Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

HUDUD SATU PERINTAH

Sekali lagi isu Hudud berlegar di ruangan politik tanahair. Semua sedia maklum dari zaman penjajahan hingga ke tahun 2011, Hukum Hudud telah dipinggirkan. Biarpun hukum Hudud pernah dilaksanakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah. Sejarahnya dipadamkan bersama sejarah perjuangan bangsa Melayu. Sejarah baru dicipta hanya sejarah perjuangan UMNO, parti ciptaan British, penaung terbaik Tanah Melayu.
Benarkah Hudud ciptaan PAS?
Apakah Hudud? Memang ramai yang tak tahu? Bukan sahaja Cina tak tahu, yang Islam pun sama tak tahu dan tak nak tahu.
Hudud adalah hukuman yang ditentukan Allah. Bagi Muslim, hukuman adalah hak Allah, sebagai hamba kita hanya berhak menerimanya. Hukum hudud cuma merangkumi keslahan murtad, jenayah membunuh, berzina, mencuri, menentang penguasa dan minum arak.
Dan hukum hudud hanya kepada Muslim sahaja, jadi tiada masalah untuk non Muslim nak minum arak atau nak berzina sesama mereka.
Setelah 54 tahun tidak dinaungi British, kita masih gagal melaksanakan hudud. Persoalannya mengapa?
Alasan yang diketengahkan negara yang berbilang kaum. Apakah ini alasan yang terbaik. Sedangkan kita tidak pernah merancang mahupun berazam untuk mengikuti perintah Allah. Perintah Allah adalah sama. Hukum Allah adalah sama keutamaan. Jika kita bersolat, sama juga perintah melaksanakan Hukum Hudud. Kedua - duanya wajib. Solat wajib bagi individu, Hudud adalah wajib bagi kita menggesa pemerintah melaksanakan.
Renungilah firman Allah,
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. AlBaqarah 178

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (AlMaidah 38)

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (AnNur 2)

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik[414], atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, (AlMaidah 33)

Selagi kita merasakan kita hanya hamba Allah, menumpang di atas mukabumi dengan iradat @ kehendak Allah, kita kana berusaha untuk melaksanakan perintah Allah.
Tetapi yang malangnya apabila pemimpin kita merasakan merekalah penguasa yang boelh membuat sesuka hati.
Moga Allah menjauhkan kita dari kemurkaan dan azab yang pedih.

Friday, September 4, 2009

HUDUD & IMAN

Menjadi orang beriman bukannya mudah. Bukan sekadar percaya kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Menjadi beriman perlukan mujahadah yang tinggi. Perlukan pengiaan dengan sebenar dari perbuatan, perkataan dan hati.
Mengakui segala suruhan dan saranan Allah, serta melaksanakannya tanpa ada keraguan, penyesalan dan sanggup menempuh apa rintangan yang ada.
Apakah Umat dan Pemimpun Melayu yang berkuasa benar beriman? Itu hanya Allah yang mengetahuinya. Kerana dia yang Maha Mengetahui. Tetapi syarat pemerintahan negara antaranya ialah melaksanakan hukuman Allah. Tidak berhukum dengan hukuman Allah, tercatit amaran yang jelas di dalam Al Quran.
Mungkin kita mampu bertolak ansur kerana proses penjajahan yang lama telah memadamkan Hukum Hudud itu sendiri. Biarpun sebenarnya Hukum Hudud telah pernah diamalkan di Tanah Air ini sebelum kedatangan British. Begitu pandainya Bristish sehingga yang menentangnya sekarang adalah orang yang mengakui beragama Islam dan lahir dalam masyarakat Islam. Yang menjadi lebih huru hara lagi, ada Mufti dan Kadi yang jelas menentang hukuman Hudud biarpun nampak berselindung disebalik kata - kata.
Hukum Hudud digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam dan zalim. Biarpun kajian menunjukkan tiada hukuman ini yang kejam dan zalim. Untuk menghukum pun bukannya mudah, perlukan saksi dan nyata kesalahannya. Jika dibandingkan dengan Hukum Sivil, ramai yang teraniaya kerana hukuman dijatuhkan biarpun bukti tidak mencukupi dan ketidakadilan hakim amat berleluasa.
Allah telah menguji kita dengan kes di Arak di Pahang. Hakim yang berani dan benar sanggup menjatuhkan hukuman di atas kuasa yang diamanahkan dan peruntukkan yang ada. Tahniah dan didoakan semoga Allah sentiasa melindunginya. Biarpun selepas itu menjadi kontroversi. Di sini saya melihat pimpinan politik tidak boleh diharapkan untuk menegakkan agama Allah. Permainan politik jelas membelenggu dan megikat mereka. UMNO DAN PKR TIDAK BERANI MENGELUARKAN KENYATAAN TERBUKA. UMNO ADA YANG MENENTANG, PKR BERDIAM DIRI. PAS ADA JUGA YANG BERMAIN TARIK TALI. Jelaslah pengaruh undi lebih penting dari mengagungkan agama Allah. Benarlah kata bijak pandai, politik hanya untuk orang yang mencari peluang diri.
Sebagai orang Islam dan beriman, sepatutnya bukan parti politik yang membelenggu kita, tetapi Iman dan Islam.
Peristiwa ini membabitkan pembongkaran keadilan Islam, maka terbukalah, sebat secara Islam jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan sebat cara Sivil. Kaedah yang ada juga dibaca dan dilihat oleh semua rakyat. Di sini kita diberi ilmu dan disuruh buat pilihan. Samada kita buta hati ataupun tidak?
Oleh itu sebagai umat Islam, kita mungkin tidak mampu menegakkan hukum Allah pada hari ini, tetapi sekurang - kurangnya ke arah menegakkan hukum Allah. Bagi orang Islam yang tidak beriman, hukum Kafir yang tercatit di dalam Al Quran bukanlah perkara yang membebankan tetapi tidak bagi orang yang beriman.
Di bulan Ramadhan ini, sepatutnya kita berdoa moga Allah memberi keimanan yang jitu, jauh dari sifat munafik, diberi kekuatan sanggup bergadai hatta nyawa untuk Agama Allah. Ganjaran yang sebenarnya di Akhirat, bukannya di dunia.
Berdoalah kita semua, satu hari nanti Hukum Allah akan mampu dilaksanakan kembali di Tanah Air ini. Insya'allah.

