Sunday, April 17, 2011

PILIHANRAYA SARAWAK, TOK UBAN BERBULAN MADU




Keputusan p/raya Sarawak telah diketahui. Secara otomatik Kerajaan telah ditabalkan. Segala janji akan tetap tinggal janji. ada yang tertunai namun akan banyak yang tertinggal dan dilupai.
BN berjaya membentuk Kerajaan dengan 2/3 majoriti. Tahniah kepada pengundi Sarawak kerana memberi amanah kepada para Pengsonglap Negara. Tok Uban tetap menjadi KM Sarawak, bila nak berundur, Tok Jib pun tak tahu dan tak boleh campur. Semua org tahu harta Tok Uban melimpahi petala langit dan bumi. Siapa Tok Jib budak hingusan nak suruh Tok Uban letak jawatan.
Biarpun PR tewas namun pengundi PR tetap ramai. Biarpun PR cuma dapat 15 kerusi DUN dan BN 55 kerusi namun dari jumlah pengundi PR dapat 300000 manakala BN tak lebih dari 350000. Kawasan bandar yang didiami oleh orang berinformasi semuanya dimiliki oleh PR sementara BN menguasai kawasan luarbandar. Nampak gayanya perubahan akan berlaku di Sarawak kerana perubahan bermula di Bandar tidak di Luar Bandar. Mungkin P/Raya ke hadapan PR akan memerintah Sarawak.
BN masih berjaya menakutkan orang luarbandar agar terus mengundi mereka. Tapi sampai bila. Dengan segala perbelanjaan yang besar dan jentera Kerajaan yang disalah-gunakan, hinggakan SPRM pun tak berani nak siasat, BN hanya dapat menguasai orang yang kurang cerdik sahaja. BIARLAH LUNCAI TERJUN DENGAN LABU - LABUNYA.
Kepada Rakyat Sarawak selamat berada di bawah pimpinan BN Tok Uban. Beliau akan terus merembat dan menawan harta Rakyat Negeri Sarawak. Tok Uban terus kaya dan Rakyat Sarawak Iban, Dayak dan Melayu terus merana dan ditindas. Dan yang lebih terpenting Tok Uban berjaya meneruskan Pesta Bulan Madunya. Stok gambir banyak lagi ni.

Wednesday, April 6, 2011

HANTU, SPRM, P UNTUK APA?




Dulu, masa kecil - kecil kalau ada projek buat bangunan besar - besaremak akan pesan, JANGAN MAIN JAUH - JAUH, nanti ada orang penggal kepala. Kononnya kepala budak digunakan sebagai semahan. Mungkin SPRM tak buat semahan semasa buat bangunan. Tu sebab dalam bangunan SPRM ada hantu yang akan mencari korban. Lagipun dalam pegawai SPRM pun mengaku yang mereka suka tengok video lucah. Jadi faham2 la kaki video lucah takkan nak dengar ayat Quran apatah lagi nak solat. Agak - agak lepas tengok video pegawai SPRM buat apa? Cuba Teka.
Dulu kes Teoh, sekarang kes pegawai Kastam pulak. Hairan juga semuanya nak bunuh diri dalam pejabat SPRM. Apa lah lebihnya bangunan SPRM? Rakyat tertanya - tanya? Tak faham.
Sebab rakyat Malaysia ni dah malas fikir, kita yakin je ni KERJA HANTU.

Monday, March 21, 2011

BULAN PENUH, VIDEO UNTUK ANWAR.


Malam tadi sempat daku menghayati fenomena Bulan Penuh dan jarak bulan yang paling dekat dengan kita, Saksikan,
Tengahari ini pula dapat satu sms dari Sahabat Meja Bulat: VIDEO LUCAH PEMIMPIN PEMBANGKANG SEDANG DITAYANGKAN DI SEBUAH HOTEL BERBINTANG - BINTANG. Hebat Malaysiaku, Berjaya menayangkan filem lucah secara terbuka.
Dengar cerita Sang Penganjur namanya Datuk T, mungkin T itu maksudnya TIPU, TIKAM, TOLAK MASUK, TOLOL, TONGONG, TOL TOL dan apa sahaja, tiada siapa yang tahu.
Dari cerita tadi dah jelas pemimpin itu Anwar Ibrahim. Beliau telah menafikan d
an mempunyai alibi.
Jelaslah fitnah dan fitnah terus berleluasa Sempena Pilihanraya SARAWAK. Skrip lama. Yang aku frust mengapa tiada filem lucah yang dilakunkan betul - betul oleh Pak Anwar. Tetapi kalau Menteri UMNO tak tahulah. Kalau sesiapa yang ada masuk je terus dalam internet. Tak payah main ugut - ugut. Biar rakyat menentukan.

Wednesday, March 16, 2011

CIKGU JANTAN ANAK BAHAMAN

SUARA KU: CIKGU JANTAN ANAK BAHAMAN: "Mat Lela (meninggal pada usia 137 thn pada 1998) dan Mat Husin (Cikgu Jantan) berkain. Pada 1837, Tuanku Imam Noh iaitu Orang Besar Bengki..."

