Wednesday, February 11, 2009

AL- FATIHAH - USTAZ IDHAM CHE KOB

Pagi tadi dapat berita, Ustaz Idham Che Kob telah meninggal dunia. Al Fatihah. Ustaz Idham adalah seorang pendakwah bebas di Pahang. Beliau menghadapi pelbagai rintangan dan cubaan biarpun tidak menyebelahi mana - mana parti politik. Perkara hak ditegakkan biarpun mendapat cercaan dan deraan dari sesiapa. Inilah pegangan pendakwah sejati. Moga Allah menempatkannya bersama para solihin.

'Setiap yang bernafas pasti merasai mati'.

Semua orang tahu. Tetapi persoalannya siapakah yang sentiasa mengingati di dalam hati dan fikiran. Orang yang mengingati mati adalah orang yang cerdik. Ada segolongan pihak menafikannya. Orang yang banyak mengingati mati, pasti takut untuk melakukan maksiat. Takut untuk menzalimi orang lain. Takut untuk merampas harta dan hak orang lain. Takut mengumpul harta berbilion - bilion. Takut tidak sempat bertaubat. Mengapa perlu takut untuk ingat mati.
Hari itu wajib datang tanpa kita ketahui dan sedari. Setiap detik yang berlalu akan mendekatkan kita kepada tanggal tersebut.
Sudah pasti orang yang banyak mengingatinya adalah orang yang pentingkan kehidupan akhirat lebih dari kepentingan dunia. Ini lah orang yang cerdik. Kehidupan dunia sebentar dan sekejap dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Selepas insan mati, tiada lagi amal yang dapat dibuat, jika baik, bahagialah, jika tidak sengsara.
Banyaklah mengingati mati, nescaya Allah memberikan kita hidayah.

Monday, February 9, 2009

KRISIS PERAK 2

Krisis Menteri Besar di Perak masih belum selesai dan menjadi isu hangat masa kini. Bilakah krisis politik ini akan berakhir atau tergantung sahaj?.
Persoalannya siapa yang memulakannya? Mengikut lapuran TV pemerintah, ianya dimulakan oleh saranan Dato' Seri Anwar yang menalipon YB-YB pemerintah agar melompat ke bukan pemerintah. Jadi Najib yang terbabit dengan banyak skandal pun terus menyudahkannya. Itu kata - kata Dato' Seri Najib.
DS Anwar kata lompat cara dia tanpa ganjaran dan imbuhan tetapi dengan kerelaan hati untuk kepentingan rakyat. Lompat secara dijanjikan imbuhan dan ugutan adalah satu perkara yang salah dan tidak bermoral. Ini yang dilakukan oleh DS Najib.
Cara yang terbaik adalah kembali kepada undang - undang. Kalau undang - undang membenarkan kita tak boleh kata apa - apa. Cuma amatlah berdosa bagi rakyat yang melompat untuk mengejar ganjaran. Bagi yang diugut pula adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan. Sekurang - kurangnya memberi peluang kepada rakyat untuk menentukannya.
Pilihan raya adalah politik masa kini. Ini adalah kaedah untuk menentukan siapa yang berhak mendapat kuasa. Ini adalah yang ditulis dan diamalkan dalam sistem demokrasi. Amat malang bagi Malaysia, sekiranya sistem demokrasi tidak diikut dan kuasa ditentukan oleh 2, 3 orang sahaja. Sekiranya ini berlaku rakyat Malaysia diperbodohkan oleh orang yang berkuasa. Tiada lagi hak rakyat. Tiada manusia atau rakyat yang suka diperbodohkan.
Rakyat sekarang tidak sama dengan rakyat tahun 50 an. Waktu tersebut berita SEBENAR amat sukar, rakyat bergantung kepada suapan pemerintah sahaja. Suasana telah berubah. Rakyat telah berubah, semakin pandai semakin mengkaji, tetapi malangnya masih ada segolongan manusia yang berkuasa TAK NAK berubah. Mereka lebih suka kepada sistem yang lama. sanggup melakukan apa sahaja untuk matlamat mereka. rASUAH, KRONI, KUASA DISALAHGUNA.
Golongan ini akan menggadaikan apa sahaja samada institusi raja, agama, perpaduan dan apa - apa sahaja demi matlamat mengekalkan kuasa dan harta. Mengejar kuasa untuk matlamat ini adalah salah, rasanya Dato' Harussani terlupa nak buat fatwa bab ini.
Mempertahankan kuasa untuk kebenaran adalah wajib. Sama seperti Saidina Ali yang disuruh letak jawatan, tetapi menolaknya. Mungkin Dato' Harussani terlupa atau hilang kitabnya.
Perubahan untuk kebaikan adalah satu perkara yang mulia. Perubahan untuk maksiat adalah satu perbuatan haram.
Jadi sama - samalah kita berfikir, di manakah pendirian diri. Kita yang menentukan. Semua orang tahu niat dan diri masing - masing. Sekiranya kuasa dikejar untuk harta, lebih baik kita tinggalkan kerana azab Allah lebih pedih. Sekiranya kerana kebenaran dan hak, kita teruskan kerana kenikmatan menanti kita.
Apalah guna harta berbillion kiranya nama kita tersenarai di pintu neraka dan termasuk dalam golongan Munafik? Azab kekal untuk selama - lamanya. Mungkin kita rasa mampu bertaubat sebelum mati, tapi pernahkah kita terfikir, dosa yang kita lakukan dapat diampunkan hanya dengan menadah tangan atau diterima Allah. Sekiranya kita merasakan dengan duit mampu mengupah hafiz - hafiz membaca Al-Quran, lebih baik kita lupakan sahaja. Harta yang haram tetap haram, walaupun berjuta ringgit dihabiskan untuk ibadat. Sia - sia sahaja.
Tanyalah diri kita dan jauhilah bersubahat dengan golongan seperti ini, kerana akan mengheret kita ke dalam azab Allah, melainkan kita manusia yang spisisnya sama. Yang sentiasa menentang ayat - ayat Allah, iaitu spisis MUNAFIK.

