Showing posts with label arak. Show all posts
Showing posts with label arak. Show all posts

Monday, April 19, 2010

ZAID @ KAMAL ANATHAN YANG TEGAR?


PRK Hulu Selangor makin panas. Dah jadi adat pilihan raya. Dalam pilihanraya, agama akan dianggap sebagai penghalang bagi manusia yang kurang beriman. Dalam pilihanraya budaya fitnah, buruk orang, buka aib orang memang budaya biasa. Dalam pilihanraya matlamat menghalalkan cara, konsep Machivelli, itulah pegangan manusia rakus dan tamak.
Isu Zaid minum arak. Gambar dan pelbagai lagi disebarkan.Bila disiasat hanya gambar tempelan. Blogger yang membuatnya tahu itu adalah gambar palsu. Tetapi dibuatnya jua. Nescaya si Blogger bukan seorang yang beriman. Jika beriman dia takutkan Allah, dia tak fitnah orang, dia tak buka aib orang. Eluklah kita keluarkan gambar Si Blogger ini supaya bila dia mati, moga - moga tukang fitnah dan tukang aib sahaja akan datang kendalikan jenazahnya. Nak tengok mampu tak dia buat fitnah kat malaikat pula. Dosa Sang Blogger Pemfitnah amat besar, moga dia cepat jumpa Zaid minta maaf dan announce secara terbuka. Sebab mungkin ada yang telah percaya.
Zaid, ramai insan macam aku, tak kenal secara pribadi. Namanya meletup dulu pun sebab saman hudud Kerajaan Kelantan. Kalau tak sampai mati pun orang tak kenal.
Zaid ini aku rasa mungkin dulu sama macam majoriti pimpinan UMNO yang lain. Kalau tak takkan dia boleh join UMNO. Hidup berpoya- poya, enjoy ala Barat, sebab anak didik Barat. Bila dah berumur, rasa insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Zaid kata dia dah bertaubat, dia dah mohon maaf dari Allah. Dan dia pun telah meninggalkan kekawan lama yang ada perangai buruk. Itulah cara bertaubat. Cari kawan baru yang boleh membimbing. Dia keluar parti lama sebab kawan lama yang kaki arak tegar, pengamal rasuah tegar, pemfitnah tegar dan macam - macam tegar lagi ada kat situ. Jadi kepada Menteri, Ustaz dan Tuk Imam, yang masih dalam parti lama Zaid, pandailah cari kawan yang baik. Silap - silap boleh ikut perangai kekawan yang tegar - tegar ini.
Jadi tak timbul cerita Zaid kaki arak atau kaki apa. Dia dah tinggalkan. Sedangkan dalam parti lama Zaid, masih ramai yang kaki arak tegar, peraba tegar, penzina tegar, kaki pukul bini tegar, kaki perempuan tegar dan tegar tegar tegar.
Pada masa yang sama, lawan Zaid dari Parti yang terkenal dengan ketagih arak tegar tak dipertikaikan pula. Hairan bin Ajaib, mungkin Kamal Anathan ini seorang kaki ibadat yang kerap ke masjid kot. Itu sebab diangkat bagai Dewa oleh geng - geng dalam parti lama Zaid ini. Mungkin antara Zaid dan Kamal Anathan ini, ada yang masih tegar lagi kepada botol? Renung dan Fikirlah, gunakan anugerah Ilahi.

Thursday, August 27, 2009

ANTARA IMAN KARTIKA DAN MUFTI.........

