Thursday, November 4, 2010

MASUK ISLAM PUN SALAH KE?

Keputusan pilihanraya Batu Sapi dan Galas telah diketahui. Adat bertanding ada yang menang, ada yang kalah. Dah pasti yang menang akan tersengih gumbira. Yang kalah akan buat post - mortem. Ini corak demokrasi terpilih Malaysia Tercinta.
Hendak capai kemenangan pelbagai teknik dan strategik digunakan. Yang sedihnya jiwa roh Islam telah hilang dari umat Islam. Bila masuk Islam dipolitikkan. Bila masuk Islam dipermainkan. Sedih, pilu, marah dalam hati bila melihatnya. Yang sedihnya ianya dipermainkan oleh orang yang mengakui Islam.
Tak boleh dan tak patut isu masuk Islam dipolitikkan. Kerja dakwah, kerja mengislamkan umat adalah lebih besar dari kerja politik. Kerja politik hanya satu cabang dalam Islam. Kerja politik tidak menghalalkan cara. Apatah lagi sekiranya cara tersebut menghina Islam itu sendiri.
Mengaji kitab mana, tuk guru mana pun, bila orang masuk Islam, sudah menjadi tanggungjawab umat Islam membantunya.
Persoalannya mengapa dipolitikkan? Kononnya nak malukan TG Nik Aziz. Kononnya nak jatuhkan maruah PAS. Tetapi sebenarnya menjatuhkan imej Islam.
"Ya Allah berilah kesedaran kepada perancang propaganda ini. Sekiranya perancang propaganda ini tidak bertaubat dan memohon maaf kepada yang terlibat, daku hamba yang hina lagi lemah memohon kepadamu Ya Allah, tunjukkan lah kebenaran dan kekuasaanmu, agar menjadi petunjuk dan sempadan kepada yang lain".