Saturday, February 7, 2009

KRISIS DI PERAK

Krisis di Perak masih belum selesai. Biar pun pihak yang menang telah mengangkat sumpah, namun ketidakpuasan hati rakyat tidak dapat disejukkan. Penyokong BN mungkin berpuas hati, walaupun tidk semua. Penyokong PR lagi tak puas hati. Penyokong atas pagar ada yang puas dan tidak. Penyokong lalang, bergantung apa yang dia dapat. Inilah lumrah dunia politik.
Setiap perjuangan ada agenda masing - masing. Samada menang atau kalah. Yang menang tak selamanya menang dan yang kalah tak selamanya kalah. Begitulah lumrah kehidupan.
Di dalam kehidupan tidak semestinya yang menang itu benar dn yang kalah itu salah. Ianya bergantung kepada keadaan. Cuma Allah menjanjikan kebenaran pasti akan terserlah jua, cuma masa yang akan menentukannya. Itulah janji Allah yang tak boleh disangkal lagi.
Kewajipan manusia pula menegakkan kebenaran mengikut panduan Allah, walaupun mungkin akan mengalami kekalahan kerana kehidupan abadi bukan di dunia tetapi di akhirat. Itulah pegangan orang - orang mukmin.
Bagi manusia yang tidak berpegang pada janji Allah, mereka tidak akan peduli kerana keyakinan mereka kepada hari akhirat amat tipis mungkin tiada langsung. Sekiranya orang mukmin yang berfikiran sebegini, mereka dikategorikan sebagai munafik. Kaum ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi.
Golongan munafik tidak peduli apa cara pun, bagi mereka matlamatnya keuntungan tanpa mengira dosa dan pahala. Di dlam hati mereka tiada secubit pun rasa takut akan Allah. Bagi mereka harta duniawi adalah segala - galanya. Mereka boleh berselindung disebalik agama, kaum, bangsa atau apa sahaja, tetapi tujuannya satu harta dan keuntungan. Kuasa untuk kekayaan dan kesenangan mereka.
Kita tidak boleh menghukum mereka keran mereka berselindung disebalik kerja, tanggunjawab, amanah dan pelbagai lagi. tetapiitulah mereka golongan munafik.

'........Sesungguhnya orang - orang Munafik itu, ialah orang - orang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orang - orang munafik lelaki dan orang - orang munafik perempuan dan orang - orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untk balasannya), allah mengutuki mereka dan untuk mereka seksaan yang abadi.' (At-Taubah 68)

Jadi jelaslah takrifan golongan munafik. Dan kena diingatkan golongan munafik adalah golongan yang kekal di dalam neraka bersama orang kafir sekiranya tidak bertaubat. Ketaatan kepada allah mestilah ketaatan sebenar tanpa mengira ganjaran kuasa, harta dan wanita.
Oleh itu kita nilai diri sendiri di manakah kita. Bersedialah untuk menghadapi nafas terakhir dan melihat janji - janji Allah untuk kita.
Apa pun jemaah yang kita masuki, nilai pemimpin kita sendiri takut - takut mereka golongan munafik dan kita tergolong dalam golongan tersebut serta kekal bersama di dalam neraka.

