Monday, June 8, 2009

PAS MASUK JERAT

Selepas Nasha, menang maka bergemalah semula kerajaan perpaduan. Teruslah menyalak tentang kerajaan Perpaduan. Maka benarlah cerita yang di dengar selama ini, ada keinginan bergabung dengan UMNO. Disahkan sendiri oleh Haji Hadi. Namapk sangat PAS dah makan jerat UMNO. Tahniah UMNO. PAS rasa dia akan menang jika sendirian. PAS rasa dia perintah Kelantan selama berpuluh tahun kerana kekuatan mereka. Nampak sangat Bodoh bin Jahil, politik pemimpin PAS ini. Tak panda berpolitik langsung orang yang ngaku diri mereka ini ulama'.
Selama ini UMNO hanya membenarkan kewujudan PAS atas alasan demokrasi. Jika dibunuh terus akan hilanglah demokrasi di Malaysia. Sebabnya, PAS sukar menjadi nombor wahid di Malaysia. PAS terjerat dan terkongkong di dalam permainan politik mereka sendiri. Seperti al maklum, pemimpin PAS sendiri tidaklah sesuci mana. Betul tidak erjudi, tidak main perempuan tetapi atas nama hadiah berlambak - lambak sampai mengerjakan umrah pun atas nama hadiah. Berahi pada balak pun sama juga seperti berahi pada anak dara. Kemudahan yang ada pun disapu juga. Pemimpin PAS adalah manusia biasa, itu sebab kita malas nak bising - bising. Tetapi malangnya di atas sikap ahli yang cuba mneutup kelemahan, mereka kata mereka pula manusia yang mempunyai kelebihan atas dasar ulama'. Mereka lebih layak dari segalanya. Jadi pening kita di bawah ini.
PAS rasa mereka kuat, sedangkan pengaruh PAS tidak sebesar mana. Biarpun ada golongan non-Muslim, menyertai Kelab Penyokong, sekadar itu sahaja. Mana ada manusia di dalam dunia masuk parti sekadar nak menyokong, nak arak bendera, nak pakai baju PAS. Ingat ini sokong bola ke? Sedangkan ruang untuk mereka untuk bersuara, untuk jadi pemimpin, tiada. Rasanya Ulama' PAS sahaja yang berfikiran macam tu, Ini kategori merasakan diri pandai, orang lain bodoh. Islam tak ajar, nampak gayanya mungkin lebih teruk dari UMNO bila dapat kuasa.
Lebih jadi Lebai Malang lagi, pemimpin PAS masih tertakluk kepada ketuanan Melayu, sama macam UMNO sahaja. Lebih baik masuk UMNO, dapat ganjaran. Selama ini kita berjuang atas dasar fisabilillah, tetapi hanya menaikkan pemimpin yang sama seperti UMNO, tiada bezanya.
Pemimpin PAS khianat terhadap PKR dan DAP. Mereka buat perjumpaan dan rundingan tanpa restu pakatan mereka. Lepas tu menipu pulak. Betul juga kata Guan Eng, ini ke cara orang alim (berilmu). Lebihmalang lagi prosedur parti sahaja juga dilanggar, lepas tu tipu jugak ahli sendiri.
Pemimpin PAS rasa dia mampu bersilat, sedangkan selama ini tewas sahaja. Jangan memperlekehkan peranan Anwar, peranan DAP dalam memenangkan PAS. Jika nak rasa calun PAS berkaliber, boleh tengok dalam Dewan Rakyat dan Negeri, tak mampu nak bertanya soalan. Apa tah lagi perjuangkan rakyat. Bab ini rasanya UMNO lebih baik sebab pandai berlakun.
Mudah sangat UMNO menjerat PAS, dengan ketuanan Melayu sahaja dah kecundang. Dengan tawar menawar jawatan, dah kecundang. Nampak sangat pemimpin PAS tak mampu berpolitik dan tak mampu menahan diri.
PAS sudah kena jerat, cuma tunggu masa nak tercerut.

