Friday, February 20, 2009

PEMIMPIN DAN ULAMA' WAJIB DITAATI?

Hari ini khutbah Jumaat di Pahang, jelas mempromosikan isu terkini dari sudut pihak pemerintah. Setiap hari kita didendangkan bahawa pihak pembangkang menggunakan mimbar masjid, tapi hari ini di seluruh Negeri Pahang, pihak Jabatan Agama, Khatib dan Masjid digunakan.
Biarpun penerangan itu tidaklah mengkhususkan, namun semua orang yang boleh mendengar faham apa yang hendak disampaikan.
Dan yang lebih malang lagi, isi khutbah jelas mengelirukan kerana pehnerangan yangu sebenarnya didolak-dalikkan dan diambil hadis tidak lengkap.

Taat kepada pemerintah dan akur kepada ulama', tiada siapa yang boleh menafikan. Ini jelas terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Di zaman Rasulullah, perkara ini mudah kerana Rasul sebagai pemimpin, RASUL dan ulama'. Jadi persoalan ketaatan dan patuh pada Rasulullah TIDAK TIMBUL. Berbanding di zaman kini, pemerintah dan ulama' berpecah, pemerintah pun naik kerana dokongan puak - puak yang menentang Islam. Ulama' yang jahat lebih banyak dari ulama' yang baik.
Yang hak dan batil adalah jelas. Hanya orang bodoh dan berkepentingan mengatakan hak itu batil atau batil itu hak. Ulama' bukan hanya dinilai dari ilmu, pangkat dan kekayaan, tetapi dinilai sejauh mana ia sanggup menegakkan hak - hak Allah. Sekiranya hanya ilmu dijadikan ukuran, ramai cendekiawan orientalis boleh kita panggil ulama' dan wajib dipatuhi. Ramai juga pendita Yahudi memahami Islam dan memahami Al Quran lebih baik dari ulama' di Malaysia, cuma digunakan untuk menghancurkan Islam, bukan bertujuan menegakkan kalimah Allah.
Pemerintah, bukan semua perlu dipatuhi. Selagi pemerintah menyeru kepada kebaikan, kita patut taat, tetapi apabila pemerintah zalim, kita wajib meninggalkannya. Di zaman kini, pemerintah mesti dipilih mengikut sistem demokrasi yang dipersetujui. Sekiranya ada hamba Allah atau kumpulan yang merampasnya, tidak wajib kita patuh kerana ia telah merampas hak orang yang sepatutnya. Adakah patut kita taat kepada pemerintah yang menipu, zalim, menganiyai rakyat, merompak harta rakyat dan rasuah? Sudah wajiblah pemerintah seperti ini akan memilih ulama' - ulama' yang dapat bersetuju dengan mereka. Ulama' yang tidak sependapat akan dipinggirkaan.
Memang benar kita perlu bersatu. Persoalannya bersatu atas dasar apa? Bersatu untuk melakukan kezaliman dan maksiat, bersatu untuk bangsa atau bersatu atas dasar agama Allah.
Fikir dan renungkanlah. Moga Allah yang memberi hidayah kepada kita. Insya'allah.

No comments: