Monday, June 1, 2009

CINA ISLAM (林川興): Zaid perkata tentang negara polis,komunisme dan perkauman

CINA ISLAM (林川興): Zaid perkata tentang negara polis,komunisme dan perkauman

PENANTI

Pilihanraya Penanti telah diketahui keputusannya. Kemenangan kepada PKR telah diduga, biarpun peratus mengundi rendah. Dr. Mansur Othman dimartabatkan sebagai wakil rakyat di situ.
Aminah @ Kak Min kecundang, biarpun dibantu oleh media arus perdana. Itu hakikat yang perlu diterima. Yang lebih mengharukan, undinya pun tidak memberangsangkan. Sedih hati Kak Min. Berusaha dengan pelbagai cara hingga hilang kawan, hilang saudara tetapi hasilnya tak memuaskan.
Lain kali Kak Min tak usahlah bertanding lagi. Cukuplah kali pertama dan terakhir.

Saturday, May 30, 2009

KISAH 2 NEGARA DAN PEMIKIRAN UMAT MELAYU




Aku tak sempat hidup di zaman penjajahan British, mahupun penjajahan Belanda, apatah lagi penjajahan Portugis. Tidak ada satu bangsa yang suka dijajah. Penjajahan adalah satu penghinaan pada bangsa tersebut. Bekerja dengan orang yang memperhambakan dan mengambil hak kita adalah seperti bekerja @ berkhidmat dengan orang yang menceroboh rumah kita.Mungkin hanya golongan yang tidak bermaruah sanggup melakukannya, tetapi bagi golongan yang bermaruah, lebih baik melawan biarpun nyawa sebagai galang - gantinya.
Pencerobohan di Afghanistan adalah satu rentetan sejarah yang sempat diikuti. Ketidaksetujuan puak Amerika kafir laknatullah dengan puak Taliban yang menerajui Kerajaan Afghanistan pada waktu tersebut. Dengar cerita tentang isu minyak. Amerika dan Negara sekutunya, menyerang Afghanistan. Dengan segala kelengkapan moden, ramai rakyat Afghanistan syahid dan berjaya menjatuhkan Kerajaan Taliban. Amerika pun melantik seorang pemimpin iaitu Sang Hamid Karzai, anak didik Amerika untuk menjadi Presiden dan mentadbir Afghanistan. Sebenarnya Amerika yang mentadbir Afghanistan. Golongan yang menentang Amerika akan dilabel sebagai PENGGANAS. Yang lebih bodoh lagi Negara Islam pun bersetuju. Memanglah pemimpin Negara Islam ini terdiri dari golongan yang bodoh.
Begitu juga dengan Iraq. Diserang dan ditakluki. Diletakkan pemimpin yang dipersetujui oleh Amerika. Puak yang menentang juga digelar PENGGANAS dan mesti dibunuh.
Sebenarnya, siapakah yang pengganas. Yang membunuh dan menakluki. Apakah wajar mempertahankan negara sendiri adalah pengganas?
Jadi itulah sebenarnya rentetan peristiwa ke atas Tanah Melayu dahulu. Kita ditakluki oleh penjajah. Menentang penjajah adalah satu pengkhianatan, keganasan dan kesalahan. Di Tanah Melayu, sebenarnya ramai yang sanggup berkhidmat untuk British dari berjuang menentangnya. Kalau bekerja dan berkhidmat untuk penjajah adalah satu penghormatan. Jika tidak, tak akan ada manusia yang sanggup mengakui Jabatannya berusia 200 tahun lebih, sedangkan Negara merdeka baru 50 tahun lebih. Ini membawa maksud begitu bangga dan taksub dapat berkhidmat di bawah panji - panji Ratu.
Sampai bilakah pemikiran penjajah ini dapat dikikis. Selagi begini jangan harap kita akan maju kerana pemikiran kita terus dijajah. Moga - moga To' Jib dapat mengubahnya, kalau tak kita kena tunggu To' lain la lagi.

