Friday, May 22, 2009

TAK TERKEJUT KEPUTUSAN MAHKAMAH

Telah diumumkan petang tadi jam 3.50 petang, Zambry MB Perak yang sah. Bagi ku bukanlah satu perkara yang pelik, sebab kalau ditengok senario selepas keputusan Mahkamah Tinggi hari itu menunjukkan keadaan yang tidak menyebelahi Nizar. Walaubagaimanapun Nizar/ PR masih mengemukakannya kepada Mahkamah Persekutuan. Sebenarnya keputusan hari ini tidak mengejutkan kerana telah diketahui sebelum Hakim memutuskan keputusan. Begitulah permainan politik durjana. Politik tidak kotor, yang kotor adalah pemainnya.
Mahkamah tempat mencari keadilan, mahkamah tidak bersalah, yang bersalah adalah hakim yang menyeleweng. Itulah kehidupan. Ada yang benar, ada yang menyeleweng. Alasan kita boleh cari, tetapi yang maha mengetahui hanya Allah. Mungkin bagi yang masih ada iman, akan berkata nanti kita bertaubat. Hanya Allah juga yang layak mengampuninya. Tetapi di dalam kes Perak, hak rakyat juga diambil. Sesiapa yang berlaku zalim kepada rakyat, terpaksa memohon maaf kepada semua rakyat. Apakah semua rakyat dengan mudah akan memaafkannya?
Penanti pula sedang menanti,tetapi malangnya BN tak letakkan calun rasmi (yang ada hanya calun bebas). Manik Urai, kawasan PR, lagilah payah nak menang. Tapi BN dah umum nak letak calun. Atau mungkin hanya perlu berjumpa Sultan dan minta diberikan sahaja kepada ADUN BN. Siapa tahu? UBN dah tak mampu nak hadapi kekalahan. Kekalahan makin meruntuhkan jiwa dan menandakan eranya dah makin berkurangan.
Jadi selepas ini kita lihatlah apa yang berlaku pula di Malaysia. Makin hari Malaysia makin lawak pula.

Wednesday, May 20, 2009

RAKYAT SUDAH BOSAN

Saban hari suasana politik negara bercelaru dan memeningkan. Saban hai juga, rakyat makin terhimpit dengan masalah ekonomi. Biar pun kerajaan cuba menafikannya melalui media arus perdana, sedangkan realiti peniaga makin terhimpit. Dan lebih memeritkan di dalam kesusahan mencari rezeki, wujud pula golongan pegawai kerajaan yang tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa. Di atas kononnya penguatkuasaan mereka menekan rakyat dengan undang - undang rekaan sendiri. Sedangkan peniaga terhimpit dengan masalah kuasa beli pengguna semakin menurun.
Siapakah yang bersalah, adakah Kerajaan yang memerintah? Mungkin konsep yang longgar, hukuman yang tak jelas, contoh yang tak baik menyebabkan sesiapa yang ada kuasa akan salah guna kuasa.
Rakyat tidak peduli siapa yang jadi PM atau MB. Yang penting berkhidmat untuk rakyat. Rakyat tak peduli siapa yang berbormat. Ramai YB - YB yang tak pernah ketemu rakyat mahupun berfikir untuk rakyat, masih jadi wakil rakyat.
Rakyat perlu hidup, rakyat perlu makan. Tugas kerajaan memastikan suasana yang kondusif untuk rakyat. Pedulilah, BN atau PR, yang penting Jangan Zalimi Rakyat. Melayu sekarang tidak seperti Melayu dulu. Melayu sekarang pandai membaca, pandai menulis , pandai mengira dan tidak lupa kezaliman pemimpin.