Nota: Pemimpin PAS hanya segelintir sahaja, bukan semua, tetapi mereka yang menang. Ini adalah pandangan pribadi sahaja, mungkin betul, mungkin salah.

BUKIT KEPONG: ULASAN FILEM

TUP, TUP, tertekan TV2, tengok Filem Bukit Kepong, kisah komunis serang Bukit Kepong. Bukannnya nak ulas jalan cerita Bukit Kepong, tetapi sekadar nak ulas sikit sahaja. Sudah pasti filem ini dibuat sebagai alat propaganda kerajaan untuk memburukkan pejuang berideologi Komunis. Sebagai alat propaganda, misi utama mesti membuktikan komunis itu kejam dan zalim. Di dalam filem arahan Aki Jins ini, masih belum cukup kuat tetapi membuktikan komunis tidak zalim dan kejam.
1. Komunis tidak membunuh perempuan dan anak - anak, Di dalam filem ini komunis menyuruh anak - anak dan perempuan lari. Komunis hanya berperang dengan anggota polis yang mempertahankan majikannnya (British). Pihak komunis juga memberi ruang kepada anggota polis untuk menyerah diri dan tidak dipengapa - apakan. Pihak polis mengambil keputusan berperang. Di dalam situasi tersebut, itu adalah keputusan dan risiko peperangan. Jika berperang sudah pasti ada yang terkorban. Andaian saya, kesilapan keputusan telah mengorbankan nyawa.
Di dalam adegan lain, pihak tentera yang menyerang komunis, tidak memberi arahan dan amaran untuk menyerang komunis. Terus ditembak sahaja. Komunis perempuan juga dibunuh. Ini menunjukkan lebih kejam dan zalim pihak Tentera British.
2. Komunis merampas beras dari kedai runcit. Seperti yang sedia maklum, kedai runcit di zaman dahulu, banyak yang memeras dan menipu pembeli. Jadi apalah salahnya, komunis yang mengambil barang - barang mereka sebagai pengajaran. Rasanya lebih zalim lagi, penguatkuasa kerajaan yang menyita kedai tanpa lesen. Sedangkan lesen itu adalah bidangkuasa penguatkuasa tersebut. Boleh diberi dengan bicara.
Lebih zalim lagi, penguatkuasa yang memeras duit @ mengambil rasuah secara menekan kesalahan rakyat. Mungkin polis yang menekan untuk rasuah kepada pesalah adalah lebih zalim dan kejam lagi. Tiada bezanya dengan Komunis di dalam Bukit Kepung. Sedangkan peristiwa itu terjadi hanya di Bukit Kepong, sedangkan di seluruh Malaysia hari ini, ramai penguatkuasa mengamalkan sistem pemerasan. Pegawai kerajaan yang memeras, menutup periuk nasi peniaga sesuka hati. Melaksanakan undang - undang tak masuk akal. Pegawai kerajaan kita adalah lebih kejam dan zalim dari komunis.

Kesimpulan saya, komunis membuat apa yang perlu dilakukan mengikut keadaan. Itu sahaja. Nampak gayanya propaganda Aki Jins memihak kepada komunis bukan menunjukkan komunis itu kejam dan zalim. Mungkinkah Aki Jins juga terpengaruh dengan keadilan komunisme.

