Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Monday, March 21, 2011

BULAN PENUH, VIDEO UNTUK ANWAR.


Malam tadi sempat daku menghayati fenomena Bulan Penuh dan jarak bulan yang paling dekat dengan kita, Saksikan,
Tengahari ini pula dapat satu sms dari Sahabat Meja Bulat: VIDEO LUCAH PEMIMPIN PEMBANGKANG SEDANG DITAYANGKAN DI SEBUAH HOTEL BERBINTANG - BINTANG. Hebat Malaysiaku, Berjaya menayangkan filem lucah secara terbuka.
Dengar cerita Sang Penganjur namanya Datuk T, mungkin T itu maksudnya TIPU, TIKAM, TOLAK MASUK, TOLOL, TONGONG, TOL TOL dan apa sahaja, tiada siapa yang tahu.
Dari cerita tadi dah jelas pemimpin itu Anwar Ibrahim. Beliau telah menafikan d
an mempunyai alibi.
Jelaslah fitnah dan fitnah terus berleluasa Sempena Pilihanraya SARAWAK. Skrip lama. Yang aku frust mengapa tiada filem lucah yang dilakunkan betul - betul oleh Pak Anwar. Tetapi kalau Menteri UMNO tak tahulah. Kalau sesiapa yang ada masuk je terus dalam internet. Tak payah main ugut - ugut. Biar rakyat menentukan.

Saturday, March 12, 2011

ANWAR, JALAN KE PENJARA SIRI I: DRAMA PILIHAN MINGGU INI





Makin hari makin ketara, agenda untuk memasukkan Anwar ke dalam penjara. Dengan memenjarakan Anwar banyak yang akan untung dari segi politik. Pimpinan Parti Melayu Tertua tahu, Anwar adalah agen penghubung (bukan agen Yahudi) kepada perpaduan PAS dan DAP. Di dalam kesepakatan di dalam PR amat penting. Jika PR tidak sepakat dan tidak mampu menari dalam satu irama maka niat nak menjadi Kerajaan Malaysia baik dilupakan sahaja.
Kegalakkan untuk memenjarakan Anwar dapat dilihat bila isu Liwat II ini makin menunjukkan cerita - ceriti yang mengarut umpama lawak komedi. Contohnya, ujian lubang Saiful tiada kesan fizikal kemasukkan tetapi ada kesan sperma. Mungkin kemasukkan berlaku secara batiniah. Atau yang lebih tepat khayalan si penuduh.
Gambar CCTV, yang digembar - geburkan, rupa - rupanya hanya gambar Anwar naik lif. Majoriti rakyat marhain yang mampu dibodohkan ini ingat gambar rabaan alias jilatan alias tikaman maut seperti yang diceterakan.
Nampak gayanya agenda makin terbukti, keterlibatan pelakun - pelakun opera seperti mangsa, doktor, pegawai penyiasat, lif dan apa - apa sahaja hanya mampu mempengaruhi manusia yang kekurangan akal. Mungkin lepas ini watak - watak Pak Menteri, Isteri VVIP, dan hakim bijaksana serta pelakun tambahan baru dapat menjadikan jalan cerita ini lebih menarik.Biarpun kebarangkalian untuk mendapat Anugerah Drama Terbaik, Pelakun Terbaik, Sutradara Terbaik tiada mempunyai harapan. Sekurang - kurangnya dapat mendapat Anugerah Drama Harapan.
Dan khas untuk Mak Cik, Kakak - kakak yang suka berkain merah berbaju putih, TIPAH TERTIPU, TIPAH TERTIPU.
Dan kepada rakyat Malaysia yang masih berakal dan cintakan kebenaran serta anti fitnah, Renungkanlah dan Jauhilah diri dari terlibat dengan Fitnah. Sebab dunia ini makin menghampiri Zaman Ketamatan. Janji Allah akan datang, kerana Allah Yang Sebenar - benar Tidak Memungkiri Janjinya.