Muta' allim ala Sabili al Najat: Uji Coba Missile Terbaru Iran

Muta' allim ala Sabili al Najat: Uji Coba Missile Terbaru Iran

Tuesday, May 19, 2009

KABINET BAYANGAN JERAT PR

Malam tadi tak ke mana, sempat tengok Hujah di TV9. Seorang dari UMNO, seorang dari PKR. Dua - dua YB, dari Sabah dan Pulau Pinang. Ulasan yang boleh dibuat, si YB UMNO nak jerat YB PR dengan kononnya ngapa Anwar tak buat Kabinet Bayangan. Jadi kita boleh tengok rancangan PR bila memerintah. Bila tak dibuat Kabinet Bayangan, nampak perpecahan dalam PR, tak boleh melantik Menteri.Nanti akan berebut. Kesimpulannya PR tak sepakat. Orang tak berpolitik dan awam macam saya pun boleh baca strategik YB UMNO ni, nampaknya tak cukup genius untuk membawa perangkap dalam pendebatan.
Kabinet bayangan PR, nak buat apa? Bukannya ada kuasa. Lainlah jadi Menteri betul, dapat banyak duit, banyak elaun dan banyak kuasa. Sekarang ini BN ke PR yang berkuasa dan jadi Kerajaan PUSAT, dia ada segala - galanya tetapi tak mampu nak buat apa - apa. Tak mampu nak pikat rakyat. Bila PR buat Kabinet Bayangan dan komen apa sahaja, kemudian yang laksana Kerajaan BN maka dia dapat nama. Dia gunakan isu dia yang buat. Nampak sangat jerat mudah bagi ahli politik. Rasanya Najib kena tengok dia ni sebenarnya layak tak jadi pemimpin. Soalan macam ini JKKK Kampung boleh buat.
Takkan lah PR nak buat Kabinet Bayangan, tak ada sebab langsung. Lain lah kalau Kerajaan sponsor segalanya untuk pembangkang.
Jawapan mudah dari YB PR, lebih baik kita berbicara tentang isu. Jika Kerajaan buat baik kita sokong, jika sebaliknya kita bangkang.

Monday, May 18, 2009

PENANGAN PENANTI

Ramai yang kata BN takut. Bila diistiharkan BN tidak bertanding di Penanti. Najib tarik diri, nescaya Che Det melenting kerana Najib tak ikut kata dia. Che Det kata bertanding, biarpun kalah. Che Det tak mudah mengalah. Najib kata bazir wang rakyat, banyak kerja nak buat, bertanding nanti kalah. Tetapi keputusan semalam BN tak tanding.
Apa muslihat Najib, tu saya tak tahu? Orang politik mesti pandai berpolitik? Dalam Utusan Malaysia, Nasharudin dapat 60% sokongan. Tiba - tiba Muktamar PAS dipromosikan. Kalau nak berpolitik kena pandai baca suasana. Nampak gaya strategik UMNO, serang dari dalam, pecahkan PAS. Secara tak langsung PR akan goyah. Bila strategik mengena kita tengok pulak UMNO akan ketawakan PR. Bab jahat, jangan ajar UMNO.
Kadang - kadang kita lupa kekuatan UMNO, dia ada segala - galanya. Orang dalam dia bekerja 24 jam dan dibayar gaji. Ketua Polis, risik, tentera, bomba, TNB, JBA, JKR dan macam - macam lagi. Orang PR mentah berpolitik.
Tengok macam mana Anwar terkena. PAS apatah lagi sejak 1955 lagi. DAP kena tipu bulat - bulat sahaja. Rasanya mangsa seterusnya PAS pulak. PKR dia dah goncang, buat tawaran b***t dan duit, ada yang kecundang (tarbiyyah kurang), tumbang Kerajaan Perak. Kalau saya cakap nanti ada orang PAS marah, kelemahan PAS pada kekuatannya (terlebih tarbiyyah). Tengok sekarang dah nampak huru - haranya. Kalau dilayan lagi PAS akan kecundang. Jadi jangan ikut mainan UMNO. Biarpun UMNO lemah, dia ada kekuatan tersendiri. Jangan pandang sebelah mata. DAP lagi senang, hari tu tengok Karpal duk mengamuk ke Anwar, sikit saja kena jolok. Kelebihan BN boleh lagakan orang. Itulah kekuatan dan kepandaiannya.
Di dalam peperangan Al Quran mengajar banyak mengingati Allah, itulah yang sepatutnya. Permainan musuh tiada siapa yang tahu, kita hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah.Cara terbaik berusaha dan bertawakkal, kita tengok lagu UMNO seterusnya. Jangan terperanjat, kalau ada kejutan dalam tempoh terdekat ini.