Friday, May 29, 2009

PEJUANG DAN PAHLAWAN






Setiap perjuangan ada pro dan kontra. Setiap perjuangan ada benar dan salah. Itu adalah lumrah alam yang tak boleh lari. Perjuangan yang sebenar hanyalah menegakkan kalimah Allah di mukabumi. Perjuangan para Nabi dan Sahabat yang hanya untuk Allah sahaja. Mereka gadaikan hatta nyawa dan harta hanya untuk Allah. Itupun masih ada perselisihan fekah dari segi kaedahnya.
Itulah perjuangan, yang pastinya manusia berjuang adalah lebih baik dari manusia yang tidak berjuang mengikut membuta tuli.
Ramai manusia hanya berjuang untuk perut dan bawah perut sahaja. Itulah ideologi dan keyakinan yang utama. Janji ada gaji, boleh makan sudahlah. Yang lain betul atau salah, itu tidak penting. Apa yang boleh mengganggu gugat majikan atau tokey kita, adalah salah. Ramai yang begini.
Tidak kira ada ilmu atau tidak. Janji perut diisi, perut tak kelaparan. Nafsu boleh dipenuhi. Apa cara, tak penting, kalau perlu guna agama pun tak mengapa? Bagi golongan ini bukan syurga dan neraka yang dicari, tetapi perut yang perlu diisi. Dunia perlu dinikmati.
Ada yang berjuang kerana keyakinan. Tanpa mengira risiko atau kesusahan yang ditempuhi, mereka tetap berjuang. Bagi mereka perjuangan adalah untuk ramai orang bukannya diri sendiri. Golongan ini sanggup menggadaikan nyawa demi perjuangan mereka. Perjuangan adalah hak, perjuangan mesti banyak halangan. Ada yang berjaya, ada yang gugur. Sekiranya perjuangan golongan ini ditambah dengan keyakinan untuk Allah, pasti ganjaran yang baik dari Ilahi menanti mereka.
Di awal sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, banyak golongan mengaku mereka berjuang. Ada yang berjuang demi Raja, demi British, demi rakyat, demi kemerdekaan dan demi entah apa - apa lagi.
Yang menang adalah golongan yang berjuang demi British dan Raja. Sudahpasti sejarah milik mereka, kerana sejarah dicorak oleh golongan yang menang. Andainya golongan yang berjuang demi rakyat yang menang, pasti sejarah dibaca dari sudut berbeza.
Bagi ku, pejuang tetap pejuang. Benar atau salah, biarlah Allah menentukan.
Polis dan tentera, sumbangan mu tetap ada.Tetapi sumbanganmu yang terbesar adalah kepada majikan. Jika majikan itu benar, maka benarlah. Jika salah maka salahlah. Kamu bukan pejuang tetapi pahlawan. Umpama Hang Tuah pahlawan tetapi bukan pejuang. Hang Tuah di mata Sultan Melaka adalah suruhan paling berharga. Sanggup bergadai nyawa demi Sultan. Benar atau salah, perkara kedua, titah Sultan mengatasi Kalam Allah. Itulah Hang Tuah. Biar dicampak ke dalam Neraka, titah Sultan derhaka jangan.
Malangnya di dunia yang semakin berkembang, pengaruh Hang Tuah ada juga dipegang oleh para Mufti ( pegawai kerajaan paling tinggi ilmu agamanya). Mereka sanggup mengiakan perintah majikan biarpun bertentangan dengan perintah Ilahi. Akhirnya golongan Mufti dipandang jijik oleh masyarakat, kerana sanggup bersekongkol dengan kezaliman. Jadi tidak layaklah Mufti yang sedemikian diletakkan sebagai pejuang.
Leftenan Adnan Saidi adalah pahlawan, sanggup bermatian menentang Jepun. Tetapi dia bukannya pejuang kerana bekerja dan mempertahankan British. Andainya British tidak memberikannya gaji,mungkin tak jadi askar kot. Askar Jepun yang membunuhnya juga pahlawan di mata tentera Jepun.
Pejuang tetap diiktiraf, biarpun di zamannya mereka tidak dihargai. Dato' Bahaman, Tok Janggut, MaharajaLela, Pak Sako, Dr. Burhanuddin, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Abu Samah, Rashid Maidin, dan lain - lain yang tak diketahui namanya. Sejarah Pejuang akan dikaji sampai bila - bila tetapi tidak sejarah pahlawan.

LAGENDA MAT INDERA

Lagenda Mat Indera*


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.



Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).


Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda.Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.


Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.



Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera.Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.


Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.


Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.


Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.


Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong.Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga.Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang ,kali pertama kena tangkap,Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk,semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.Peristiwa kali kedua pula,Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap,apabila beliau menyentu rumput,dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib.Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung.





*Entri ini saya ambil dari blog http://muor76.blogspot.com .Saya telah membuat sedikit perbaikan terhadap laras bahasa penulis asal tanpa menjejaskan maksud asal penulisnya.Ketepatan dan kejituan fakta adalah diluar dari tanggungjawab saya.

Wednesday, May 27, 2009

PKR, KAK MIN: MASIHKAH KAU INGAT, PERISTIWA DI HOTEL?

