Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

TAHNIAH, KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA

Setelah bergomo beberapa puluh tahun, Kelantan berjaya juga meraih Piala Malaysia, piala nombor wahid bolasepak di Malaysia. Tahniah buat pemain dan pegawai pasukan bolasepak Kelantan.
Di dalam kegembiraan meraikan kemenangan ini kita berdoa tiadalah penyokong Kelantan yang akan bergomo di luar stadium pula. Dan lebih kita takuti dan mohon dijauhkan, semasa perjalanan pulang ini, ada pula penyokong yang bergomo dengan bas ataupun lori atau kereta di jalan - jalan raya pula.
Kepada para penyokong, ingatlah tiada ganjaran melainkan berhabis duit untuk datang ke Stadium. Sedangkan pemain dan pegawai mendapat ganjaran yang sepatutnya. Jadi, janganlah diulangi kebodohan yang selalu dilakukan.
Kepada para pemain NS, jangan kecewa kerana anda tetap mendapat gaji dan elaun seperti biasa. Kepada penyokong NS, jangan terlalu kecewa kerana nasib anda sebenarnya sama seperti penyokong Kelantan, tetap berhabis duit sendiri dan tidak dibenarkan 'claim' dari Persatuan Bolasepak Negeri.
Dan ingatlah bolasepak hanya permainan ciptaan Barat untuk menghuru - harakan umat Islam. Sekiranya ada golongan ustaz yang terlalu fanatik bolasepak, kita reject dan jangan ikut mereka. Sebab mereka hanya agen - agen Yahudi.

Monday, November 23, 2009

TERSERLAH KEPIMPINAN TUK GURU

Tertengok Berita TV3, niat dihati nak tengok berkenaan banjir, tetapi terpanjang ke cerita Tuk Guru. Rasanya tak perlulah dipanjangkan apa yang tertengok kerana ramai yang telah terlihat.
Cuma apa yang aku boleh katakan aku kagum dengan Nik Aziz. Masalah Arif Fahmi buat atau tidak, itu bukan persoalannya. Cuma jika boleh timbul perkara fitnah (ikut istilah kitab) atau persepsi (istilah moden) rasanya ArifFahmi perlu berundur. Jika perkara ini perkara terjadi di Negeri diperintah oleh kononnya Parti Bersatu, nescaya, akan disorok dibawah tikar (kata orang kampung aku, dibela habis - habisan dan buat bodoh pandangan masyarakat.
Tetapi Tuk Guru mengambil pendekatan menasihati menantunya letak jawatan.
Tahniah Tuk Guru, kawan yakin keputusan Tuk Guru akan disanjung dan dihargai oleh rakyat Kelantan dan Malaysia.
Semoga Allah terus memberi pertunjuk kepada Tuk Guru. Insya'allah.

Friday, November 6, 2009

KEMELUT BOLA? KEMELUT AGAMA?

