Politik, bukannya perkara baru. Zaman berzaman, semenjak mula manusia berkomuniti, maka wujudlah politik. Rasulullah juga mengajar kita tentang politik. Bermulanya krisis umat Islam apabila berlaku pertembungan antara Sayyidina Ali dan Muawiyah. Tidak mampu untuk berkata mana betul atau salah, kerana para sahabat pun ramai yang menarik diri dari politik.
Dewasa ini, politik bangsa Melayu masih huru - hara. Parti mana nak diharapkan agar dapat terus membela bangsa dan agama. Sebab dalam konteks Malaysia, majoriti yang berbangsa Melayu adalah beragama Islam. Biarpun ada sedikit - sedikit bangsa lain beragama Islam. Hatta PAS pun tidak berani nak menolak Melayu 100% kerana tahu akan hilang undi. Biarpun PAS mendakwa memperjuangkan Islam, namun sokongan utamanya adalah dari pengundi Melayu. Dan PAS sendiri pun terpaksa berkompromi dengan hukum fekah untuk mengiakan dan menjaga sentimen pengundinya.
UMNO pula yang sinonim dengan Melayu, nampaknya telah hilang arah tuju. Parti ini lebih menjuruskan mencari kekayaan individu dan kuasa. Dengan adanya kuasa, pelbagai agenda dapat diatur. Dapat menyeleweng, dapat salah guna, dapat kumpul kekayaan. Akhirnya majoriti Melayu Islam terus berada di kelompok kemiskinan dan kesusahan. Jika dinilai dari segi prestasi, parti ini hanya menyumbang kemiskinan kepada orang Melayu biarpun mendakwa pembela orang Melayu. Prestasi dalam mempertahankan Islam juga tidak memuaskan, bab aqidah makin terhakis. Budaya juga begitu. Pemimpin parti ini tidak berminat melainkan mengumpul kekayaan dan kemewahan.
PKR pula Parti yang sinonim dengan perjuangan Anwar. Parti yang idealistik tetapi dari segi praktikalnya tak tahu lagi. Parti ini tidak berasaskan kaum tetapi berasaskan prinsip, namun majoriti pendokongnya adalah orang Melayu. Memandangkan parti ini tidak meletakkan slogan membela bangsa atau agama, pengundi bukan Melayu tidak takut memberi undi, khususnya di kawasan bandar. Malangnya parti ini juga masih bercelaru dengan pelbagai masalah dalaman. ahli yang tidak tahu arah perjuangan. Tiada jati diri. Parti berbilang bangsa, setiap kaum mempunyai agenda masing - masing untuk kaum masing - masing. Parti ini kena lebih banyak mentarbiyyah ahlinya. Jika tidak hanya menjadi batu loncatan orang tertentu sahaja.
Inilah lakaran politik Melayu hari ini. Nak harapkan kepada parti politik untuk menegakkan syariat Islam, mungkin pada PAS tetapi pada pentadbiran tak tahulah. Nak diharapkan pada UMNO, rasanya hanya menguatkan sistem diktator dan feudal, rakyat tetap terpinggir. Nak diharapkan pada PKR, banyak yang masih tidak jelas. Takut Islam dan bangsa tergadai.
Rakyat awam macam aku terus keliru, mungkin tak layak untuk berpolitik. Tetapi selagi ada kezaliman, aku tetap terus berjuang. Berjuang membebaskan manusia dari kezaliman.
No comments:
Post a Comment