Friday, January 3, 2014

KEMBARA SUMATERA 1V

Danau Toba... memang menarik dan nyaman. Cuacanya dingin. Memang sesuai untuk percutian dan tempat beristirehat. Kalau nak berbulan madu pun ok. Hehehe.... Anggaran hampir 3.00 petang tiba di penginapan Pandu Lakeside. Perancangannya hendak ke Pulau Simosir tetapi terpaksa ditangguhkan. Kata si penyambut tamu di resort tersebut, kapal ke sana berakhir jam 6.00 petang. Tak sempat mahu pulang. Pergi balik udah sejam. Di atas nasihat tersebut, niat untuk ke Pulau Simosir ditangguhkan ke esok hari. Sambil di resort tersebut, bertanya juga tentang taksi ke Brastagi. Ada pekerja tersebut menawarkan taksi ke Brastagi... harga mulanya Rp 750 000. Tapi dibetulkan kemudiannya kepada Rp690000. Tak apa, tunggu dulu. Di sini konsepnya, Jangan terburu - buru. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dahulu. Jika tidak harganya melambung - lambung mahal. Hanya berjalan kaki ke jeti untuk ke Pulau Simosir. Kenderaan pun tak banyak. Semasa berjalan, ada juga tawaran dari pengusaha bot laju yang membawa untuk bersiar sekitar Danau Toba. Harganya pun tak menentu, yang paling murah Rp500000 dan yang mahal mencecah Rp700000. Ya beginilah situasai di Indonesia, tiada yang tetap. Jadi pandai - pandailah memilih. Jeti, tak jauh pun. Tapi sebelum sampai ke jeti, ada pekan kecil.. Mungkin pekan Toba. Lupa pulak nak tanya namanya. Seperti pusat pelancungan yang lain, barangan yang sama seperti cenderamata dan baju. Tiada yang menarik bagiku. Harga pun seperti biasa... pandai - pandai menawar. Setiba di jeti, berpusing - pusing melihat keindahan. Jeti terletak di kawasan Tiga Raja. Kawasan agak kotor. Deretan kedai lama tak tersusun. Cuma di Danau Toba, berhati - hati dalam memilih makanan. Tidak semua kedai halal untuk di makan. Cuma tips di sini, tengok dalaman kedai, jika ada dipamerkan ayat - ayat Quran.. maka pemiliknya Muslim. Jika tidak batalkan sahaja, cari yang lain. Ada stesen taksi di Tiga Raja. Jadi dapatlah bertanya perjalanan ke Brastagi. Harganya Rp600000. Dan diceritakan servis perhentiannya. Tiga Raja, tiada yang menarik. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar makan di sebuah Restoran. Agak menggeli hati. Walaupun rumpunnya sama tapi pengertiannya berbeza. Tapi di restoren ini ada menjual Teh tarik. Agak jarang sebenarnya. Mee kuah ditempah, yang datangnya Mee Maggi... mungkin Indo Mie... kalau nak diorder air buahnya, elok ditanya dahulu. Makanan agak pedas... bagi yang tak kuat pedas. Tapi harga makan di sini agak mahal.. makanan sebegini pun hampir mencecah Rp163000. Lebihkurang RM46.00. Mungkin tempat pelancungan kot. Di kawasan Danau Toba ini, tak besar manapun. Elok berjalan kaki sahaja. Kalau nak naik angkut - angkut, dikira Rp3000/ kepala. Kalau taksi.. harganya tak tentu. boleh mencecah Rp50000. Tawar jangan tak tawar.. sebenarnya hanya Rp20000 sahaja. Inilah Indonesia. Tak marah jika ditawar. Jika setuju, jadi... jika tidak... tinggalkan sahaja. Petang - petang sebegini... hanya mengambil angin sekitar pekan Danau Toba. Kemudian ke Masjid Rayanya... jama' solat Magrib dan Isya'. Kemudian berjalan - jalan sekitar pekan Danau Toba mencari plug. Di Indonesia hanya plug 2 kaki sahaja yang boleh digunakan. Tiada apa yang menarik, sama sepert pekan - pekan kecil lain. Nak rasa martabak di sini. Jangan terperanjat... yang diber apam balik.... hehehe.. (Bersambung)..

Sunday, December 22, 2013

KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI III

Taksi (Teksi) mula bergerak ke Danau Toba. Di Indonesia, kebanyakan kenderaannya Toyota Innouva (Kijang) atau apa jenis Toyota pun. Kalau di jalan raya, yang banyak dilihat kenderaan Toyota. Seolah - olah Toyota ini adalah buatan Indonesia. Tapi yang pastinya, bukan, hanya pemasangan kenderaan sahaja. Mobil Toyota innouva yang ku naiki... tiada penghawa dingin. No air - cond. Dikenali juga sebagi AC (sebutan baku. Tetapi tak apalah... janji boleh sampai ke destinasi. Pak Supir, orangnya ramah. Katanya keturunan Acheh dan Mandailing. Sepanjang perjalanan, pandangan kampung dan desa. Jalan raya di sini, sempit dan kurang baik keadaannya. Hendak keluar dari Medan pun cukup perit. Ditambah pula sikap pemandu di sini dengan pelbagai ragam. Hon kereta digunakan sepenuhnya. Pak Supir memandu ala Indonesia, ada ruang, potong. Inikan Indonesia... Sepanjang perjalanan, Pak Supir bercerita, ramah orangnya. Dari cerita keluarga hingga cerita sosial masyarakat. Tiba - tiba telefon Pak Supir berdering. Rupa - rupanya tuan kereta telefon, minta tolong nak tambah 3 orang penumpang lagi. Sudahpasti aku tak setuju, sebab kenderaan ini telah dinaiki oleh 6 orang. Jika ditambah lagi pasti tidak selesa. Sedangkan, kereta ini sendiri sudah disewa sebuah. Drama pertengkaran bermula. Pak Supir tersepit antara pelanggan dan tuan punya kereta. Di sini ku lihat, keadaan masyarakat Indonesia. Jurang yang amat besar antara masyarakat. Jika lemah akan ditindas. Kuasa wang kuasa materialistik memainkan peranan penting. Tuan punya kereta perempuan Muslim, Padang... tapi sikapnya, tiada ciri Muslim pun. Pak Supir diugut akan dibuang kerja jika tak ambil 3 orang lagi. Di Indonesia, para pekerja takut akan dibuang kerja. Majikan boleh memilih pekerja. Memang hak pekerja tidak dijaga. Mungkin ada peraturan, namun tidak dilaksanakan. Pegawai Kerajaan ramai yang korup. Bis dirunding janji ada bayarannya. Pertengkaran terus berlaku melalu telefon. Akhirnya, Pak Supir mengambil tindakan drastik, tempat yang perlu diambilnya pelanggan lain tersebut, tidak dilakukan. Perjalanan diteruskan. Telefon berdering kembali. Akhirnya Pak Supir terpaksa mengalah, tempat baru untuk pelanggan. Jarak sudah tak jauh dari Danau Toba. Anggaran 20 km lagi. Kami pun berhenti untuk makan. Jam sudah menunjukkan 1 lebih. Selepas makan, Pak Supir perlu mengambil penumpang yang dijanjikan oleh Tuan Punya Mobil. Aku terpaksa mengikut sebab beg - beg semuanya dalam kenderaan tersebut. Buatnya dia tak datang balik, parah. Di sini dapat ku bertemu dengan Ibu Tini. Mukanya garang, tersenyum pun tidak. Seperti dikatakan perempuan Muslim Padang, tapi cirinya pun tiada. Sombong. Selepas 3 pelanggan diselesaikan, perjalanan kami diteruskan. Di dalam kereta, 3 pelanggan pun berasa tak puas hati. Mereka rasa ditipu kerana bayaran untuk mereka adalah bayaran penuh untuk sewa sebuah kereta. Persepsi ku tentang Indonesia atas peristiwa ini... menyedihkan. Kuasa Materialistik.... Dalam 45 minit kemudian, tibalah kami di Kawasan Danau Toba. Terasa gembira, lepas dari kesempitan di dalam kereta ini. Udara dingin mula menerjah wajah. Terasa nyaman. Penempatan dituju Pandu Lakeside... betul - betul di kaki Tasik Danau Toba. Nyaman terasa hilang kepenatan. Tiba di Pandu Lakeside hampir jam 3.00 petang. Untuk makluman, saya telah menempah tempat penginapan dari Malaysia. Khuatir penuh di musim cuti sekolah ini. (Bersambung..... )

Saturday, December 21, 2013

KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI II

Jam 6.00 pagi dah bangun, menunaikan solat Subuh, tanggungjawab makhluk kepada Maha Penciptanya. Selesai solat Subuh, barangan mula dikemas kembali. Di Medan ini, kebanyakan hotel menyediakan sarapan pagi. Jadi turun makan di hotel sahaja. Hidangannya Nasi Gurih, ingatkan nasi goreng, rupa - rupanya Nasi Lemak. Di Medan, biasanya hotel menyediakan makanan secara hidang bukannya bufet. Satu bilik hanya disediakan untuk 2 orang sahaja. Jadi pandai - pandailah berkongsi, jika lebih muatan. Makanan yang disediakan pun biasanya cukup - cukup sahaja. Selesai sarapan, perjalanan bermula. Teksi boleh diambil dengan meminta pihak Hotel memanggilnya. Atau ke jalan raya utama dan menahan atau menaiki beca. Pilihan kali ini adalah beca. Berhati - hati. Jalan yang ditujua adalah Jalan Sisimanlanjar. Tak jauh pun dari Wisma Sederhana Budget ini, jaraknya tak sampai pun 2 km. Beca ditahan, dan ditanya harganya. Biasanya Beca akan meletakkan harga yang tinggi sampai Rp30000. Memang perangai manusia di kota ini begini. Harga tak munasabah. Jadi jangan terburu - buru. Tawar kepada harga yang dikehendaki. Biasanya beca harganya antara Rp7000 - 10000. Itu sebab perlunya ada Google Maps, kita akan tahu jarak perjalanan dan boleh dianggarkan berapa ongkosnya. Teksi yang ditahan mahukan Rp30000. Selepas tawar - menawar dengan pemandu beca, akhirnya dikurangkan kepada Rp8000 sahaja. Pilihan kali ini Becak. Tak sampai 5 minit pun, dah sampai ke Stesen Teksi di Jalan Sisigamangaraja. Di kota ini, semuanya mengambil kesempatan, tiada harga yang standard. Apatah lagi kalau jumpa pelancung. Mungkin desakan hidup dan keperluan sara hidup yang tinggi. Tapi kelebihannya, Tawar... Jangan malu untuk menawar. Jika setuju, jadi... Jika tidak tinggalkan sahaja. Di Stesen teksi.. banyak syarikat yang menawarkan. Harga Rp500,000. Sebelum ini harga yang ditawar oleh Hotel ialah Rp600,000 hingga Rp750,000. Perjalanan pun bermula ke Danau Toba. Supir, namanya Teuku Abd. Rahman.... (Bersambung)

