Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK, TOK UBAN BERBULAN MADU




Keputusan p/raya Sarawak telah diketahui. Secara otomatik Kerajaan telah ditabalkan. Segala janji akan tetap tinggal janji. ada yang tertunai namun akan banyak yang tertinggal dan dilupai.
BN berjaya membentuk Kerajaan dengan 2/3 majoriti. Tahniah kepada pengundi Sarawak kerana memberi amanah kepada para Pengsonglap Negara. Tok Uban tetap menjadi KM Sarawak, bila nak berundur, Tok Jib pun tak tahu dan tak boleh campur. Semua org tahu harta Tok Uban melimpahi petala langit dan bumi. Siapa Tok Jib budak hingusan nak suruh Tok Uban letak jawatan.
Biarpun PR tewas namun pengundi PR tetap ramai. Biarpun PR cuma dapat 15 kerusi DUN dan BN 55 kerusi namun dari jumlah pengundi PR dapat 300000 manakala BN tak lebih dari 350000. Kawasan bandar yang didiami oleh orang berinformasi semuanya dimiliki oleh PR sementara BN menguasai kawasan luarbandar. Nampak gayanya perubahan akan berlaku di Sarawak kerana perubahan bermula di Bandar tidak di Luar Bandar. Mungkin P/Raya ke hadapan PR akan memerintah Sarawak.
BN masih berjaya menakutkan orang luarbandar agar terus mengundi mereka. Tapi sampai bila. Dengan segala perbelanjaan yang besar dan jentera Kerajaan yang disalah-gunakan, hinggakan SPRM pun tak berani nak siasat, BN hanya dapat menguasai orang yang kurang cerdik sahaja. BIARLAH LUNCAI TERJUN DENGAN LABU - LABUNYA.
Kepada Rakyat Sarawak selamat berada di bawah pimpinan BN Tok Uban. Beliau akan terus merembat dan menawan harta Rakyat Negeri Sarawak. Tok Uban terus kaya dan Rakyat Sarawak Iban, Dayak dan Melayu terus merana dan ditindas. Dan yang lebih terpenting Tok Uban berjaya meneruskan Pesta Bulan Madunya. Stok gambir banyak lagi ni.

Sunday, February 13, 2011

PILIHANRAYA LAGI...


Nampak gayanya pilihanraya datang lagi. Maka mencurahlah rezeki untuk rakyat. Kalau rakyat pandai, sokong bukan parti kerajaan, maka akan lebih mencurah lah rezeki lagi. Nampak gaya Allah telah menurunkan rezeki melimpah ruah di Kerdau, cuma bergantung kepada rakyat di sana, nak rezeki lebih atau tidak.

Thursday, November 4, 2010

MASUK ISLAM PUN SALAH KE?

Keputusan pilihanraya Batu Sapi dan Galas telah diketahui. Adat bertanding ada yang menang, ada yang kalah. Dah pasti yang menang akan tersengih gumbira. Yang kalah akan buat post - mortem. Ini corak demokrasi terpilih Malaysia Tercinta.
Hendak capai kemenangan pelbagai teknik dan strategik digunakan. Yang sedihnya jiwa roh Islam telah hilang dari umat Islam. Bila masuk Islam dipolitikkan. Bila masuk Islam dipermainkan. Sedih, pilu, marah dalam hati bila melihatnya. Yang sedihnya ianya dipermainkan oleh orang yang mengakui Islam.
Tak boleh dan tak patut isu masuk Islam dipolitikkan. Kerja dakwah, kerja mengislamkan umat adalah lebih besar dari kerja politik. Kerja politik hanya satu cabang dalam Islam. Kerja politik tidak menghalalkan cara. Apatah lagi sekiranya cara tersebut menghina Islam itu sendiri.
Mengaji kitab mana, tuk guru mana pun, bila orang masuk Islam, sudah menjadi tanggungjawab umat Islam membantunya.
Persoalannya mengapa dipolitikkan? Kononnya nak malukan TG Nik Aziz. Kononnya nak jatuhkan maruah PAS. Tetapi sebenarnya menjatuhkan imej Islam.
"Ya Allah berilah kesedaran kepada perancang propaganda ini. Sekiranya perancang propaganda ini tidak bertaubat dan memohon maaf kepada yang terlibat, daku hamba yang hina lagi lemah memohon kepadamu Ya Allah, tunjukkan lah kebenaran dan kekuasaanmu, agar menjadi petunjuk dan sempadan kepada yang lain".

Thursday, April 15, 2010

PILIHANRAYA, PESTA RAKYAT

Tak lama lagi Hulu Selangor akan mendapat wakil rakyat Parlimen Baru. Pastinya ada pilihan raya, baru dapat memilih. Siapa yang menang, PR atau BN? Terpulang kepada pengundi yang memangkah. Banyak dipangkah, boleh menang.
Jentera parti masing - masing bertungkus - lumus. Kata - mengata, ejek - mengejek, mungkin sampai tumbuk - menumbuk dan pukul - memukul, itulah lumrah pilihan raya. Faham - faham ajelah bila rakyat berkumpul. Pesta pun bermula.
Peruntukkan dan bantuan datang mencurah - curah, biarpun tidak layak menerimainya. Janji dihamburkan macam bertih jagung. Tidak kurang air liur yang akan menjadi saksi di Padang Masyar kelak.
Rezeki pun bertambah bagi penduduk Hulu Selangor. Jika rajin menjual air di tepi jalan atau goreng pisang, pasti tak cukup tangan. Itu belum campur kalau ada rumah sewa.
Itulah Pesta Rakyat, Pesta dalam Sistem Demokrasi. Meriah juga memilih pemimpin.
Jangan pula selepas ini, ada yang berdoa mohon Wakil rakyat mereka mati, takut nanti tak ada yang nak jadi Wakil Rakyat.

Monday, October 5, 2009

BAGAN PINANG & FILEM 'PUKUL 20 KALI

Gempa di Bagan Pinang tidak sama dengan gempa di Padang. Gempa di Bagan Pinang kerana pilihan raya. Pilihanraya yang menentukan maruah UMNO. Pilihanraya untuk Isa Samad @ Doraemon kembali ke persada politik tanah air dan mencabar Mat Hassan. Gempa di Bagan Pinang mkenarik miinat penganalisigs politik dan pakare strategik poltitik mencaturkan perancangarn. Seperti biasa UMNO akan menghantar buahnya dahulu. Dari peranan SPR yang menolak adanya penyelewengan undi pos hinggalah ke lakonan layar filem Tamil. Penyelewengan undi pos tentera bukanlah satu perkara baru. Dah bepuluh dan beratus kali didengari dan diakui oleh tentera sendiri. Tetapi malangnya penyelewengan ini tidak dapat dikesan atau saja buat tak tahu oleh SPR. Ini menunjukkan kecekapan dan kehandalan tentera Malaysia menyorok dan berahsia hingga SPR tidak pernah dapat mnengesan ketirisan ini. Mungkin juga SPR sendiri yang merancang ketirisan ini. Tidak mustahil.
Yang lebih menarik kehadiran diva filem Tamil di Bagan Pinang. Seperti biasa UMNO membawa selebriti untuk menarik pengundi, memandangkan kos ciput, hanya pelakun filem Tamil iaitu AJIS HITAM sahaja yang dapat di bawa. Dengar khabar pelakun filem ini juga anak Tempatan dari utara. Filem sebelumnya ialah Filem 'Tembaklah Aku' yang dilakunkan di Baling pada tahun 2008. Filem ini kurang mendapat sambutan kerana siarayanya serentak dengan Filem lain yang lebih box office. Dengar khabar calun pilihan raya kawasan Baling tempuah hari kalah teruk kerana kebosanan pengundi kepada pelakun utama Ajis Hitam. Kegagalan dipercayai kerana gagal menunjukkan siapa yang kena tembak.
Nampak gayanya pelakun ini come back sekali lagi dengan Tajuk 'PUKUL 20 KALI'. Nampaknya lebih menarik dari filem 'TEMBAKLAH AKU'. Walaupun masih gagal menunjukkan siapa yang memukul, hanya teknik cakap tipu digunakan. Namun kerjasama pihak Hospital dan tambahan pelakun berjaya memanaskan sedikit jalan cerita. Pelakun utamanya juga menjayakan watak muka seposen dan teknik tambahan cakap tipu oleh pelakun pembantu (Mail Sabui) membuatkan ramai penonton menitiskan air mata. Walaubagaimanapun memandangkan Mail Sabui aalah pelakun baru, memek muka yang mudah tersenyum banyak dipertikaikan oleh pengarah filem berpengalaman.
Teknik Balut Leher dengan kerjasama pihak Hospital banyak membantu. Cuma adegan muntah-muntah masih belum dapat diaplikasikan kerana pelakun utama (Ajis Hitam)tidak berapa suka scene sewaktu muntah diambil. Scene pukul masih tidak dilakukan kerana amat sukar untuk menghitung pukulan dilakukan. Lagipun masih tiada Perguruan silat yang mahir dapat memukul genap 20 kali.
Teknik Jalan Selamba banyak mehncacatkan filem,iaitu selepas Ajis Hitam dipukul 20X tetapi beliau masih mampu berjalan dan tersenyum.
Filem ini yang banyak mendapat kerjasama dari Jabatan Kerajaan seperti Polis, Hospital dan tambahan beberapa perguruan silat ini masih kurang mendapat sambutan penonton sehingga ke hari ini. Dengar khabar, beberapa watak tambahan seperti kemungkinan Mail Sabui diracun dan mungkin Tuk Ketua Polis sendiri akan mengambil menjadi pelakun tambahan.
Dicadangkan juga peranan Tuk Ketua Satu Malaysia untuk mempromosikannya dengan lebih hebat. Tetapi semuanya bergantung kepada tambahan kos dan sambutan penonton Bagan Pinang sendiri.
SELAMAT MENONTON.