Tuesday, July 13, 2010

SERANGAN BOM BERANGKAI

Akhir - akhir ini, serangan pribadi kepada Ketua Pembangkang, Penasihat Umum PKR makin rancak. Mungkin ini adalah strategik politik terbaru musuh politik beliau, tidak lain dan tidak bukan Parti Melayu Sedunia dan sekutunya.
Dari serangan bom serangkai itu, dapatlah disimpulkan, insan yang bernama Anwar ini bukan sahaja seorang peliwat tegar dan kaki perempuan tetapi adalah seorang komunis, agen Yahudi, agen CIA dan pelbagai agen lagi. Seperti biasa suratkhabar UM dan BH yang sememangnya tidak laku di pasaran sejak berdekad lalu memainkan peranan aktif. Benar atau Tidak tuduhan itu bukannya perkara penting. Yang penting tuduh dulu.
Serangan bom berangkai, nampaknya hebat tetapi tidak kena pada 'target'. Itu yang terjadi sebenarnya. Di dalam peperangan, kebiasaan serangan bom berangkai hanya membunuh orang awam bukannya tentera. Begitu juga di dalam politik, silap - silap akan terbom kem sendiri.
Jika dilihat, kes Anwar seorang peliwat, kes ini menjadi kes paling lawak di dalam mahkamah yang ada seluruh dunia. Fakta tuduhan tidak kemas. Bukti yang kelakar. Mangsa yang tidak cukup syarat untuk jadi pelakun. Mengikuti perkembangan kes ini sama seperti melihat cerita Senario di rangkaian TV. Tidak tahu pangkal tidak tahu hujungnya.
Anwar Agen Yahudi, Agen CIA, Agen Komunis dan mungkin entah apa - apa agen lagi. Rasanya serangan ini dah pernah dilemparkan tetapi gagal. Tak perlu ulas.
Anwar bayar CNN sebab nak masuk wawancara. Dengar khabarnya CNN melenting sebab dituduh begitu. Seolah menunjukkan CNN tiada kredibiliti. Yang diserang Anwar, tetapi yang melenting CNN. Nampaknya dah tersalah tembak.
Kalau benar dakwaan tersebut, ini bermakna Anwar terpaksa mencari pelabur sebab nak bayar duit CNN dan mengiklankan diri. Sedangkan rasanya Parti Melayu Sedunia tidak pernahpun membayar kepada RTM di dalam mengiklankan pemimpin - pemimpinnya. Dasar makan free sahaja. Sedangkan kita tahu, RTM adalah milik kerajaan, milik rakyat. Pendedahan ini bagus kerana menunjukkan watak sebenar TUKANG FITNAH dan sekutunya.
Jadi rasanya mula masa kini. rakyat hendaklah mendesak seandainya Parti Melayu Sedunia atau mana - mana parti pun hendak mengiklankan parti atau pemimpin mereka di siaran TV khususnya RTM, perlu membuat bayaran dahulu. Kan menguntungkan kerajaan.
Di dalam politik, makin banyak serangan makin banyak kelemahan penyerang terdedah. Jadi nampaknya Serangan Bom Berangkai yang dibuat hanya mengena orang sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

