Hari ini aku tak nak bercoret tentang politik. Mungkin hari tanpa politik. Bangun pagi fikir politik, Tengahari fikir politik, malam fikir politik. Hanya untuk hari ini, BEBAS POLITIK.
Hari ini hari Sabtu, budak sekolah cuti. Tetapi budak Darjah 6, kena sekolah. Kasihan aku tengok. Bukan sekadar hari ini, cuti mereka terpaksa dikorbankan. Sebenarnya sejak berminggu - minggu sebelum ini lagi. Kasihan budak Darjah 6.
Penting sangat ke UPSR? Gelap ke masa depan anak - anak kalau tak dapat 5A? Itulah persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran. Mengapa? Mengapa dan Mengapa?
Rumusannya, ini dunia materialistik dan fantasi. Fantasi dan angan - angan ibubapa serta guru. Ibubapa berangan kerana dulu tak pernah masuk asrama penuh, jadi dikorbankan anak - anak. Dipaksa bagai nak rak untuk mendapatkan 5A. Sekolah, Tuisyen, Kelas Tambahan dan pelbagai program entah apa - apa lagi. Konon nak bagi cemerlang, gemilang dan terbilang. Tetapi kita lupa, Kita telah menzalimi anak - anak kita. Dipaksa dan ditekan sehingga kekadang melampaui kemampuan mereka. Anak - anak makin tertekan.
Jarang ibubapa yang menekankan tentang akhlak anak - anak. Bagi seorang Muslim, adakah anak sudah hadam Fardu Ain dan Fardu Kifayah? Bagaimana dengan sembahyang, puasa mereka? Ada ibubapa berfikir, itu bukannya boleh makan minum? Betul tak boleh makan minum, tetapi penting untuk hidup yang lebih berakhlak, dan mencari makan minum dengan cara yang betul, bukan hentam sondol saje.
Di dalam menjayakan Program Rosakkan Anak Anak ini, guru - guru juga memainkan peranan yang agak penting. Tetapi keterlibatan guru ini lebih berpaksikan gaji dan pangkat. Biasalah bila makan gaji tertakluk kepada bos iaitu sang Guru Besar. Kalau Guru Besar berangan nak dapat JUSA alamatnya sakitlah anak buah. Habis dikerahnya, UPSR dah jadi sama penting dengan periksa di Universiti. Bial sekolah berjaya dapat 5A, ada peluang jadi Guru Besar terbaik, tersohor, dan ter...ter... entah apa - apa lagi. Guru bukannya mendidik, tetapi hanya mengajar. Yang rajin dan berminat nak merosakkan anak murid pula, akan membuat kelas - kelas tambahan wajib berbayar. Ini lagi hebat. Jadi tak hairanlah Cikgu - Cikgi sekarang boleh bawa kereta mewah hasil titik leleh tuisyen sahaja. Ajar anak murid kejar harta, moga lebih cepat punah.
Yang jadi mangsa adalah anak - anak. Ada juga yang berjaya sebab mereka memang pandai. Tetapi lebih ramai yang gagal dan tidak berjaya. Yang berjaya terus kena belajar, masuk asrama. Belajar segala - galanya di dalamnya. dari rokok hingga wanita. Silap - silap minat sesama sejenis.
Sebenarnya rezeki Allah dah tentukan. Kita kena pandai melihat bakat dan kepandaian anak - anak. Tidak semua anak - anak akan berjaya dalam pendidikan akademik. Ada yang lebih kepada kemahiran. Akhirnya bila berada di dunia pekerjaan, semuanya sama. semuanya perlu menyumbang. Ada kalanya yang di dalam bidang kemahiran lebih tinggi pendapatan dan lebih mudah mencari rezeki dari yang duk keluar Universiti.
JANGAN ROSAKKAN ANAK DEMI IMPIAN IBUBAPA DAN MATLAMAT GURU.
No comments:
Post a Comment