LAWAK BULAN MARCH

PERKASA, PEKIDA dan sekutu- sekutunya dengan lantang mendesak Anwar agar menyerahkan DNA. Sebabnya semua sedia maklum ada DNA lelaki Y? Nak ulas panjang baca sendiri perbicaraan yang kelakar, humor bukan homo dan agak lucah.
Sesiapapun yang jadi Anwar takkan serahkan DNA kepada pihak berkuasa. Kenyataan Saiful yang bercanggah antara satu sama lain. Keseronokkan Saiful membiarkan diri diliwat katanya, dan kelamaan Anwar melakukan seks. Dan kekuatan Anwar biarpun berusia 60 tahun kerana masih mampu mengeluarkan air mani umpama air gajah. Makin dibaca makin kelakar dan lawak lucah. Tiada ke Sang Menteri yang dapat berfikir sedikit, apa yang dibuat bukan membuatkan orang percaya tetapi makin bertambah benci.
Mungkin ada Pak Cik, Mak Cik di kampung yang percaya, tetapi majoriti rakyat makin benci dan meluat.
Moga Sang Pemfitnah akan diliwat oleh Sang Arjuna Gagah Perkasa dengan sebenar - benarnya.

Tuesday, March 15, 2011

UMNO TAKUT MCA?

KERENGGA: Antara Air Mani Anwar Ibrahim & 35 ribu Kitab Injil

BACA LAWAK INI, SAYA BUKAN PENULIS TETAPI TUKANG PASTE AJE

WarkahDaily

Secara logik aku nak cakap, sebagai seorang lelaki, lemah sangat ke Saiful Bukhari sehingga Anwar boleh memaksa ‘anunya’ masuk ke dalam dubur Saiful secara paksa sehingga mencapai ejakulasi dalam dubur Saiful.

Sedangkan, seorang wanita pun, kadang-kadangnya boleh bertindak melepaskan diri daripada dirogol seorang lelaki yang lebih kuat daripadanya. Inikan pula, Anwar yang sudah pun berumur, Saiful pulak masih lagi muda, namun ‘tertewas’ juga dengan liwat secara paksa seperti yang didakwa Saiful kepada Dr Razuin Rahimi.

Bukan setakat boleh memasukkan ‘alatnya’…Anwar dituduh juga sempat meramas ‘buah dada’ Saiful. Hahahaha…aku dah rasa macam drama ni dah sampai tahap klimaks lawak antarabangsa tahap gaban dah.

Kejadian liwat itu pulaknya dikatakan berlangsung selama setengah jam..woi! lama tu, hang tak sempat nak terajang Anwar ke tu? Siap letak pelincir lagi tu…

Ish..ish..ish..sesape yang berfikiran waras pun boleh fikir. Liwat berlaku selama setengah jam, siap letak pelincir, lepas tu berlakunya ejakulasi lagi dalam dubur Saiful…Sempat pulak Anwar ramas-ramas ‘buah dada’ si Saiful…Kemudian Saiful kata dia dipaksa…masuk akal ke bro? Lemah bebenar hang ni Saiful ek.

Aku duk baca berita pasal kes liwat ni sampai boleh geli tekak aku..eiiii…memang menjijikkan. Memalukan maruah agama, bangsa dan negara betul! Macam mana boleh ada orang jenis macam tu?

KUALA LUMPUR (Sinar Harian) - Mohd Saiful Bukhari Azlan menolak melakukan seks oral ketika hari kejadian dia mendakwa diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008.

Dalam kejadian selama setengah jam itu, Mohd Saiful mendakwa gel pelincir digunakan dan penetrasi berlaku di duburnya serta dadanya diramas Anwar.

Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, perkara itu dimaklumkan ketika beliau mengambil latar belakang kejadian Mohd Saiful pada 28 Jun 2008.

Beliau mengambil masa 20 minit untuk mencatat latar belakang kejadian itu di Pusat Krisis Sehenti (OSCC), HKL selepas dimaklumkan pegawai penyiasat, Deputi Superintendan, Jude Blacious Pereira mengenai dakwaan Mohd Saiful diliwat Anwar.

"Mohd Saiful beritahu, dia diliwat Anwar pada 26 Jun 2008 tanpa kerelaannya,” katanya yang memberi keterangan ketika pemeriksaan utama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi semalam.

Saksi turut berkata, Mohd Saiful mendakwa dipaksa melakukan seks oral, tetapi enggan dan menolak.

Menjelaskan berhubung catatan borang pro-forma (borang sejarah perubatan) ditandakan pada perkataan ‘penetrasi’, Dr Razuin berkata, itu bermakna ‘tusukan penuh’ dan Mohd Saiful mengatakan Anwar mencapai ejakulasi dalam duburnya, ketika hubungan seks itu.

Ketika disoal balas peguam Anwar, Karpal Singh untuk menjelaskan makna ‘rectal attempted’ seperti dalam pro-forma, Dr Razuin menjelaskan, ‘rektum’ berada di atas dubur.

"Ia adalah liwat. Itu bermakna penetrasi melalui dubur, namun tidak semestinya sampai ke kawasan rektum. Ia adalah makna dalam istilah perubatan untuk ‘rectal attempted’,” katanya.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dr Razuin berkata, Mohd Saiful memberitahu mengalami pendarahan pada dubur ketika kejadian pertama dan kedua diliwat.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan pada 28 Jun 2008, tidak ada pendarahan direkodkan. Dr Razuin mengesah kan Jude mengambil keterangannya pada kali pertama, Januari 2010 dan kali kedua tiga minggu lalu.

Perbicaraan semalam turut menampilkan Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob memberi keterangan. Beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis ekonomi di sebuah kondominium milik Hassanuddin, pada 26 Jun 2008.

Pada hari berkenaan, Anwar menghubunginya kerana tertinggal surat di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan saksi itu meminta Mohd Saiful menghantar surat berkenaan kepada Anwar kerana dia sibuk pada hari terbabit.

Perbicaraan hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung jam 9 pagi ini dengan Jude dijangka memberi keterangan sebagai saksi akhir sebelum pihak pendakwaan menutup kes.