Friday, December 20, 2013

KEMBARA SUMATERA UTARA SIRI I

Tanggal 14hb Disember 2013, kembara ku bermula untuk ke Sumatera Utara. Subuh dingin mula bergerak ke KLIA. Dah pastinya kapalterbang Air Asia sahaja. Mungkin itu sahaja yang mampu bagi rakyat marhaen. Jam 1.30 petang tiba di LCCT Sepang... Menunggu kehadiran kapalterbang yang akan bertolak jam 4.55 petang ke Medan. Lebihkurang jam 5.00 waktu Indonesia, tiba di Kuala Namu Airport, Medan. Seperti biasa, di Indonesia, keluar Imigresen dan Kastam... ulat - ulat teksi mula menerpa. Sudah dah jadi lumrah di sini. Tak mahu gopoh - gopoh, ambil sikap bertenang, ke tandas dan makan - makan di A&W dulu. Dan sudahpasti nak ke kedai - kedai tersebut, ulat - ulat ini akan mengekori. Inilah Indonesia. Ramai pelancung terkejut dan takut dengan fenomena sebegini. Alangkah baiknya sekiranya para supir taksi ini beratur secara baik - baik. Sudah pasti akan tiba giliran masing - masing. Semuanya akan mendapat rezeki. Lepas pekena makanan A&W, cari prepaid dulu. Dicadangkan oleh salesgirl yang comel - comel dan mesra alam lagi lembut kata - katanya, SIMPATI yang berharga Rp3000( duit RM1.00)... tapi perlu ditambah, maka ditambah lagi Rp10000 (RM 3.00). SIMPATI ini macam Hotlink, jadi boleh kita ambil pakej Internet online jer... Pakej nya, Rp2000/ hari dan seterusnya... Dalam pengembaraan, Internet adalah satu kemestian... sebab ada Maps. Mudah kita tahu di mana tempat kita berada dan jarak tempat tujuannya. Berbalik kepada ketibaan di Kuala Namu tadi.... Di khabarkan oleh kaan - kawan, pertama cari Stesen Petronas di hadapan lapangan terbang. Maka dengan penuh yakin, keluarlah mencari Stesen Petronas. Dengan ulat - ulat teksi yang datang dengan rakusnya... rupanya tiada Stesen Petronas. Airport Kuala Namu baru dibuka bulan Ramadhan 2013. Tips yang diberi sudah tidak boleh digunapakai lagi. Tercengang, pane.... Pilihan yang ada ulat - ulat taksi ini sahaja lah..... Tiada siapa yang nak ditanya lagi... Nak naik bas lagi la tak tahu. Nak ke mana arah tuju pun tak tahu. Akhirnya masuk balik ke dalam Airport bertanya, bahagian Informasi, harga teksi ke Medan. Anggaran dalam Rp150000... Kemudian ke kaunter untuk Teksi. Rupa - rupanya di Indonesia, pergi ke kaunter, penjaga di situ akan memanggil para supir juga. Dah bertambah kosnya pulak jadi Rp200000. Diminta kurang, Pak Supir berkata bakinya untuk pegawai. Waduh kalau tahu tadi, baik ambil kat luar sahaja. Maklumlah kembara kali ini memang style backpackers sahaja. Memang sengaja tak nak menggunakan Travel agent... kerana nak melihat masyarakat dan budaya di Kota Medan. Sampai di Kota Medan lebihkurang jam 8.30 malam (Indonesia). Perjalanan agak membosankan dengan machet (jem) teruk. Pak Supir namanya Nasution, pandai bersembang.. seorang pelajar Master yang buat part time sebagai Supir. Kelebihan di sini, Pak Supir akan menghantar kita ke destinasi sampai ke pintu hotel. Agak sukar juga nak mencari di Kota Medan ini. Tapi tak apa, serahkan sahaja pada Pak Supir... sampai jua di penginapan, Wisma Bajet Sederhana, Jalan Selat Panjang. Hoel yang dalam lingkungan RM50... tapi ok la.. cukup kelengkapannya.. ada WIFI percuma... Lepas mandi dan solat... mula berjalan mencari tempat makanan. Di Kota Medan ini, berhati - hati, kerana tidak semua makanannya halal. Tengok dulu betul - betul. Jika kedai Muslim akan ada ayat - ayat Quran di dalamnya. Berhampiran ada kedai Nasi Goring PEMUDA... rupanya ini yang dikatakan oleh Pak Supir tadi. Malam ini mulalah menelan masakan Medan... Harga makanan di Medan, tidaklah murah seperti yang disangka. Harganya nasi goring pun dah cecah Rp18000 (RM6). Kesimpulannya harga makanan di Medan ini lebihkurang Malaysia sahaja. Selepas mengenyangkan perut, mula berjalan kaki ke epan Makam Pahlawan. Jaraknya tak jauh pun dalam 1 km sahaja. Waktu ini pentingnya ada Google Maps. Malangnya sewaktu ini, saya masih tak tahu nak beli Internet lagi... Jadi berjalan dan bertanya sahaja. Tak sampai pun 30 minit... dah berada di depan Makam Pahlawan... Ada konsert malam ini.. Nampak anak - anak muda terkinja - kinja. Tak menarik perhatian ku... Tempat minum dan santai di Kota Medan. Untuk makluman kalau nak naik teksi, harganya Rp25000 (RM8). Jadi pilih aja... Tapi Pengembara Tegar lebih suka berjalan..menikmati suasana...menikmati pemandangan... menikmati pengalaman. Di Makam Pahlawan Walk ini tiada apa yang menarik.... Jadi berehat sebentar sahaja dan pulang semula ke Hotel. Simpan tenaga untuk esuk. Nak ke danau Toba, perjalanan masih jauh..... (bersambung siri ke 2) * Tak ada gambar... Maaf la yer... Hanya koleksi pribadi sahaja kat sini...

Wednesday, September 18, 2013

SUMPAHAN IKAN KEKACANG SIRI KE DUA

Dalam pencarian kepada ikan kekacang, pelbagai versi pelbagai berita... bukanlah ingin mempercayai tahyul yang membawa syirik... Tetapi mungkin sifat semulajadi manusia, bersifat dengan perasaan ingin tahu. Sekadar perkongsian di alam maya. Kisah larangan ikan kekacang yang dipesankan dari keturunan ke keturunan. Meninggalkan banyak tanda tanya.... Versi dari Kelantan... Khabarnya Sumpahan ini bermula dari insan bernama Syed Hussein JamadilKubra... seorang ulama' yang hampir karam kapalnya di pesisiran pantai Kelantan. Beliau berdoa mohon bantuan dar Allah dan bernazar akan mendirikan masjid, dan banyak ikan kekacang datang menolak kapal tersebut ke tepian pantai. Dari peristiwa ini beliau berdoa keturunan beliau dilarang makan ikan kekacang... Wallahu'alam... Khabarnya, dari peristiwa tersebut maka terbinalah Masjid Kampung Laut. Begitulah riwayat kisahnya.....

Saturday, April 20, 2013

AKU dan MASA

Rupanya dah hampir setahun, tak update blog ni.....Masa tidak mencemburui kita tetapi kita yang tidak pandai menggunakan masa.....Benar lah manusia sentiasa di dalam kerugian. Dan bagi insan lemah seperti ku....moga Allah sentiasa memberi keampunannya....

Friday, March 16, 2012

KERAJAAN CHAMPA, ADAKAH KERAJAAN KEMBAYAT KERAJAAN YANG HILANG...

Champa ramai yang mengaitkan dengan Kemboja, benarkah begitu? Mengikut salasilah keturunan ku, moyang perempuan yg bernama Fatimah Bt Hassan B. Zainal Abidin. Mengikut cerita lisan tuk moyang, Hassan adalah berasal dari Negara yang bernama Kembayat. Tuk Zainal Abidin mengambil jalan mengembara kerana pertelingkahan di dalam istana sehingga tiba dan menetap di Temerluh, Pahang. Setelah puas mencari kerajaan Kembayat dalam peta dunia, tidak pernah dijumpai. Sehinggalah menjumpai kajian - kajian mengenai Kerajaan Champa. Benarkah Negara Kembayat itu adalah Kerajaan Champa, wallahualam.
Jadi di sini ku kemukakan kajian - kajian berkaitan negara Champa, ini. Sekurang - kurangnya kita mengetahui, ianya adalah sebuah Kerajaan Melayu di Nusantara ini,

Champa (abad ke-2M hingga ke-19M) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla] iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke semenanjung Arab.

Di Sumatera pula pada abad ke-7 terdiri kerajaan Buddha Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-12) yang berpusat di Palembang sebagai kuasa Melayu yang agak berbeza daripada Champa dan Langkasuka kerana kekuatannya bukan dari segi peranannya sebagai pusat dagangan, tetapi sebagai kerajaan Melayu pertama yang mementingkan kuasa ketenteraan daripada perdagangan.

Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan Melayu-Islam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasan dan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu).

Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai Patani Darus Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahan abad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam. Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasa ini berterusan apabila kerajaan Hindu Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14) muncul sebagai kekuatan yang baru dan akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan oleh Majapahit. Dalam kesebokan Majapahit dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di Tanah Melayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepada Islam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15 hingga ke-16).

Sesuai dengan panggilannya oleh pedagang-pedagang Arab dengan nama Mulaqat yang bermakna ‘Tempat Berhimpun Pedagang-pedagang’, Melaka termasyhur sebagai pusat dagangan terbesar di dunia ketika itu, sehinga pernah dilaporkan sebagai mempunyai simpanan emas terbesar di dunia. Dengan kejayaan yang dicapai oleh Melaka, ia tidak sunyi daripada gangguan Majapahit.

Akan tetapi seperti mana dikisahkan dalam Hikayat Hang Tuah, pahlawan Majapahit yang termasyhur, Adi Taming Sari telah dikalahkan oleh Hang Tuah dalam satu pertarungan sehingga keris keramatnya yang terkenal dengan segala kesaktian telah dapat dirampas oleh Pahlawan Melaka itu. Dengan itu lenyaplah ambisi Majapahit ke atas Melaka. Majapahit jatuh pada 1478 dan terdiri pula kerajaan Islam di Demak. Melaka pula jatuh ke tangan penjajah Portugis, pada 1511.

Ketahanan Champa sebagai sebuah kerajaan melampaui satu ruang masa yang lama meskipun ianya tidak sunyi daripada serangan-serangan dari negara-negara jirannya. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan Melayu lain yang terus hancur apabila dikalahkan, Champa terus wujud sebagai kerajaan meskipun keluasan kawasan pemerintahannya semakin mengecut dari masa ke masa.

Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tak banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkan dalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di kayangan atau pun ia hanya negara khayalan sasterawan dahulukala. Sejarah Champa penting dalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan Wan, Nik, Long dan Tuan.

Negara Champa (chäm-’pä) sering dikaitkan terutamanya dengan sejarah-sejarah kedatangan Islam ke Patani, Malaysia, Jawa, Sulawesi dan Sumatera. Akan tetapi banyak tanda-tanya dan kekeliruan yang timbul tentang Champa disebabkan terlampau sedikit maklumat yang terdapat tentang kerajaannya dan orang-orang Cham. Ada yang berpendapat bahawa Cham itu sebuah Negara.

Qaul-qaul yang lain pula berpendapat bahawa Champa adalah sebuah negeri yang ditubuhkan oleh sekumpulan orang Patani bersama dengan mubaligh-mubaligh dari Yaman dan Parsi, di suatu kawasan yang hampir dengan Siam dan Kemboja. Ramai juga yang menyangka bahawa Champa adalah Kemboja atau Cambodia, dan malahan ada yang berpendapat bahawa ianya sebuah negeri di India. Sir Stamford Raffles, dalam ‘History of Java’ yang dikarangnya pada 1817 berpendapat bahawa Champa merupakan sebuah tempat yang terletak di Acheh, yang dikenali dengan nama Jeumpa.

Lin Yi
Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cham, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa ‘Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi’.

Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Champa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna ‘hutan yang penoh dengan keganasan’); dan L?m-Âp, Ho?n-Vúòng, dan Chi?m-Thánh oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Champa yang terawal.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan Lin Yi bermula semenjak 137M setelah kejatuhan Dinasti Han di negara China. Akibat daripada kejatuhan ini maka Pegawai Tinggi Han yang mentadbir wilayah tersebut telah mendirikan sebuah kerajaan di kawasan yang sekarang ini terletaknya bandar Hue di Vietnam dan melantik dirinya sebagai raja. Pada ketika itu kawasan itu diduduki oleh suku-suku yang senantiasa berperang dengan kawasan-kawasan jajahan China di Tonkin. Suku-suku ini dikenali sebagai puak-puak Cham dan adalah daripada rumpun Malayo-Polynesian yang berbudaya India (’Indianised Culture’).

Negara Champa
Terdapat banyak perkaitan sejarah, budaya dan agama antara Lin Yi dan wilayah-wilayah lain yang didiami oleh orang-orang Cham. Sekitar 400M terbentuk satu persekutuan antara suku-suku tersebut dan terdirilah lima wilayah atau negeri yang dikenali sebagai Nagara Champa. Disebabkan pengaruh India dan budaya Hindu terlampau kuat di kalangan orang Cham maka kelima-lima wilayah tersebut dikenali mengikut tempat-tempat di India, iaitu:

? Indrapura (Lin Yi),
? Amravati (Quang Nam),
? Vijaya (Binh Dinh),
? Kauthara (Nha Trang) dan
? Panduranga (Phan Rang).

Malahan nama Champa juga adalah sempena atau mengikut nama sebuah kerajaan Hindu di India Selatan. Penyatuan kelima-lima wilayah ini berlaku di atas kebijaksanaan Raja Bhadravarman I yang juga menjadi raja pertama yang memerintah persekutuan lima wilayah ini.

Disebabkan kelima-lima wilayah tersebut adalah di pesisir laut maka Champa mempunyai kekuatan dari segi angkatan laut. Mereka terkenal sebagai pelayar dan pedagang laut dan juga sebagai lanun. Berbeza dengan jiran-jiran mereka, Kaum Cham lebih berjaya dalam bidang perdagangan laut dan tidak dalam pertanian. Ekspot utama mereka adalah kayu gaharu yang termasyhur keseluruh dunia pada ketika itu.

Pada abad Ke-5M Lin Yi atau Champa telah menjelma sebagai satu kuasa yang kuat sehingga dapat menyediakan sebanyak lebih seratus kapal-kapal untuk dihantar menyerang pantai-pantai Sino-Vietnam di utara. Tetapi malangnya mereka tidak dapat menundukkan kuasa China yang lebih kuat dan pihak China telah menyerang balas. Akibatnya berlakulah penjarahan terhadap ibu negara Champa di Hue dan tentera China telah merampas lebih 100,000 pound emas tulen sebagai rampasan perang.

Kaum tertua
Meskipun kaum Cham merupakan kaum tertua di Indo-China, terlalu sedikit maklumat yang terdapat tentang kerajaan dan tamadun mereka. Mereka merupakan pewaris tradisi yang merangkumi satu zaman yang melebihi dua ribu tahun terdahulu. Tamadun mereka lebih tua dan awal daripada kerajaan Kemboja (Cambodia) yang bermula hanya sekitar 550M dan juga sebelum kerajaan Vietnam bermula sebagai satu kuasa penjajah ke kawasan-kawasan di selatan Delta Sungai Merah di Tonkin yang hanya bermula pada pertengahan abad ke-10M.

Kaum Cham dihukum Tuhan?
Pada kemuncak kekuasaan, sekitar 12 abad dulu, kaum Cham menguasai tanah-tanah yang subur bermula di Hue Utara di Annam Tengah sehingga Delta Mekong di Cochin China. Kawasan-kawasan ini kini menjadi sebahagian daripada negara Vietnam yang terdapat bandar-bandar Da Nang dan Nha Trang. Kesan-kesan Cham yang tinggal kini hanyalah rumah-rumah berhala sepi yang penuh misteri yang di kenali sebagai Menara Cham (’Cham Towers’).

Kehilangan negara atau kerajaan Champa dari bumi ini seolah-olah merupakan satu keganjilan kerana yang tinggal hanyalah warisan-warisan sejarah dan keturunan yang berselerak. Apakah agaknya bala yang telah diturunkan ke atas mereka sehingga menjadi seakan-akan negaranegara yang dihancurkan (’Perished Nations’) yang disebut dalam Al-Quran. Ke mana perginya keturunan mereka?

Siapakah Kaum Cham?
Mengikut sejarah Cham, kebudayaan Hindu lebih terserlah di kalangan kaum Cham disebabkan mereka merupakan kaum pedagang dan pelaut yang mempunyai sejarah perhubungan yang lama dengan India dan Jawa. Kedua-dua negara tersebut adalah pusat agama Hindu.

Orang-orang Cham berbahasa Malayo-Polynesian (Austronesian) berbeza dengan jiran-jiran mereka (Khmer dan Vietnam) yang berbahasa Mon-Khmer atau Austroasiatic. Dari segi perbandingan bahasa pula bahasa Cham lebih mirip kepada bahasa-bahasa di kepulauan Nusantara dan Pasifik terutamanya bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Malaysia, Kalimantan, Sumatera, Java, Bali dan di kepulauan Indonesia lain di Lautan Pasifik.

Bahasa, Perawakan kaum Cham
Bahasa Cham dipertuturkan juga di kawasan pergunungan di Banjaran Annam atau kawasan pergunugnan Troung Son. Suku orang-orang bukit seperti Chru, Ed?, Hroy, Jörai, Rhade (Koho), dan Raglai menggunakan bahasa yang banyak persamaan dengan bahasa Cham. Dengan sebab ini mereka juga diiktiraf juga sebagai orang-orang Cham.

Dari segi perawakan pula, kaum Cham lebih mirip kepada keturunan Melayu dan Jawa dan ada teori-teori bahawa asal mereka adalah pendatang dari tanah-tanah tersebut. Malahan terdapat persamaan adat di antara orang Cham dan orang Pagar Ruyung atau Minangkabau, di mana kaum perempuan mempunyai kuasa adat dan perwarisan (matriarchal system), yakni keturunan menurut garis Ibu, sebagai salah satu ciri khas kebudayaan. Sistem materilinial ini telah membawa konsekwensi kepada budaya meneroka atau berkelana yang selalunya diamalkan oleh kaum lelaki.

..Ada pula pendapat bahawa orang-orang Aceh adalah daripada keturunan orang Cham. Dalam perkembangan agama meskipun Hindu Brahmana menjadi agama rasmi kerajaan Champa, terdapat juga perkembangan dan pengaruh agama Buddhisma Mahayana.