Lama tak menulis. Tak sempat, nak buka internet pun kekadang tak sempat. Faham aje la, soru perlu dicari.
Besuk Sabtu malam Ahad, bolasepak akhir Kelantan vs NS. Rasanya tak perlulah nak komen. Sebab bagiku bola bukanlah segala - galanya. Dapat pahala ke tak, itu aku tak tahu. Haram atau Halal bukan kerja aku. Siapa nak main, siapa masuk final, bagiku itu hanya hiburan semata - mata. Sebabnya aku tahu, orang tengok bola, ramai tak sembahyang. Ramai buang masa. Rasanya tak ada lagi orang berzikir dalam stadium tengok bola. Biarpun PAS mahupun UMNO, sama sahaja bila dalam stadium. Kalau Kelantan menang bola tak bermakna Islam menang, Kalau NS menag, tak bermakna UMNO menang.
Cuma aku tengok kekadang orang UMNO, PAS dan Keadilan boleh bersatu kerana bola. Nampak gayanya Bolasepak lebih utama dari Quran dan Islam.
Cuma doakan agar tidak terjadi pergaduhan dan perkelahian. Malu je nanti. Cukuplah untuk bola, bukannya tajuk utama.
Kes Dr. Asri, lebih menarik perhatian. Tup - tup, Dr Asri kena tangkap bagi ceramah tak tauliah kat Selangor. Tercengang! Sebab Selangor Negeri Pakatan Rakyat. Tanya MB Selangor, diapun tak tahu apa - apa. Hasan Ali tak tahulah, tapi komen dia, nampak gaya main selamat. Yang lebih - lebihnya Tuk Jib, cepat - cepat pertahankan Dr Asri dan terus salahkan Kerajaan Negeri. Cepat benar Tuk Jib buat keputusan. Nampak sangat gaya politik sekolah rendah. Strategik mudah dibaca.
Sejak bila Tuk Jib tulang belakang mempertahankan ulama'. Tetapi bab Dr Asri ini dia ke depan. Patutnya Tuk Jib bagilah juak - juak bagi komen. Jangan cepat sangat, jalan cerita orang dah tahu.
Aku tak sokong Dr Asri mahupun JAIS. Sebab aku tahu JAIS ini masih boleh digunakan oleh orang tertentu. JAIS bukannya terletak bawah Kerajaan Negeri. Dia bawah Majlis Agama dan Adat Resam Selangor. Jadi pefaham ajelah, bila majlis bawah siapa? Takkan dia nak dengar cakap MB atau Exco Kerajaan Negeri.
Peristiwa ini aku lihat akan muncul peristiwa yang besar lagi. Mungkin ini titik mulanya. Ini bukannya masalah Asri ada tauliah atau tidak. Asri cuma mangsa atau pelakun, itu aku tak tahu.
Aku cukup berpegang kepada kata Tuk Nenek Moyang aku, Kill two birds with one stone.
Yang disalahkan Kerajaan Negeri atau JAIS, yang kena Asri yang mewakili geng Wahabi, tetapi yang menangnya siapa? Jadi fikirlah dengan pedoman mata hati.
Dalam UMNO ada Wahabi yang sama dengan Dr Asri. Sampai ada yang jadi MB, ada yang jadi Menteri. Tetapi puak ini sangka dia menang, sangka dapat memperkembangkan pemikiran Wahabi, sebenarnya ia sedang dimainkan. Dah pasti musuh geng Wahhabi, geng yang baca Yassin, geng yang baca Qunut, baca Talkin, sebab ini keutamaan Wahhabi amalan yang perlu dihapuskan.
Pertelingkahan ini bukannya baru, di Malaysia, kalau tak silap sejak awal abad 20 lagi. Tetapi geng Wahhabi terlupa, dia ada musuh yang lebih besar sebenarnya. Yang hairannya kenapa musuh ini beria - ia mempertahankan Dr Asri atas Kebebasan Bersuara. Dan lebih malang lagi umat Islam sendiri hanya nampak Dr Asri dan JAIS sahaja. Tetapi tak nampak yang lain. Yang lebih malang lagi orang yang bergiat dalam politik, yang bercita - cita nak jadi Menteri pun tak faham, hanya tahu nak ambil keuntungan politik sahaja. Lemah sangat kepala otak ahli politik Islam berfikir, dari BN mahupun PR. Itulah bila hati ditutup dengan kelazatan dan kerakusan dunia. Inilah jadinya.
Doaku moga Allah melindungi dan menampakkan kepada mereka yang buta mata hati ini. Mungkin sebab Songkok yang terlalu tinggi atau Ikatan serban yang menjerut kepala.

Wednesday, July 1, 2009

MINYAK KELANTAN, Siapa yang berhak?

Macam biasa, bila ada pilihanraya, pasti ada isu. Kebiasaannya isu setempat yang menarik perhatian. Begitu juga di Manek Urai, Kelantan? Tanggal 14hb sebagai tarikh keramat. Parti - parti berusaha memenangkan calun masing - masing. Isu mesti panas dan meletup.
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berhujah dan memberi pandangan, tentang minyak di Kelantan. Rasanya bukan minyak, tetapi gas asli. Boleh disimpulkan, kata Kerajaan Pusat kawasan gas asli berada di perairan bertindih. Sementara, Kerajaan Kelantan kata, jarak yang dekat. Walaubagaimanapun, Kerajaan Pusat tetap mendapat hasil dari gas asli tersebut.
Apalah salahnya diberi royalti sedikit kepada Kelantan? Kerajaan Pusat tetap tidak rugi. Berilah peluang kepada Kerajaan Kelantan mentadbir sendiri duit tersebut. Walaupun royalti bukannya hak mutlak negeri, tetapi sedikit imbuhan perlu diberikan kerana kawasan carigali berdekatan dengan Kelantan. Secara tidak langsung akan menjana ekonomi setempat, khususnya di Negeri Kelantan.
Biarpun hujah Kerajaan Pusat, Kelantan mendapat peruntukkan terbesar RM7.6 billion. Data negeri lain tak sempat disemak. Kalau tak silap Melaka dapat hanya 4.2 billion sahaja. Seperti sedia maklum, duit peruntukkan Kerajaan Pusat tidak melalui Kerajaan Negeri. Jadi Kerajaan Negeri hanya mempu melihat tetapi tidak mampu mengurus. Kesimpulannya, Rakyat dapat manfaat, tetapi Kerajaan Negeri tak dapat nama.
Selama ini Kerajaan Pusat kata Kelantan negeri miskin, jadi beri mereka peluang mentadbir untuk membuktikan kemampuan.
Saya yakin dengan kepimpinan yang jujur, amanah dan mementingkan rakyat, wang tersebut tidak diselewengkan. Banyak kebajikan untuk rakyat Kelantan dapat diperuntukkan. Bukan sahaja Rakyat Kelantan tetapi rakyat Malaysia khususnya. Peluang pekerjaan di Negeri Kelantan akan bertambah. Sesiapa sahaja boleh ke sana untuk mencari rezeki. Kelantan akan menjadi tempat tumpuan industri gas di Malaysia. Mungkin Kerajaan Kelantan kena bersikap terbuka, berkaitan dengan dasar perumahan dan perniagaan untuk bukan orang Kelantan. Jika tidak hanya berselindung disebalik nama Islam sahaja. Mungkin inilah masanya Kerajaan Kelantan dapat membuktikan kepimpinan yang terbaik dan teratur.
Mungkin selepas ini wajah Kelantan khususnya kawasan daratan gas asli akan berubah. Sama - samalah kita menyokong, kembalikan royalti di Kelantan.
* Kerajaan Kelantan - PAS
* Kerajaan PUSAT - UMNO