Di dalam kesibukan, aku mencari ruang juga memandangkan isu Minum arak dan sebat amat menarik perhatian. Isu Minum arak dan sebat ini dicabar biarpun termaktub di dalam Enakmen Syariah Pahang sejak 1987. Dan lebih malang lagi pihak pemerintah sendiri cuba mengelirukan isu ini. Biarpun Kartika dan keluarga amat bersetuju dan sanggup menjalani hukuman ini. Namun tetap dikelirukan oleh juak - juak munafik (istilah yang terbaik mampu digunakan).
Tuk Jib dengan nasihat redhonya. Jangan REDHO dengan hukuman. Perlu buat rayuan.
Hishamuddin pula tiada tukang sebat yang mahir.
Dan lebih malang lagi ada juga Juak Munafik dari kalangan Mufti dan Hakim Syarie, cuba menghalang hukuman dan memperlekehkannya. Ini bukannya hukuman Islam, hukuman Islam 40 atau 80 sebat. Dan ada juga Juak Munafik kata, Hakim Syarie melampau memberikan hukuman.
Arak bukannya perkara baru dalam dunia. Arak telah diharamkan beribu tahun. Biarpun penjajah Barat cuba menghalalkan arak, namun majoriti umat Islam masih berpegang kepada keharaman haram. Telah diketahui umum, arak juga adalah minuman ruji kebanyakan golongan bangsawan dan pimpinan dari zaman British hingga kini. Terutamanya pimpinan yang Berorientasikan Barat. Nak tahu siapa, carilah sendiri.
Lewat ini arak telah menjadi semakin terbuka. Dijual secara terbuka, diminum secara terbuka. Arak juga dikenalpasti antara penyumbang kepada masalah sosial khususnya kepada umat Melayu.
Seperti sedia maklum, masalah sosial di kalangan remaja Melayu Islam makin teruk dan bertambah teruk. Isu arak, zina, buang anak, rempit dan pelbagai lagi. Semua sedia maklum, isu sosial anak Melayu Islam makin meningkat bukannya makin berkurangan. Isu sosial ini cuba dibendung oleh pemerintah dengan pelbagai cara yang gagal.
Allah yang menciptakan manusia, Allah jua yang memberi jalan penyelesaian. Islam telah menunjukkan jalan tarbiyyah dan hukuman. Amar Ma'ruf Nahi mungkar, dua perkara yang tak dapat dipisahkan.
Didikan Islam perlu diberi sejak kecil, namun perlu hukuman bila sampai tempoh waktunya. Telah menjadi lumrah segelintir manusia, nasihat hanya menjadi tahi telinga jika selalu didendangkan, disini perlu adanya hukuman.
Kita akui hukuman yang ada di Negeri Tanah Melayu tiada satupun yang mematuhi hukum hudud. Namun konsep sebatan adalah yang paling hampir kepada hudud itu sendiri. Sebat di dalam Islam tidak sama dengan sebat hukum sivil. Sebat Hukum Sivil, tujuan menyakitkan, mendatangkan kesan parut dan menganiaya pesalah. Sebat dalam Islam hanya sebagai pengajaran dan ingatan. Berbeza dan betapa indahnya Islam. Jadi tidak timbul masalah tukang sebat, tak ikut Islam. Sekurang - kurangnya Enakmen Syariah Pahang dan Hakim cuba menonjolkan keindahan Islam itu sendiri.
Tidak perlu berbohong kata tiada Tukang Sebat yang mahir, Tukang Sebat Sivil lebih zalim dan perlukan kemahiran khusus pun dapat dilatih, apatah sangat sebat secara Islam. Lebih mudah lagi.
Untuk Mufti dan Kadhi yang suka mengelirukan orang lain, rasanya tiada nasihat yang lebih baik melainkan meletakkan jawatan dan bertaubat kepada Allah. Anda ditugaskan untuk memahamkan umat Islam dengan agama Allah, tetapi hanya berfungsi mengelirukan umat Islam awam agar terus terkeliru. Sepatutnya inilah ruang menerangkan keindahan dan kebaikan Islam. Ingatlah gaji yang dibayar adalah haram jika gagal menunaikan amanah.
Di akhir zaman ini, tidak mustahil jika Mufti dan Ustaz lebih sanggup bersekongkol menjadi juak Munafik. Ganjaran dunia yang diperolehi mungkin besar tetapi tiada nilai disisi Allah. Moga Allah menginsafkan dan memberi pengajaran kepada mereka. Taat kepada ahli maksiat adalah jauh beza dengan taat kepada Allah. Apakah kita lebih takutkan maklhluk dari Maha pencipta. Renungkanlah.
Kekadang kelakuan kerana kejahilan atau kerana takut hilangnya kemewahan yang diberi. Jawapannya ada pada Sang Mufti.
Apakah iman Mufti lebih rendah dari Si Mufti? Mungkin perlu buat undian untuk menentukannya. Jawapan sebenar hanya pada Allah Yang Maha Besar.

Tuesday, August 11, 2009

HASSAN & RONNIE, TAK LAYAK JADI EXCO?

