Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

HANTU, SPRM, P UNTUK APA?




Dulu, masa kecil - kecil kalau ada projek buat bangunan besar - besaremak akan pesan, JANGAN MAIN JAUH - JAUH, nanti ada orang penggal kepala. Kononnya kepala budak digunakan sebagai semahan. Mungkin SPRM tak buat semahan semasa buat bangunan. Tu sebab dalam bangunan SPRM ada hantu yang akan mencari korban. Lagipun dalam pegawai SPRM pun mengaku yang mereka suka tengok video lucah. Jadi faham2 la kaki video lucah takkan nak dengar ayat Quran apatah lagi nak solat. Agak - agak lepas tengok video pegawai SPRM buat apa? Cuba Teka.
Dulu kes Teoh, sekarang kes pegawai Kastam pulak. Hairan juga semuanya nak bunuh diri dalam pejabat SPRM. Apa lah lebihnya bangunan SPRM? Rakyat tertanya - tanya? Tak faham.
Sebab rakyat Malaysia ni dah malas fikir, kita yakin je ni KERJA HANTU.

Tuesday, July 28, 2009

TEOH, SPRM, PDRM & KERAJAAN

Teoh bukanlah nama besar. Sebelum kejadian di bangunan SPRM, ramai yang tak kenal siapa beliau. Tetapi mendiang juga bukanlah tiada nama langsung. Kedudukan sebagai setiausaha Exco, menunjukkan peranan mendiang di dalam masyarakat. Sumbang bakti mendiang dan kerja - kerja masyarakat sedikit banyak memberi kesan kepada rakyat. Takkanlah Exco tak buat kerja kebajikan langsung. Yang pastinya di kawasan dan sesiapa yang berurusan dengan Exco pasti pernah terjumpa dan bersua dengan Teoh.
SPRM pula berperanan untuk mencegah rasuah di Malaysia sahaja. SPRM tidak berhak mencegah rasuah walaupun di Singapura, kerana kuasa yang terbatas. Kerja pegawai SPRM menyiasat rasuah samada berlaku atau tidak. Tidak kira jabatan mana, agensi mana jika ada lapuran rasuah pasti akan disiasat. Itu secara teori atau ikut buku. Tetapi di dalam dunia sebenar di tanahair tercinta ini tidak berlaku. SPRM tak siasat kalau rasuah dari golongan Parti Keris Tak Bersarung. SPRM takkan nak siasat Menteri. Kalau siasat pun sekadar siasat sahajalah. Tak kan nak panggil Menteri beri keterangan jam 5 ptg sampai 12 tengahari. Silap - silap SPRM pergi Pejabat Menteri atau sambil minum kopi kat kopitiam buat siasatan. Sebab kalau SPRM begitu tegas, tak kan lah rasuah dalam Malaysia boleh tahan juga. Dulu - dulu ada dengar juga cerita, pegawai BPR (nama yang dulu sebelum perubahan)yang dapat projek - projek kecil. Dengar khabarnya mudahlah sikit.
PDRM pula terkenal dengan kecekapan dalam siasatan jenayah. Pantang berlaku kes jenayah, PDRM akan berdepan dan menyelesaikannya. Bagaimana dia buat siasatan, itu orang awam macam saya tak perlu tahu. Yang penting kes jenayah selesai. Biarpun ada sikit - sikit kes yang tak selesai, seperti kehilangan budak - budak. Tetapi kalau kes berkaitan dengan politik, liwat, terutamanya yang terlibat selain dari Parti Keris Tak Bersarung pasti dapat dikesan. Hatta kesan mani atas tilam pun mampu dicari. Apatah lagi bulu pada tubuh manusia.
Cuma kebelakangan ini agak celaru sedikit. Teoh mati dalam soal - siasat. Adakata selepas soal - siasat tetapi tak keluar bangunan lagi. Ada kata semasa soal - siasat. Tetapi itu tak penting. Yang penting Teoh mati dalam bangunan SPRM. Malangnya SPRM yang begitu cekap selama ini, tetiba jadi tak cekap. Hilang arah, tiada maklumat. Habis disiasat sehingga orang yang tiada dalam bangunan SPRM semasa kejadian juga disiasat. Atau mungkin ini hanya tektik mengelirukan musuh. Entahlah. Tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan. Yang lebih malang lagi, dalam bangunan SPRM rasanya tak lah ramai sangat kakitangan. Mungkin lepas ini pekerja di bangunan bersebelahan juga akan disoal - siasat. Mungkin ini tektik membodohkan rakyat. Entahlah.
Mungkin bukan kesimpulan tetapi andaiannya jika kita manusia yang bukan Menteri, atau orang penting dalam Parti Keris Tak Bersarung, keselamatan dan hak kita boelh terabai. Kita mungkin boleh jadi korban pembunuhan, rompak, rogol dan pelbagai jenayah yang menimpa tanpa adanya siasatan yang dapat membela. Mungkin benar mungkin salah? Tetapi dengar - dengar, seorang bekas MB dulunya ada beli rumah harga 3.5 juta tetapi tak kena siasat pun. Bawa lari duit Persatuan khabarnya dekat 10 juta, tiada siasatan pun. Mungkin dia dari Parti Keris Tak Bersarung, jadi banyak keistimewaannya.

