Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

PAS MENANG DI MANEK URAI, UMNO SEDIAKAN ALASAN

Kesibukkan mencari rezeki menyebabkan aku ketinggalan. Semasa pengisytiharan kemenangan PAS di Manek Urai, aku masih di lebuh raya mencari jalan pulang. Bukan untuk mencari kekayaan tetapi sekadar rezeki untuk hidup, menampung keluarga. Tidak seperti sebahagian ahli politik, ada yang berlipat - lipat ganda tabungan di bank. Ada juga yang mengharap belas kasihan dari orang lain.
PAS Menang di Manek Urai dengan majoriti 65 orang. Cukup tipis, tetapi tetap menang. Seorang tuk peraih (dakwaan Parti Keris Tak Bersarung) akan rasmi menjadi ahli politik dan mmemperjuangkan nasib rakyat Manek Urai. Akan bergelumang dengan ragam penduduk setempat. Tak kira dari Parti lawan mahupun parti sendiri. Atau dari pengundi atas pagar. Jika berjiwa rakyat, akan bergelumang dengan masalah. Jika tidak boleh berpura - pura buat kerja, cakap kena banyak (orang politik), bila sampai masa jumpa pilihanraya sekali lagi. Kalau kalah pilihanraya menang lagi, teruskan kerja macam biasa, kalau kalah dapat pencen.
Bagi ahli Parti Keris, pelbagai alasan dan dakwaan boleh dikemukakan. Mungkin gembira kerana majoriti dapat dikurangkan ataupun merasakan telah diterima oleh penduduk Manek Urai. Tetapi yang jelasnya, tetap kalah. Yang nyatanya Ketua Bahagian tidak terjejas. Peruntukkan dan projek tetap macam biasa. Tempias terasa hingga ke ahli Parti yang bersaing siang malam dengan orang atas.
Itulah ragam politik. Semua ada agenda. Ada untuk perjuangan. Ada untuk parti. Ada untuk diri sendiri. Yang nyatanya, semua ada kepentingan untuk diri sendiri. Mungkin kalau dikurangkan gaji Tok Wakil kepada RM1000.00/ bulan bersih, barulah rasanya akan kurang orang berminat nak jadi Wakil Rakyat atau nak jadi pemimpin. Atau kesalahan pemimpin perlu dihukum berat dibandingkan dengan rakyat biasa.
Musim bulan madu penduduk Manek Urai telah tamat. Tiada lagi orang berpusu - pusu. Tiada lagi orang cari rumah sewa. Rezeki dah balik kepada biasa. Orang Manek Urai boleh teruskan kehidupan untuk mencari sesuap nasi. Cuma sudah pasti ada jamuan kemenangan dan perpisahan. Maka adalah peluang dapat makan free. Itulah rezeki bila ada pilihanraya.

Thursday, July 9, 2009

MANEK URAI: ISU DURIAN DAN MINYAK

Ada orang panggil dia Mat Sembab (cukup celupar). Namun dia dah jadi orang besar. Orang penting, katanya VVIP. Post no. 2 dalam Negara.
Sekarang ini kalau ada pilihan raya, dia akan ke depan, membawa panji perang macam cerita pahlawan dulu kala.
Manek Urai, pilihan raya tak dijangka, langkah pertama menjadi Jenderal Perang. Semalam slogan dia berkumandang seantero Malaya. Manek Urai akan dijadikan anak emas Kerajaan Pusat jika menang parti Keris Tak Bersarung.
Kah! kah! kah! Kenapa pula Manek Urai kena jadi anak emas? Tak cukupkah anak yang Parti Keris Tak Bersarung ini ada. Anak - anak yang ada pun tak cukup makan. Tak payahlah nak tambah anak lagi. Apakah maju sangat negeri yang diperintah dan ditadbir oleh Parti Keris ini. Banyak Negeri dilihat lebih daif dari Negeri diperintah oleh Parti Bulan (Sabit dan Penuh). Rakyat di Negeri sendiri pun masih bodoh dan ketinggalan. Jadi mengapa nak ambil anak emas dari Parti Bulan Penuh. Lebih baik tumpukan kepada anak - anak yang ada. Beri bantuan pendidikan, perniagaan, peluang kehidupan. Biarlah Parti Bulan menjaga anak - anak mereka.
Media Parti Keris cerita, masalah pekebun kecil di Manek Urai, tak dapat jual durian jika banyak. Harga cukup murah. Tak ada pembeli. Masalah ini bukan sahaja di Manek Urai. Nampak sangat nak tunjuk konon, tempat Parti Bulan nak jual buah durian pun tak boleh. Habis selama ini buah durian itu buat apa? Melainkan ini baru kali pertama berbuah. Rasanya Mat Sembab lebih baik fikir macamana nak bantu petani nak jual durian di Negeri yang diperintah Parti Keris Tak Bersarung. Mungkin Mat Sembab tak tahu sebab selama ini asyik makan free sahaja. Harga durian kampung memang tiada harga sekarang ini. Dulu memanglah ada harga, tetapi sekarang durian kampung dah digantikan oleh durian klon. Harga kira longgok je lah. Sepatutnya Mat Sembab kena fikirkan nak buat apa dengan durian. Semua orang tahu, jika tiada industri hiliran, tak akan ke mana buah - buahan di Malaysia.
Masalah ini bukan hanya di Manek Urai. Bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, beli buah durian. Itu tanggungjawab badan Kerajaan yang diterajui oleh Kerajaan Pusat seperti FAMA. Jadi kuasa ada pada siapa?
Niat nak burukkan Kerajaan Kelantan, rupa - rupanya hanya membuka pekung di dada.
Mat Sembab tak pandai bawa isu. Bawa isu durian yang menjerat diri sendiri. Mungkin sebab nak konar dari isu royalti. Atau terlebih makan durian free, tu sebab jadi Sembab.

