Saturday, May 9, 2009

MENGAPA PENIAGA MELAYU TIDAK BERJAYA?

Setelah 50 tahun kemerdekaan, bangsa Melayu masih bergelut dengan masalah pembangunan ekonomi. Kerajaan masih gagal biarpun pelbagai dasar dikemuka dan dilaksanakan. Jika diajukan kepada saya, jawapannya mudah sahaja, RASUAH. Bila disebut rasuah, termasuklah penyelewengan kuasa. Seperti sedia maklum, kerajaan dimonopoli oleh orang yang berbangsa Melayu, kakitangannya majoriti orang Melayu. Politik kita juga dimonopoli oleh orang Melayu juga. Raja pun orang Melayu. Mengapa masih gagal, sedangkan sekiranya diberikan kepada bangsa lain nescaya tidak sampai 10 tahun, mereka mampu menguasainya.
Sejak zaman berzaman orang Melayu terkenal dengan rasuah. Dahulu dikenali dengan duit kopi. Jika dilihat di dalam Sejarah Melayu, duit kopi diiktiraf oleh Kesultanan Melaka zaman tersebut. Ini bermakna, rasuah diiktiraf oleh Kesultanan Melaka. Tetapi siapakah yang yang layak menerima duit kopi? Sudah tentu orang yang berkuasa seperti Sultan, Bendahara, Temenggung, Orang kaya Syahbandar, Laksamana, pegawai istana dan hulubalang - hulubalang. Mereka dalah pegawai Kerajaan pada zaman tersebut.
Di zaman penjajahan British, orang Melayu yang berkuasa juga masih mengamalkan konsep ini dibandingkan dengan pegawai British sendiri.
Setelah merdeka kita juga masih mengamalkannya lagi. Mungkin di masa hadapan akan terus berlaku lagi.
Telah menjadi resam, pegawai kerajaan akan meminta sesuatu sebagai tukaran kuasa yang diamanahkan. Yang menjadi mansa kebanyakannya usahawan kecil yang bertatih untuk mencari sesuap nasi. Golongan ini akan meminta ganjaran bergantung pada kuasa yang ada pada mereka. Semakin besar kuasa semakin besar pula ganjarannya. Mungkin ini adalah budaya Melayu, tiada rasa penyesalan.
Yang menjadi mangsanya kebanyakannya adalah peniaga Melayu. Peniaga Cina lebih berani untuk mendedahkannya dan membela nasib mereka melalui pengaruh politik sekira mereka dizalimi. Sedangkan peniaga Melayu lebih bersikap tidak kisah dan mengalah.
Pegawai Kerajaan akan menyusahkan peniaga Melayu dengan bidang kuasa samada secara melambat - lambatkannya atau menyusahkan peniaga. Pihak peniaga terpaksa berunding sekiranya tidak periuk nasi akan tertutup. Sekiranya dilapurkan nescaya, peniaga ini akan diganggu pula oleh pegawai lain dalam Jabatan tersebut. Begitulah nasib peniaga/ usahawan Melayu. Akhirnya keuntungan mereka dirompak oleh pegawai kerajaan yang berkuasa.
Pegawai kerajaan berani melakukannya kerana pegawai di atas juga melaksanakan perkara yang sama. Termasuklah menteri juga mengamalkan konsep ini, akhirnya orang Melayu terus gagal dan gagal. Untuk menutup kelemahan ini pihak kerajaan menyalahkan usahawan sendiri tidak pandai meniaga. Sepatutnya alasan yang patut diberikan, orang Melayu tak pandai menjaga dan kurang memberi kepada mereka. Itulah nasib usahawan Melayu di tanahair mereka sendiri. Dianiaya dan dizalimi.
Andainya ini yang kita amalkan, nescaya 100 @ 1000 tahun lagi pun usahawan Melayu tidak akan berjaya. Usahawan Melayu akan terus diperah keringatnya untuk kesenangan orang yang berkuasa.
Pegawai Melayu sukar membantu tetapi lebih suka memeras bangsa sendiri. Kadang - kadang bangsa lain lebih mudah ditolong oleh mereka.
Inilah nasib usahawan melayu. Jadi fikir - fikir, bagaimana untuk mengatasinya.