Thursday, February 5, 2009

JATUHNYA SEBUAH KERAJAAN

Di GAZA, PALESTIN, kerajaan Hamas dinafikan hak kemenangannya oleh Zionis - Yahudi dan kerajaan Fatah. Apabila mandat diberi ke HAMAS, pihak Fatah telah cuba menggulungkannya dengan beberapa cara. Membuat kacau di GAZA. Bila gagal berunding dengan Zionis agar mengadakan Sekatan ekonomi ke atas kerajaan HAMAS. Bila gagal, memberi maklumat agar dibunuh pimpinan HAMAS. Gagal lagi, bersekongkol agar Zionis menyerang HAMAS. Ribuan rakyat telah terkorban. Namun HAMAS masih gagah dan tidak kecundang.
Di Perak, kerajaan PR telah menang melalui pilihan raya yang sah bagi negara yang memilih sistem demokrasi sebagai asasnya. Kemudiannya berlaku aksi ugut, paksa dan ganjaran. Malngnya ada YB yang kurang teguh keimanannya. Mungkin terpengaruh dengan wang ringgit dan takutkan ugutan. Maka gugurlah mereka kepada pemerintah yang zalim serta berkhianat kepada rakyat yang memilihnya. Diringkaskan, jatuhlah kerajaan Negeri Perak kepada Barisan Nasional.
Inilah perbandingan buat yang jahil, di mana - mana ada Zionis dan munafik. Zionis bukannya Yahudi kerana ada ramai Yahudi yang baik, Zionis adalah kezaliman. Sesiapa yang bersekongkol dengan kezaliman, dia adalah Zionis. Tidak kira bangsa apa sekalipun samada Melayu, Cina, India, Arab, Inggeris, Afrika, Kadazan dan Murut. Zionis boleh terdiri UMNO,PKR,PAS, DAP,MCA, MIC dan apa parti pun, apabila kezaliman dilakukan. Apabila kezaliman dilakukan akan berlaku kekejaman, mengambil hak orang lain, tidak berhati perut, rasuah berleluasa dan apa bentuk keburukan sekalipun.
Munafik pula telah ada semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi. Cuma bilangan mereka tidak ramai. Sekarang munafik ada di mana - mana. Garis panduan munafik ialah suka menipu, berpura, tidak berpegang pada janji, melampau dan tidak amanah. Munafik bukan hanya pada bangsa Arab tetapi dari keseluruhan umat manusia.
Telah menjadi lumrah, kaum munafik akan bersekongkol dengan Zionis (Kezaliman).
Sesiapa yang memilih jalan menjadi Zionis dan munafik, Allah telah menjanjikan ganjaran azab yang pedih utuk mereka.
Sesungguhnya orang mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan orang munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, di samping meninggalkan solat dan ibadah yang lain.
Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedang kan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan - angan.
Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedangkan orang munafik mengorbankan agama untuk harta.
Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedang orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa........

Setiap manusia mengetahui diri masing - masing samada Zionis atau Munafik. Mungkin ada segolongan yang kurang pasti atau mengikut membuta tuli, dinamakan Jahil. Mereka juga dijanjikan ganjaran azab juga kerana tidak mahu belajar dan mengkaji.
Inilah asas yang diajar oleh Rasulullah. Islam diturunkan kepada setiap individu. Setiap individu berhak memilih samada menjadi Zionis, Munafik atau Jahil. Terpulanglah.
Hukuman Allah bukannya kepada bangsa, parti, kaum atau apa persatuan juga. UMNO, PKR, PAS tidak masuk neraka mahupun syurga. Yang masuk adalah ahlinya. Ahli boleh jadi Zionis, Munafik atau Jahil.
Jadi pilihlah pilihan kita, kita menentukannya. Gunakan akal masing - masing..
Kemenangan di dunia hanya sekelumit kecil tetapi Akhirat juga lah yang abadi buat selamanya.

Monday, February 2, 2009

HADIS BERKAITAN PALESTIN, RENUNGKAN LAH.

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)
Rasulullah telah memberitahu kita, apa yang akan berlaku di Palestin sepanjang zaman. Maka tidak hairan apa yang telah dijanjikan telah dan sedang berlaku. Mungkin kita kurang bernasib baik kerana tidak dilahir, dibesarkan atau bermastautin di sana. Ini tidak bermakna kita gagal mendapat apa - apa ganjaran dari Allah. Apakah peluang termasuk ke dalam golongan yang sentiasa berjuang bersama - sama kebenaran.
Renungilah pula hadis yang umatnya untuk sentiasa membela saudara muslimnya, yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Palestin dan Gaza telah diserang kini, maka janganlah kita sekadar berdiam diri. Peganglah apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Inilah masanya kita membantu mereka sedaya upaya kita. Janganlah kita masih lalai, jadilah golongan yang membuat sesuatu walaupun sedikit. Kita tidak boleh membiarkan alasan - alasan duniawi mengikat kita. Bantulah mereka nescaya Allah akan membantu kita semasa kesusahan. Apalah nilai kita sekiranya Allah tidak membantu. Berpeganglah dengan Al Quran dan hadis, insya'allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Jadilah orang yang beriman seperti yang dikalamkan, “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

UMAT ISLAM DIHINA, MENGAPA?