ZAHRAIN DAN HANTU RAYA


Zahrain melalak bagai nak rak dalam Parlimen. Maka kedengaran suaranya laksana belang - belung membelah halilintar Dewan rakyat yang mulia. Hampir 2 tahun berbinikan PKR, Zahrain lebih banyak diam membisu. Tetapi kesabaran berdiam diri tidak dapat dibendung lagi. Zahrain menjeriti umpama orang dirasuk jin. Dan sudah pastinya, Anwarlah orang yang bersalah. Anwar penjahat, Anwar pengkhianat bangsa, Anwar nak rampas kerajaan 16 September. Gagah berdaung suara Zahrain menyalahkan Anwar.
Kejahatan tetap kejahatan. Anwar atau Zahrain yang jahat, rakyat akan menentukan. Kata - kata Zahrain umpama melepas geram. Mungkin ada hajat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti. Hati yang merana membuat Zahrain dirasuk. Melepas geram kepada Pak Anwar.
Zahrain dari dulu dijamu. Tiba - tiba tuan baru tidak menjamu, sudahpasti akan mencari tuan baru. Tuan yang dapat menunaikan hajat nafsu serakah yang membara.
Kisah Zahrain, mengingatkan daku kepada Kisah Hantu Raya. Hantu Raya tetap taat jika cukup makan minum, biarpun banyak makan tuan dibelakangnya. Kalau tak cukup Hantu Raya akan mengamuk, mengacau keluarga Si Tuannya. Itulah Sang Zahrain, sama wataknya dengan Hantu Raya.
Pak Anwar tetap salah, terlalu rapat dengan Si Zahrain Hantu Raya. Terlalu mempercayai si Hantu Raya. Akhirnya Hantu tetap Hantu, mana boleh dipercayai.

Monday, February 8, 2010

FITNAH: ANWAR vs SAIFUL, AND THE GANG

Bicara kes Anwar, makin menjadi. Dari KY Jelly, tilam, katil, kondo hinggalah ke lubang dubur. Paksa atau suka sama suka masih jadi persoalan. Kalau suka sama suka, rasanya Mahkamah Syariah tempat terbaik berdiskusi. Sama seperti kes zina, lelaki dan wanita muslim. Jika dibawa ke Mahkamah Sivil, rasanya mana ada undang - undang zina yang hendak dikaitkan. Hanya dapat diuraikan di Mahkamah Syariah. Jika dipaksa, maka gagahnya Pak Anwar yang berusia 60an dapat mengalahkan anak muda 20an. Makin celaru dan dari perbicaraan awal, nampaknya keputusan mahkamah telah diketahui oleh ramai rakyat. Cuma masanya sahaja yang belum diketahui. Nampaknya Pakatan Rakyat terpaksa bergelumang dengan masalah kepimpinan sekali lagi. Anwar diperosok ke dalam sel tahanan. Malaysia terus subur dengan penyelewengan dan rasuah merata - rata.
Nabi Yusuf difitnah, itu yang tercatit dalam Al Quran. Firman Allah untuk hamba - hambanya. Fitnah ke atas Yusuf, menyebabkan Yusuf merengkuk dalam penjara. Berapa lama tempuh penjaranya tiada yang jelas, Ada kata 7 tahun, ada kata lebih lagi. Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui. Fitnah ke atas Yusuf terbongkar selepas namanya dibersihkan oleh si penuduh.
Malangnya sejarah zaman Kesultanan Firaun berulang lagi di era moden. Mangsanya orang ternama jua yang cuba membersihkan Kerajaan dari gejala penyelewengan dan rasuah. Di zaman rasuah menjadi periuk nasi. Peyelewengan menjadi amanah, maka mungkin ini dianggap satu jihad jika berpaksikan kepada Allah.
Fitnah kala ini didokong oleh sistem yang berpaksikan kepada pemerintahan. Jentera kerajaan menyeleweng dan merancang untuk menghukum orang yang tak bersalah. Menghukum orang yang menyeru kepada kebaikan. Menghukum orang yang inginkan kebaikan. Moga Allah mengazab dengan seazab - azabnya mereka yang terlibat dari dunia hingga ke akhirat jika mereka tidak bertaubat dan membetulkan keilapan. Itulah doa rakyat marhain bagi sipengkhianat Negara.
Fitnah ini didokong oleh media. Menghebuhkan fitnah keaiban untuk manusia. Moga Allah menyeksa tangan yang menaip bait - bait fitnah itu.
Fitnah perlu ditentang sedaya upaya. Jika kita membiarkan fitnah berleluasa, bala dan amarah Allah akan menimpa kita. Selagi ada golongan yang berani menentang dan berkata benar, Insya'allah tiadalah bala' untuk keseluruhan umat ini.
Firaun berdosa kerana zalim dan engkar, Bani Israil ditimpa kehinaan kerana sifat penakutnya.
Bangunlah para pejuang kebenaran, berkata benar lah. Tentanglah fitnah mengikut keupayaan dan kemampuan. Jangan berdiam diri dan merelakannnya. Takut kepada azab Allah adalah sebaik - baiknya.
Moga Allah menangguhkan azabnya selagi ada kumpulan yang berani menentang kezaliman.