Saturday, June 6, 2009

NASHA MENANG, MAT SABU & HUSAM KALAH

Tadi tengok berita tV3, dengan gah dan gumbira, PAS masih disokong ulama'. Ngapa musuh PAS gembira sakan dengan kemenangan yang dikatakan puak ulama'. Pelik bin Ajaib. Adakah ulama' ini ciptaan UMNO, yang mampu bermain telefon dengan UMNO, yang mampu berzukarah kemudiannya muqabalah dengan UMNO. Ulama' yang mempertahankan Ketuanan Melayu lebih hebat dari Najib sendiri. Carilah jawapannya sendiri.
Ulama' telah menang, golongan yang digelar professional kalah. Dikhabarkan kalah kerana rasuah, kalah kerana tiada cukup ilmu agama, kalah kerana tak pakai ketayap putih. Yang menang sudah menang, yang kalah sudah kalah.
Keputusan telah dibuat oleh pengundi, biarpun undi tak menyokong Nasha berpecah kepada Mat Sabu dan Husam. Ini bermakna dah ada 3 kumpulan di dalam PAS. Golongan Ulama', Professional pun dah pecah 2. Masa dan peristiwa akan menentukan segala - galanya.
Yang sedihnya golongan ulama' konon, hanya layak memerintah, hanya layak memimpin. Lepas ini jika ada tangkapan ISA rasanya ulama' kena ke depan kalau kena tangkap, depa dulu. Kalau ada demonstrasi, ulama' kena berdepan dengan FRU. Kita dok pakat tengok, selama ini kita gadaikan diri untuk mereka, sanggupkah depa bergadai untuk kita pulak?
Sebenarnya bagiku ulama' sebenar bila memikirkan rakyat lebih dari diri & keluarga. Kalau x semua orang boleh ngaku dia ulama'. Celup jap kat mana - mana, jadilah kita ulama'.
Sanggupkah mereka buat.

Thursday, June 4, 2009

KAMPUNG MENGKARAK, PAHANG

PENEMUAN KAMPUNG MENGKARAK. ( Sekitar 1620 an )
Kampung Mengkarak pada sejarah awal sebelum penempatan moden merupakan sebuah kawasan hutan yang disaliri oleh Sungai Pahang. Sebagaimana kedudukan kampung kampung lain ditepi sungai pahang, Kampung Mengkarak tidak dapat tidak didiami oleh kumpulan Melayu Asli dari keturunan Semelai dan Melayu Proto. Namun tiada bukti kukuh mengenai kaum asli yang menetap di Kg Mengkarak sebelum tahun 1600, ( penulis pernah menjumpai lokasi tanah perkuburan pra sejarah dengan himpunan tengkorak manusia dan tulang tulang manusia- lokasi Projek Mengkarak Warefront dan lain lain andaian - elok kalau ada anak kg mengkarak membuat kajian terperinci persejarahan awal kampung bertuan ini !! ).
Sungai Mengkarak dengan muaranya yang bertemu dengan Sg Pahang betul betul terletak di tanjung Sg Pahang yang paling selatan jika merujuk peta negeri pahang..dan keunikan ini menjadikan aliran sg pahang seperti berbentuk huruf U.
Sekitar tahun 1620an, semasa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Pagar Ruyung di Pulau Sumetra, berlaku pertentangan aliran fahaman tarikah dalam pengembangan agama Islam. Kumpulan pendakwah yang lebih berfahaman ekstreem dalam bidang tauhid telah meletakan tarikat Martabat 7 sebagai dasar utama amalan agama islam. Imam Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim ( Kamudian dikenali sebagai Tok Mengkarak ) merupakan pendakwah dan pengamal tarikat ini yang mendapat penentangan daripada Sultan Iskandar Muda Thani ( Sultan Pagar Ruyung ). Baginda sultan telah mengeluarkan titah untuk menangkap, membunuh pengikut Martabat 7 selain membakar semua kitab kitan yang digunakan.
Menyedari ancaman ini, Iman Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim serta pengikut pengikut yang setia dan pengikutnya telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mempertahankan ajaran yang dianuti serta mengembangkan Agama Islam ke Tanah Melayu terutama untuk kawasan pendalaman Negeri Pahang...penghijrahan ini juga melibatkan waris kesultanan Pagar Ruyung yang merasa terancam dengan kuasa Sultan yang memerintah. ( Ada dakwaan bahawa..kumpulan ini merupakan waris kesultanan Pagar Ruyung yang dipinggirkan dan dengan salasilah kesultanan ini mereka telah mendapat tempat sebagai pemimpin atau pemerintah di tempat tempat yang tertentu - Contohnya, hubungkait dengan salasilah kesultanan Seri Menanti di Negeri Sembilan, kesultanan Maharaja Perba Jelai di Lipis dan perkaitan dengan salasilah keluarga di Pekan, Chenor.....

