Friday, February 20, 2009

MEREKA BUKAN ULAMA'.

Derita hati ku melihat anak - anak muda Islam bercumbu - rayu di merata - rata tempat. Derita hati ku melihat anak - anak muda hilang arah dan pedoman. Merempit, melacur, menggadai maruah, menghisap dadah, ketagihan ; malangnya tiada apa yang dapat aku lakukan. Hanya berdoa. Sedu hati ini melihat, umat Islam digoncang, dibunuh, dirogol tanpa belas kasihan di merata dunia. Tetapi di tanahair ini ulama' masih sibuk mengampu. Kerja dakwah ditinggalkan. Lebih banyak mengampu nak kejar kenaikan pangkat, nak tambah gaji, nak buat rumah besar, nak tukar kereta. Malangnya kerja dakwah ditinggalkan.
Kalau ada majlis, ulama' sibuk ke depan, nak baca doa. Bila dipanggil Sahibul Samahah, kembanglah lubang hidung. Maklumlah dapat duduk sebelah raja, sebelah orang besar - besar. Kerja dakwah tak penting lagi.
Buat apa buat kerja dakwah, SKT dah melintang, menegak, apa nak peduli lagi. Ulama' dah tak bertaring. Dah jadi ular dalam semak.
Ulama' orang dah tak hormat. Ulama'e dipersendakan. Tapi yang dipersendakan itu ulama' ke? Kerja dakwah tak serius sebab kena isi SKT. Mengampu lagi kuat. Carilah hukum sana sini sebab nak mengampu. Mereka bukan ulama', mungkin sebab itu Allah hina. Mereka orang yang cari peluang nak naik pangkat, nak tambah harta dunia, nak kejar nama. Kalau tak percaya, bila berhenti kerja, orang tambah tak hormat lagi.
Mereka bukan Ulama', mereka bukan ulama', mereka hanya orang kerajaan. Tu pun tak buat kerja.

Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Ini hanya luahan hati yang lara melihat suasana di tanah air tercinta. Susunan bahasa ala sastera sikit. Kena faham betul - betul.

PEMIMPIN DAN ULAMA' WAJIB DITAATI?

Hari ini khutbah Jumaat di Pahang, jelas mempromosikan isu terkini dari sudut pihak pemerintah. Setiap hari kita didendangkan bahawa pihak pembangkang menggunakan mimbar masjid, tapi hari ini di seluruh Negeri Pahang, pihak Jabatan Agama, Khatib dan Masjid digunakan.
Biarpun penerangan itu tidaklah mengkhususkan, namun semua orang yang boleh mendengar faham apa yang hendak disampaikan.
Dan yang lebih malang lagi, isi khutbah jelas mengelirukan kerana pehnerangan yangu sebenarnya didolak-dalikkan dan diambil hadis tidak lengkap.

Taat kepada pemerintah dan akur kepada ulama', tiada siapa yang boleh menafikan. Ini jelas terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Di zaman Rasulullah, perkara ini mudah kerana Rasul sebagai pemimpin, RASUL dan ulama'. Jadi persoalan ketaatan dan patuh pada Rasulullah TIDAK TIMBUL. Berbanding di zaman kini, pemerintah dan ulama' berpecah, pemerintah pun naik kerana dokongan puak - puak yang menentang Islam. Ulama' yang jahat lebih banyak dari ulama' yang baik.
Yang hak dan batil adalah jelas. Hanya orang bodoh dan berkepentingan mengatakan hak itu batil atau batil itu hak. Ulama' bukan hanya dinilai dari ilmu, pangkat dan kekayaan, tetapi dinilai sejauh mana ia sanggup menegakkan hak - hak Allah. Sekiranya hanya ilmu dijadikan ukuran, ramai cendekiawan orientalis boleh kita panggil ulama' dan wajib dipatuhi. Ramai juga pendita Yahudi memahami Islam dan memahami Al Quran lebih baik dari ulama' di Malaysia, cuma digunakan untuk menghancurkan Islam, bukan bertujuan menegakkan kalimah Allah.
Pemerintah, bukan semua perlu dipatuhi. Selagi pemerintah menyeru kepada kebaikan, kita patut taat, tetapi apabila pemerintah zalim, kita wajib meninggalkannya. Di zaman kini, pemerintah mesti dipilih mengikut sistem demokrasi yang dipersetujui. Sekiranya ada hamba Allah atau kumpulan yang merampasnya, tidak wajib kita patuh kerana ia telah merampas hak orang yang sepatutnya. Adakah patut kita taat kepada pemerintah yang menipu, zalim, menganiyai rakyat, merompak harta rakyat dan rasuah? Sudah wajiblah pemerintah seperti ini akan memilih ulama' - ulama' yang dapat bersetuju dengan mereka. Ulama' yang tidak sependapat akan dipinggirkaan.
Memang benar kita perlu bersatu. Persoalannya bersatu atas dasar apa? Bersatu untuk melakukan kezaliman dan maksiat, bersatu untuk bangsa atau bersatu atas dasar agama Allah.
Fikir dan renungkanlah. Moga Allah yang memberi hidayah kepada kita. Insya'allah.

Sejarah Hidup ALmarhum Syeikh Hassan Al Banna

Sejarah Hidup ALmarhum Syeikh Hassan Al Banna