Tuesday, August 11, 2009

HASSAN & RONNIE, TAK LAYAK JADI EXCO?

HASSAN & RONNIE, TAK LAYAK JADI EXCO?
Isu Arak di Selangor, Hassan Ali berbebel dengan Ronnie Liu, agenda apa kita pun tak tahu. Adakah Hassan Ali ingin mencari publisiti murahan? Atau Ronnie Liu tak layak dan tak mampu mentadbir?
Arak, isu bukan hanya di Negeri Selangor, bahkan di seluruh Malaysia. Sentimen kebencian umat Islam kepada arak tidak sama sentimen dengan babi. Babi dipandang satu benda yang jijik dan kotor tetapi tidak arak. Biarpun Islam telah mengharamkan arak kepada umat Islam ribuan tahun lalu, namun banyak faktur perlu diteliti kerana budaya barat telah meresapi dan bertampuk dalam pemikiran umat Islam.
Di zaman penjajahan dahulu, arak adalah satu perkara yang norm dalam majlis keraian. Ramai pemimpin khususnya UMNO dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang meneguknya tanpa rasa segan silu. Kononnya atas dasar kemajuan.
Alhamdulillah, kebangkitan Islam di era 70 - 80an telah menggencat sedikit aliran pemikiran tersebut. Arak telah dipandang satu perkara 'berdosa' kepada masyarakat. Walaubagaimanapun masih ada golongan umat Islam sendiri yang mempertahankan budaya Barat yang berdosa ini.
Cara terbaik dalam menangai masalah ini, jelas, kuatkuasakan enakmen Negeri yang ada. Hassan Ali sebagai Exco Agama tak perlu mengugut MB. Beliau hanya perlu kuatkuasakan undang - undang di bawah port folio beliau sahaja. Tangkap pembeli dan peminum arak, bawa ke Mahkamah. Jatuhkan hukuman. Jika ada undang - undang yang boleh mengaitkan penjual, laksanakan denda atau hukuman ke atas penjual. Tak perlu bersidang media dengan media milik UMNO. Tak perlu berdemo dengan Pemuda UMNO. Bagi pembeli/ peminum arak, jika undang - undang yang ada dilaksanakan, nescaya untuk membeli dan meminum secara terbuka, terpaksa berfikir beribu kali. Kepada penjual pula, jika didenda selalu, nescaya tiadalah untung. Mustahil orang berniaga nak rugi.
Ronnie Liu, tidak perlu campurtangan dalam isu seperti ini. Tak perlu nak tunjuk pandai. Tak perlu cari keuntungan politik, kerana pengundi beliau majoritinya Melayu Islam yang tak minum arak. Isu Arak adalah isu umat Islam yang berkaitan dengan agama, jadi tak perlu Ronnie Liu nak bising - bising. Kalau Ronnie Liu nak beli sekontena arak pun, tiada undang - undang untuk beliau. Paling kuat pun kena sakit paru - paru.
Isu ini menunjukkan sikap ahli politik seperti Hassan dan Ronnie yang tak matang. Hanya pandai mencari keuntungan politik untuk agenda masing - masing. Sedangkan Hassan dan Ronnie sepatutnya berkokok tentang Istana Khir Toyo. Itulah lebih besar lagi penyelewengannya. Tak perlu dua - dua Exco bertikam lidah di media UMNO. Selesaikan secara hikmah. Dari mengugut MB tak tentu kala. Mungkinkah cara terbaik, gugurkan dua - dua dari Exco?