Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

TUK GURU ATAU USTAZ?

Politik bukan mainan daku, tetapi hak aku untuk bebas menulis, melontarkan pandangan pribadi yang entah betul atau tidak.
Hari ini PAS mengadakan EGM, sebab musababnya mungkin ramai yang dah tahu. Masalah UG @ Kerajaan Perpaduan yang tak habis - habis. Sekejap ada Sekejap tiada. Kecoh atau tidak kecoh, kita tak tahu. Berpecah atau tidak, Kita tidak tahu. Kita harapkan PAS lebih matang menyelesaikan masalah dalaman Parti.
Cuma yang kita tahu, perkara ini berlaku bermula selepas pilihan raya Mac 2008. Apabila PR menang dan berjaya merebut beberapa Kerajaan Negeri. Jika di Tahun 2004 dahulu, tak berlaku macam ini, sebab Kelantan kubu kuat PAS pun hampir tergadai. Cuma mampu menang majoriti sahaja.
Kemenangan tahun 2008, tiada siapa boleh menyangkal dan menafikan peranan Anwar yang berjaya menyatukan parti pembangkang dan menarik hati rakyat untuk bersamanya. Slogan Harapan Baru Untuk Malaysia berjaya menarik pengundi bandar yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai masalah kemiskinan, kesusahan hidup, kemeranaan sosial, kejatuhan nilai agama dan akhlak. Harapan pengundi agar mendapat peluang yang lebih baik di masa hadapan menggerakkan pen untuk memangkah Pakatan Rakyat. Bukannya sekadar memangkah dan taksub kepada PAS, PKR atau DAP semata - mata. Rakyat Malaysia mengharapkan perubahan. Jika dikaji perubahan yang ketara adalah di bandar di mana rakyat mendapat maklumat yang cukup. Sudahpasti di bandar, ketiga - tiga kaum Melayu, Cina dan India memainkan peranan penting. Di kawasan yang kurang maju pedalaman, Sabah dan Sarawak, PR tidak mendapat tempat di pensil mereka. Di kawasan pedalaman Melayu, nescaya kaum Melayu yang lebih dominan.
UMNO tahu jika dibenarkan sistem 2 parti di Malaysia, peluangnya memerintah akan hancur. Jadi gembar - gembur Kuasa Melayu Hilang digunakan. Maka slogan ini secara tidak langsung menggugat beberapa pimpinan PR terutamanya di dalam PAS sendiri. Untuk lebih menguatkan daya tarikan, Isu ancaman agama digunapakai. Ini tambah menggoncangkan pimpinan dalam PAS sendiri yang sinonim dengan perjuangan agama. Direncahkan lagi dengan tawaran jawatan - jawatan utama di dalam Negeri dan Pusat, jika dapat bergabung. Secara tidak langsung, kempen ini mampu menarik PAS untuk menjenguk dan berbincang samada secara terbuka mahupun sulit.
Dan akhir - akhir ini, digemburkan lagi seolah - olah Anwar ingin mendominasi PAS di bawah telunjuknya. Kaedah keasobiyyahan parti dan menaikkan emosi digunakan.
Sedar tidak sedar ahli PAS di bahagian dan peringkat bawah, makin keliru. Berpecah dua, memilih pemimpin yang mereka sanjung. Itu sebab di dalam Islam kita tidak dibenarkan menyanjung pemimpin secara keterlaluan, tetapi mengikut selagi benar.
2 pihak saling serang menyerang, sehingga lupa isu yang sebenar.
Isu yang sebenar bagi PAS ialah menentang rasuah, nenegakkan Negara Kebajikan, menentang kronisme dan bla - bla lagi. Bukannya berpakat atau berunding dengan UMNO. Formula penggabungan ini pernah dilakukan oleh PAS, tetapi malangnya gagal. Apakah ada jaminan penggabungan kali ke 2 boleh berjaya? Lihatlah realiti sendiri. PAS tidak berjaya tanpa PKR dan DAP, jadi mengapa perlu bersengketa dan menyalahkan pimpinan orang lain. Politik tetap politik, perlu setia kawan kalau nak berjaya. Gabungan PR dah berjaya ke peringkat ini, malangnya ramai pimpinan PAS masih di takuk lama. Tidak tahu berpolitik tetapi hanya tahu mencari glamor dan popular. Jika PAS kata PKR dan DAP tidak bersih, apakah PAS lebih bersih dan suci. Apakah salahnya tunjuk dan bimbing PKR dan DAP ke jalan yang lurus? Atau apakah ramai ahli PAS sendiri yang tidak bergelumang dengan najis tetapi ditutup dengan suratkhabar.
Cara yang terbaik, PAS kena menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menunding kesalahan kepada orang lain. Tak perlu salahkan Anwar. Sedar atau tidak ramai YB PAS yang dapat menjadi YB adalah hasil idea Anwar. Sudahpasti YB tersebut makan hasil dari keringat dan jasa Anwar secara tidak langsung. Dan tak perlu salahkan DAP. Kerana DAP sememangnya dipelopori oleh Kafir yang tak tahu agama Islam. Mungkin PAS mampu berdakwah dan mendidik PKR dan DAP.
Kembalilah PAS kepada PR dan bekerja untuk rakyat. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga rakyat naik cuak. Isu sebenar ialah Rasuah, penyelewengan dan kerosakkan agama serta moral. Kalau tidak nilai anda sama dengan UMNO, biarpun anda seorang TUK GURU ATAU USTAZ.

