Kebetulan bertemu teman lama, seorang ustaz yang alim, lagi wara'. Ketayap tak lekang dari kepala. Janggut ada. Kepala sentiasa bercukur. Jubah juga tidak ditinggalkan. Sering mangajar dari masjid ke masjid serata negeri. Ramai anak muridnya.
Tetapi peristiwa semalam, membuka mataku, tiada manusia yang sempurna dan agaknya inilah dunia akhir zaman.
Di sebuah workshop di pinggir Tanah Melayu,
Bukan Ustaz (BU): Assalam-mualaikum Ustaz.
Ustaz (U): Wa'alaikum-mus-salam. Lama tak jumpa Syeikh. Anta sihat ke?
BU: Alhamdulillah. Macaman dengan alat ganti kereta ustaz. Dah siap ke?
U: Tak lama lagi. Insya'allah. Barang yang dicari dah dapat.
BU: Mana dapat barangan alat ganti tersebut. Ustaz beli kat kedai potong ke? Kat mana?
U: Tak lah. Ana beli sebijik kereta.
BU: Sebijik kereta. Masya'allah. Pasti mahal harganya.
U: Tak lah. Rezeki ana. Ada workshop jual.
BU: Workshop jual ustaz, habis kereta siapa?
U: Kereta tu, tuan punya tak ambil, sebab ada hutang dengan foreman. Tak banyak hutang dia, cuma RM2000 sahaja. Dah lama tak bayar, jadi kebetulan ana tanya, jadi ana belilah RM2000 dari foreman tersebut.
BU: Tak ke naya tuan punya kereta kalau dia tengah kumpul duit. Alih - alih tengok kereta dia tak ada. Tengok barang dalam kereta pun dah hilang.
U: (Diam sahaja)
BU: Dalam hati (Aku yang salah ke? Atau ustaz yang silap hukum. Beli barang dari bukan tuan punya milik. Kerana barang tersebut kita perlukan dan dapat pula harga murah. Tetapi barang yang dijual bukan harta dia, tak kan lah kita sanggup nak belinya)
Moral: Di dunia akhir zaman ini segala - galanya boleh berlaku. Ternyata barang tersebut adalah haram kerana dijual oleh bukan pemiliknya. Barang tersebut dijual dengan harga yang tidak berpatutan langsung dan pemilik pun tidak tahu hartanya dijual dengan harga yang murah. Jika kita berhati di dalam hukum, nescaya kita meminta kebenaran dan menghubungi pemilik sebenar terdahulu. Seorang ustaz yang hebat pun tak tahu nak menilai haram dan syubahat. Apatah sangat orang awam macam aku. Nescaya main langgar sahaja. Dan perkara ini menyedarkan daku, dunia sudah sampai ke penghujungnya. Hanya kepada Allah kita berserah dan melindungi kita.
No comments:
Post a Comment