Di Penanti, PKR dicabar oleh calun bebas sahaja. Dari mana calun bebas itu kita tak tahu. Sebab seperti yang dimaklumkan, bertanding perlukan banyak duit, nak buat deposit, nak berlempen, nak belanja orang, nak buat kenduri, nak buat poster, nak apa - apa je la. Memang bodoh seorang yang bertanding sekadar untuk menghabiskan duit, lebih baik digunakan untuk diri sendiri. Semua sedia maklum, calun bebas memang ditaja oleh parti - politik musuh. Siapa yang taja kita tak tahu. Contoh macam Tok Munah, yang bertanding Parlimen KT. Penangannya tumbang PAS kerana pecah undi. Al maklumlah orang PAS berhati baik, jadi bila beri undi ke Tok Munah, habislah. Begitulah cara berpolitik.
Di dalam kes Penanti, PKR lawan Calun Bebas. Calun bebas seorang ini bukan calang - calang, bekas Ketua Wanita PKN (Keadilan Nasional) yang lalu. Jadi tak hairanlah sedikit sebanyak tektik dan strategik PKR diketahui, walaupun tak hadam. Sebab politik ini bukannya mudah. Nama glamer Kak Min, kepopularannya telah mengalahkan artis dan mendapat ruang tempat di TV dan media arus perdana milik kerajaan. Bukannya mudah. Kalau orang awam terpaksa membayar puluh ribuan ringgit untuk mengambil satu slot iklan.
Semalam, Kak Min dengan lantangnya mencabar Datuk Zahrin dengan amarannya "Masih Ingatkah Peristiwa di Hotel ....." jeng jeng jeng, suspen ni. Peristiwa hotel, sungguh hebat. Bukan senang peristiwa di hotel, satu malaya dah dengar.
Terkedu Datuk zahrin dengar, nasib baik tak bertanding, kalau tak nahas. Peristiwa dan hotel, tak siapa tahu hanya Kak Min dan Datuk zahrin yang tahu.
Kak Min ada potensi, mungkin ini mesej untuk Anwar, jangan pandang sebelah mata. Dulu tak bagi Kak Min bertanding, sekarang tengok ko Anwar, aku boleh cabar balik. Duit boleh cari penaja. Atas tiket bekas Ketua Wanita PKN dahulu, sure ada orang nak support. Kalah tak apa, janji dapat imbuhan.
Berpolitik memang nampak lekeh, tetapi kesannya besar. Dari perbezaan politik boleh huru - hara suami - isteri, adik beradik, kaum keluarga, sahabat baik dll. Hubungan silaturrahim boleh terputus.
Kak Min dah hilang kawan rapat yang diperangkapnya. Dah tentu lepas ni berpatah arang dengan beliau. Bukan kata nak pergi rumah, tengok bayang rumah pun tak sanggup. Anwar dan Wan azizah lagi lah tak akan peduli kepada Kak Min. Orang PAS pula cam biasa tak peduli langsung. Orang UMNO, lepas ini, Kak Min ni tak ada nilai di mata mereka. Akhirnya Kak Min keseorangan. Nilah banyak terjadi kepada kawan - kawan yang jadi alat orang. Risiko hilang kawan ni lumrah.
Mungkin nasihat untuk Kak Min, aambil duit buat ala kadar sahaja. jangan lebih - lebih, nanti hilang kawan, hilang saudara, dipulau orang. kak Min orang politik, jangan ikut rentak orang, nanti Kak Min terperangkap dalam hotel ciptaan sendiri.
Lagi satu Kak Min, yang bertanding di Penanti ialah Dr. Mansur Othman, bukannya Datuk Zaharin. Bukan apa takut Kak Min, terpangkah lak nanti.
Kasihan Kak Min, wanita jitu yang diperalatkan.

Tuesday, May 26, 2009

CHIN PENG JAHAT







Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana akan menghiris para keluarga askar, polis dan tentera di Malaysia. Chin Peng juga amat kejam kerana telah membunuh dan memasang jerangkap samar sehingga ramai tentera yang terkorban dan cacat. Takziah dan Al Fatihah untuk mereka. Saya amat bersetuju dengan alasan kerajaan tersebut, ini dapat menjamin Negara kita dari terus dijajah oleh Komunis.
Dan saya menyeru juga kita mengharamkan warganegara British dari menjejaki ke bumi Malaysia. Beribu pahlawan Melayu yang terbunuh semasa menentang kemasukan mereka. Ada yang digantung dan ada yang dibunuh terus. Berapa ramai keluarga Melayu yang tersiksa kerana hilang mata pencarian dan kesusahan yang dialami semasa perang. Mereka telah mengugut Sultan Melayu pada masa tersebut, merendahkan martabat Sultan dengan diberi gaji oleh British. Dan sudah pastinya ramai keturunan mereka yang masih menghuni tanahair ini. Sekurang - kurangnya kita haramkan EPL dari disiarkan.
Jepun juga perlu dihalau. Kekejaman mereka pada orang Melayu memang terbukti. Menyusahkan kita.
Portugis yang meruntuhkan Kerajaan Melayu tersohor, diharamkan terus dari menjejaki tanahair ini. Belanda juga tidak terkecuali.
Tetapi kalau kita haramkan semua, habis siapa pulak nak niaga dengan kita, siapa nak datang ke Tanah Melayu. Boleh Hancus Negara Ku Malaysia?