Monday, June 8, 2009

PAS MASUK JERAT

Selepas Nasha, menang maka bergemalah semula kerajaan perpaduan. Teruslah menyalak tentang kerajaan Perpaduan. Maka benarlah cerita yang di dengar selama ini, ada keinginan bergabung dengan UMNO. Disahkan sendiri oleh Haji Hadi. Namapk sangat PAS dah makan jerat UMNO. Tahniah UMNO. PAS rasa dia akan menang jika sendirian. PAS rasa dia perintah Kelantan selama berpuluh tahun kerana kekuatan mereka. Nampak sangat Bodoh bin Jahil, politik pemimpin PAS ini. Tak panda berpolitik langsung orang yang ngaku diri mereka ini ulama'.
Selama ini UMNO hanya membenarkan kewujudan PAS atas alasan demokrasi. Jika dibunuh terus akan hilanglah demokrasi di Malaysia. Sebabnya, PAS sukar menjadi nombor wahid di Malaysia. PAS terjerat dan terkongkong di dalam permainan politik mereka sendiri. Seperti al maklum, pemimpin PAS sendiri tidaklah sesuci mana. Betul tidak erjudi, tidak main perempuan tetapi atas nama hadiah berlambak - lambak sampai mengerjakan umrah pun atas nama hadiah. Berahi pada balak pun sama juga seperti berahi pada anak dara. Kemudahan yang ada pun disapu juga. Pemimpin PAS adalah manusia biasa, itu sebab kita malas nak bising - bising. Tetapi malangnya di atas sikap ahli yang cuba mneutup kelemahan, mereka kata mereka pula manusia yang mempunyai kelebihan atas dasar ulama'. Mereka lebih layak dari segalanya. Jadi pening kita di bawah ini.
PAS rasa mereka kuat, sedangkan pengaruh PAS tidak sebesar mana. Biarpun ada golongan non-Muslim, menyertai Kelab Penyokong, sekadar itu sahaja. Mana ada manusia di dalam dunia masuk parti sekadar nak menyokong, nak arak bendera, nak pakai baju PAS. Ingat ini sokong bola ke? Sedangkan ruang untuk mereka untuk bersuara, untuk jadi pemimpin, tiada. Rasanya Ulama' PAS sahaja yang berfikiran macam tu, Ini kategori merasakan diri pandai, orang lain bodoh. Islam tak ajar, nampak gayanya mungkin lebih teruk dari UMNO bila dapat kuasa.
Lebih jadi Lebai Malang lagi, pemimpin PAS masih tertakluk kepada ketuanan Melayu, sama macam UMNO sahaja. Lebih baik masuk UMNO, dapat ganjaran. Selama ini kita berjuang atas dasar fisabilillah, tetapi hanya menaikkan pemimpin yang sama seperti UMNO, tiada bezanya.
Pemimpin PAS khianat terhadap PKR dan DAP. Mereka buat perjumpaan dan rundingan tanpa restu pakatan mereka. Lepas tu menipu pulak. Betul juga kata Guan Eng, ini ke cara orang alim (berilmu). Lebihmalang lagi prosedur parti sahaja juga dilanggar, lepas tu tipu jugak ahli sendiri.
Pemimpin PAS rasa dia mampu bersilat, sedangkan selama ini tewas sahaja. Jangan memperlekehkan peranan Anwar, peranan DAP dalam memenangkan PAS. Jika nak rasa calun PAS berkaliber, boleh tengok dalam Dewan Rakyat dan Negeri, tak mampu nak bertanya soalan. Apa tah lagi perjuangkan rakyat. Bab ini rasanya UMNO lebih baik sebab pandai berlakun.
Mudah sangat UMNO menjerat PAS, dengan ketuanan Melayu sahaja dah kecundang. Dengan tawar menawar jawatan, dah kecundang. Nampak sangat pemimpin PAS tak mampu berpolitik dan tak mampu menahan diri.
PAS sudah kena jerat, cuma tunggu masa nak tercerut.