Thursday, August 20, 2009

NIK AZIZ MANGSA TERBARU.

Hari itu diserangnya Anwar, sekarang ini pula Nik Aziz. Kaedah mudah bagi pakar strategik dan mudah dibaca. Serang kewibawaan pemimpin. Anwar, Penasihat PKR, Nik Aziz Murshidul Am PAS. Lemahkan pribadi mereka, labelkan mereka. Strtaegik yang mudah dibaca. Sebab Strategik ini pernah digunakan oleh United Musyirikin National Organisation (UMNO) di Mekah dahulu. Pemimpin mereka ialah Abu Jahal. Labelkan pemimpin umat ialah Muhammad Rasulullah s.a.w. Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu, Abu Jahal ini asalnya bukanlah penyembah berhala sangat. Tetapi atas dasar mencari makan dan ingin mengekalkan kekayaan serta kuasa, maka Muhamad Rasulullah mesti ditentang. Abu Jahal juga mempercayai Allah sebagai Tuhan mereka, sebab pegangan agama nenek moyang Nabi Ibrahim masih kekal dan ada di Mekah.
Jika dilihat dari sejarah ini, apa beza sangat dengan kita di zaman ini. Memang benar mak bapak kita Islam. Tetapi cukupkah sekadar itu menjamin kita masuk syurga. Syurga Neraka bukan hak kita, bukan hak Nik Aziz, apatah lagi bukan hak Tuk Jib, Muhyiddin dan Mahathir. Tetapi nak masuk syurga kena tahu apa nak buat? Bukan sekadar jadi baik, kalau ikut Mazhab Mahathirisme.
Bagaimana nak masuk syurga, mesti ada panduan. Panduannya Al Quran dan Sunnah. Tolak satu hukum atau ayat Al Quran cukup menjatuhkan kita menjadi kafir (terkeluar dari Islam). Tak perlu banyak satu pun cukup. Selepas itu kena mengucap 1000000000X pun tanpa kita bertaubat dan menginsafi apa yang kita buat, takj ada apa makna pun di sisi Allah. Nak masuk syurga biukan senang, harganya mahal. Lebih mahal dari seisi dunia.
Nik Aziz cakap ikut Islam cara UMNO memang tak masuk. Sapa tak sokong memang ia jahil, sebab bagi dia Islam sekadar Rukun Islam. Dia lupa itu baru rukun Islam, belum cerita Rukun Iman lagi. Kalau dah Islam kena beriman, sebab yang masuk syurga orang beriman. Kalau tak beriman, soalan ini kena tanya Harussani, sebab dia akan jawab ikut keperluan bergantung kepada periuk nasi. Dialah contoh ulama' terbaik.
Jika ajaran yang Rasulullah bawa dulu sampai ke orang macam Mahathir atau umumnya orang UMNO nescaya akan difatwakan sesat oleh Majlis sebab semuanya kena berkorban. Islam yang dibawa UMNO kena kumpul kekayaan dan tak perlu susah untuk berjihad.
Ada otak pakai ada akal fikir.

Monday, May 18, 2009

ORANG TENGAH LEMAS.