MUKTAMAR PAS ESOK

Esok muktamar PAS, pemilihan post Timbalan Presiden, mesti hangat. 3 calun bertanding, Nasha, Husam dan Mat Sabu. Ke 3 - 3 mempunyai kekuatan dan pengaruh masing - masing. Rasa - rasanya, inilah kali pertama liputan meluas oleh media - media UMNO. Mungkin keputusan ini akan mengubah strategik UMNO bila berhadapan dengan PAS.
Untuk komen, rasanya tak layak keran hanya penganalisis dari jauh sahaja.
Mungkin pandangan pribadi sahaja boleh dikomentarkan.
Mengapa UMNO begitu mempromosikan Nasha. Dengar khabar Nasha golongan ulama', itu yang diberitahu oleh media UMNO. Jadi PAS tidak boleh hilang identiti, ulama' adalah PAS, PAS adalah Ulama'. Begitu ambil berat betul, UMNO hendak memastikan PAS diterajui oleh Ulama'. Jika bersangka baik, UMNO sayangkan Islam. Jadi perlu ada parti yang diterajui oleh ulama' dan ustaz untuk menjamin kesucian Islam. Mungkin benar atau mungkin salah.
Pendapat kedua, sebab UMNO dah tahu rentak tari golongan mendakwa dirinya ulama'. Golongan yang didakwa professional ini masih belum tahu rentak tarinya. Jika PAS dimonopoli oleh golongan ini, nescaya UMNO akan terasa kesan dan padahnya. Jika dilihat sebelum kemasukkan golongan ini secara berduyun - duyun ke dalam PAS selepas 1998, UMNO meratah PAS seperti serigala meratah mangsanya. Tetapi selepas 1999, PAS mampu berdaya saing, berdaya maju, dapat menarik pelbagai kaum untuk menyokong dan mengundi PAS. Itulah kekuatan golongan professional.
Tetapi esuk adalah tarikh penentuan kepada PAS, samada untuk dapat maju bersaing atau berada di takuk lama dan mungkin kebelakang. Terpulang kepada perwakilan yang meletakkan hala tuju PAS.
Kemungkinan selepas ini ada golongan yang merasakan diri mereka terpinggir dan merasakan diri mereka tidak dihargai oleh PAS akan mengambil keputusan drastik. Mungkin benar, mungkin salah. Di dalam politik segalanya mungkin.
SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PERWAKILAN. UNDI ANDA MAMPU MENGGEMBIRA DAN MELUKAKAN UMNO.