Monday, June 29, 2009

MANEK URA; PAS vs UMNO?

Tanggal 14hb Julai 2009, Manek Urai akan menyaksikan pemilihan dan sudahpastinya dapat YB baru. Hanya 2 parti, samada PAS atau UMNO. Penentuan akan diundi oleh penduduk Manek Urai yang berusia 21 tahun dan ke atas. Dan tidak lupa juga kepada beberapa kerat pengundi hantu, mungkin di bawa masuk dari Kemboja, Siam, dan entah dari mana - mana lagi.
Manek Urai kan didendangkan dengan pelbagai isu samada dari PAS atau UMNO. Rasa - rasanya dalam pilihanraya kali ini, UMNO kena banyak bertahan dan PAS akan menyerang. Banyak persoalan tergantung dan tidak selesai samada di peringkat Nasional dan Negeri. Bagi Kerajaan Negeri yang selama ini diperintah oleh PAS, mungkin agak mudah memberi penerangan dan ruang yang ada memberikan persaingan yang hebat. Isu utama pastinya isu setempat, isu royalti Minyak Kelantan. Isu bahasa, PPSMI dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebaik - baiknya.
UMNO pula tidak akan menyerah kalah mudah kerana secara tidak langsung, keputusan ini menggambarkan sokongan Melayu kepadanya. Mungkin kalau kalah, alasan Melayu Kelantan dijadikan alasan. Biarpun Melayu Kelantan atau Melayu mana sekalipun, tetap sama. Sama makan nasi, Sama dalam mencari kehidupan, sama dalam beragama, sama inginkan kebahagiaan dan kesenangan, sama nak sihat, sama nak cari perlindungan, sama nak pemimpin yang berjurus, sama nak kebaikan, sama sebab semuanya dari keturunan Adam. Hanya ciptaan UMNO kerana ketewasannya di Kelantan. Itulah politik pecah dan perintah. Bila dipecahkan pasti tidak bersatu. Bangsa tidak bersatu, mudah diperintah. Konon digambarkan Melayu Kelantan berbeza hanya mainan UMNO sahaja.
UMNO nak menang agak payah, kata kata TUK JIB sendiri. Tapi bagi saya tak payah. UMNO kena berjurus, lebih jujur. Kembalikan royalti minyak Kelantan, rasanya isu ini akan menarik dan banyak membantu. Orang Kelantan pun sama macam orang lain, nak hidup nak cari makan. Apalah salahnya, jika Negeri Kelantan ada minyak, bagi royalti, naikkan industri minyak di Kelantan cam Terengganu. Pasti banyak peluang pekerjaan di Negeri Kelantan. Bukan sahaja orang Kelantan dapat untung, bahkan ramai rakyat Malaysia dapat peluang pekerjaan. Anak muda Kelantan dapat bekerja di tempat sendiri, tak perlu berhijrah di tempat lain. Rakyat Negeri lain dapat ke Kelantan mencari pekerjaan. Kata - kata orang Kelantan suka berhijrah hanya pelawak bodoh sahaja. Tiada orang yang suka keluar dari tempat sendiri jika ada ruang kehidupan.
Kalau UMNO nak menang, rakyat Kelantan ramai orang Melayu, dah pasti isu PPSMI dan bahasa Inggeris mencuit hati. Kesannya juga besar kerana yang jadi mangsa utama PPSMI dan Bahasa Inggeris adalah orang Melayu. Lagipun Manek Urai kawasan perdalaman. Hapuskan PPSMI dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Gerenti menang. Bukan sahaja orang Manek Urai, bahkan seluruh rakyat Malaysia akan bergumbira.
Semua orang tahu, Kerajaan Negeri selalu dianakangkatkan oleh Kerajaan Pusat. Kembalikan hak mereka, jangan sisihkan Kerajaan Kelantan yang dipilih oleh rakyat. Jangan menghukum rakyat Kelantan kerana memilih PAS sebagai parti yang memerintah Kerajaan Negeri.
Rasanya jika UMNO sanggup buat cadangan di atas, Manek Urai akan kemballi ke UMNO. Bukan sahaja Rakyat Manek Urai dapat keuntungan, bahkan Rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia semua dapat untung. Barulah ada harapan UMNO boleh menang. Tak perlu bagi duit kat pengundi, tak perlu habis juta - juta. Kuasa perunding ada pada UMNO, cuma sanggup ke tak sanggup.
Tapi mungkin juga rakyat Manek Urai setia dengan PAS, tetap bagi undi di Manek Urai. Tak siapa yang tahu. Walaubagaimanapun akan menggembirakan orang Melayu khususnya.
Dan tak salah kalau berbuat kebaikan. Nescaya Allah memberikan ganjaran. Rakyat akan ingat UMNO nak buat baik. Jadi UMNO tetap tak rugi.