HASSAN & RONNIE, TAK LAYAK JADI EXCO?
Isu Arak di Selangor, Hassan Ali berbebel dengan Ronnie Liu, agenda apa kita pun tak tahu. Adakah Hassan Ali ingin mencari publisiti murahan? Atau Ronnie Liu tak layak dan tak mampu mentadbir?
Arak, isu bukan hanya di Negeri Selangor, bahkan di seluruh Malaysia. Sentimen kebencian umat Islam kepada arak tidak sama sentimen dengan babi. Babi dipandang satu benda yang jijik dan kotor tetapi tidak arak. Biarpun Islam telah mengharamkan arak kepada umat Islam ribuan tahun lalu, namun banyak faktur perlu diteliti kerana budaya barat telah meresapi dan bertampuk dalam pemikiran umat Islam.
Di zaman penjajahan dahulu, arak adalah satu perkara yang norm dalam majlis keraian. Ramai pemimpin khususnya UMNO dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang meneguknya tanpa rasa segan silu. Kononnya atas dasar kemajuan.
Alhamdulillah, kebangkitan Islam di era 70 - 80an telah menggencat sedikit aliran pemikiran tersebut. Arak telah dipandang satu perkara 'berdosa' kepada masyarakat. Walaubagaimanapun masih ada golongan umat Islam sendiri yang mempertahankan budaya Barat yang berdosa ini.
Cara terbaik dalam menangai masalah ini, jelas, kuatkuasakan enakmen Negeri yang ada. Hassan Ali sebagai Exco Agama tak perlu mengugut MB. Beliau hanya perlu kuatkuasakan undang - undang di bawah port folio beliau sahaja. Tangkap pembeli dan peminum arak, bawa ke Mahkamah. Jatuhkan hukuman. Jika ada undang - undang yang boleh mengaitkan penjual, laksanakan denda atau hukuman ke atas penjual. Tak perlu bersidang media dengan media milik UMNO. Tak perlu berdemo dengan Pemuda UMNO. Bagi pembeli/ peminum arak, jika undang - undang yang ada dilaksanakan, nescaya untuk membeli dan meminum secara terbuka, terpaksa berfikir beribu kali. Kepada penjual pula, jika didenda selalu, nescaya tiadalah untung. Mustahil orang berniaga nak rugi.
Ronnie Liu, tidak perlu campurtangan dalam isu seperti ini. Tak perlu nak tunjuk pandai. Tak perlu cari keuntungan politik, kerana pengundi beliau majoritinya Melayu Islam yang tak minum arak. Isu Arak adalah isu umat Islam yang berkaitan dengan agama, jadi tak perlu Ronnie Liu nak bising - bising. Kalau Ronnie Liu nak beli sekontena arak pun, tiada undang - undang untuk beliau. Paling kuat pun kena sakit paru - paru.
Isu ini menunjukkan sikap ahli politik seperti Hassan dan Ronnie yang tak matang. Hanya pandai mencari keuntungan politik untuk agenda masing - masing. Sedangkan Hassan dan Ronnie sepatutnya berkokok tentang Istana Khir Toyo. Itulah lebih besar lagi penyelewengannya. Tak perlu dua - dua Exco bertikam lidah di media UMNO. Selesaikan secara hikmah. Dari mengugut MB tak tentu kala. Mungkinkah cara terbaik, gugurkan dua - dua dari Exco?

Wednesday, August 5, 2009

SELAMATKAN ISLAM @ KERAJAAN PR SELANGOR?