Wednesday, June 3, 2009

KISAH WAN ALI

Wan Ali

Dalam sejarah tanah air, penglibatan orang Melayu dalam peperangan menentang penjajah telah lama berlaku, sejak dari Pasukan Gerila Pakeh Unus yang menentang Portugis di Melaka dalam tahun 1511, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Dato Naning Dol Said di Melaka, serta ramai lagi termasuk Datuk Maharajalela di Perak. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, semangat Orang Melayu untuk merdeka sudah marak. Namun, kerana perjuangan kemerdekaan mereka berlaku serentak dengan era kebangkitan pengganas komunis, kerajaan Inggeris telah mengaitkan perjuangan orang Melayu sama dengan perjuangan bersenjata komunis. Justeru, terdapat ramai pejuang kemerdekaan yang menentang kuasa Inggeris, telah menyertai pengganas komunis, bila perjuangan mereka diharamkan oleh Inggeris. Wan Ali juga pada asalnya adalah seorang ketua gerila Melayu yang berjuang menentang kuasa Inggeris untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah. Pasukan Askar Melayu yang berkhidmat dalam negeri Pahang, khasnya dalam kawasan Jerantut dan Kuala Lipis, cukup mengenali kumpulan gerila komunis yang dipimpin oleh Wan Ali. Ramai perajurit muda yang terlibat dalam operasi memburu Wan Ali, merasakan beliau mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi. Ilmu yang dimiliki oleh Wan Ali dikatakan boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangkakan akan berlaku pertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh pasukan Askar Melayu. Namun, dalam satu serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Adnan Ibrahim di Ulu Ceka, Jerantut pada bulan Sep 1948, tiga pengganas Melayu yang ditangkap tiga hari setelah pertempuran tersebut menyatakan bahawa seramai 14 orang gerila telah terbunuh serta Wan Ali sendiri tercedera. Kpl Adnan Ibrahim yang baru berumur 26 tahun bersama sembilan anggota seksyen yang berumur belasan tahun dan awal 20an, bersama beberapa orang kampung, telah dengan berani menentang seramai lebih 60 pengganas komunis Melayu. Pada asalnya tugas Kpl Adnan dan seksyen datang ke Kampung Ulu Ceka ialah untuk mengiringi jurugambar bagi membuat Kad Pengenalan penduduk kampung. Bila mereka mendapat maklumat bahawa pengganas komunis Melayu pimpinan Wan Ali merancang untuk menyerang Kampung Ulu Ceka pada waktu subuh, Kpl Adnan dan Ketua Kampung telah membuat keputusan untuk mempertahankan kampung mereka dengan melakukan serang hendap di jalan masuk ke Kampung Ulu Ceka. Kepimpinan , keberanian yang telah ditunjukkan oleh Kpl Adnan dan anggota seksyen serta lima orang kampung yang hanya bersenjatakan parang dan keris, telah berjaya menyelamatkan penduduk Kampung Ulu Ceka dari serangan pengganas komunis Melayu.

Setelah peristiwa serang hendap di Ulu Ceka, kumpulan gerila pimpinan Wan Ali terus mengganas di beberapa perkampungan pendalaman sekitar Jerantut. Setelah banyak percubaan untuk menangkap atau membunuhnya oleh pasukan tentera Inggeris dan pasukan Askar Gurkha gagal, Wan Ali mula berlagak sombong dan dengan bongkak memberitahu orang kampung bahawa tidak ada biji mata yang berani menentang Wan Ali. Kemuncaknya, beliau telah membunuh Ketua Kampung Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri. Mungkin bapa saudaranya adalah talibarut Inggeris.

Setelah pembunuhan Ketua Kampung Pulau Tawar, satu platun yang diketuai oleh Lt M Syed Muhammad Al -Sagoff telah dating dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis pimpinan Wan Ali. Kekuatan yang dimiliki oleh Wan Ali telah membuatkan Lt M Syed Muhammad bertekad untuk menangkap atau membunuhnya. Sebelum Lt M Syed Muhammad dapat memulakan operasi, beliau telah didatangi oleh seorang penduduk kampung yang juga seorang Pengawal Kampung yang meminta supaya Lt M Syed tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Kampung Pulau Tawar. Pengawal Kampung yang juga bekas seorang anggota polis yang sudah bersara menyatakan bahawa tindakan oleh platun Askar Melayu akan membuatkan Wan Ali dan kumpulan gerila komunis pimpinannya menjadi bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal Kampung tersebut telah meminta tempuh satu minggu untuk beliau bertindak menangkap ataupun menghapuskan Wan Ali.
Dalam tempoh seminggu yang diminta oleh orang kampung, Lt M Syed Muhammad telah didatangi oleh orang kampung menyatakan Pengawal Kampung telah berjaya membunuh Wan Ali. Mayat Wan Ali telah diarak oleh pegawai Inggeris di atas kereta wagon miliknya sendiri sekeliling Bandar Jerantut sebelum dihantar ke Kuala Lipis. Penduduk Jerantut tidak menyukai tindakan pegawai Inggeris tersebut yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam. Dalam sejarah menyatakan bahawa Ketua Gerila Komunis Melayu Wan Ali telah dibunuh oleh platun Askar Melayu dari Jerantut, namun hakikatnya beliau telah dibunuh oleh pesara polis yang merupakan seorang Pengawal Kampung dari Kampung Pulau Tawar. Bagaimana Wan Ali telah dapat dibunuh atau ditewaskan tidak pula diketahui oleh Lt M Syed Muhammad.