Monday, June 29, 2009

MANEK URA; PAS vs UMNO?

Tanggal 14hb Julai 2009, Manek Urai akan menyaksikan pemilihan dan sudahpastinya dapat YB baru. Hanya 2 parti, samada PAS atau UMNO. Penentuan akan diundi oleh penduduk Manek Urai yang berusia 21 tahun dan ke atas. Dan tidak lupa juga kepada beberapa kerat pengundi hantu, mungkin di bawa masuk dari Kemboja, Siam, dan entah dari mana - mana lagi.
Manek Urai kan didendangkan dengan pelbagai isu samada dari PAS atau UMNO. Rasa - rasanya dalam pilihanraya kali ini, UMNO kena banyak bertahan dan PAS akan menyerang. Banyak persoalan tergantung dan tidak selesai samada di peringkat Nasional dan Negeri. Bagi Kerajaan Negeri yang selama ini diperintah oleh PAS, mungkin agak mudah memberi penerangan dan ruang yang ada memberikan persaingan yang hebat. Isu utama pastinya isu setempat, isu royalti Minyak Kelantan. Isu bahasa, PPSMI dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebaik - baiknya.
UMNO pula tidak akan menyerah kalah mudah kerana secara tidak langsung, keputusan ini menggambarkan sokongan Melayu kepadanya. Mungkin kalau kalah, alasan Melayu Kelantan dijadikan alasan. Biarpun Melayu Kelantan atau Melayu mana sekalipun, tetap sama. Sama makan nasi, Sama dalam mencari kehidupan, sama dalam beragama, sama inginkan kebahagiaan dan kesenangan, sama nak sihat, sama nak cari perlindungan, sama nak pemimpin yang berjurus, sama nak kebaikan, sama sebab semuanya dari keturunan Adam. Hanya ciptaan UMNO kerana ketewasannya di Kelantan. Itulah politik pecah dan perintah. Bila dipecahkan pasti tidak bersatu. Bangsa tidak bersatu, mudah diperintah. Konon digambarkan Melayu Kelantan berbeza hanya mainan UMNO sahaja.
UMNO nak menang agak payah, kata kata TUK JIB sendiri. Tapi bagi saya tak payah. UMNO kena berjurus, lebih jujur. Kembalikan royalti minyak Kelantan, rasanya isu ini akan menarik dan banyak membantu. Orang Kelantan pun sama macam orang lain, nak hidup nak cari makan. Apalah salahnya, jika Negeri Kelantan ada minyak, bagi royalti, naikkan industri minyak di Kelantan cam Terengganu. Pasti banyak peluang pekerjaan di Negeri Kelantan. Bukan sahaja orang Kelantan dapat untung, bahkan ramai rakyat Malaysia dapat peluang pekerjaan. Anak muda Kelantan dapat bekerja di tempat sendiri, tak perlu berhijrah di tempat lain. Rakyat Negeri lain dapat ke Kelantan mencari pekerjaan. Kata - kata orang Kelantan suka berhijrah hanya pelawak bodoh sahaja. Tiada orang yang suka keluar dari tempat sendiri jika ada ruang kehidupan.
Kalau UMNO nak menang, rakyat Kelantan ramai orang Melayu, dah pasti isu PPSMI dan bahasa Inggeris mencuit hati. Kesannya juga besar kerana yang jadi mangsa utama PPSMI dan Bahasa Inggeris adalah orang Melayu. Lagipun Manek Urai kawasan perdalaman. Hapuskan PPSMI dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Gerenti menang. Bukan sahaja orang Manek Urai, bahkan seluruh rakyat Malaysia akan bergumbira.
Semua orang tahu, Kerajaan Negeri selalu dianakangkatkan oleh Kerajaan Pusat. Kembalikan hak mereka, jangan sisihkan Kerajaan Kelantan yang dipilih oleh rakyat. Jangan menghukum rakyat Kelantan kerana memilih PAS sebagai parti yang memerintah Kerajaan Negeri.
Rasanya jika UMNO sanggup buat cadangan di atas, Manek Urai akan kemballi ke UMNO. Bukan sahaja Rakyat Manek Urai dapat keuntungan, bahkan Rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia semua dapat untung. Barulah ada harapan UMNO boleh menang. Tak perlu bagi duit kat pengundi, tak perlu habis juta - juta. Kuasa perunding ada pada UMNO, cuma sanggup ke tak sanggup.
Tapi mungkin juga rakyat Manek Urai setia dengan PAS, tetap bagi undi di Manek Urai. Tak siapa yang tahu. Walaubagaimanapun akan menggembirakan orang Melayu khususnya.
Dan tak salah kalau berbuat kebaikan. Nescaya Allah memberikan ganjaran. Rakyat akan ingat UMNO nak buat baik. Jadi UMNO tetap tak rugi.