Dalam sejarah Champa, perhubungan dan pertalian antara Champa dan kerajaan-kerajaan di Indonesia, seperti Sri Vijaya atau Majapahit adalah berdasarkan kepada agama Hindu yang menjadi kesamaan antara mereka. Dan perhubungan dengan Sailendra (di Jawa Tengah) pula adalah di atas pertalian agama Buddhisma Mahayana yang pada ketika itu berpusat di Borobudur. Kerajaan Baru Champa di Panduranga, adakah ini kerajaan Islam Champa?
Dengan kejatuhan Vijaya pada 1471 maka ibu negara Champa berpindah untuk kesekian kalinya dan kali ini ke Panduranga. Mengikut sejarah, semenjak perlantikan Po Tri Tri sebagai raja untuk keseluruh Champa dan dengan perpindahan beliau ke Panduranga maka bermulalah perkembangan Islam secara besar-besaran di Champa.

Bahasa Sanskrit yang selama ini menjadi bahasa rasmi Champa juga tidak digunakan lagi. Semenjak era inilah Champa bertukar corak. Tidak pasti sama ada Champa terus menerus diperintah oleh raja Islam sehingga kejatuhannya ke Vietnam, akan tetapi berdasarkan kepada keunikan sistem pentadbiran yang diamalkan di Champa di mana terdapat pelbagai kerajaan dalam satu wilayah pada masa yang sama, maka berkemungkinan bahawa ada raja-raja Islam yang memerintah Champa pada zaman tiga abad selepas kejatuhan Vijaya.

Mengikut rekod sejarah Johor, pada 1594 kerajaan Champa telah menghantar bala tenteranya untuk membantu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Johor (memerintah: 1571 ? 1597) dalam peperangannya dengan Portugis. Daripada rekod-rekod Belanda pula terdapat catatan bahawa perhubungan baik antara Kerajaan Melayu Johor dan Champa wujud pada 1607, iaitu sewaktu Champa di bawah pemerintahan Po Nit dan Johor pula di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah II (memerintah: 1597 ? 1614). Ini tak mungkin berlaku sekiranya tidak ada persamaan atau ikatan yang kuat antara kedua negara tersebut. Apakah asas setiakawan antara mereka? Adakah kerana mereka menganuti agama yang sama atau disebabkan oleh persamaan rumpun bangsa?

Daripada rekod-rekod yang terdapat di Belanda pula, terdapat maklumat yang meperkukuhkan pendapat bahawa pada tiga abad tersebut, Raja Champa adalah terdiri daripada raja yang beragama Islam dan Bahasa Melayu pula digunakan dengan meluas di Champa. Terdapat sepucuk surat yang dikirimkan oleh Raja Champa pada 1680 kepada Penguasa Syarikat Dutch East Indies (’VOC’) di Betawi, dalam bahasa Melayu.

Raja Champa sewaktu itu, Po Saut, di dalam surat tersebut telah menggelarkan dirinya sebagai ‘Paduka Seri Sultan’. Dengan gelaran ini sebagaimana yang diterangkan, besar kemungkinan bahawa kedudukannya adalah sebagai ‘Raja kepada Raja-raja di Champa’! Pada zaman itu, pengaruh Bahasa Melayu di negara-negara pesisiran pantai di Asia Tenggara sungguh meluas sehinggakan Raja Kemboja juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik dalam perhubungan surat menyuratnya dengan pihak-pihak Portugis dan Belanda.

Kelantan ada kaitan Champa?
Ini satu kemungkinan sekiranya berdasarkan kepada kewujudan pertalian antara Kelantan dan Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa. Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di pulau Jawa pada awal abad ke-16.



Malahan ada sebuah hikayat Cham yang bertajuk Nai Mai Mang Makah (Puteri dari [Serambi] Mekah) yang meriwayatkan tentang seorang puteri diraja Kelantan (Serambi Mekah) yang datang ke Champa untuk mengajak seorang Raja Champa kepada Islam.

Garisan Zaman (’Timeline’) Champa
Abad ke-2M = Lin Yi wujud sebagai Negara Kaum Cham di bawah pemerintahan Sri Mara.

Abad ke-3M = Kerajaan Lin Yi (L?m-Âp) dicatat dalam Sejarah China. Lin Yi menyerang Viet Nam and China Selatan pada tahun 248.

Abad ke-5M = Penyatuan lima wilayah Cham iaitu Indrapura (Lin Yi), Amravati (Quang Nam), Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha Trang) dan Panduranga (Phan Rang) sebagai Negara Champa di bawah pemerintahan Raja Bhadravarman I.

543 = Champa menyerang Viet Nam tetapi telah dikalahkan oleh Pham Tu, Panglima kepada Raja Ly Bon.

982 = Tentera Ðai Viet di bawah Ly Thuong Kiet menyerang dan mengundurkan sempadan Champa sehingga ke selatan Hoanh Son (Thanh Hoa)

1069 Raja Ly Thanh Tong mengepalai serangan Ðai Viet ke atas Champa; menjarah Vijaya dan menahan Raja Rudravarman III (Che Cu) sebagai tebusan untuk penukaran tiga wilayah iaitu Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chanh (kini dikenali sebagai Quang Binh dan Quang Tri)

1307 = Puteri Vietnam Huyen Tran berkahwin dengan Raja Jaya Sinhavarman III (Che M?n), dan sebagai ‘dowry’ telah diserahkan dua wilayah iaitu O dan Ly.

1370 = Raja Che Bong Ng? berkali-kali menyerang dan menjarah Thang Long (Ha Noi). Che Bong Ng? mati dibunuh dalam peperangan yang lain pada 1382.

1402 = Ðai Viet menyerang Champa. Ho Quy Ly memaksa Raja Campadhiraya untuk menyerahkan Indrapura (Quang Nam) dan wilayah Amaravati (Champa Utara) kepada Ðai Viet.

1471 = Tentera Ðai Viet dibawah pimpinan Raja Le Thanh Tong menawan dan menghancurkan Vijaya. Ðai Viet menduduki kawasan yang baru dirampas ini dan menjadikan kawasannya jajahan baru sebagai wilayah Thang Hoa, Tu Nghia dan Hoai Nhon.

1578 = Panglima Nguyen Hoang merampas kawasan Champa di Phu Yen.

1611 = Champa menyerang Ðai Viet dalam usahanya untuk merebut kembali Binh-Dinh, tetapi gagal.

1653 = Champa melancarkan serangan ke atas Ðai Viet sekali lagi dan gagal. Batasan sempadan selatan Ðai Viet meluas sehingga ke Cam-Ranh.

1653 = Panglima Nguyen Phuc Tan menawan wilayah Kauthara dan membesarkan sempadan Ðai Viet ke selatan sehingga ke Cam Ranh.

1692 = Panglima Nguyen Phuc Chu merampas wilayah saki baki Champa yang lain dan menjadikan mereka sebagai wilayah jajahan dalam Tran Thuan Thanh.

1832 = Raja Ðai Viet, Minh-Menh menjatuhkan Raja Champa yang dilantik oleh Ðai Viet dan ini menandakan pengakhiran kepada Champa sebagai satu wilayah khusus untuk orang Cham.

1833 – 1834 = Pemberontakan Katip (Khatib) Sumat (seorang Muslim) untuk merampas kembali wilayah Champa dari Ðai Viet tetapi gagal.

1834 – 1835 = Pemberontakan Khatib Ja Thak Va (juga seorang Muslim tetapi bermazhab Syi’ah) untuk menyambung perjuangan Katip Sumat menentang Ðai Viet. Juga gagal.

Penindasan

KEMBOJA, Kebencian Terhadap Islam Selama Bertahun-Tahun

Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, yang berada di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Elemen paling penting dalam pertanian ini ialah tanaman padi beras yang banyak terdapat di negara itu.

Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Budda di situ. Umat Islam juga membentuk sebuah minoriti yang lain.

Umat Islam di Kemboja dilarang hidup berlandaskan agama, menggunakan abjad Arab, ataupun menunaikan solat. Sesiapa yang melanggar larangan-larangan tersebut akan dihukum dan dibelasah teruk. Rakyat menjadi semakin miskin: Harta benda peribadi telah dirampas oleh kerajaan dan hak-hak mereka dicabuli. Mereka mati akal untuk menentang penindasan kerajaan. Satu-satunya cara yang mereka ada ialah melarikan diri. Gambar ini menunjukkan umat Islam yang lari dari penindasan di bawah keadaan yang amat susah.

Islam datang ke Kemboja melalui jalan laut, dibawa oleh pedagang dan pelayar Islam. Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1975, masih terdapat kira-kira 75 buah masjid yang bersejarah di negara ini.

Kita sudah pun meng­kaji kebencian komunisme terhadap agama dan pem­bunuhan kejam yang di­lakukan oleh komunis ke atas tanah penduduk Islam. Contohnya, rejim Maoist Khmer Rouge ada­lah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia men­dapat kuasa melalui so­ko­ngan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini ber­kuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.

Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhir­nya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menu­buh­kan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem peme­rintahan yang memiliki sebuah parti politik sa­haja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge me­mutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar – ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual – telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.

Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun meng­amalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai “aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan,” dan dengan itu pembunuhan pun bermula. Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah “padang pembunuhan.” Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.

Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisy­tiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.

The Black Book of Communism telah menggambarkan kebuasan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham:

Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak… Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65

Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.

Sehingga hari ini sekali pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Vietnam turut memusnahkan semua artifak-artifak bersejarah yang mereka temui. Ketika ini terdapat hanya 20 buah masjid kecil yang masih berdiri di Kemboja.

Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh. Seperti juga Chechnya dan Turkestan Timur, peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.

petikan, http://impak.uitm.edu.my/?page_id=294

Monday, February 13, 2012

HAMZA KASHGARI DAN MALAYSIA



Isu Hamza ini, sebenarnya membuka mata siapa kita sebenarnya. Atas alasan apa pun, mamat Arab ni tak boleh menghina Nabi, Rasulullah Junjungan Idola kita. Apa hebat sangat beliau untuk menulis dan menghina Rasulullah.
Islam ada peraturan, apabila mengaku dan memeluk Islam ada peraturan yang perlu diikuti. Mamat ini dah melampau.
Yang hairannya ada suku sakat dalam PKR yang kononnya nak bela Mamat Beruk ini. Apa pun alasannya, kita tak perlu terima. Alasan atas prinsip hak asasi manusia perlu ditolak. Sedangkan hak asasi umat Islam tak pernah dibela dan dijaga, apa faedah nak jaga Mamat Beruk seekor ini.
Kepada segelintir pengikut - pengikut Mamat Beruk ini, bila mereka bertanding kita JANGAN BERI UNDI KEPADA MEREKA. Demi Islam, Demi Allah, Demi Rasul, kita tak pediuli dari parti mana pun. Biar mereka tahu, kita umat Islam akan menolak apa - apa yang mengugat agama ini.
Umat Islam mesti bersatu hati, Taksub kepada Rasulullah tak salah, Taksub kepada Islam tak salah.
Dan kita perlu ingat musuh Islam dan musuh Allah berada di mana - mana. Kalau PKR dan Pakatan Rakyat beri ruang kepada manusia sebegini, lebih baik diberikuasa kepada UMNO.
Maaf bahasa kurang teratur. Paling benci manusia yang menghina dan menyokong orang menghina Rasulullah.

Tuesday, February 7, 2012

DIALOG RAKYAT: Hassan Ali dan saya

DIALOG RAKYAT: Hassan Ali dan saya: Khalid Samad, Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya....

Saturday, October 1, 2011

HUDUD SATU PERINTAH

Sekali lagi isu Hudud berlegar di ruangan politik tanahair. Semua sedia maklum dari zaman penjajahan hingga ke tahun 2011, Hukum Hudud telah dipinggirkan. Biarpun hukum Hudud pernah dilaksanakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah. Sejarahnya dipadamkan bersama sejarah perjuangan bangsa Melayu. Sejarah baru dicipta hanya sejarah perjuangan UMNO, parti ciptaan British, penaung terbaik Tanah Melayu.
Benarkah Hudud ciptaan PAS?
Apakah Hudud? Memang ramai yang tak tahu? Bukan sahaja Cina tak tahu, yang Islam pun sama tak tahu dan tak nak tahu.
Hudud adalah hukuman yang ditentukan Allah. Bagi Muslim, hukuman adalah hak Allah, sebagai hamba kita hanya berhak menerimanya. Hukum hudud cuma merangkumi keslahan murtad, jenayah membunuh, berzina, mencuri, menentang penguasa dan minum arak.
Dan hukum hudud hanya kepada Muslim sahaja, jadi tiada masalah untuk non Muslim nak minum arak atau nak berzina sesama mereka.
Setelah 54 tahun tidak dinaungi British, kita masih gagal melaksanakan hudud. Persoalannya mengapa?
Alasan yang diketengahkan negara yang berbilang kaum. Apakah ini alasan yang terbaik. Sedangkan kita tidak pernah merancang mahupun berazam untuk mengikuti perintah Allah. Perintah Allah adalah sama. Hukum Allah adalah sama keutamaan. Jika kita bersolat, sama juga perintah melaksanakan Hukum Hudud. Kedua - duanya wajib. Solat wajib bagi individu, Hudud adalah wajib bagi kita menggesa pemerintah melaksanakan.
Renungilah firman Allah,
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. AlBaqarah 178

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (AlMaidah 38)

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (AnNur 2)

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik[414], atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, (AlMaidah 33)

Selagi kita merasakan kita hanya hamba Allah, menumpang di atas mukabumi dengan iradat @ kehendak Allah, kita kana berusaha untuk melaksanakan perintah Allah.
Tetapi yang malangnya apabila pemimpin kita merasakan merekalah penguasa yang boelh membuat sesuka hati.
Moga Allah menjauhkan kita dari kemurkaan dan azab yang pedih.

Tuesday, September 13, 2011

PERANG KEDAH - BRITISH-SIAM




18PL: Professor kangkung dilarang sama sekali membaca artikel ini. Khuatir akan http://www.blogger.com/img/blank.gifterencat akal atau terpeleot otak yang suku itu.

Perang Kedah British adalah yang terawal. Nama - nama seperti Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Tengku Kudin dan panglima2 perang yang berperang dengan Siam. Tetapi Siam telah dibantu oleh British untuk mengalahkan Kesulatanan Kedah pada masa berikut.
Mungkin niat British yang hanya ingin menaung dan membantu orang Melayu telah disalahanggap. Mungkinkah Kesultanan Kedah telah dipengaruhi oleh Komunis @ Chin Peng. Tiada siapa yang tahu sejarah sebenarnya. Mungkin Prof Kangkung lebih tahu niat British.

Nak tahu cerita Sejarahnya,

Kota Kuala Kedah terletak di muara Sungai Kedah kira-kira 10km dari bandaraya Alor Setar. Berbentuk segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah barat mengadap Selat Melaka, selatan tembok mengadap sungai mengahala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok mengadap kawasan paya.

Manakala timur tembok mengadap perkampungan nelayan dan sawah padi. Kawasan tembok yang mengadap daratan dikelilingi pula dengan parit yang dikenali dengan Alor Melaka. Ketika berfungsi sebagai markas ketenteraan, dibina istana raja, rumah pengawal, kantin, meriam dan pondok-pondok atau khemah untuk askar. Pintu utama pula mengadap sebelah timur Alor melaka. Setiap penjuru kota ini dikelilingi dengan meriam-meriam kecuali di tembok yang menghadap paya.


Ironinya, kota yang menjadi saksi kepada perjuangan orang melayu dalam memerdekakan negeri Kedah bermula sebagai pertahanan hadapan bangsa penjajah terawal di tanah melayu iaitu Portugis. Nama asal kota tersebut ialah Kota Kuala Bahang dan diasaskan oleh Sultan Sulaiman Syah (1602-1619) dengan bantuan Portugis. Dari segi bentuk yang bersegi-empat menunjukkan kota ini pada awalnya dibina berfungsi lebih sebagai kilang atau gudang untuk tujuan perdagangan berbanding sebagai kota pertahanan tentera yang digunakan oleh pihak Portugis sendiri. Ia juga dibina agar tidak mudah terbakar. Malangnya, apabila ia dilihat sebagai kota pertahanan Portugis, ia juga menjadi sasaran utama musuh Portugis ketika itu, Acheh. Pada tahun 1619, Sultan Mahkota Alam dari Acheh telah menyerang kota tersebut dan menghalau Potugis dari situ. Mahkota Alam juga telah menakluk seluruh negeri, menawan 7000 rakyat termasuk Sultan Kedah sendiri dan membawa pulang mereka ke Acheh (rujuk kisah Puteri Lindungan Bulan).

Pada tahun 1650, kerajaan Kedah telah membeli 30 pucuk meriam dari Portugis untuk menguatkan lagi benteng pertahanan kota ini. Ia ternyata berhasil pada kurun berikutnya ketika perang saudara antara Sultan Muhammad Jiwa dan adiknya yang berhasrat untuk merampas kuasa iaitu pada tahun 1724. Sultan dibantu oleh Pahlawan Bugis iaitu Daeng Parani yang berkekuatan 62 buah perahu perang dari Riau dan Selangor manakala adik sultan dibantu oleh Raja Kechil dan pengikutnya dari Minangkabau untuk menghalau Bugis dari Kedah.

Raja Kechil berjaya menawan Kota Kuala Kedah tetapi bantuan yang tiba dari abang Daeng Perani, iaitu Daeng Merewah berjaya menghalau Raja Kechil dan pengikutnya keluar dari Kedah dan kembali ke Siak. Perang tersebut mengambil masa selama 2 tahun dan mengakibatkan kemusnahan negeri Kedah.


Meriam Badak Berendam,
terletak di celah runtuhan kota dan berada di bawah aras laut.
Juga dipercayai kononnya berpenunggu di mana setakat ini ia tidak dapat diubah ke tempat lain..
Wallahualam


Dalam tahun 1771, orang-orang bugis sekali lagi memainkan peranan dalam tampuk pemerintahan negeri Kedah apabila mereka memihak kepada kumpulan pemberontak untuk menggulingkan sultan. Mereka berjaya menakluk Kota Kuala Kedah dan merampas 300 pucuk meriam pelbagai saiz dalam serangan tersebut. Bagaimanapun, Sultan berjaya merampas kembali Kota tersebut dengan bantuan pedagang Inggeris, Kapten Francis Light. Kapten Light berjanji akan menggunakan Kota tersebut untuk melindungi negeri Kedah dari serangan musuh, terutamanya SIAM. Bagaimanapun janji tersebut tidak pernah ditepati di mana mereka pula yang bersekutu dengan Siam.


Pada tahun 1771, Sultan Abdullah Mukaram Shah bercadang untuk menguatkan lagi kota ini dengan membeli meriam-meriam yang lebih besar seperti yang digunakan oleh musuh-musuhnya, Siam dan Bugis. Dinding kota diperkuatkan dengan batu-bata yang lebih kukuh. Ciri-ciri yang lebih moden seperti lubang untuk menempatkan senapang dan meriam juga dibina pada kota ini. Meriam-meriam yang lebih besar dibeli dari Acheh, Minangkabau dan Brunei. Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 1780.


Ancaman pertama dari Siam menjelma pada petang Ahad 12 November 1821 bilamana satu angkatan perang dari Siam yang tidak diketahui tujuannya belayar ke Kuala Kedah. Mereka disambut dengan meriah oleh Bendahara Dato' Paduka Maharaja Sura. Semasa Panglima Siam, iaitu Raja Ligor Phya Buri Sakmuton dibawa melawat sekitar Kota Kuala Kedah beliau secara tiba-tiba mengarahkan askarnya menyerang para pengawal di dalam kota tersebut. Maka berlakulah pertempuran hebat di dalam kota itu. Akhirnya angkatan Siam berjaya menawan kota tersebut. Angkatan perang Kedah bersama sultan terpaksa berundur dan bertahan di Pulau Pinang. Di sini, mereka merancang strategi untuk merampas kembali negeri Kedah dari Siam.