Waktu belajar berenag dahulu, ingat lagi kata - kata 'coach' kalau jumpa orang lemas, jangan terus terjun, campak dulu benda terapung. Sebabnya, orang lemas tak peduli apa, dia akan bergantung pada apa sahaja. Kalau tubuh dia berat, dengan kita - kita pun ditariknya ke bawah. Ya la, orang dah nak tercabut nyawa, jadi apa boleh capai dia gunakan sebagai tempat berpaut.
UMNO umpama orang lemas, waktu PRU12 ari tu mungkin tak semua rakyat mengundi PR kerana sayang dan suka. Tetapi mungkin atas niat nak ngajar BN aja. Waktu tu terjumpa ada golongan tua yang kata, tak sangka jadi begini, kita cuma nak ubah sikit aje. Tetapi bila tengok Negeri yang PR perintah, lebih baik. Ada yang dapat air percuma. Ada yang mohon tanah puluh ribu hari waktu BN perintah, tetapi PR tak sampai satu tahun boleh tolong luluskan. Rakyat melihat pemerintahan PR lebih tulus dan memperjuangkan nasib rakyat. Tembelang BN banyak yang pecah, penyelewengan, hadiah hari jadi, hadiah suami kepada isteri dan macam - macam perkara lagi terbongkar. Semuanya guna duit rakyat. Rakyat nak berubat disuruh minta derma. Rakyat nak belajar kena buat pinjaman. Rakyat tak ada kerja, rakyat ramai yang susah, kerajaan BN tak peduli pun. Mata rakyat mula terbuka.
Bila mata rakyat mula terbuka, UMNO parti tunjang BN makin takut. UMNO tahu kalau PRU13 rasanya tak ada peluang. Jadi UMNO kena buat tendangan maut. Siapa yang maut tak tahulah. UMNO tahu MCA, MIC, dan parti komponen bukannya boleh percaya sangat, jadi kenalah berbuat sesuatu.
PR bawa konsep keadilan tanpa mengira kaum, UMNO makin tersepit. UMNO tahu tanpa politik perkauman, tiada gunanya UMNO. UMNO makin tersepit. Dah nak lemas. Jadi benteng UMNO terakhir digunakan, iaitu jentera dan keraja..an. PR diasak sekali lagi secara kekerasan. Kebiasaannya bila ada cara kekerasan, ada pula cara kelembutan. Itu lah perang saraf. Cara lembutnya pecah semula pakatan rakyat. Bila berpecah nescaya tiada kekuatan. Cari orang PAS yang lemah dan bersemangat Melayunya lebih. Dekati mereka dan goda. (Bukan goda perempuan). Itu lah strategiknya. Akhirnya ada yang termakan. PAS cuak dengan KEADILAN. Cuak pula denga DAP. Cuak mencuak mula ditimbulkan. Jika dibiarkan akan jadi larat, akhirnya PR pun berpecah. Bila berpecah 50 tahun lagi pun belum tentu dapat berkuasa. Akhirnya UMNO yang menang.
Saat ini, teknik perang saraf UMNO sedikit sebanyak telah berjaya. Lihat apa dah jadi dalam PAS. Label melabel sesama sendiri, lupa pula musuh sebenar. Ada ulama' ada professional. Golongan ulama' menuntut hak. Isu kecil diperbesarkan, Anwar dituding sebagai pemonopoli, DAP dicuak pula tentang Negara Islam.
Sebelum terlambat, PR kena muhassabah diri, rintangan sebenar masih jauh. Biarpun di dalam semua parti ada individu yang mementingkan diri sendiri. Yang sentiasa mendabik dada, dialah yang paling banyak berkorban. Ketepikan mereka. Kembali kepada matlamat asal. Laksanakan amanah sebaik mungkin, rakyat diluar akan terus menilai. Perjuangkan nasib rakyat.
Ingatlah UMNO sudah semakin lemas. Jika diturut lagunya, alamat kecundanglah kita. ALLAH tidak membantu golongan yang berpecah - belah.