Saturday, April 25, 2009

BOLASEPAK OH BOLASEPAK

Hari ini bercerita pasal bolasepak. Mungkin lebih seronok. Dulu saya pernah main bola. Tak sempat la sampai jadi pemain Profesional. Cuma main untuk liga - liga daerah. Macam biasa bila main bola, pakai seluar pendek (hukum syafie kata aurat), kekadang bergaduh bukan sahaja pemain tetapi penyokong pun sama. Bila tengok perlawanan antara Negeri, pasti ada penyokong bergaduh, paling kurang pancitkan tayar bas. Kata - mengata atas nama sokongan biasa aje la. Semangat Asobiyyah dihidupkan. Bagi yang tak tahan mudah naik angin. Itu jadi punca pergaduhan. Biasanya yang bergaduh ini remaja - remaja berusia 20 tahun ke bawah. Bukan ada kerja tetap, kebanyakannya penganggur atau pekerja kuli orang. Mungkin sebab IQ rendah, tak ada apa nak buat, jadi mengisi masa lapang. Itulah bolasepak, bola satu kejar ramai - ramai, tendang - tendang dapatkan gol. Bila gol kita sambut macam orang kafir, hingga lupa Allah. Biasa lah bolasepak sukan ciptaan orang kapir. Kalau tak percaya, cuba fikirkan kenapa syarikat Yahudi sanggup taja berbillion ringgit, Mengapa?
Dulu tak ramai ustaz minat bolasepak. Kalau main pun sekadar petang - petang untuk riadah sahaja. Keluarkan peluh, jaga kesihatan.
Bila dah besar, tengok rupanya ada yang kaya sebab bolasepak. Pemain ternama dapa gaji lumayan. Yang lebih kaya lagi broker judi. Setiap perlawanan ada broker, rupanya bolasepak pun memang permainan yang dikaitkan dengan judi. EPL lagi besar judi. Piala Dunia lagi kuat judi. Macam biasa orang Islam kena tipu. Itulah bolasepak cipataan si kafir, jadikan satu industri.
Sekarang dah ramai ustaz tengok bola, lebih - lebih lagi kalau pasukan kesayangan pasukan yang kuat dan masuk final. Maka ustaz pun bersembang pasal bola. Ada yang pergi stadium bila pasukan kesayangan masuk final. Fatwa dahulu berkaitan laro pun ditukar ke Riadah. Hairan bin Ajaib, mudahnya fatwa berubah. Mungkin ustaz sekarang lebih asobiyyah ke, tak tau la.
Jangan kerana bolasepak, kita berubah. Jangan kerana pasukan kita sokong masuk final fatwa berubah. Sebab bolasepak tetap bolasepak, hanya hiburan. Tak ramai pemain solat lima waktu bila bertembung waktu. Penyokong apatah lagi, banyak yang tinggal waktu sembahyang. Banyak yang jahil dari berilmu. Banyak mudarat dari kebaikan. Itulah bolasepak. Tak salah untuk beriadah, kalau sampai terbawa - bawa sampai ke mengaitkan politik dan hukum agama rasanya kena nilai semula.
Harap ustaz - ustaz dapat betulkan semula. Jangan bolasepak kita letakkan segala - galanya. Banyak yang kena muhassabah.
Akhir kata, Tahniah untuk pasukan Selangor kerana menang piala FA. Untuk pasukan Kelantan usaha lagi. Mungkin tidak untuk tahun ini, tahun hadapan sedang menanti.
Sekadar suka - suka. BOLA OH BOLA.