Pada tahun 1831 putera sultan sendiri, Tengku Kudin telah mengetuai 3000 angkatan perang orang Melayu dari Prai telah menyerang Siam di Kedah dan menghalau mereka jauh hingga ke sempadan Siam. Kerajaan Siam dan British telah mengisytiharkan orang-orang melayu ini sebagai perompak, lanun dan pengganas. Kemenangan angkatan Kedah tersebut tidak lama di mana mereka kembali diasak Siam dan terpaksa berundur dan bertahan di kota Kuala-Kedah. Kapal-kapal perang British pula mengepung sepanjang persisiran pantai Kedah manakala tentera Siam menyerang dari darat. Kekebalan benteng Kota Kuala-Kedah menyebabkan pihak Siam terpaksa membina menara tinggi untuk menembak orang melayu di dalam kota tersebut. Setelah bertahan selama 3 bulan dan bertempur menentang 7500 askar dan 3000 gajah dari Siam, Kota Kuala-Kedah akhirnya jatuh ke tangan Siam. Tengku Kudin sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut dan kepalanya telah dihantar ke Bangkok.

Pada tahun 1838, sekali lagi angkatan perang Kedah diketuai oleh seorang lagi kerabat sultan, Tunku Mohammad Saad yang berkekuatan 10,000 askar dan 50 perahu perang dilengkapi meriam ringan telah mengusir Siam keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). Mereka juga berjaya membebaskan Patani dari naungan Siam buat seketika. Mereka bertahan di Songkhla sementara menunggu musim monsun tiba di mana bantuan askar melayu dari negeri2 sekitar dijangka tiba. Orang Eropah yang berkedudukan tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan. Tetapi tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam. Angkatan Tunku Muhammad sekali lagi terpaksa berundur dan bertahan di Kota Kuala-Kedah buat kali terakhir.


Bantuan dari Bangkok tiba bersama 15000 tentera dilengkapi senjata yang lebih moden, meriam dan gajah menyerang kota dari arah darat. Dari sebelah laut, kapal perang British HMS Hyacinth yang berkekuatan 18 laras meriam mengepung dari laut. Kapal tersebut terpaksa berlabuh jauh dari pantai untuk mengelakkan bedilan meriam dari dalam kota kuala kedah. Kapal tersebut turut diiringi oleh 3 buah lagi kapal perang yang lebih kecil iaitu HMS Emerald, HMS Pearl dan HMS Diamond.


Pada 19 Mac 1839 pekan Kuala-Kedah dikuasai sepenuhnya oleh askar Siam dan penembak hendap mereka ditempatkan di setiap sudut pekan tersebut. Orang Melayu yang ada ketika itu semuanya dibunuh dengan kejam. Menyedari harapan untuk menang adalah tipis dan kota akan jatuh ke tangan Siam pada bila-bila masa saja, pada malam tersebut orang melayu dibantu oleh askar upahan Sepoi membuat serangan berani mati ke atas kedudukan Siam di pekan tersebut. 15 askar Sepoi melepaskan tembakan bantuan ke arah askar Siam. Sementara itu saki-baki orang melayu yang tinggal diarahkan menyelamatkan diri dengan berenang ke arah kapal-kapal Inggeris. Kapten dan para kelasi kapal2 tersebut yang terdiri kebanyakannya dari orang melayu Negeri-negeri Selat turut merasa simpati di atas apa yang terjadi dan terpaksa menyelamatkan orang melayu yang berenang ke kapal-kapal tersebut..


Angkatan Tunku Muhammad yang bertahan di dalam kota hanya tinggal 200 orang. Menyedari mereka dikepung dari setiap sudut dan kemungkinan untuk menang adalah tipis, orang Melayu ketika itu terpaksa berjuang habis-habisan. Pada Subuh 20 Mac 1839, Kota Kuala-Kedah berjaya ditawan sepenuhnya oleh Siam dan kesemua mereka yang mempertahankan kota tersebut turut terkorban. Mulai dari tarikh tersebut, bedilan dari meriam-meriam dari kota tersebut tidak lagi kedengaran sehinggalah ke hari ini.

Sultan Ahmad Tajuddin yang semakin tua masih tidak berputus asa untuk mendapatkan kembali negerinya. Setelah cara ketenteraan gagal, baginda mencuba pula cara berdiplomasi. Baginda telah menghantar putera bongsunya, Tunku Dai untuk mengadap King Rama III. Dalam pertemuan tersebut, Tunku Dai berjanji akan mengakui kedaulatan Siam dengan syarat Sultan Kedah dikembalikan takhtanya.


Setelah berperang selama hampir 21 tahun, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan takhtanya pada Jun 1842. Baginda telah kehilangan Perlis (diperintah rajanya sendiri) dan Setul/Satun (dimasukkan ke dalam jajahan Siam) tetapi telah berjaya menyelamatkan negeri Kedah dari diperintah terus oleh Siam seperti yang terjadi ke atas Patani dan berjaya mengekalkan institusi raja melayu sehinggalah ke hari ini. Baginda mangkat pada 1 Januari 1845.

Bagi pihak British pula, inilah pengalaman pertama yang mereka rasai berperang dengan orang Melayu sehinggakan Kapten Sherard Osborn, Pegawai Tentera laut British ketika perang Kedah-Siam 1838 telah membuat kenyataan berikut:
"Seperti anjing… pribumi (yakni org India) di sepanjang persisir pantai semenanjung India menjilat tangan yg mendera mereka;
Tetapi tidak bagi orang Kedah! dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman"



Source:

Thomson, John Turnbull, "Glimpses Into Malayan Lands", Oxford University Press 1984 (first published by Richardson and Company, 1864). RM 22.00

'The Blockade of Kedah in 1838: A Midshipman's Exploits in Malayan Waters' by Sherard Osborn (1857), reprinted by Oxford University Press (1987) (ISBN 0 19 588860 X). Price RM 52.80



credit to : http://www.sabrizain.org/

Nota: Ini bukan versi Majlis Professor Kangkung....

Sunday, September 11, 2011

BAPA KEMAJUAN PULAU PINANG

18PX: Professor -professor tidak dibenarkan sama sekali membaca dan mengulas tanpa bimbingan Budak Sekolah Tingkatan 1 - 3.

Dahulu Pulau Pinang adalah dibawah kekuasaan Negeri Kedah. Kedatangan Francis Light hanya untuk menaungi dan memajukan Pulau Pinang. British hanya ingin melabur untuk membuat pelabuhan supaya rakyat Pulau Pinang ada peluang pekerjaan. British tidak ingin dan tidak pernah berniat menjajah. British melihat Sultan Kedah tidak mampu memerintah dan tidak mampu mempertahankan diri serta negeri dari kekuasaan Siam.
Francis Light patut dinobatkan sebagai Bapa Kemajuan Pulau Pinang.
Kita patut berbangga kerana adanya Rakyat British seperti Francis Light yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk memajukan orang Melayu.
Jika tidak sudah pasti pemimpin agung Melayu seperti Tunku Abd Rahman dan Dr Mahathir Mohammad tidak dilahirkan.

Ini dipetik sahaja bukan karangan @ rekaan empunya Blog dari Laman Web http://notasejarah.blogspot.com/2007/04/pulau-pinang-diduduki-dengan-tipu.html
Ini bukan belajar sejarah peringkat Profesor, ini hanya pelajar Sejarah Peringkat Sekolah Menengah Rendah tidak sesuai untuk Majlis Professor apatah lagi Professor - Professor yang menggelar diri Pakar Sejarah Tanah Jawi.

FRANCIS LIGHT menduduki Pulau Pinang secara haram. Demikianlah antara fakta sejarah pulau digelar ‘Pulau Mutiara’ yang mungkin kurang diketahui masyarakat ketika ini.

Umumnya ramai pihak mungkin mengetahui British adalah pihak yang bertanggungjawab memajukan Pulau Pinang dengan Francis Light sebagai individu asing yang memikul tugas itu.

Bagaimanapun, di sebalik nama lelaki Inggeris itu, masyarakat mungkin tidak mengetahui yang sejarah pembukaan Pulau Pinang dipenuhi pelbagai polemik, drama tipu-helah, muslihat dan peperangan antara British dengan Kedah.

Sebelum abad ke-18, Pulau Pinang sebenarnya terletak di bawah jajahan Kedah; sehinggalah ke penghujung abad berkenaan, tipu muslihat Francis Light menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British.

Beginilah antara cerita sejarah itu:

Sebaik mendengar maklum balas pihak British, Sultan Abdullah teramat murka. Berhari-hari lamanya hati Sultan Abdullah panas memikirkan yang pihak British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) mungkir janji.

British tidak akan membantu negeri naungannya iaitu Kedah mempertahankan serangan daripada Siam. Selepas Siam berjaya menakluki Patani pada 1786, kini pihak itu sudah mengutuskan ancaman untuk memerangi Kedah pula.

SHTI tidak akan menghantar bantuan ketenteraan kepada Kedah seperti dijanjikan menerusi ‘Perjanjian Inggeris-Kedah 1786’ dan tindakan itu jelas menunjukkan mereka memungkiri perjanjian yang dibuat antara baginda dengan wakil SHTI, Francis Light.

Sultan Abdullah semakin geram dan berasa tertipu dengan muslihat Francis Light. Tanpa pengetahuannya, lelaki Inggeris itu sebenarnya berunding dan membuat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi dan tanpa persetujuan SHTI.

SHTI mengatakan yang mereka tidak menghantar Francis Light untuk membuat perjanjian itu, justeru mereka enggan mematuhi syarat perjanjian berkenaan antaranya membantu Kedah mempertahankan serangan musuh termasuk Siam.

Dua lagi syarat lain perjanjian itu adalah SHTI akan membayar sebanyak 30,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah dan tidak boleh melindungi musuh Kedah. Menyangka SHTI bersetuju dengan perjanjian itu, Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada British.

Bagaimanapun, ketika Siam mengancam Kedah, baginda mula menuntut janji tetapi SHTI enggan menghantar bantuan ketenteraan dengan alasan mereka tidak terbabit dalam perjanjian antara dirinya dan Francis Light.

