimpin PAS sama macam pemimpin UMNO, memang layak dihentam begitu. Jika benarlah, Nik Aziz meletakkan menantunya menjadi CEO PMBK, dan perangai menantunya macam hantu, apa yang hendak dimalukan, Perlu dedahkan segera mungkin ini dapat menyedarkan TG Nik Aziz kesilapannya. Tindakkan Kickdefella adalah tepat.
Jika Kickdefella memfitnah, rasanya kebenaran akan terbongkar dalam tempoh terdekat.
Di dalam dunia tiada sesiapa yang sempurna. Jasa - jasa KickdeFella dalam mempertahankan Kelantan selama ini juga jangan dinafikan. Takkan hamba Allah ini tiada langsung jasanya di bumi Kelantan. Takkan orang KElantan menafikan kerjanya mempertahankan Negeri Kelantan selama ini.
Jika perkara ini berlaku dalam UMNO, kita jaja, kita tentang, kita lawan? Mengapa jika berlaku dalam PAS kita berdiam diri? Sesungguhnya bala Allah lebih dekat dengan kita (orang yang tahu) jika dibandingkan dengan orang dalam UMNO (orang yang jahil). Mengapa? Kerana banyak sangat Syaitan Bisu. Boleh berdiam diri bila kemungkaran berlaku. Dalam UMNO ulama kurang, tetapi dalam PAS Ulama' menunggul ramai, tetapi masih berdiam diri. Mungkin malu kepada sesama makhluk lebih kepada Allah.
TG Nik Aziz boleh memberikan alasannya. Tetapi sebagai Ketua Eksekutif Negeri, kesalahan tetap kesalahan apabila menerima tajaan. Pada peringkat awal, aku masih berpendirian TG tak tahu, tetapi apabila kenyataannya banyak mempertahankan berkaitan tajaan, rasanya ada kesilapan yang perlu ditegur. Yang layak menegur Tuk Guru mestilah Tuk Guru juga. Jadi kita serahkan aje kepada Tuk - tuk Guru yang lain.
Tiada makluk yag sempurna. Setinggi mana pun ilmu kita, masih tidak layak dipuji dan haram dipuja. Itulah kita hamba Allah. Islam bukannya hak milik kita, kita hanya menumpang memperjuangkannya, moga Allah memberi ganjaran terbaik untuk kita.
Semakin hari semakin ku lihat kepincangan berpolitik. Lebih mudah menjadi MUNAFIK dari MUKMIN.

6 comments:

Anonymous said...

BILA SAUDARA BERCERITA TENTANG PEKONG DALAM JUBAH PEMIMPIN PAS YANG DINOBATKAN SEBAGAI ULAM MASAK LEMAK, CUBA JANGAN KAITKAN ORANG LAIN, SAMAADA UMNO ATAU PEMIMPIN DAN AHLI UMNO. DAH BOLEH AGAK DAH... NAMPAK SAJA ALIM... KAN ADA PEPATAH ORANG MELAYU ISLAM.. ALIM-ALIM KUCING (YANG DITUJUKAN KEPADA ORANG POLITIK DAN BUKAN KEPADA ALIM ULAMA' YANG TIADA KEPENTINGAN POLITIK)CUBALAH MUHASABAH DIRI SENDIRI. JANGAN SAMAKAN NABI S.A.W DENGAN PEMIMPIN PAS... NAUZUBILLAH MINZALIK.. BETUL-BETULLAH PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI PAS. SEMAKIN HARI SEMAKIN MERAPU, MELALUT, MEREPEK. DOAKAN ORANG LAIN SUPAYA DILAKNATI OLEH ALLAH.... BELUM SEMPAT DI AMINKAN DOA TOK GURU YG KALIAN "PUJA" KOTA BARU KELANTAN DAH DITIMPA "BALAK" TAK SEDAR LAGI? ENTAHLAH. DAH PENAT ORANG BERCAKAP. TUNGGULAH PRU KE13. KALAU PAS MEMERENTAH SYUKUR KITA KEPADA ALLAH... TAPI KALAU DAP YANG BERKUASA.... PUNAH RANAH, HANCUR LEBUR, BINASA DAN SANGSARALAH MELAYU ISLAM DINEGARA SENDIRI. CONTOH TERDEKAT S'PORE. ORANG MELAYU DI SANA POOORAH!!!

Anonymous said...

Ulamak adalah manusia biasa seperti kita orang awam, diberi akal dan nafsu. Apabila nafsu sehubungan kepentingan diri,keluarga atau politik tidak dapat dibendung oleh akal,maka terjadilah menantu diberi jawatan dalam syarikat berkepentingan. Pada moralnya adalah tidak betul, kerena salahguna kedudukan dan kuasa. kita tak boleh salahkan waktu melantik menantu, dalam musyawarah ada peguam dan pegawai kanan, tetapi mereka tidak melarang atau beri nasihat supaya tidak melantik menantu Tuan Guru(TG). Walhal TG sendiri ketahui ianya tidak betul kerana telah membuat komen terhadap parti BN terdahulu kerana melantik kroni ke satu-satu jawatan. Sekarang ni kena pada diri TG kerana melantik menantu. Tapi jangan salahkan peguam, kerana dia pun tahu TG mempunyai kuasa memutuskan sesuatu secara rasional. Sebaliknya jika tidak rasional dia segan nak tegur. Kita sendiri kena kuasai nafsu, lebih2 lagi TG sebagai Ulama.

Anonymous said...

