Monday, April 19, 2010

ZAID @ KAMAL ANATHAN YANG TEGAR?


PRK Hulu Selangor makin panas. Dah jadi adat pilihan raya. Dalam pilihanraya, agama akan dianggap sebagai penghalang bagi manusia yang kurang beriman. Dalam pilihanraya budaya fitnah, buruk orang, buka aib orang memang budaya biasa. Dalam pilihanraya matlamat menghalalkan cara, konsep Machivelli, itulah pegangan manusia rakus dan tamak.
Isu Zaid minum arak. Gambar dan pelbagai lagi disebarkan.Bila disiasat hanya gambar tempelan. Blogger yang membuatnya tahu itu adalah gambar palsu. Tetapi dibuatnya jua. Nescaya si Blogger bukan seorang yang beriman. Jika beriman dia takutkan Allah, dia tak fitnah orang, dia tak buka aib orang. Eluklah kita keluarkan gambar Si Blogger ini supaya bila dia mati, moga - moga tukang fitnah dan tukang aib sahaja akan datang kendalikan jenazahnya. Nak tengok mampu tak dia buat fitnah kat malaikat pula. Dosa Sang Blogger Pemfitnah amat besar, moga dia cepat jumpa Zaid minta maaf dan announce secara terbuka. Sebab mungkin ada yang telah percaya.
Zaid, ramai insan macam aku, tak kenal secara pribadi. Namanya meletup dulu pun sebab saman hudud Kerajaan Kelantan. Kalau tak sampai mati pun orang tak kenal.
Zaid ini aku rasa mungkin dulu sama macam majoriti pimpinan UMNO yang lain. Kalau tak takkan dia boleh join UMNO. Hidup berpoya- poya, enjoy ala Barat, sebab anak didik Barat. Bila dah berumur, rasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Zaid kata dia dah bertaubat, dia dah mohon maaf dari Allah. Dan dia pun telah meninggalkan kekawan lama yang ada perangai buruk. Itulah cara bertaubat. Cari kawan baru yang boleh membimbing. Dia keluar parti lama sebab kawan lama yang kaki arak tegar, pengamal rasuah tegar, pemfitnah tegar dan macam - macam tegar lagi ada kat situ. Jadi kepada Menteri, Ustaz dan Tuk Imam, yang masih dalam parti lama Zaid, pandailah cari kawan yang baik. Silap - silap boleh ikut perangai kekawan yang tegar - tegar ini.
Jadi tak timbul cerita Zaid kaki arak atau kaki apa. Dia dah tinggalkan. Sedangkan dalam parti lama Zaid, masih ramai yang kaki arak tegar, peraba tegar, penzina tegar, kaki pukul bini tegar, kaki perempuan tegar dan tegar tegar tegar.
Pada masa yang sama, lawan Zaid dari Parti yang terkenal dengan ketagih arak tegar tak dipertikaikan pula. Hairan bin Ajaib, mungkin Kamal Anathan ini seorang kaki ibadat yang kerap ke masjid kot. Itu sebab diangkat bagai Dewa oleh geng - geng dalam parti lama Zaid ini. Mungkin antara Zaid dan Kamal Anathan ini, ada yang masih tegar lagi kepada botol? Renung dan Fikirlah, gunakan anugerah Ilahi.

Thursday, April 15, 2010

PILIHANRAYA, PESTA RAKYAT

Tak lama lagi Hulu Selangor akan mendapat wakil rakyat Parlimen Baru. Pastinya ada pilihan raya, baru dapat memilih. Siapa yang menang, PR atau BN? Terpulang kepada pengundi yang memangkah. Banyak dipangkah, boleh menang.
Jentera parti masing - masing bertungkus - lumus. Kata - mengata, ejek - mengejek, mungkin sampai tumbuk - menumbuk dan pukul - memukul, itulah lumrah pilihan raya. Faham - faham ajelah bila rakyat berkumpul. Pesta pun bermula.
Peruntukkan dan bantuan datang mencurah - curah, biarpun tidak layak menerimainya. Janji dihamburkan macam bertih jagung. Tidak kurang air liur yang akan menjadi saksi di Padang Masyar kelak.
Rezeki pun bertambah bagi penduduk Hulu Selangor. Jika rajin menjual air di tepi jalan atau goreng pisang, pasti tak cukup tangan. Itu belum campur kalau ada rumah sewa.
Itulah Pesta Rakyat, Pesta dalam Sistem Demokrasi. Meriah juga memilih pemimpin.
Jangan pula selepas ini, ada yang berdoa mohon Wakil rakyat mereka mati, takut nanti tak ada yang nak jadi Wakil Rakyat.

Saturday, April 3, 2010

BAITUL HUSNA, RUMAH ANAK YATIM DI KUANTAN

Marilah bersama - sama kita membantu apa yang patut. Rumah Anak Yatim untuk anak - anak perempuan di Baitul Husna Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang.

Wednesday, March 17, 2010

ZAHRAIN DAN HANTU RAYA


Zahrain melalak bagai nak rak dalam Parlimen. Maka kedengaran suaranya laksana belang - belung membelah halilintar Dewan rakyat yang mulia. Hampir 2 tahun berbinikan PKR, Zahrain lebih banyak diam membisu. Tetapi kesabaran berdiam diri tidak dapat dibendung lagi. Zahrain menjeriti umpama orang dirasuk jin. Dan sudah pastinya, Anwarlah orang yang bersalah. Anwar penjahat, Anwar pengkhianat bangsa, Anwar nak rampas kerajaan 16 September. Gagah berdaung suara Zahrain menyalahkan Anwar.
Kejahatan tetap kejahatan. Anwar atau Zahrain yang jahat, rakyat akan menentukan. Kata - kata Zahrain umpama melepas geram. Mungkin ada hajat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti. Hati yang merana membuat Zahrain dirasuk. Melepas geram kepada Pak Anwar.
Zahrain dari dulu dijamu. Tiba - tiba tuan baru tidak menjamu, sudahpasti akan mencari tuan baru. Tuan yang dapat menunaikan hajat nafsu serakah yang membara.
Kisah Zahrain, mengingatkan daku kepada Kisah Hantu Raya. Hantu Raya tetap taat jika cukup makan minum, biarpun banyak makan tuan dibelakangnya. Kalau tak cukup Hantu Raya akan mengamuk, mengacau keluarga Si Tuannya. Itulah Sang Zahrain, sama wataknya dengan Hantu Raya.
Pak Anwar tetap salah, terlalu rapat dengan Si Zahrain Hantu Raya. Terlalu mempercayai si Hantu Raya. Akhirnya Hantu tetap Hantu, mana boleh dipercayai.