Sultan Abdullah terkejut dan mula menyedari yang British cuba bermain muslihat. Baginda mula sedar ada penipuan dan sandiwara dimainkan Francis Light. Kesal sekali baginda menyerahkan Pulau Pinang kepada lelaki Inggeris itu.

Pihak British hanya pandai ‘menanam tebu di tepi bibir’, mereka bermanis muka ketika berunding perjanjian tetapi mula memungkiri janji sebaik Pulau Pinang sudah mereka jadikan pangkalan.

Perasaan kesal mula membaluti perasaan Sultan Abdullah. Pada mulanya baginda menawarkan Pulau Pinang kepada British sebagai ganjaran untuk membantu Kedah menghadapi ancaman pihak asing terutama Siam.

Sudah lama Kedah terkenal sebagai kuasa Maritim di Kepulauan Melayu. Sejak abad ke-16 lagi, dasar buka pintu yang diamalkan Kedah menyebabkan kapal dagang dari seluruh dunia singgah di Kuala Kedah yang menjadi pelabuhan entrepot.

Bagaimanapun, untuk mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran Kedah bukanlah suatu perkara mudah kerana pihaknya sentiasa menghadapi penentangan terutama dari Siam yang mahukan Kedah membayar bunga emas, wang dan tenaga manusia kepada negara itu. Siam menganggap Kedah adalah negeri jajahan mereka.

Sultan Abdullah teringat lagi, ketika itulah baginda mula memikirkan idea memohon pertolongan British dan sanggup menyerahkan Pulau Pinang jika SHTI dapat menghulurkan bantuan ketenteraan kepada mereka apabila diserang.

British pula melihat tawaran menduduki Pulau Pinang itu umpama ‘pucuk dicita ulam mendatang’ lantaran mereka sememangnya sedang mencari tapak untuk dijadikan pangkalan di Kepulauan Melayu ketika itu.

Pangkalan itu perlu bagi dijadikan markas ketenteraan untuk mereka mempertahankan pusat penempatan SHTI di India daripada serangan Perancis. Lokasi Pulau Pinang juga amat strategik untuk dijadikan pelabuhan kerana terletak di tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

SHTI ketika itu juga menjalankan perdagangan dengan China; SHTI memperoleh teh dari China dan membekalkan emas, perak, bijih timah dan lada hitam kepada negara itu. Pulau Pinang dapat dijadikan pusat persinggahan pelayaran selain pusat pengumpulan emas, perak, emas dan lada hitam yang sememangnya banyak terdapat di Kepulauan Melayu.

Justeru, tawaran Sultan Abdullah itu sukar ditolak. Tetapi pada masa sama, SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan mereka dengan Siam kerana Siam menganggap Kedah adalah jajahan mereka.

Lalu Francis Light mula menjalankan muslihat dan menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi dan penipuan itu menyebabkan Sultan Abdullah kini semakin diasak marah.

Sultan Abdullah sepatutnya sedar yang Francis Light adalah lelaki yang ‘lidah bercabang’. Ini bukan kali pertama lelaki asing itu memungkiri janji. Francis Light jugalah yang mewakili Firma Jourdain Sulliwan and de Souza ketika berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada 1771.

Sultan Muhammad Jiwa ketika itu meminta bantuan ketenteraan firma berkenaan untuk menentang Bugis dan satu perjanjian ditandatangani dengan firma berkenaan dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.

Bagaimanapun, perjanjian itu akhirnya dibatalkan apabila pihak diwakili Francis Light itu enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. Dan kini, sejarah penipuan itu berulang kembali malah Sultan Abdullah sudah menyerahkan sebuah pulau kepada Francis Light.

Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang sebaliknya hanya mahu menawarkan ganti rugi, begitu maklum balas yang dikhabarkan kepada baginda apabila meminta British keluar dari pulau berkenaan selepas mereka memungkiri janji.

Sultan Abdullah semakin berang, baginda enggan menerima ganti rugi, dia mahukan British keluar dari pulau berkenaan.

“Kita perangi mereka!” Mungkin begitulah laungan Sultan Abdullah berserta semangat ingin menyerang dan merampas kembali Pulau Pinang yang diceroboh British.

> Kedah terpedaya selepas serah Province Wellesly

PADA 1791, Sultan Abdullah mengumpul bala tenteranya di Seberang Perai bersama dorongan semangat untuk merampas kembali Pulau Pinang yang diduduki British secara haram dan tipu helah.

Selain angkatan perang Kedah, Sultan Abdullah turut meminta bantuan ketenteraan dari Riau, Siak dan Selangor dan mereka akan menyeberang laut menuju Pulau Pinang bagi menawan kembali pulau itu.

Bagaimanapun, kehadiran kapal perang yang berlabuh di pinggir pantai Seberang Perai mula disedari Francis Light. Lelaki itu sedar percaturan Sultan Abdullah untuk menyerang dan merampas kembali Pulau Pinang.

Francis Light segera meminta bantuan angkatan tentera laut British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai. Kemudian, peperangan meletus antara angkatan perang Sultan Abdullah dengan angkatan ketenteraan Francis Light.

Bagaimanapun, penentangan hebat bagi mengusir penjajah yang diberikan tentera Sultan Abdullah itu tidak berhasil dan Kedah kalah kepada tentera Francis Light dalam peperangan berkenaan.

Kekalahan itu menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani ‘Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah’ dengan berat hati pada 1 Mei 1791. Melalui perjanjian itu, Kedah terpaksa mengakui pendudukan British di Pulau Pinang dan balasannya, SHTI akan membayar 6,000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Kedah.

Francis Light terus menjadi pentadbir penempatan British di Pulau Pinang sehinggalah kematiannya akibat penyakit malaria pada 21 Oktober 1794.

Melewati waktu, kesilapan sama dilakukan Kedah iaitu mempercayai British sehingga tergadai Pulau Pinang masih berulang untuk kali ketiga. Bagaimanapun, kali ini wilayah Seberang Perai pula yang menjadi taruhan.

Kisahnya bermula kira-kira sembilan tahun selepas kekalahan Kedah terhadap British di Pulau Pinang. Sejak serangan Sultan Abdullah dulu, SHTI mula memikirkan langkah keselamatan mereka di pulau itu.

British berpendapat yang mereka memerlukan penempatan di tanah besar sebagai benteng pertahanan awal daripada serangan pihak musuh. Tanpa penempatan di tanah besar, mungkin sukar untuk mereka memantau serangan musuh dari kawasan pulau saja.

Lalu mereka mula merancang untuk menduduki Seberang Perai pula. Tambahan pula, kawasan Seberang Perai yang subur, sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan anggota mereka di Pulau Pinang.

Sekali lagi SHTI mengambil kesempatan terhadap Kedah yang masih memerlukan bantuan ketenteraan daripada serangan Siam. Kali ini, ‘Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800’ dimeterai antara Sultan Dziauddin dan Gabenor Pulau Pinang pertama, George Leith pada Jun 1800.

Antara kandungan perjanjian berkenaan adalah Kedah akan menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI dan SHTI akan membayar 10,000 dolar Sepanyol setahun (bayaran pendudukan Pulau Pinang dan Seberang Perai) kepada Kedah bersama janji bantuan ketenteraan.

Sejarah kembali berulang apabila seperti perjanjian sebelumnya, SHTI tidak menghulurkan sebarang bantuan ketenteraan apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821. Betapa rakyat Kedah berjuang habis-habisan bagi mempertahankan tanah air, akhirnya Kedah ditakluk Siam juga.

Sebaliknya, British memeterai ‘Perjanjian Burney 1826’ dengan Raja Siam iaitu Rama III di Bangkok pada Jun 1826 yang antara lain British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah dan Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai yang dikenali ‘Province Wellesly’ ketika itu.

Bagaimanapun, hasrat British untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan entreport tidak tercapai lokasinya yang jauh ke selat utara menyebabkan kapal pedagang lebih berminat untuk berlabuh di Betawi, Riau dan Lingga.

Pulau Pinang kemudian menjadi antara pusat pentadbiran British di Tanah Melayu apabila digabungkan dengan Melaka dan Singapura sebagai Negeri-negeri Selat pada 1826.

Saturday, September 10, 2011

Malaysia Yang Tak Pernah Dijajah..(2)






Kenyataan Prof Kangkung Zainal Kling yang mewakili Majlis Prof2 Kangkung, dengan senyum khinzir sumbing megeluarkan fatwa Malaysia Tak Pernah Dijajah Tetapi Hanya Dinaungi.
Nak huraikan secara akademik, biarlah ahli akademik yang menguraikannya. Daku bukan ahli akademik, daku hanya musafir jalanan.
Kalau bukan dijajah, abis tu Raja Melayu kena patuh kepada British buat apa, Bersekedudukan kuasa kot? Yang kita pakai undang2 British buat apa? Yang DO, ADO orang putih tu buat apa? Yang abis hasil mahsyul kita dibawa ke Great Britain tua buat apa?
Dari Sultan hingga ke peon dibayar gaji oleh British, tu bukan nama jajah takkan nama naung.
Utk Profesor Kangkung, kalau awak buat perjanjian dengan orang asing, membenarkan orang asing itu menaungi rumah awak, meniduri isteri awak, menjual mengguna dan berkuasa atas apa yang ada dalam rumah awak, itu bukan JAJAH ke?
Yang pastinya Professor Kangkung adalah seorang barua yang sedang mencari peluang.
Barua kepada Barua - Barua British.
Hanya Barua dinobatkan di bawah kepimpinan Barua.

Malaysia Yang Tak Pernah Dijajah..

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Video Khas Buat Zainal Keling.. Ini Apa?? Persoalan Yang Perlu Beliau Jawab !!!

Thursday, September 8, 2011

AKU BUKAN KOMUNIS....





