Friday, July 10, 2009

UPSR DAN ASRAMA PENUH

Hari ini aku tak nak bercoret tentang politik. Mungkin hari tanpa politik. Bangun pagi fikir politik, Tengahari fikir politik, malam fikir politik. Hanya untuk hari ini, BEBAS POLITIK.
Hari ini hari Sabtu, budak sekolah cuti. Tetapi budak Darjah 6, kena sekolah. Kasihan aku tengok. Bukan sekadar hari ini, cuti mereka terpaksa dikorbankan. Sebenarnya sejak berminggu - minggu sebelum ini lagi. Kasihan budak Darjah 6.
Penting sangat ke UPSR? Gelap ke masa depan anak - anak kalau tak dapat 5A? Itulah persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran. Mengapa? Mengapa dan Mengapa?
Rumusannya, ini dunia materialistik dan fantasi. Fantasi dan angan - angan ibubapa serta guru. Ibubapa berangan kerana dulu tak pernah masuk asrama penuh, jadi dikorbankan anak - anak. Dipaksa bagai nak rak untuk mendapatkan 5A. Sekolah, Tuisyen, Kelas Tambahan dan pelbagai program entah apa - apa lagi. Konon nak bagi cemerlang, gemilang dan terbilang. Tetapi kita lupa, Kita telah menzalimi anak - anak kita. Dipaksa dan ditekan sehingga kekadang melampaui kemampuan mereka. Anak - anak makin tertekan.
Jarang ibubapa yang menekankan tentang akhlak anak - anak. Bagi seorang Muslim, adakah anak sudah hadam Fardu Ain dan Fardu Kifayah? Bagaimana dengan sembahyang, puasa mereka? Ada ibubapa berfikir, itu bukannya boleh makan minum? Betul tak boleh makan minum, tetapi penting untuk hidup yang lebih berakhlak, dan mencari makan minum dengan cara yang betul, bukan hentam sondol saje.
Di dalam menjayakan Program Rosakkan Anak Anak ini, guru - guru juga memainkan peranan yang agak penting. Tetapi keterlibatan guru ini lebih berpaksikan gaji dan pangkat. Biasalah bila makan gaji tertakluk kepada bos iaitu sang Guru Besar. Kalau Guru Besar berangan nak dapat JUSA alamatnya sakitlah anak buah. Habis dikerahnya, UPSR dah jadi sama penting dengan periksa di Universiti. Bial sekolah berjaya dapat 5A, ada peluang jadi Guru Besar terbaik, tersohor, dan ter...ter... entah apa - apa lagi. Guru bukannya mendidik, tetapi hanya mengajar. Yang rajin dan berminat nak merosakkan anak murid pula, akan membuat kelas - kelas tambahan wajib berbayar. Ini lagi hebat. Jadi tak hairanlah Cikgu - Cikgi sekarang boleh bawa kereta mewah hasil titik leleh tuisyen sahaja. Ajar anak murid kejar harta, moga lebih cepat punah.
Yang jadi mangsa adalah anak - anak. Ada juga yang berjaya sebab mereka memang pandai. Tetapi lebih ramai yang gagal dan tidak berjaya. Yang berjaya terus kena belajar, masuk asrama. Belajar segala - galanya di dalamnya. dari rokok hingga wanita. Silap - silap minat sesama sejenis.
Sebenarnya rezeki Allah dah tentukan. Kita kena pandai melihat bakat dan kepandaian anak - anak. Tidak semua anak - anak akan berjaya dalam pendidikan akademik. Ada yang lebih kepada kemahiran. Akhirnya bila berada di dunia pekerjaan, semuanya sama. semuanya perlu menyumbang. Ada kalanya yang di dalam bidang kemahiran lebih tinggi pendapatan dan lebih mudah mencari rezeki dari yang duk keluar Universiti.
JANGAN ROSAKKAN ANAK DEMI IMPIAN IBUBAPA DAN MATLAMAT GURU.