Wednesday, July 22, 2009

MISTERI KEMATIAN (2)

Malam tadi Tok Jib umumkan Suruhanjaya Diraja. Orang awam macam aku manalah tahu Suruhanjaya Di Raja ke atau tidak? Musa Hassan kata jangan buat spekulasi sebab dalam siasatan.
Aku ini hanya orang awam. Aku pun tak tahu apa itu SPRM dan peranannya. Yang aku tahu dia sioasat pasal rasuah. Bila ada kes rasuah dia siasat. Macamana dia siasat itu aku tak tahu. Ada orang kata deme guna kekerasan. Itu aku baca dalam suratkhabar dulu - dulu. Kalau suratkhabar tipu, aku pun tipu.
Tetapi sebagai manusia, aku mula berfikir. Sebab aku manusia, bukannya lembu. Mengapa kalau siasat tanya soalan, orang boleh jatuh. Takkan lah jawab soalan sampai jatuh bangunan. Melainkan kena jawab soalan di birai tingkap. Kalau di atas kerusi, takkan sampai jatuh. Lepas tu kenapa sampai berjam - jam tanya soalan hingga orang tak boleh tidur. Kan pelik bagi ku. Kalau tanya sampai tahap itu, aku rasa orang tak salah pun boleh jadi salah. Kalu pasal kes rasuah, rasanya yang penting bukti. Kalau ada bukti adalah rasuah, kalau tak ada bukti macamana nak kata orang rasuah. Mana ada orang makan rasuah kalau tak ada bukti terima duit atau terima barang.
Mengikut suratkhabar lagi ada kongsi gelap. Kalau kongsi gelap, macamana ada dalam bangunan SPRM? Kalau fikir lagi, rasa - rasa aku pun boleh jatuh. Memang pening. Melainkanlah kalau ada anggota SPRM terlibat dengan kongsi gelap.
Akhirnya jalan pintas, sebab aku malas nak fikir, samada Teoh mati angkara makhluk ghaib atau makhluk asing. Jadi PDRM pun senang nak buat keputusan. Cuma kena fikir macamana lak nak terangkan kat rakyat?

Sunday, July 19, 2009

MISTERI KEMATIAN

Kasihan Teoh, kematiannya menjadi satu misteri. Secekap - cekap PDRM menyiasat pun masih tak dapat mencari Misteri kematiannya. Mungkin tak cukup maklumat, mungkin rakaman tak lengkap, mungkin cctv jenis murah tak jelas dan pelbagai mungkin - mungkin lagi. Yang mati tetap mati dan tak boleh hidup di dunia lagi. Yang hidup kena cari penyelesaiannya. Teoh dah mati, tetapi kematiannya menimbulkan banyak fitnah dan kemusykilan. Lepas soal - siasat SPRM, tiba - tiba jumpa dah mati. Memang pelik.
Kalau dia balik, kemudian accident, senang sikit PDRM nak siasat. Kalau dia jatuh kat longkang depan SPRM pun, lebih senang nak jawab. Tetapi malangnya, dia mati, lepas tidur kat bilik dalam bangunan SPRM. Pening SPRM nak jawab. PDRM pun pening nak siasat.
Dah jadi kewajipan orang awam akan mengeluarkan pelbagai spekulasi dan andaian. Betul atau Salah, itu nombor dua. Yang boleh bagi betul biarpun tak 100% betul, mestilah pihak berkuasa, takkan orang awam kot. Jadi PDRM kena bagi jawapan supaya orang awam tak panik. Nanti bila SPRM atau PDRM panggil, orang tak nak datang. Sebab takut lepas soal - siasat tup - tup jumpa dah mati. Nanti semua orang lari.
Lepas PDRM jawab, terpulanglah kepada rakyat nak percaya atau tidak. Sebab gaji PDRM pun rakyat yang bayar. Rakyat ini umpama pelabur Negara. Rakyat lah yang paling berkuasa dalam sebuah Negara.