Gegak gempita alam Tanah Jawi menyambut 54 tahun merdeka. Merdeka dari siapa? Tiada siapa yang tahu. Ada kata merdeka dengan Komunis. Komunis mana dan apa itu komunis pun kita tak tahu. Yang kita tahu membaca skrip dan sejarah yang ditulis oleh pihak British. Sejarah yang bukan datang dari British adalah sejarah palsu. Siapa yang membacanya boleh dilucutkan warganegara @ ditahan dan soal siasat @ yg lebih malang ditahan Ikut Suka Aku.
Rasanya lebih separuh tidak tahu kita pernah dijajah British. Anak - anak muda hanya tahu British pandai main bolesepak dan mengajar kita main bolesepak. Moga satu hari kelab di Malaysia setaraf dengan MU @ Liverpool. Bagi bekas polis dan tentera, British adalah majikan yang perlu disanjung. Putih kata British putih, Hitam kata British hitamlah. Bagi golongan sejarawan, Sejarah dari British adalah mutlak, kajian yang lain hanya palsu dan dongengan.
Bila Mat Sabu berkata, Mat Indera adalah seorang pejuang merdeka, maka bergempitalah Sang Mamak yang keturunannya tidak pernah berjuang untuk tanahair berteriak, ITU KOMUNIS.
Baiklah sekiranya Mat Indera Komunis, bagaimana dengan Ibrahim Yaakob (anak Melayu pertama berbicara tentang Merdeka),Dr Burhanuddin Hilmi (anak Melayu pertama yang ada Phd), Ishak Muhamad, Ahmad Boestamam (Merdeka dengan Darah), dan ribuan lagi yang tidak mampu dituliskan di sini.
Apakah pejuang kemerdekaan hanya Onn, Tunku. Siapakah mereka? Bukankah mereka yang berkhidmat taat setia kepada Ratu Englang dan Union Jack. Onn Jaafar sendiri pernah memberi ucapan yang Tanah Melayu belum layak merdeka.
Bila anak - anak muda membongkar sejarah maka, ugutan dan tomahan. Jika Kerajaan benar - benar jujur, bincangkan secara terbuka. Adakan forum. Biarlah rakyat Tanah Jawi ini menentukan siapa yang pejuang atau tidak, bukannya hanya dari kaca mata British.
Mana pergi perjuangan Maharajalela, Tuk Bahaman, Mat Kilau, Hj Abd Rahman Limbung, Tuk Janggut, Rosli Dobi, Rentap, Yamtuan Antah?
Yang diagungkan sebagai pejuang kemerdekaan mesti dari parti UMNO, MCA dan MIC. Selain dari itu adalah KOMUNIS.
Jika sejarah ini tidak dibongkar hari ini, generasi ke hadapan akan terus menjadi bodoh sejarah dan tidak tahu membezakan mana yang benar mana yang salah? Siapa pejuang Siapa Penjajah.
Terima Kasih Mat Sabu, yang berani membuka mata kita.
Kepada anggota polis dan tentera janganlah terlalu emosi, Jika apa yang kita buat dahulu adalah salah, kerana itu adat peperangan. Bila berdamai, maka tutuplah buku. Jika ada yang terkorban, di pihak sana pun sama juga. Mungkin perjuangan mereka utuk tanahair dan bencikan penjajah tetapi perjuangan polis dan tentera untuk makan gaji. Itu sahaja. Moga Allah memberi keampunan kepada semua...Tegaklah kebenaran biarpun pahit....

Tuesday, September 6, 2011

MAT INDERA, NAMAMU KEMBALI MENGHARUM..

Tahniah kepada Abang Mat, ucapannya walaupun dianggap konfrontasi, namun mengukir kembali fakta - fakta yang berkaitan Mat Indera. Sejarah Mat Indera dibuka kembali. Tidak sia - sia pengorbanan beliau untuk tanahair. Selama ini Mat Indera dengan pelbagai tomahan bermula dari zaman penjajah hingga ke waris penjajah, perjuangan beliau demi tanahair tercinta akan terus terbongkar satu demi satu.
Siapa Mat Indera? Penjuang atau Pengkhianat? Ramai yang buta sejarah dan sejarah diputarbelitkan.
Kita dikenalkan dengan nama Dato' Onn, Tunku dan Tun Razak. dan merekalah yang disanjung dan diangkat menjadi pejuang kemerdekaan. Tetapi kita lupa, mereka bekerja dengan British, istilahnya makan gaji. Bermajikan British. Sudah pastilah mengikut arahan British.
Sama seperti kita mengagungkan karya Mamak Abdullah yang diangkat menjadi Bapa Pesuratan Melayu Moden, sedangkan beliau hanya penulis upahan Stamford Raffles. Sudahpastilah tulisan beliau hanya mengangkat pengupahnya dan menidakkan orang lain.
Tidak salah makan gaji atau bermajikan British untuk mencari makan. Tetapi yang salahnya bila sanggup membunuh anak bangsa sendiri dan menidakkan perjuangan orang lain. Mereka ini layak digelar Pengkhianat.
Sejarah Malaysia umpama cerita fantasi. British menjajah kita ratusan tahun namun tetap diangkat sebagai kawan bahkan disanjung umpama Bapa. Sedangkan pejuang - pejuang yang sanggup berkorban nyawa untuk tanahair tercinta dilabelkan Pengkhianat. Dan cara lebih mudah dinamakan Komunis. Maka ramai Melayu yang tak tahu apa - apa, yang lebih gemar melihat rancangan Akademi Fantasia dan Hiburan Joget Lambak ini mudah mengiakan sahaja. Kemudian diturunkan ke anak cucu mereka. Maka anak cucu ini lah pun mengiakan sahaja. Begitulah akan berlaku ratusan tahun lagi.
Sejarah menceritakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan British. Ketiga - tiga kuasa ini bergilir - gilir memperkosa tanahair, mengaut hasil mahsul dan merogol anak - anak gadis Melayu. Malangnya Melayu boleh berbangga kerana sang penjajah memastikan teraju pimpinan adalah manusia yang menyanjung mereka. Dan lebih malang lagi sikap Melayu yang sanggup menjadi barua asalkan boleh hidup senang.
Berbalik kepada Mat Indera, dilabelkan pengganas kerana menyerang Rumah pasung British. Kerana cintakan tanah air dan bencikan British, jalan terakhir dipilih. Jalan perang bukannya jalan mudah. Pada waktu tersebut serangan ke atas rumah pasung British bukanlah satu perkara pelik. Dari situ akan diambil bekalan senjata. Itulah adat orang berperang. Dan malangnya Rumah Pasung British ini bukannya dijaga oleh Mac Donald atau Henry, tetapi penjaganya ialah Jamal, Yusuf dll.
Mat Indera bukannya berperang dengan PDRM tetapi berperang dengan British.
Kesimpulannya tidak layak kita kata Mat Indera pengkhianat, kerana perjuangan beliau adalah untuk membebaskan tanahair.
Sejarah perlu dikaji semula dan cerita sebenar perlu ditayangkan bukannya fantasi ala UMNO.

KERENGGA: Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

KERENGGA: Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

Sunday, April 17, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK, TOK UBAN BERBULAN MADU




Keputusan p/raya Sarawak telah diketahui. Secara otomatik Kerajaan telah ditabalkan. Segala janji akan tetap tinggal janji. ada yang tertunai namun akan banyak yang tertinggal dan dilupai.
BN berjaya membentuk Kerajaan dengan 2/3 majoriti. Tahniah kepada pengundi Sarawak kerana memberi amanah kepada para Pengsonglap Negara. Tok Uban tetap menjadi KM Sarawak, bila nak berundur, Tok Jib pun tak tahu dan tak boleh campur. Semua org tahu harta Tok Uban melimpahi petala langit dan bumi. Siapa Tok Jib budak hingusan nak suruh Tok Uban letak jawatan.
Biarpun PR tewas namun pengundi PR tetap ramai. Biarpun PR cuma dapat 15 kerusi DUN dan BN 55 kerusi namun dari jumlah pengundi PR dapat 300000 manakala BN tak lebih dari 350000. Kawasan bandar yang didiami oleh orang berinformasi semuanya dimiliki oleh PR sementara BN menguasai kawasan luarbandar. Nampak gayanya perubahan akan berlaku di Sarawak kerana perubahan bermula di Bandar tidak di Luar Bandar. Mungkin P/Raya ke hadapan PR akan memerintah Sarawak.
BN masih berjaya menakutkan orang luarbandar agar terus mengundi mereka. Tapi sampai bila. Dengan segala perbelanjaan yang besar dan jentera Kerajaan yang disalah-gunakan, hinggakan SPRM pun tak berani nak siasat, BN hanya dapat menguasai orang yang kurang cerdik sahaja. BIARLAH LUNCAI TERJUN DENGAN LABU - LABUNYA.
Kepada Rakyat Sarawak selamat berada di bawah pimpinan BN Tok Uban. Beliau akan terus merembat dan menawan harta Rakyat Negeri Sarawak. Tok Uban terus kaya dan Rakyat Sarawak Iban, Dayak dan Melayu terus merana dan ditindas. Dan yang lebih terpenting Tok Uban berjaya meneruskan Pesta Bulan Madunya. Stok gambir banyak lagi ni.

Wednesday, April 6, 2011

HANTU, SPRM, P UNTUK APA?




Dulu, masa kecil - kecil kalau ada projek buat bangunan besar - besaremak akan pesan, JANGAN MAIN JAUH - JAUH, nanti ada orang penggal kepala. Kononnya kepala budak digunakan sebagai semahan. Mungkin SPRM tak buat semahan semasa buat bangunan. Tu sebab dalam bangunan SPRM ada hantu yang akan mencari korban. Lagipun dalam pegawai SPRM pun mengaku yang mereka suka tengok video lucah. Jadi faham2 la kaki video lucah takkan nak dengar ayat Quran apatah lagi nak solat. Agak - agak lepas tengok video pegawai SPRM buat apa? Cuba Teka.
Dulu kes Teoh, sekarang kes pegawai Kastam pulak. Hairan juga semuanya nak bunuh diri dalam pejabat SPRM. Apa lah lebihnya bangunan SPRM? Rakyat tertanya - tanya? Tak faham.
Sebab rakyat Malaysia ni dah malas fikir, kita yakin je ni KERJA HANTU.