Monday, February 9, 2009

KRISIS PERAK 2

Krisis Menteri Besar di Perak masih belum selesai dan menjadi isu hangat masa kini. Bilakah krisis politik ini akan berakhir atau tergantung sahaj?.
Persoalannya siapa yang memulakannya? Mengikut lapuran TV pemerintah, ianya dimulakan oleh saranan Dato' Seri Anwar yang menalipon YB-YB pemerintah agar melompat ke bukan pemerintah. Jadi Najib yang terbabit dengan banyak skandal pun terus menyudahkannya. Itu kata - kata Dato' Seri Najib.
DS Anwar kata lompat cara dia tanpa ganjaran dan imbuhan tetapi dengan kerelaan hati untuk kepentingan rakyat. Lompat secara dijanjikan imbuhan dan ugutan adalah satu perkara yang salah dan tidak bermoral. Ini yang dilakukan oleh DS Najib.
Cara yang terbaik adalah kembali kepada undang - undang. Kalau undang - undang membenarkan kita tak boleh kata apa - apa. Cuma amatlah berdosa bagi rakyat yang melompat untuk mengejar ganjaran. Bagi yang diugut pula adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan. Sekurang - kurangnya memberi peluang kepada rakyat untuk menentukannya.
Pilihan raya adalah politik masa kini. Ini adalah kaedah untuk menentukan siapa yang berhak mendapat kuasa. Ini adalah yang ditulis dan diamalkan dalam sistem demokrasi. Amat malang bagi Malaysia, sekiranya sistem demokrasi tidak diikut dan kuasa ditentukan oleh 2, 3 orang sahaja. Sekiranya ini berlaku rakyat Malaysia diperbodohkan oleh orang yang berkuasa. Tiada lagi hak rakyat. Tiada manusia atau rakyat yang suka diperbodohkan.
Rakyat sekarang tidak sama dengan rakyat tahun 50 an. Waktu tersebut berita SEBENAR amat sukar, rakyat bergantung kepada suapan pemerintah sahaja. Suasana telah berubah. Rakyat telah berubah, semakin pandai semakin mengkaji, tetapi malangnya masih ada segolongan manusia yang berkuasa TAK NAK berubah. Mereka lebih suka kepada sistem yang lama. sanggup melakukan apa sahaja untuk matlamat mereka. rASUAH, KRONI, KUASA DISALAHGUNA.
Golongan ini akan menggadaikan apa sahaja samada institusi raja, agama, perpaduan dan apa - apa sahaja demi matlamat mengekalkan kuasa dan harta. Mengejar kuasa untuk matlamat ini adalah salah, rasanya Dato' Harussani terlupa nak buat fatwa bab ini.
Mempertahankan kuasa untuk kebenaran adalah wajib. Sama seperti Saidina Ali yang disuruh letak jawatan, tetapi menolaknya. Mungkin Dato' Harussani terlupa atau hilang kitabnya.
Perubahan untuk kebaikan adalah satu perkara yang mulia. Perubahan untuk maksiat adalah satu perbuatan haram.
Jadi sama - samalah kita berfikir, di manakah pendirian diri. Kita yang menentukan. Semua orang tahu niat dan diri masing - masing. Sekiranya kuasa dikejar untuk harta, lebih baik kita tinggalkan kerana azab Allah lebih pedih. Sekiranya kerana kebenaran dan hak, kita teruskan kerana kenikmatan menanti kita.
Apalah guna harta berbillion kiranya nama kita tersenarai di pintu neraka dan termasuk dalam golongan Munafik? Azab kekal untuk selama - lamanya. Mungkin kita rasa mampu bertaubat sebelum mati, tapi pernahkah kita terfikir, dosa yang kita lakukan dapat diampunkan hanya dengan menadah tangan atau diterima Allah. Sekiranya kita merasakan dengan duit mampu mengupah hafiz - hafiz membaca Al-Quran, lebih baik kita lupakan sahaja. Harta yang haram tetap haram, walaupun berjuta ringgit dihabiskan untuk ibadat. Sia - sia sahaja.
Tanyalah diri kita dan jauhilah bersubahat dengan golongan seperti ini, kerana akan mengheret kita ke dalam azab Allah, melainkan kita manusia yang spisisnya sama. Yang sentiasa menentang ayat - ayat Allah, iaitu spisis MUNAFIK.