Tuesday, August 25, 2009

KARTIKA, SEBAT DAN GERUNNYA MUNAFIK

Kartika Sari, nama yang menggegarkan pentas Mahkamat Syariah. Kesalahan minum arak dan dihukum sebat 6 kali. Biarpun tidak banyak dan sebatan tersebut tidak menyamai sebat yang diwar - warkan untuk penjenayah di Malaysia. Tetapi itulah peraturan Syariah akibat minum arak di Pahang.
Dan menariknya kes ini dihukum oleh Mahkamah di Pahang (Negeri yang diterajui oleh BN). Dan yang menarik lagi, Si Penerima hukuman ini redho di atas keputusan tersebut dan sanggup dihukum kerana takutkan hukuman Allah di akhirat nanti. Hukuman yang diterima di atas kesedaran adalah berbeza dengan hukuman yang ditentang. Itulah manisnya hukuman Allah, kesedaran dan ketakutan kepada hari Akhirat menjadikan pesalahnya akur dan redho. Hatta keluarganya juga menyokong.
Tetapi dihari yang sepatutnya akan berlaku mulanya hukuman, maka rupa - rupanya ada puak yang tidak suka kepada hukuman kepada orang minum arak. Arahan dari pihak atasan, dengar khabar campur tangan Peguam Negara seperti dimaklumkan oleh akhbar - akhbar tempatan. Atas alasan menghormati bulan Ramadhan.
Barulah kita tahu, rupa - rupanya Peguam Negara ini orang yang menghormati bulan Ramadhan. Sudah pasti bila menghormati bulan Ramadhan, pengisiannya paling dioutamakan. Sudah pasti Peguam Negara seorang yang wara', tidak ke hotel berbuka puasa, banyak beriktikaf di Masjid, berzikir dan membaca Al Quran. Entah lah benar atau tidak, tetapi alasan MENGHORMATAI BULAN RAMADHAN diwar - warkan.
Sehari selepas itu, Tuk Jib, kepimpinan terbesar Negara membuat kenyataan. Menasihatkan Si Kartika agar memohon rayuan, janganlah terus redho kepada keputusan Mahkamah. Tembelang sebenar pun terbongkar.
Hukuman Syariah yang telah sekian lama digazetkan ini hanya wayang UMNO rupanya. Bila Hakim menggunakan kuasa dan memberi hukuman mengikut kapasiti undang - undang maka akan dipermainkan oleh Si Pemerintah. Biarpun Si pesalah akur, redho dan mahu dihukum, namun Pemerintah tetap campurtangan untuk cuba menggagalkannya.
Tembelang kepura - puraan atau dalam istilah agama KEMUNAFIKAN jelas dan terserlah. Hukum arak yang jelas di dalam Al - Quran, biarpun hukuman Syariah yang ada sekarang masih belum memenuhi saranan Al Quran namun telah cuba mengangkat martabat Kesalahan Arak. Malangnya pemimpin dan penjawat awam yang mengaku beragama Islam ini menentang pula secara diam - diam.
Apakah alasannya kita lihat selepas Ramadhan? Apakah benar penangguhan ini sebagai menghormati bulan Ramadhan? Atau kegentaran telah terukir di mata pemimpin UMNO? Kegentaran mungkin disebabkan tidak mampu menghilangkan ketagihan atau tidak dapat melupakan kelazatan air kencing Syaitan.
Dan di bulan Ramadhan ini sama - samalah kita berdoa moga Allah memberikan kemenangan kepada golongan yang ingin menegakkan agama Allah secara Kaffah. Dan doa agar Allah menjatuhkan kaum Munafik, menghina mereka, mengalahkan mereka, meghancurkan mereka dan jauhilah diri, keluarga kita dari menjadi Munafik.

Ya Allah, berilah kami kemenangan menentang kaum Munafik dan Kafir, Ya Allah bantulah kami, kuatkan kami. Ya Allah lemahkan Kaum Munafik dan kafir, hinakan mereka, pecah belahkan jemaah mereka, hancurkan mereka.
Ya Allah bantulah kami, hantarkanlah tentera - tentera mu membantu kami menghancurkan mereka.
Sesungguhnya ya Allah, kami adalah golongan yang lemah.
Jauhilah kami dan keluarga kami dari menjadi golongan Munafik.