Showing posts with label Penanti. Show all posts
Showing posts with label Penanti. Show all posts

Monday, June 1, 2009

PENANTI

Pilihanraya Penanti telah diketahui keputusannya. Kemenangan kepada PKR telah diduga, biarpun peratus mengundi rendah. Dr. Mansur Othman dimartabatkan sebagai wakil rakyat di situ.
Aminah @ Kak Min kecundang, biarpun dibantu oleh media arus perdana. Itu hakikat yang perlu diterima. Yang lebih mengharukan, undinya pun tidak memberangsangkan. Sedih hati Kak Min. Berusaha dengan pelbagai cara hingga hilang kawan, hilang saudara tetapi hasilnya tak memuaskan.
Lain kali Kak Min tak usahlah bertanding lagi. Cukuplah kali pertama dan terakhir.

Wednesday, May 27, 2009

PKR, KAK MIN: MASIHKAH KAU INGAT, PERISTIWA DI HOTEL?

Di Penanti, PKR dicabar oleh calun bebas sahaja. Dari mana calun bebas itu kita tak tahu. Sebab seperti yang dimaklumkan, bertanding perlukan banyak duit, nak buat deposit, nak berlempen, nak belanja orang, nak buat kenduri, nak buat poster, nak apa - apa je la. Memang bodoh seorang yang bertanding sekadar untuk menghabiskan duit, lebih baik digunakan untuk diri sendiri. Semua sedia maklum, calun bebas memang ditaja oleh parti - politik musuh. Siapa yang taja kita tak tahu. Contoh macam Tok Munah, yang bertanding Parlimen KT. Penangannya tumbang PAS kerana pecah undi. Al maklumlah orang PAS berhati baik, jadi bila beri undi ke Tok Munah, habislah. Begitulah cara berpolitik.
Di dalam kes Penanti, PKR lawan Calun Bebas. Calun bebas seorang ini bukan calang - calang, bekas Ketua Wanita PKN (Keadilan Nasional) yang lalu. Jadi tak hairanlah sedikit sebanyak tektik dan strategik PKR diketahui, walaupun tak hadam. Sebab politik ini bukannya mudah. Nama glamer Kak Min, kepopularannya telah mengalahkan artis dan mendapat ruang tempat di TV dan media arus perdana milik kerajaan. Bukannya mudah. Kalau orang awam terpaksa membayar puluh ribuan ringgit untuk mengambil satu slot iklan.
Semalam, Kak Min dengan lantangnya mencabar Datuk Zahrin dengan amarannya "Masih Ingatkah Peristiwa di Hotel ....." jeng jeng jeng, suspen ni. Peristiwa hotel, sungguh hebat. Bukan senang peristiwa di hotel, satu malaya dah dengar.
Terkedu Datuk zahrin dengar, nasib baik tak bertanding, kalau tak nahas. Peristiwa dan hotel, tak siapa tahu hanya Kak Min dan Datuk zahrin yang tahu.
Kak Min ada potensi, mungkin ini mesej untuk Anwar, jangan pandang sebelah mata. Dulu tak bagi Kak Min bertanding, sekarang tengok ko Anwar, aku boleh cabar balik. Duit boleh cari penaja. Atas tiket bekas Ketua Wanita PKN dahulu, sure ada orang nak support. Kalah tak apa, janji dapat imbuhan.
Berpolitik memang nampak lekeh, tetapi kesannya besar. Dari perbezaan politik boleh huru - hara suami - isteri, adik beradik, kaum keluarga, sahabat baik dll. Hubungan silaturrahim boleh terputus.
Kak Min dah hilang kawan rapat yang diperangkapnya. Dah tentu lepas ni berpatah arang dengan beliau. Bukan kata nak pergi rumah, tengok bayang rumah pun tak sanggup. Anwar dan Wan azizah lagi lah tak akan peduli kepada Kak Min. Orang PAS pula cam biasa tak peduli langsung. Orang UMNO, lepas ini, Kak Min ni tak ada nilai di mata mereka. Akhirnya Kak Min keseorangan. Nilah banyak terjadi kepada kawan - kawan yang jadi alat orang. Risiko hilang kawan ni lumrah.
Mungkin nasihat untuk Kak Min, aambil duit buat ala kadar sahaja. jangan lebih - lebih, nanti hilang kawan, hilang saudara, dipulau orang. kak Min orang politik, jangan ikut rentak orang, nanti Kak Min terperangkap dalam hotel ciptaan sendiri.
Lagi satu Kak Min, yang bertanding di Penanti ialah Dr. Mansur Othman, bukannya Datuk Zaharin. Bukan apa takut Kak Min, terpangkah lak nanti.
Kasihan Kak Min, wanita jitu yang diperalatkan.

Monday, May 18, 2009

PENANGAN PENANTI

Ramai yang kata BN takut. Bila diistiharkan BN tidak bertanding di Penanti. Najib tarik diri, nescaya Che Det melenting kerana Najib tak ikut kata dia. Che Det kata bertanding, biarpun kalah. Che Det tak mudah mengalah. Najib kata bazir wang rakyat, banyak kerja nak buat, bertanding nanti kalah. Tetapi keputusan semalam BN tak tanding.
Apa muslihat Najib, tu saya tak tahu? Orang politik mesti pandai berpolitik? Dalam Utusan Malaysia, Nasharudin dapat 60% sokongan. Tiba - tiba Muktamar PAS dipromosikan. Kalau nak berpolitik kena pandai baca suasana. Nampak gaya strategik UMNO, serang dari dalam, pecahkan PAS. Secara tak langsung PR akan goyah. Bila strategik mengena kita tengok pulak UMNO akan ketawakan PR. Bab jahat, jangan ajar UMNO.
Kadang - kadang kita lupa kekuatan UMNO, dia ada segala - galanya. Orang dalam dia bekerja 24 jam dan dibayar gaji. Ketua Polis, risik, tentera, bomba, TNB, JBA, JKR dan macam - macam lagi. Orang PR mentah berpolitik.
Tengok macam mana Anwar terkena. PAS apatah lagi sejak 1955 lagi. DAP kena tipu bulat - bulat sahaja. Rasanya mangsa seterusnya PAS pulak. PKR dia dah goncang, buat tawaran b***t dan duit, ada yang kecundang (tarbiyyah kurang), tumbang Kerajaan Perak. Kalau saya cakap nanti ada orang PAS marah, kelemahan PAS pada kekuatannya (terlebih tarbiyyah). Tengok sekarang dah nampak huru - haranya. Kalau dilayan lagi PAS akan kecundang. Jadi jangan ikut mainan UMNO. Biarpun UMNO lemah, dia ada kekuatan tersendiri. Jangan pandang sebelah mata. DAP lagi senang, hari tu tengok Karpal duk mengamuk ke Anwar, sikit saja kena jolok. Kelebihan BN boleh lagakan orang. Itulah kekuatan dan kepandaiannya.
Di dalam peperangan Al Quran mengajar banyak mengingati Allah, itulah yang sepatutnya. Permainan musuh tiada siapa yang tahu, kita hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah.Cara terbaik berusaha dan bertawakkal, kita tengok lagu UMNO seterusnya. Jangan terperanjat, kalau ada kejutan dalam tempoh terdekat ini.