Menjadi lumrah perjuangan, akan menenpuh ranjau dan duri. "Syurga amat mahal', nescaya pengorbanan ke arah tersebut juga memeelukan pengorbanan yang besar. Para nabi dan para sahabat menunjukkan tiada jalan yang mudah ke arah tersebut.Ada yang terkorban syahid dan ada yang mendapat kemenangan. Itu tidak penting. Apa yang kita perbuat adalah keutamaan.
Sekiranya di dunia perlukan modal untuk hidup, nescaya syurga juga memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang. Jalan mudah yang dicari, hanya membawa ke jalan kesesatan.
Ada pendakwah mengambil jalan mudah bersekongkol dengan pemerintah tanpa mengira zalim atau tidak, sunnah atau tidak, akhirnya merosakkan diri mereka sendiri. Hidup bergelumang dengan kemewahan dan merosakkan diri, hanya memikirkan kesenangan hidup dan jalan dakwah ditinggalkan. Hanya menjadi burung kakaktua pemerintah. Menghalalkan apa yang diizinkan pihak pemerintah. Tiada lagi perjuangan, yang tinggal perjuangan perut dan bawah perut. Ramai pendakwah, ulama' yang tergolong dalam golongan ini. Tiada lagi pendirian, pendirian mereka hanya wang, perempuan dan kuasa.
Di Perak, isunya bukan siapa yang memerintah, tetapi siapa yang sanggup menegakkan keadilan dan Islam. Adakah Dr. Zambry sanggup menegakkan keadilan. Biarpun beliau pernah mendapat tarbiyyah gerakan dakwah. Langkah pertama menunjukkan kecundangannya tunduk kepada kezaliman.
Di Palestin pun sama, di mana - mana jua pun sama.
Dakwah adalah kerja mulia. Kerja para Nabi dan rasul. Tanpa mengira menang atau kalah. Ada kuasa atau tidak. Dakwah mesti dilaksanakan.
Konsep dakwah adalah menyampaikan kebenaran walaupun pahit. Mungkin kita dipenjara, ditangkap mahupun dibunuh. Pendakwah sejati tidak mengharapkan gaji, perlu bekerja di Jabatan Agama, menjadi Mufti, tunggu mendapat kuasa, tunggu jadi kaya. Ganjaran hanya dari Allah.
Dakwah boleh dilakukan melalui ceramah, tulisan, politik dan pelbagai cara yang tidak bertentangan dengan hukum syarie.
Jika MB berdakwah melalui kuasa, Mufti melalui jawatan, Penulis melalui tulisan... nescaya Islam mudah berkembang dan cepat difahami oleh umat. Sekiranya diseleweng, dakwah kerana takut kepada pemerintah, banyak yang teringgal dan Islam tidak difahami oleh penganut sendiri.
Berjuang untuk Allah, nescaya Allah memberikan pertolongan..
No comments:
Post a Comment