Nota: Pemimpin PAS hanya segelintir sahaja, bukan semua, tetapi mereka yang menang. Ini adalah pandangan pribadi sahaja, mungkin betul, mungkin salah.

Monday, May 18, 2009

PENANGAN PENANTI

Ramai yang kata BN takut. Bila diistiharkan BN tidak bertanding di Penanti. Najib tarik diri, nescaya Che Det melenting kerana Najib tak ikut kata dia. Che Det kata bertanding, biarpun kalah. Che Det tak mudah mengalah. Najib kata bazir wang rakyat, banyak kerja nak buat, bertanding nanti kalah. Tetapi keputusan semalam BN tak tanding.
Apa muslihat Najib, tu saya tak tahu? Orang politik mesti pandai berpolitik? Dalam Utusan Malaysia, Nasharudin dapat 60% sokongan. Tiba - tiba Muktamar PAS dipromosikan. Kalau nak berpolitik kena pandai baca suasana. Nampak gaya strategik UMNO, serang dari dalam, pecahkan PAS. Secara tak langsung PR akan goyah. Bila strategik mengena kita tengok pulak UMNO akan ketawakan PR. Bab jahat, jangan ajar UMNO.
Kadang - kadang kita lupa kekuatan UMNO, dia ada segala - galanya. Orang dalam dia bekerja 24 jam dan dibayar gaji. Ketua Polis, risik, tentera, bomba, TNB, JBA, JKR dan macam - macam lagi. Orang PR mentah berpolitik.
Tengok macam mana Anwar terkena. PAS apatah lagi sejak 1955 lagi. DAP kena tipu bulat - bulat sahaja. Rasanya mangsa seterusnya PAS pulak. PKR dia dah goncang, buat tawaran b***t dan duit, ada yang kecundang (tarbiyyah kurang), tumbang Kerajaan Perak. Kalau saya cakap nanti ada orang PAS marah, kelemahan PAS pada kekuatannya (terlebih tarbiyyah). Tengok sekarang dah nampak huru - haranya. Kalau dilayan lagi PAS akan kecundang. Jadi jangan ikut mainan UMNO. Biarpun UMNO lemah, dia ada kekuatan tersendiri. Jangan pandang sebelah mata. DAP lagi senang, hari tu tengok Karpal duk mengamuk ke Anwar, sikit saja kena jolok. Kelebihan BN boleh lagakan orang. Itulah kekuatan dan kepandaiannya.
Di dalam peperangan Al Quran mengajar banyak mengingati Allah, itulah yang sepatutnya. Permainan musuh tiada siapa yang tahu, kita hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah.Cara terbaik berusaha dan bertawakkal, kita tengok lagu UMNO seterusnya. Jangan terperanjat, kalau ada kejutan dalam tempoh terdekat ini.