Hari ini isu Palestin, begitu rendahnya maruah umat Islam. Persoalannya, apakah telah hilang ruh Islam pada umatnya. Telah hilang kekuatan dan pertolongan yang dijanjikan Allah. Lebih malang lagi umat Islam ini dihina oleh kaum yang satu masa dahulu dilaknat oleh Allah, yang dijadikan babi dan kera. Mengapa boleh terjadi sedemikian?

1. Umat Islam telah hilang taqwa kepada Allah. Hari ini umat Islam lebih suka hidup berpoya - poya dan berhibur. Kehilangan sifat taqwa telah melenyapkan sifat yakin kepada Allah. Umat lebih meyakini sesama makhluk. Mengharapkan rundingan dan harapan pada Amerika. Obama kononnya menjadi taruhan.
Ingatlah kata Sayyidina Umar kepada Saad bin Waqqas ketika telah hampir Perang di Parsi,
'Saya suka mengarahkan anda dan bala tentera yang bersama anda supaya bertakwa kepada Allah di setiap keadaan. Sesungguhnya takwa itu adalah sebaik - baik bekalan dalam menentang musuh dan sekuat - kuat helah dalam peperangan. Saya suka memerintahkan kepada anda supaya sentiasa menjauhi maksiat, daripada memberikan perhatian kepada musuh anda kerana dosa - dosa yang dilakukan oleh bala tentera itu lebih ditakuti akan menimpa bala ke atas mereka dari serangan musuh mereka sendiri'.

Kemenangan umat Islam bukan kerana kekuatan senjata tetapi kerana kekuatan dan bantuan dari Allah. Di Malaysia, umat Islam untuk mengangkat tangan berdoa pun amat payah, kerana tidak sembahyang. Berjemaah ke surau dan masjid pun tidak. Bagaimana Allah dapat menurunkan bantuannya. Berderma dan bersedekah untuk Palestin pun susah. Takut menjadi miskin. Yang lebih malang, badan diamanahkan untuk mengutip derma ada juga yang menyeleweng.
Ini adalah akibat sifat taqwa telah hilang. Wahai saudara - saudaraku kembali kepada Allah. Surah AlHaj:40, Dan Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Gagah Perkasa'.
Oleh itu tekadlah, bersedekahlah untuk Palestin, jadikan rutin mingguan atau bulanan. Gaza telah hilang segala - galanya. Siapakah lagi yang dapat membantu saudara seaqidah. Janganlah harapkan orang lain untuk membela saudara - saudara kita di Gaza.

Sunday, February 1, 2009

MENGAPA PERLU TAHU TENTANG PALESTIN?

Kekadang aku terfikir, mengapa Palestin? Bukan bumi lain di tanah Arab. Berbagai kemusykilan timbul dibenak fikiran. Untuk ambil jalan mudah, dah takdir ilahi. Mungkin ini jawapan yang mudah, senang dan tak sakit kepala.
Semenjak Palestin di bebas oleh Sayyidina Umar, ditakluk semula, bebas semula oleh Sallahuddin. Begitulah Palestin. Di zaman penguasaan Kristian pun begitu juga. Ramai umat Islam dibunuh dengan kejam. Sekarang Yahudi Zionis pula, mungkin kitaran dan umur dunia dah dekat kot.
Perlukah kita mengambil tahu tentang Palestin.

Renungilah, sebuah hadis 'Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang umat islam, ia bukanlah dari kalangannya'.

Jadi berfikirlah, dapatkah kita tergolong dalam golongan umat Muhamad, jika hanya tahu Makan, Minum, Mengawan, Membiak dan Mati.

Dr Yusof Qardhawi menulis – Baitul Maqdis didalam Aqidah Islam
mempunyai kedudukan yg sangat tinggi.Hal ini disepakati oleh
seluruh kaum Muslimin dan seluruh kelompok ,mazhab dan aliran2
nya dan sudah merupakan ijma’ umat dari satu hujung dunia ke
satu hujung dunia lain. Oleh itu menjadi satu tuntutan kpd seluruh
kaum muslimin untuk istiqomah membela,bersemangat dalam
melindungi tanah,kehormatan dan kesucian Baitul Maqdis hatta dengan
mengorbankan jiwa,raga dan harta benda dlm mengusir para
pencerobohnya.


Jadi siapalah kita yang mendakwa isu Palestin hanya isu kemanusiaan sahaja dan penghapusan etnik.