CINA ISLAM (林川興): Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

CINA ISLAM (林川興): Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

Thursday, July 9, 2009

MANEK URAI: ISU DURIAN DAN MINYAK

Ada orang panggil dia Mat Sembab (cukup celupar). Namun dia dah jadi orang besar. Orang penting, katanya VVIP. Post no. 2 dalam Negara.
Sekarang ini kalau ada pilihan raya, dia akan ke depan, membawa panji perang macam cerita pahlawan dulu kala.
Manek Urai, pilihan raya tak dijangka, langkah pertama menjadi Jenderal Perang. Semalam slogan dia berkumandang seantero Malaya. Manek Urai akan dijadikan anak emas Kerajaan Pusat jika menang parti Keris Tak Bersarung.
Kah! kah! kah! Kenapa pula Manek Urai kena jadi anak emas? Tak cukupkah anak yang Parti Keris Tak Bersarung ini ada. Anak - anak yang ada pun tak cukup makan. Tak payahlah nak tambah anak lagi. Apakah maju sangat negeri yang diperintah dan ditadbir oleh Parti Keris ini. Banyak Negeri dilihat lebih daif dari Negeri diperintah oleh Parti Bulan (Sabit dan Penuh). Rakyat di Negeri sendiri pun masih bodoh dan ketinggalan. Jadi mengapa nak ambil anak emas dari Parti Bulan Penuh. Lebih baik tumpukan kepada anak - anak yang ada. Beri bantuan pendidikan, perniagaan, peluang kehidupan. Biarlah Parti Bulan menjaga anak - anak mereka.
Media Parti Keris cerita, masalah pekebun kecil di Manek Urai, tak dapat jual durian jika banyak. Harga cukup murah. Tak ada pembeli. Masalah ini bukan sahaja di Manek Urai. Nampak sangat nak tunjuk konon, tempat Parti Bulan nak jual buah durian pun tak boleh. Habis selama ini buah durian itu buat apa? Melainkan ini baru kali pertama berbuah. Rasanya Mat Sembab lebih baik fikir macamana nak bantu petani nak jual durian di Negeri yang diperintah Parti Keris Tak Bersarung. Mungkin Mat Sembab tak tahu sebab selama ini asyik makan free sahaja. Harga durian kampung memang tiada harga sekarang ini. Dulu memanglah ada harga, tetapi sekarang durian kampung dah digantikan oleh durian klon. Harga kira longgok je lah. Sepatutnya Mat Sembab kena fikirkan nak buat apa dengan durian. Semua orang tahu, jika tiada industri hiliran, tak akan ke mana buah - buahan di Malaysia.
Masalah ini bukan hanya di Manek Urai. Bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, beli buah durian. Itu tanggungjawab badan Kerajaan yang diterajui oleh Kerajaan Pusat seperti FAMA. Jadi kuasa ada pada siapa?
Niat nak burukkan Kerajaan Kelantan, rupa - rupanya hanya membuka pekung di dada.
Mat Sembab tak pandai bawa isu. Bawa isu durian yang menjerat diri sendiri. Mungkin sebab nak konar dari isu royalti. Atau terlebih makan durian free, tu sebab jadi Sembab.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan

Semalam inilah berita yang agak menggembirakan daku bila mendengarnya. Bukan gembira kerana kemenangan, tetapi gembira Kerajaan mengakui kesilapannya. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan. Selain dari Indonesia, mana ada Negara yang memartabatkan Bahasa Melayu. Jika Kerajaan sendiri menolak Bahasa Ibunda, pakah kita kena berharap pada Siam, Filipina, Kemboja, Viertnam atau singapura untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Kemenangan kepada rakyat tanpa mengira bangsa.
Tentang kosnya PPSMI dengar khabarnya telah berbillion ringgit dihabiskan. Berapa kos yang sebenar hanya Kerajaan yang lebih mengetahui.
Dengar khabar juga, TPM kena menerangkan isu dan mohon restu dari Mantan Mamak Bendahara yang lalu. Entahlah, tetapi dengar - dengar dari mulut TPM sendiri. Apa gerangannya tiadalah patik ketahui. Kalau sampai tahap itu, kuasa besar sangatlah Mantan Mamak Bendahara itu. Tak akan lah kita tak mampu berfikir mana yang baik mana yang buruk. Sampai kena mohon perkenan. Apa, Negara ini mantan Mamak itu punya ka?
Moga selepas ini tiada lagi dalang pengkhianat bangsa, yang berfikir hanya untuk memusnahkan bangsa secara perlahan - lahan.

Thursday, July 2, 2009

DAP KEDAH MEMANG BANGANG!

