Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

HANTU, SPRM, P UNTUK APA?




Dulu, masa kecil - kecil kalau ada projek buat bangunan besar - besaremak akan pesan, JANGAN MAIN JAUH - JAUH, nanti ada orang penggal kepala. Kononnya kepala budak digunakan sebagai semahan. Mungkin SPRM tak buat semahan semasa buat bangunan. Tu sebab dalam bangunan SPRM ada hantu yang akan mencari korban. Lagipun dalam pegawai SPRM pun mengaku yang mereka suka tengok video lucah. Jadi faham2 la kaki video lucah takkan nak dengar ayat Quran apatah lagi nak solat. Agak - agak lepas tengok video pegawai SPRM buat apa? Cuba Teka.
Dulu kes Teoh, sekarang kes pegawai Kastam pulak. Hairan juga semuanya nak bunuh diri dalam pejabat SPRM. Apa lah lebihnya bangunan SPRM? Rakyat tertanya - tanya? Tak faham.
Sebab rakyat Malaysia ni dah malas fikir, kita yakin je ni KERJA HANTU.

Sunday, July 19, 2009

BANGUNAN SPRM BERHANTU?

Teoh telah dikebumikan dengan membawa seribu persoalan yang tidak terjawab. Mungkin beliau yang mengetahui siapa pembunuhnya? Mungkin juga beliau tidak mengetahui SIAPA NAMA Pembunuhnya? Mungkin juga beliau tidak mengetahui kenapa beliau dibunuh? Mungkin juga beliau tidak pernah kenal siapa pembunuhnya?
Pelbagai spekulasi dan andaian sehinggalah siasatan yang benar - benar jujur dan ikhlas akan mendedahkan tragedi yang berlaku.
PDRM tersepit, apatah lagi SPRM lagilah terkejut dan ketakutan. Perkara terjadi selepas beliau disoal - siasat oleh SPRM (versi SPRM). Memang menyenakkan kepala, pegawai SPRM terlibat dalam soal - siasat tak lena tidur, itupun kalau ada rasa bersalah. Kalau dah biasa buat, tak rasa apa - apa pun. Jikalau dia seorang Islam dan tiada rasa bersalah, mungkin dia tidak boleh dikategorikan sebagai orang beriman, kerana hatinya telah mati. Tiada ketakutan kepada Allah apabila berbuat salah. Jika dia buat salah dan rasa betul pulak, memang seperti yang dijanjikan tempat terbaik adalah dalam neraka. Itu yang tuk guru ajar, dalam dosa dan pahala. Syurga dan Neraka. Tetapi entah berapa kerat yang ammpu fikir dan tertanam di dalam hatinya.
Mungkin juga bukan manusia yang buat Teoh terbunuh. Di dalam bangunan kerajaan banyak hantu. Dalam versi SPRM, soal siasat habis pukul 3.45 pagi. Teoh tu pun tidur dalam bangunan tersebut. Mungkin ada hantu dalam bangunan itu. Hantu dah kejar dan sakat Teoh hingga beliau ketakutan. Sebab ketakutan melampau, beliau pun terjun bangunan sebab waktu tersebut pintu nak keluar dah terkunci. Sekarangkan pejabat kerajaan pakai ID card kalau nak buka pintu. Teoh terlupa nak pinjam ID card pegawai SPRM, dan terperangkap di dalam bangunan bersama dengan hantu. Akhirnya atas desakan ketakutan, beliau pun nekad terjun bangunan sebab nak keluar.
Lagilah senak PDRM kalau benda macam ini terjadi. Kes hantu payah nak tinggal bukti. Cap jari tiada, bukti pun tiada.
Tapi ini hanya FANTASI YANG TIDAK BERLAKU. CERITA INI PUN TIADA KAITAN SAMADA DENGAN PDRM DAN SPRM. INI HANYA REKAAN SEMATA - MATA.