Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

PULANGNYA SEORANG TEMAN

Pagi hari ini, tiba - tiba sms berbunyi. 'Tuk Ayah sudah tiada'. Apabila dipanggil semula memang sahlah sms itu benar. Tuk Ayah panggilan untuk seorang teman, berasal dari Luit, Maran, bermastautin di Kuala Terengganu, jam 2 pagi 10/11/2009, pulang menghadap penciptanya.
Biarpun aku sendiri tidak pernah tahu nama sebenarnya tetapi dia selalu menjadi pendengar setia semasa aku dan teman bercerita politik. Dan dari gerak lakunya, pemahaman politiknya bertentang arus dengan pihak kami. Biarpun begitu, adakalanya ada juga yang dipersetujui bersama di dalam perkara. Beliau bukannya orang terkenal dan ternama. Mungkin pemahamannya lebih kepada Utusan Malaysia, itulah fikrah yang dianuti oleh jutaan umat Melayu. Sudah pasti parti dokongannya Melayu Bersatu yang dianggap mati - matian sebagai pejuang Melayu dan pembela Islam.Dan beliau tidak pandai mencari alternatif bacaan lain. Tidak sesekali kami menyalahkan beliau kerana itulah acuan yang ditanam 50 tahun oleh Kumpulan Melayu Bersatu. Dan beliau sendiri aku lihat sentiasa terhegeh - hegeh menggunakan telefon bimbitnya, sudahpasti beliau tidak memahami teknologi.
Bagi kami beliau adalah mangsa kemunduran pemikiran yang ditanam oleh Kumpulan Melayu Bersatu. Begitu besarnya sumbangan Melayu Bersatu dalam memundurkan pemikiran rakyat. Dan lebih malang lagi majoritinya adalah orang Melayu sendiri.
Al Fatihah untuk beliau.

Wednesday, February 11, 2009

AL- FATIHAH - USTAZ IDHAM CHE KOB

Pagi tadi dapat berita, Ustaz Idham Che Kob telah meninggal dunia. Al Fatihah. Ustaz Idham adalah seorang pendakwah bebas di Pahang. Beliau menghadapi pelbagai rintangan dan cubaan biarpun tidak menyebelahi mana - mana parti politik. Perkara hak ditegakkan biarpun mendapat cercaan dan deraan dari sesiapa. Inilah pegangan pendakwah sejati. Moga Allah menempatkannya bersama para solihin.

'Setiap yang bernafas pasti merasai mati'.

Semua orang tahu. Tetapi persoalannya siapakah yang sentiasa mengingati di dalam hati dan fikiran. Orang yang mengingati mati adalah orang yang cerdik. Ada segolongan pihak menafikannya. Orang yang banyak mengingati mati, pasti takut untuk melakukan maksiat. Takut untuk menzalimi orang lain. Takut untuk merampas harta dan hak orang lain. Takut mengumpul harta berbilion - bilion. Takut tidak sempat bertaubat. Mengapa perlu takut untuk ingat mati.
Hari itu wajib datang tanpa kita ketahui dan sedari. Setiap detik yang berlalu akan mendekatkan kita kepada tanggal tersebut.
Sudah pasti orang yang banyak mengingatinya adalah orang yang pentingkan kehidupan akhirat lebih dari kepentingan dunia. Ini lah orang yang cerdik. Kehidupan dunia sebentar dan sekejap dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Selepas insan mati, tiada lagi amal yang dapat dibuat, jika baik, bahagialah, jika tidak sengsara.
Banyaklah mengingati mati, nescaya Allah memberikan kita hidayah.