Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, February 22, 2010

POLITIK OH POLITIK.

Saban hari suasana politik makin mengelirukan dan kacau - bilau. Rakyat awam macam aku, makin bosan dan jelek melihat telatah ahli politik. Isu yang tak habis - habis. Semuanya berkata untuk memperjuangkan rakyat. Baik BN mahupun PR. Tetapi yang nyatanya semua ada agenda disebaliknya.
Umat makin celaru, rakyat makin merana. Harga barang makin meningkat. Kos sara hidup makin naik. Kalau di tanya PR semuanya salah UMNO. Buah kronisme dan nepotisme, sudah pasti akan didendangkan. Tetapi dari pendapatku hamba yang lemah, jika PR memerintahpun sebenarnya campur tolak sahaja. Pimpinan yang ada dalam PR pun lebih banyak memperjuangkan perut sendiri sama seperti yang duduk dalam UMNO. Cuma mungkin bilangan belum majoriti lagi kerana masih belum ada kuasa. Itu sahaja.
Bagi ku jika hendak memilih pemimpin hendaklah dilihat dari ilmu, akhlak dan amalnya. Itu yang terbaik. Jika cakap berbuih mulut, tetapi pada masa yang sama menipu sana sini, tiada bezapun orang yang dikeji dan mengeji.
Bukannya mudah nak jadi pemimpin. Kalau dihati ini masih banyak memikir diri sendiri, rasanya lebih baik jangan berpolitik. Kerana banyak akan menceburkan pada yang haram.
Aku tidak benci UMNO mahupun PR kerana parti. Cuma kalau kezaliman , ku tetap akan menentang tak kira siapa pun sehingga kembali ke pangkal jalan. Moga Allah memberi petunjuk dan redhonya.

Thursday, November 19, 2009

PENDAKWAH ATAU AHLI POLITIK?

Ramai yang minat berpolitik, tetapi tidak minat berdakwah. Bagi mereka dakwah kerja yang lekeh. Bagi mereka dakwah tak penting. Tetapi kita lupa, semua Rasul diutuskan untuk berdakwah. Menyeru manusia kepada kebaikkan mengikut acuan penciptanya. Ada yang berjaya mendapat tampuk pemerintahan, ada yang tidak.
Dakwah tidak mengenal untung rugi wang ringgit. Jika berpolitik, sumbangan hari ini pelaburan masa depan. Mungkin hari ini parti kita kalah, tetapi seandainya mendapat kuasa, semua ingin mengaut keuntungan. Tak kira BN @ Pakatan Rakyat, penyokong dan pendokong masih bermentaliti begini.
Dalam dakwah, itu tiada. Yang ada hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi di akhirat kelak. Caci nista mainan bagi pendakwah. Masalah kehidupan mesti ditempuhi. Pendakwah tidak mengharapkan balasan atau tajaan sesiapa pun. Pendakwah banyak berabis wang ringgit demi perjuangan Islam. Dalam politik ramai yang mendakwa berjuang untuk Islam, tetapi dari gerak laku jelas menunjukkan bukan. Dalam istilah dakwah tiada pemimpin yang ditaksubi. Dalam dakwah pedoman Al Quran, Hadis, Ijma diletakkan lebih dari pemimpin. Tetapi dalam politik perlu menaksubkan diri kepada pemimpin, baru dapat kesetiaan. Bab benar atau salah, nombor dua, janji parti mesti dibela, pemimpin mesti menang.
Jadi fikirlah mana kerja yang utama, DAKWAH @ POLITIK?

Friday, July 10, 2009

UPSR DAN ASRAMA PENUH

Hari ini aku tak nak bercoret tentang politik. Mungkin hari tanpa politik. Bangun pagi fikir politik, Tengahari fikir politik, malam fikir politik. Hanya untuk hari ini, BEBAS POLITIK.
Hari ini hari Sabtu, budak sekolah cuti. Tetapi budak Darjah 6, kena sekolah. Kasihan aku tengok. Bukan sekadar hari ini, cuti mereka terpaksa dikorbankan. Sebenarnya sejak berminggu - minggu sebelum ini lagi. Kasihan budak Darjah 6.
Penting sangat ke UPSR? Gelap ke masa depan anak - anak kalau tak dapat 5A? Itulah persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran. Mengapa? Mengapa dan Mengapa?
Rumusannya, ini dunia materialistik dan fantasi. Fantasi dan angan - angan ibubapa serta guru. Ibubapa berangan kerana dulu tak pernah masuk asrama penuh, jadi dikorbankan anak - anak. Dipaksa bagai nak rak untuk mendapatkan 5A. Sekolah, Tuisyen, Kelas Tambahan dan pelbagai program entah apa - apa lagi. Konon nak bagi cemerlang, gemilang dan terbilang. Tetapi kita lupa, Kita telah menzalimi anak - anak kita. Dipaksa dan ditekan sehingga kekadang melampaui kemampuan mereka. Anak - anak makin tertekan.
Jarang ibubapa yang menekankan tentang akhlak anak - anak. Bagi seorang Muslim, adakah anak sudah hadam Fardu Ain dan Fardu Kifayah? Bagaimana dengan sembahyang, puasa mereka? Ada ibubapa berfikir, itu bukannya boleh makan minum? Betul tak boleh makan minum, tetapi penting untuk hidup yang lebih berakhlak, dan mencari makan minum dengan cara yang betul, bukan hentam sondol saje.
Di dalam menjayakan Program Rosakkan Anak Anak ini, guru - guru juga memainkan peranan yang agak penting. Tetapi keterlibatan guru ini lebih berpaksikan gaji dan pangkat. Biasalah bila makan gaji tertakluk kepada bos iaitu sang Guru Besar. Kalau Guru Besar berangan nak dapat JUSA alamatnya sakitlah anak buah. Habis dikerahnya, UPSR dah jadi sama penting dengan periksa di Universiti. Bial sekolah berjaya dapat 5A, ada peluang jadi Guru Besar terbaik, tersohor, dan ter...ter... entah apa - apa lagi. Guru bukannya mendidik, tetapi hanya mengajar. Yang rajin dan berminat nak merosakkan anak murid pula, akan membuat kelas - kelas tambahan wajib berbayar. Ini lagi hebat. Jadi tak hairanlah Cikgu - Cikgi sekarang boleh bawa kereta mewah hasil titik leleh tuisyen sahaja. Ajar anak murid kejar harta, moga lebih cepat punah.
Yang jadi mangsa adalah anak - anak. Ada juga yang berjaya sebab mereka memang pandai. Tetapi lebih ramai yang gagal dan tidak berjaya. Yang berjaya terus kena belajar, masuk asrama. Belajar segala - galanya di dalamnya. dari rokok hingga wanita. Silap - silap minat sesama sejenis.
Sebenarnya rezeki Allah dah tentukan. Kita kena pandai melihat bakat dan kepandaian anak - anak. Tidak semua anak - anak akan berjaya dalam pendidikan akademik. Ada yang lebih kepada kemahiran. Akhirnya bila berada di dunia pekerjaan, semuanya sama. semuanya perlu menyumbang. Ada kalanya yang di dalam bidang kemahiran lebih tinggi pendapatan dan lebih mudah mencari rezeki dari yang duk keluar Universiti.
JANGAN ROSAKKAN ANAK DEMI IMPIAN IBUBAPA DAN MATLAMAT GURU.