ORANG TENGAH LEMAS.

Waktu belajar berenag dahulu, ingat lagi kata - kata 'coach' kalau jumpa orang lemas, jangan terus terjun, campak dulu benda terapung. Sebabnya, orang lemas tak peduli apa, dia akan bergantung pada apa sahaja. Kalau tubuh dia berat, dengan kita - kita pun ditariknya ke bawah. Ya la, orang dah nak tercabut nyawa, jadi apa boleh capai dia gunakan sebagai tempat berpaut.
UMNO umpama orang lemas, waktu PRU12 ari tu mungkin tak semua rakyat mengundi PR kerana sayang dan suka. Tetapi mungkin atas niat nak ngajar BN aja. Waktu tu terjumpa ada golongan tua yang kata, tak sangka jadi begini, kita cuma nak ubah sikit aje. Tetapi bila tengok Negeri yang PR perintah, lebih baik. Ada yang dapat air percuma. Ada yang mohon tanah puluh ribu hari waktu BN perintah, tetapi PR tak sampai satu tahun boleh tolong luluskan. Rakyat melihat pemerintahan PR lebih tulus dan memperjuangkan nasib rakyat. Tembelang BN banyak yang pecah, penyelewengan, hadiah hari jadi, hadiah suami kepada isteri dan macam - macam perkara lagi terbongkar. Semuanya guna duit rakyat. Rakyat nak berubat disuruh minta derma. Rakyat nak belajar kena buat pinjaman. Rakyat tak ada kerja, rakyat ramai yang susah, kerajaan BN tak peduli pun. Mata rakyat mula terbuka.
Bila mata rakyat mula terbuka, UMNO parti tunjang BN makin takut. UMNO tahu kalau PRU13 rasanya tak ada peluang. Jadi UMNO kena buat tendangan maut. Siapa yang maut tak tahulah. UMNO tahu MCA, MIC, dan parti komponen bukannya boleh percaya sangat, jadi kenalah berbuat sesuatu.
PR bawa konsep keadilan tanpa mengira kaum, UMNO makin tersepit. UMNO tahu tanpa politik perkauman, tiada gunanya UMNO. UMNO makin tersepit. Dah nak lemas. Jadi benteng UMNO terakhir digunakan, iaitu jentera dan keraja..an. PR diasak sekali lagi secara kekerasan. Kebiasaannya bila ada cara kekerasan, ada pula cara kelembutan. Itu lah perang saraf. Cara lembutnya pecah semula pakatan rakyat. Bila berpecah nescaya tiada kekuatan. Cari orang PAS yang lemah dan bersemangat Melayunya lebih. Dekati mereka dan goda. (Bukan goda perempuan). Itu lah strategiknya. Akhirnya ada yang termakan. PAS cuak dengan KEADILAN. Cuak pula denga DAP. Cuak mencuak mula ditimbulkan. Jika dibiarkan akan jadi larat, akhirnya PR pun berpecah. Bila berpecah 50 tahun lagi pun belum tentu dapat berkuasa. Akhirnya UMNO yang menang.
Saat ini, teknik perang saraf UMNO sedikit sebanyak telah berjaya. Lihat apa dah jadi dalam PAS. Label melabel sesama sendiri, lupa pula musuh sebenar. Ada ulama' ada professional. Golongan ulama' menuntut hak. Isu kecil diperbesarkan, Anwar dituding sebagai pemonopoli, DAP dicuak pula tentang Negara Islam.
Sebelum terlambat, PR kena muhassabah diri, rintangan sebenar masih jauh. Biarpun di dalam semua parti ada individu yang mementingkan diri sendiri. Yang sentiasa mendabik dada, dialah yang paling banyak berkorban. Ketepikan mereka. Kembali kepada matlamat asal. Laksanakan amanah sebaik mungkin, rakyat diluar akan terus menilai. Perjuangkan nasib rakyat.
Ingatlah UMNO sudah semakin lemas. Jika diturut lagunya, alamat kecundanglah kita. ALLAH tidak membantu golongan yang berpecah - belah.