ORANG TENGAH LEMAS.

Waktu belajar berenag dahulu, ingat lagi kata - kata 'coach' kalau jumpa orang lemas, jangan terus terjun, campak dulu benda terapung. Sebabnya, orang lemas tak peduli apa, dia akan bergantung pada apa sahaja. Kalau tubuh dia berat, dengan kita - kita pun ditariknya ke bawah. Ya la, orang dah nak tercabut nyawa, jadi apa boleh capai dia gunakan sebagai tempat berpaut.
UMNO umpama orang lemas, waktu PRU12 ari tu mungkin tak semua rakyat mengundi PR kerana sayang dan suka. Tetapi mungkin atas niat nak ngajar BN aja. Waktu tu terjumpa ada golongan tua yang kata, tak sangka jadi begini, kita cuma nak ubah sikit aje. Tetapi bila tengok Negeri yang PR perintah, lebih baik. Ada yang dapat air percuma. Ada yang mohon tanah puluh ribu hari waktu BN perintah, tetapi PR tak sampai satu tahun boleh tolong luluskan. Rakyat melihat pemerintahan PR lebih tulus dan memperjuangkan nasib rakyat. Tembelang BN banyak yang pecah, penyelewengan, hadiah hari jadi, hadiah suami kepada isteri dan macam - macam perkara lagi terbongkar. Semuanya guna duit rakyat. Rakyat nak berubat disuruh minta derma. Rakyat nak belajar kena buat pinjaman. Rakyat tak ada kerja, rakyat ramai yang susah, kerajaan BN tak peduli pun. Mata rakyat mula terbuka.
Bila mata rakyat mula terbuka, UMNO parti tunjang BN makin takut. UMNO tahu kalau PRU13 rasanya tak ada peluang. Jadi UMNO kena buat tendangan maut. Siapa yang maut tak tahulah. UMNO tahu MCA, MIC, dan parti komponen bukannya boleh percaya sangat, jadi kenalah berbuat sesuatu.
PR bawa konsep keadilan tanpa mengira kaum, UMNO makin tersepit. UMNO tahu tanpa politik perkauman, tiada gunanya UMNO. UMNO makin tersepit. Dah nak lemas. Jadi benteng UMNO terakhir digunakan, iaitu jentera dan keraja..an. PR diasak sekali lagi secara kekerasan. Kebiasaannya bila ada cara kekerasan, ada pula cara kelembutan. Itu lah perang saraf. Cara lembutnya pecah semula pakatan rakyat. Bila berpecah nescaya tiada kekuatan. Cari orang PAS yang lemah dan bersemangat Melayunya lebih. Dekati mereka dan goda. (Bukan goda perempuan). Itu lah strategiknya. Akhirnya ada yang termakan. PAS cuak dengan KEADILAN. Cuak pula denga DAP. Cuak mencuak mula ditimbulkan. Jika dibiarkan akan jadi larat, akhirnya PR pun berpecah. Bila berpecah 50 tahun lagi pun belum tentu dapat berkuasa. Akhirnya UMNO yang menang.
Saat ini, teknik perang saraf UMNO sedikit sebanyak telah berjaya. Lihat apa dah jadi dalam PAS. Label melabel sesama sendiri, lupa pula musuh sebenar. Ada ulama' ada professional. Golongan ulama' menuntut hak. Isu kecil diperbesarkan, Anwar dituding sebagai pemonopoli, DAP dicuak pula tentang Negara Islam.
Sebelum terlambat, PR kena muhassabah diri, rintangan sebenar masih jauh. Biarpun di dalam semua parti ada individu yang mementingkan diri sendiri. Yang sentiasa mendabik dada, dialah yang paling banyak berkorban. Ketepikan mereka. Kembali kepada matlamat asal. Laksanakan amanah sebaik mungkin, rakyat diluar akan terus menilai. Perjuangkan nasib rakyat.
Ingatlah UMNO sudah semakin lemas. Jika diturut lagunya, alamat kecundanglah kita. ALLAH tidak membantu golongan yang berpecah - belah.