Thursday, February 5, 2009

JATUHNYA SEBUAH KERAJAAN

Di GAZA, PALESTIN, kerajaan Hamas dinafikan hak kemenangannya oleh Zionis - Yahudi dan kerajaan Fatah. Apabila mandat diberi ke HAMAS, pihak Fatah telah cuba menggulungkannya dengan beberapa cara. Membuat kacau di GAZA. Bila gagal berunding dengan Zionis agar mengadakan Sekatan ekonomi ke atas kerajaan HAMAS. Bila gagal, memberi maklumat agar dibunuh pimpinan HAMAS. Gagal lagi, bersekongkol agar Zionis menyerang HAMAS. Ribuan rakyat telah terkorban. Namun HAMAS masih gagah dan tidak kecundang.
Di Perak, kerajaan PR telah menang melalui pilihan raya yang sah bagi negara yang memilih sistem demokrasi sebagai asasnya. Kemudiannya berlaku aksi ugut, paksa dan ganjaran. Malngnya ada YB yang kurang teguh keimanannya. Mungkin terpengaruh dengan wang ringgit dan takutkan ugutan. Maka gugurlah mereka kepada pemerintah yang zalim serta berkhianat kepada rakyat yang memilihnya. Diringkaskan, jatuhlah kerajaan Negeri Perak kepada Barisan Nasional.
Inilah perbandingan buat yang jahil, di mana - mana ada Zionis dan munafik. Zionis bukannya Yahudi kerana ada ramai Yahudi yang baik, Zionis adalah kezaliman. Sesiapa yang bersekongkol dengan kezaliman, dia adalah Zionis. Tidak kira bangsa apa sekalipun samada Melayu, Cina, India, Arab, Inggeris, Afrika, Kadazan dan Murut. Zionis boleh terdiri UMNO,PKR,PAS, DAP,MCA, MIC dan apa parti pun, apabila kezaliman dilakukan. Apabila kezaliman dilakukan akan berlaku kekejaman, mengambil hak orang lain, tidak berhati perut, rasuah berleluasa dan apa bentuk keburukan sekalipun.
Munafik pula telah ada semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi. Cuma bilangan mereka tidak ramai. Sekarang munafik ada di mana - mana. Garis panduan munafik ialah suka menipu, berpura, tidak berpegang pada janji, melampau dan tidak amanah. Munafik bukan hanya pada bangsa Arab tetapi dari keseluruhan umat manusia.
Telah menjadi lumrah, kaum munafik akan bersekongkol dengan Zionis (Kezaliman).
Sesiapa yang memilih jalan menjadi Zionis dan munafik, Allah telah menjanjikan ganjaran azab yang pedih utuk mereka.
Sesungguhnya orang mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan orang munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, di samping meninggalkan solat dan ibadah yang lain.
Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedang kan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan - angan.
Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedangkan orang munafik mengorbankan agama untuk harta.
Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedang orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa........

Setiap manusia mengetahui diri masing - masing samada Zionis atau Munafik. Mungkin ada segolongan yang kurang pasti atau mengikut membuta tuli, dinamakan Jahil. Mereka juga dijanjikan ganjaran azab juga kerana tidak mahu belajar dan mengkaji.
Inilah asas yang diajar oleh Rasulullah. Islam diturunkan kepada setiap individu. Setiap individu berhak memilih samada menjadi Zionis, Munafik atau Jahil. Terpulanglah.
Hukuman Allah bukannya kepada bangsa, parti, kaum atau apa persatuan juga. UMNO, PKR, PAS tidak masuk neraka mahupun syurga. Yang masuk adalah ahlinya. Ahli boleh jadi Zionis, Munafik atau Jahil.
Jadi pilihlah pilihan kita, kita menentukannya. Gunakan akal masing - masing..
Kemenangan di dunia hanya sekelumit kecil tetapi Akhirat juga lah yang abadi buat selamanya.