UMNO YG BENARKAN SINGPORE KLUAR DARI MESIA.TUNKU ABD. RAHMAN YG BERTANGGUNGJAWAB MEMUSNAHKAN MELAYU DI SINGAPORE.UMNO YG BERTANGGUNGJAWAB.SEDAR DIRI SKIT.KALAU UMNO MENANG PRU 13 MAMPUIHLAH MELAYU MESIA KENA JUAI NGAN UMNO

Anonymous said...

dh berapa puloh tahun UMNO pegang Malaysia..Tak da Melayu yg mampuih pasai kena juai pun..Dh jd sikap manusia, klu dh tak suka sesuatu benda, 10 benda yg baik pun tk kan d hargai..tp 1 benda yg tk baik, abih la kena caci maki..cm tu la meLAYU...tk boleh ka sesama Melayu ni bersatu?..yg buruk kita jauhkan, yg baik patut diperbaikkan lagi..UMNO ngan PAS klu bersatu tk kn ada apa yg rugi..Mgkn akn membuatkan meLAYU ni lbh kuat...Bangsa lain boleh bersatu tp knp tidak melayu?..alangkah berungungnya generasi masa dpn klu melayu bersatu.....

Anonymous said...

ANONYMOUS 28.04.2010,DEMI ALLAH TELAH HAMPIR 30 TAHUN SAYA MENGKAJI DAN MEMERHATI TABIAT UMAT PAS SAYA MENDAPATI LEBIH 90% DARI GOLONGAN INI TIDAK BERSYUKUR,TIDAK BERTERIMA KASIH,MUDAH LUPA KEBAIKAN ORANG,LUPA ASAL USUL SERTA KUFUR DENGAN NIKMAT YANG TELAH DIKURNIAKAN ALLAH MESKIPUN TELAH BANYAK NIKMAT DAN KESENANGAN YANG DIPEROLEHI DAN DIRASA HASIL PERJUANGAN DAN SUSAH PAYAH INSAN LAIN.....INSAN PAS BIJAK MENGEKSPLOITASI KEADAAN DAN PELUANG,BIJAK BERDALIH,BERHELAH DAN MENGELIRUKAN ORANG AWAM DAN PENGIKUT TEGAR MEREKA,.....PAS MEMANG PAKAR DALAM MENGHALAL DAN MENGHARAM SESUATU PERKARA,BENDA YANG MENGUNTUNG PAS SEMESTINYA HALAL HATTA IANYA MEMUDARATKAN AGAMA DAN NEGARA BEGITULAH SEBALIKNYA.....BAGI PENGANUT AGAMA PAS NIK AZIZ SEOLAH-OLAH SEORANG NABI DAN RASUL IANYA HAMPIR MAKSUM DAN HAMPIR TIADA MELAKUKAN KESILAPAN,SEGALA KATA-KATA DAN SEGALA PERBUATAN NIK AJIS HAMPIR-HAMPIR DENGAN SABDA,BEGITULAH TAKSUBNYA PENGANUT PAS....TOLONG FIKIRKAN KIAMAT DAN PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA BUAT KALIAN.

anak ayah Lah Pasir puteh said...

Bertanggungjawab lah beb, tak acilah nama tak masuk. Apa nak takut. malu....? Malu kpd anak.. ah tak payak.

Sesungguhnya sejarah dizaman khalifah ada tertulis Ulamak adalah pemimpin dan ahli politik yang ulung dan unggul. Lihat saja empayar Islam sampai ke Eropah dan melangkau ke cina dan Rusia. Semuanya hebat. DiKelantan bukan hebat tapi lembab, sembab jauh dari hebat. Kehebatan pemimpin Islam sentiasa mendoakan kesejahteraan saudaranya, kehebatan PAS mendoakan kemusnahan dan kelaknatan saudara seagama. Malah mengiktiraf dan menyamakan pemerintahan Lim Guan Eng sama dengan khalifah Solahudin Al Ayubi malahan pula sanggup mati jika ada orang Islam lain yang mencabar manusia bukan Islan bernama Syeikhul Kapal Zing. Kehebatan Islam merencanakan kemajuan Islam disegenap sudut pembangunan dan kesejahteraanya, Pemimpin Pas bersekongkol dengan PKR mempertahankan proses kritianiti terhadap umat Islam. Kehebatan Islam merencanakan pembangunan ekonomi jangka panjang dan pendek untuk negeri dan rakyat demi keutuhan dan survival Islam, kepimpinan Pas menjual semua eset berharga negeri kepada kapitalis Cina demi perut buncit pemimpin Pas dan kroni serta para broker Pas yang jahil berniaga. Bijak sangatlah apa yang dilaksanakan oleh pemimpin Pas terutama Dato Husam cari duit.

Sehari dua ni di hebohkan nak buat jalan bertol 2.8 billion dari Kuala Krai ke Kota Bahru, rakyat wajib menjadi saksi, Allah akan mencatit segala urusan Husam sebagai Exco terhadap jasa dan binasanya harta rakyat Kelantan. Siapa kontraktor yang berjaya nanti... mata macam akukah atau macam Anuar Tan atau macam Gobalakrishnan, atau cakap politik nak pikul projeh dimusim pilihanraya atau pikul syurga untuk manusia dipenghujung usi macam Dajjal lagaknya. Sebab kita tahu kemampuanya. Sahih cakap saja je.

Apa pun tak mustahil Dato Anuar Tan diperlukan untuk sepakat mencari proksi atau rakan yang asal satu negeri. Silap-silap mencari syarikat Umno untuk dinodai semacam projek petrolium dan kilang simen diGua Musang dulu. Dapa duit Advance atau sumbangan Tabung serambi Mekah atau seumpama denganya perjanjian pun ditandatangani, namun yang menantinya ialah rakyat hari demi hari sehinggalah semua kaki tangan pemimpin pas tersadung (mati). wallahu 'aklam.