Tup - tup, dalam keadaan damai dan tak damai, dalam dunia kecoh pasal H1N1 berkaitan sejenis selsema disebabkan seekor binatang yang dinamakan babi, tetiba di Kedah kecuh juga pasal Babi. Disebabkan babi, DAP Kedah membuat keputusan keluar Pakatan Rakyat.
Dengar khabar tak puas hati kerana Pusat Sembelihan Babi Haram (Tak berlesen) dirobohkan. Dengar khabar juga dah 30 tahun beroperasi tanpa lesen. Start dari Kerajaan UMNO lagi la. Bila sebut Pusat Sembelihan Babi ini faham - faham sahaja la, rasanya boleh bayangkan kekotoran dengan bau busuknya. Jika lalu boleh sebulan hilang selera.
Yang hairannya, ngapa dalam 30 tahun tanpa lesen, tanpa kebersihan, UMNO boleh buat dek sahaja. Mungkin tokey babi bagi sumbangan kot?
Apa punya cerita ini? Apasal bangang sangat DAP Kedah ini? Atau sekadar nak lonjakkan isu sebab dah kurang populariti? Untuk DAP Kedah kalau nak cari populariti carilah cara lain, bukannya menyokong pihak yang tidak berlesen atau melanggar undang - undang Negara.
Pakatan Rakyat bukan ditubuhkan untuk melanggar Undang - undang Negara. PR ditubuhkan untuk semua kaum, konsep keadilan untuk semua dan penentangan kepada kezaliman dan rasuah. Berbalik kepada masalah babi ini, memang hak orang lain selain Islam untuk makan, bela mahupun sembelih babi. Tetapi dalam masa yang sama mesti menjaga hak orang lain. Semua sudah maklum sejak 1500 tahun dahulu, orang Islam tak makan babi. DAP Kedah pun tahu orang Islam tak makan dan tak sentuh babi. DAP Kedah tahu orang Islam cukup sensitif dengan babi. Sepatutnya dalam kes seperti ini, DAP Kedah patut menyokong dan memberi alternatif bukannya buat huru - hara. Mungkin sebab takut hilang undi kaum Cina. Kalau begini cara DAP Kedah berfikir dan bertindak, rasanya lebih jauh bijak lagi MCA. Ini bukan zaman politik perkauman tetapi berdasarkan fakta dan hujah yang tepat.
PAS bukannya UMNO, boleh gadaikan maruah Islam. Mungkin UMNO tak kisah biarpun Pusat Sembelihan tersebut tiada lesen, kotor dan tahap kekotoran tahap gaban lagi. Tetapi tidak bagi PAS atau PR. PAS pun tidak halan kaum lain makan babi. PAS pun bukannya tak bagi buat Pusat Sembelihan Babi. DAP Kedah kena mengajar tokey - tokey babi ini fikirkan orang lain biarpun mereka gemar makan babi berkilo - kilo. Tokey babi kena hormat dan tahu perasaan orang lain. Satu dunia tahu babi ini lebih banyak bawa penyakit, biarpun orang yang tak terlibat boleh terkena pelbagai penyakit dari babi.
Isu babi diambil kesempatan oleh UMNO. Di sini boleh tengok kejujuran UMNO. Jika benar UMNO ingin perpaduan, ada ke patut mengambil kesempatan di atas perobohan Pusat Sembelihan Babi Tak Berlesen. Perobohan kepada kebaikan semua.
Harap - harap lepas ini penyakit bangang DAP Kedah tak berjangkit ke DAP Pusat sudah la.

Wednesday, July 1, 2009

MINYAK KELANTAN, Siapa yang berhak?

Macam biasa, bila ada pilihanraya, pasti ada isu. Kebiasaannya isu setempat yang menarik perhatian. Begitu juga di Manek Urai, Kelantan? Tanggal 14hb sebagai tarikh keramat. Parti - parti berusaha memenangkan calun masing - masing. Isu mesti panas dan meletup.
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berhujah dan memberi pandangan, tentang minyak di Kelantan. Rasanya bukan minyak, tetapi gas asli. Boleh disimpulkan, kata Kerajaan Pusat kawasan gas asli berada di perairan bertindih. Sementara, Kerajaan Kelantan kata, jarak yang dekat. Walaubagaimanapun, Kerajaan Pusat tetap mendapat hasil dari gas asli tersebut.
Apalah salahnya diberi royalti sedikit kepada Kelantan? Kerajaan Pusat tetap tidak rugi. Berilah peluang kepada Kerajaan Kelantan mentadbir sendiri duit tersebut. Walaupun royalti bukannya hak mutlak negeri, tetapi sedikit imbuhan perlu diberikan kerana kawasan carigali berdekatan dengan Kelantan. Secara tidak langsung akan menjana ekonomi setempat, khususnya di Negeri Kelantan.
Biarpun hujah Kerajaan Pusat, Kelantan mendapat peruntukkan terbesar RM7.6 billion. Data negeri lain tak sempat disemak. Kalau tak silap Melaka dapat hanya 4.2 billion sahaja. Seperti sedia maklum, duit peruntukkan Kerajaan Pusat tidak melalui Kerajaan Negeri. Jadi Kerajaan Negeri hanya mempu melihat tetapi tidak mampu mengurus. Kesimpulannya, Rakyat dapat manfaat, tetapi Kerajaan Negeri tak dapat nama.
Selama ini Kerajaan Pusat kata Kelantan negeri miskin, jadi beri mereka peluang mentadbir untuk membuktikan kemampuan.
Saya yakin dengan kepimpinan yang jujur, amanah dan mementingkan rakyat, wang tersebut tidak diselewengkan. Banyak kebajikan untuk rakyat Kelantan dapat diperuntukkan. Bukan sahaja Rakyat Kelantan tetapi rakyat Malaysia khususnya. Peluang pekerjaan di Negeri Kelantan akan bertambah. Sesiapa sahaja boleh ke sana untuk mencari rezeki. Kelantan akan menjadi tempat tumpuan industri gas di Malaysia. Mungkin Kerajaan Kelantan kena bersikap terbuka, berkaitan dengan dasar perumahan dan perniagaan untuk bukan orang Kelantan. Jika tidak hanya berselindung disebalik nama Islam sahaja. Mungkin inilah masanya Kerajaan Kelantan dapat membuktikan kepimpinan yang terbaik dan teratur.
Mungkin selepas ini wajah Kelantan khususnya kawasan daratan gas asli akan berubah. Sama - samalah kita menyokong, kembalikan royalti di Kelantan.
* Kerajaan Kelantan - PAS
* Kerajaan PUSAT - UMNO