Kecoh Satu Malaya, pasal Kerajaan Perpaduan. Mula - mula dengar ingat UMNO/BN cerita pasal KEMAS, kait dengan Tabika Perpaduan, rupa - rupanya cadangan dari TG Hj Hadi ang gang. Terperanjat juga membaca dan menganalisis serta merisik.
Waktu mula idea ini dulu dah kecoh pasal muzakarah dan muqabalah. Rupa - rupanya betul - betul dah jadi moga balah. Berbalah habis - habis tetapi bukan dengan UMNO, tetapi sesama PAS. Cerita luar dalam dah mula keluar. Tak sangka pulak, ahli PAS begini sikapnya. Ada pimpinan PAS yang kagum sangat dengan tarbiyyahnya, rupa - rupanya orang bertarbiyyah lagi teruk dari tak tarbiyyah. Mungkin beza orang tarbiyyah hanya kopiah putih sahaja. Yang lain mungkin dinilai lebih teruk dan tiada kemajuan.
Bersengketa 2 tuan guru, dari Kelantan dan Terengganu. Dikatakan khabar angin yang didengar, idea dari PAS Terengganu. Sementara ditentang pula oleh PAS Kelantan. Maka moga_balah, harap - harap lepas ini dah jadi moga-damai pulak. Semalam pun tengok TG Nik Aziz begitu marah, tak pernah semarah ini kata - katanya. Sampai tahap mencabar Timbalan (Nasha) keluar dan letak jawatan dalam PAS, masuk UMNO. Dimainkan pula dalam laman Web penyokong PAS isu - su kenegerian (asobiyyah)yang tak habis - habis.
Sehari sebelum itu di dalam TV ditunjukkan kesenyuman Timbalan (Nasha) yang begitu teruja hingga berpeluh bila dapat katanya berbincang dengan PM tentang isu PERPADUAN. Hingga kenyataan Najib pun risik - merisik, kahwin mengawin.
Mungkin hikmah dari Ilahi, ditunjukkan, PAS dan UMNO tidak mampu berkahwin dan bersatu. Al maklumlah dua dasar dan perjuangan berbeza, cuma kedua - duanya Parti Melayu. Bak kata Anwar UMNO memerlukan pertolongan PAS. Ini tanda UMNO dah nazak. Payah UMNO nak minta bantuan orang, naya kat orang ada lah. Takkan orang PAS lupa tragedi Memali, tarikan royalti, Kerajaan PAS Kelantan dianak tiri, rampas Kerajaan Perak dan pelbagai lagi. Apa UMNO tak kata kepada PAS? Apa UMNO tak buat kepada PAS? Tiba - tiba boleh terima idea Kerajaan Perpaduan dengan mudah sangat. Ini bukan bermakna idea tu bagus sangat atau kepandaian orang yang mencadangkannya. Tetapi ada agenda tersendiri yang UMNO lebih tahu lagi.
Kepada ahli PAS pula, jangan lah melatah sampai berbogel. Lepas ini payah nak bermoga damai. Faham - faham bila hati dah terguris. 'Lajak kereta boleh diundur, lajak kata binasa badan'. Lebih - lebih lagi bila berkata itu pimpinan. Ingat apa yang terjadi di zaman perselisihan mazhab. Hingga sanggup bunuh membunuh, biarpun berakidah sama. Pengikut akan lebih 100X taksub, berbanding pemimpin. Jika Tuk Guru tanggal serban, pengikut dah tanggal seluar dalam. Adat pengikut akan lebih kuah dari sudu.
Kerajaan Perpaduan akan gagal, tetapi PR akan rasa cuak sesama sendiri. Silap - silap PR akan berpecah. Hatta dalam parti PAS juga begitu. Kerajaan Perpaduan, satu isu, iktibarnya, ahli PAS masih berasobiyyah, semangat kenegerian masih tebal, masih kurang akhlak, masih kurang adab, masih kurang mampu. Mungkin banyak yang perlu dilihat dan diperbaiki. 2 Tuk Guru, kena duduk berbincang, kena duduk muafakat kembali. Jika tidak barah ini akan lebih parah. Lebih baik perjuangkan isu yang ada dari ber moga balah sesama sendiri.
Mungkin ini hanya pandangan seorang hamba kerdil dari kejauhan. Tidak mampuberbuat apa - apa. Jika dirasakan baik, boleh gunakan, jika tiada dibakulsampahkan sahaja.
Setiap persoalan ada jawapan, setiap kesusahan ada kesenangan. Mungkin ini ujian untuk ahli PAS yang selalu berbangga, lebih Islam, lebih berilmu, lebih wara' dan lebih - lebih lagi. Bila diuji sedikit, kalah Karpal Singh, latahnya.
No comments:
Post a Comment