Se - Dua Minggu ini, kita dihujani dengan isu. Pelbagai isu dari masalah dalaman PR, BN dan Isu Demontrasi Jalanan. Mungkin inilah barakah kepimpinan TUK JIB, berjaya mendapat rahmat masalah bertimpa - timpa. Kalau nak menulis isu, rasanya tak sempat nak buat kerja lain. Jadi kenalah kita mengagihkan masa, berdiskusi satu persatu.
Isu yang menarik bagi ku ialah Isu dalaman PR di Selangor. Kisah Ronnie Liu dan tak lupa juga buat Jeff Ooi di Penang, Setiausaha Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Isu antara PAS dan DAP. Berkaitan campurtangan Ronnie Liu, pasal arak. Jika ditanya untuk menyelesaikannya, buang dan pecat sahaja Ronnie Liu. Sebab dia tak faham tentang sensitiviti umat Islam yang menyokong PR. Kalau diua masih nak pertahankan isu arak, dia boleh masuk MCA sebab di sana ramai orang Islam yang sokong arak dijual secara terbuka. Orang Islam yang menyokong PR memang tidak bersetuju sama sekali arak dijual secara terbuka.
DAP kena faham, jangan duduk berangan, boleh menang pilihan raya jika tiada sokongan umat Islam yang sanggup memberi undi kepada mereka. Umat Islam yang baik ini menolak UMNO kerana UMNO tidak mampu membawa aspirasi mereka. Sekiranya DAP tidak sanggup bersetuju atau memahami apa yang diinginkan oleh golongan umat Islam yang baik ini, rasanya DAP tidak layak duduk di dalam Pakatan Rakyat.
Dalam isu ini, Ronnie Liu telah melampaui batas. Sanggup mengeluarkan arahan dan mengganggu PBT melaksanakan tugas mereka, tugas yang sentiasa diinginkan oleh umat Islam yang baik yang menyokong dan memberi undi kepada PR. Ronnie Liu tak layak menjadi Exco. Sebab dia tak mampu melaksanakan tugas dengan baik. Sekiranya dia berhajat untuk mengambil hati kaum Cina sahaja, lebih baik masuk MCA. Teras umat Melayu adalah agama. Banyak adat Melayu yang bertentangan disingkir dan tidak diamalkan. Umat Melayu mungkin berjahat semasa muda, tetapi bila di ambang senja kembali ke agama mereka semula. Jika mati ingin dikuburkan di perkuburan Islam, nazak diakhiri dengan kalimah, dan bacaan Al Quran mengiringi kematiannya. Itulah uniknya umat Melayu Islam. Umat Melayu Islam yang menyokong PR pula lebih lagi kecenderungan mereka kepada agama. Jadi itu adalah teras keyakinan dan kepercayaan mereka.
Malangnya Ronnie Liu memang bodoh dan bebal, kerana tidak mampu memahami. Mungkin ada agenda tersembunyi atau dikawal oleh golongan peniaga? Cara terbaik jangan beri Ronnie Liu kuasa, nescaya dia termangu. Desak MB Selangor gugurkan Ronnie Liu, itu sahaja cara untuk SELAMATKAN KERAJAAN PR DI DISELANGOR. Jangan apabila terhantuk baru nak tergadah.
Jeef Ooi pula memang bodoh dan tidak berpengetahuan, melabelkan JIM sebagai sebuah pertubuhan yang ekstreem. Nampak sangat DAP gagal untuk meletakkan orang berkaliber dan mampu mentadbir rakyat berbilang kaum.
Mungkin ini juga kesan kerana UMNO telah menghina agama mereks sendiri. Akhirnya bukan Islam bersangka buruk kepada agama dan orang Islam yang baik.
Orang Islam yang baik sanggup menolak politik sekiranya agama mereka dirasakan terancam. Jika dirasakan Islam berhadapan masalah di Selangor kerana Si Ronnie, rasanya tidak perlu dipertahankan Kerajaan PR. Selamat Islam adalah lebih penting dari Kerajaan PR.
Kepada pemimpin PR khususnya Saudara Anwar dan Khalid Ibrahim, buatlah sesuatu sebelum terlambat.

Tuesday, August 4, 2009

GUGURKAN RONNIE LIU?

Dengar khabar pergolakkan di Negeri Selangor. Dengar khabar juga Ronnie Liu, banyak mencampuri urusan dan mengganggu pentadbiran Negeri Selangor. Berita terbaru berkaitan arak. Ronnie Liu campurtangan lagi.
Sekiranya benar khabar yang diterima dari laman web.
Apa hebat sangat ke Ronnie Liu ini? Kalau setakat populariti dia, ingat boleh menang pilihanraya. Cara terbaik gugurkan Ronnie Liu dari pentadbiran Selangor. Ini permintaan orang Islam di Selangor. Sebelum PR ditolak, pimpinan kena fikir masak - masak. Jangan sampai jadi barah, lagilah payah.
Pimpinan PR kena tolak Ronnie Liu? Dia tiada kredibiliti nak jadi pimpinan rakyat. Dia layak masuk MCA. Dia tak mampu tadbir rakyat berbilang kaum.
Kesimpulannya pimpinan PR kena buat keputusan yang terbaik sebelum PR ditolak rakyat khususnya orang Islam.