Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

ROYALTI UNTUK PAHANG

Pahang berhak tuntut royalti minyak
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri itu.

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit.

“Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.


Dengar ura - ura Pahang pun terkesan dari pemakluman Tuk Jib, bersetuju untuk memberi Wang Ehsan ke Kelantan. Jika di Kelantan di kawasan yang bertindih, pun dapat. Mengapa Pahang tak dapat. Sepatutnya Kerajaan Pahang kena minta dari dulu lagi. Supaya mudah nak mentadbir negeri. Rakyat yang dapat keuntungan. Semua sedia maklum, telaga minyak di Terengganu hanya bersempadan dengan Pahang. Sudah pasti minyak Pahang yang disedut. Tetapi Pahang tak dapat apa - apa. Jadi Kerajaan Pahang kena minta pampasan balik dari Pusat. Tetapi kena pastikan duit itu untuk rakyat Negeri Pahang sahaja. Jangan dilaburkan kepada golongan tertentu sahaja.
Kalau Pahang diberi royalti pun memang berhak, sebab Pahang banyak berjasa kepada Pusat. Pahang memperuntukkan banyak tanah untuk FELDA, sedangkan Rakyat Pahang hanya 40% sahaja sebagai peneroka. Mengapa Negeri lain sayang nak bagi tanah untuk Felda dami kepentingan rakyat mereka sendiri.Sepatutnya setiap negeri kena membayar pampasan ke Pahang mengikut jumlah rakyat yang dihantar ke Felda.
Bab tadahan hujan, Pahang terpaksa memwartakan KAWASAN YANG LUAS kerana sumber air Negara. Sedangkan hasil yang boleh diperolehi adalah lebihkurang 280 billion. Kerajaan pusat beri pampasan tidak sampaipun 300 juta. Sepatutnya Kerajaan Pusat kena lebih rasional, mungkin bayaran pampasan 200 - 300 billion, boleh dibayar beransur - ansur 200 juta setahun.
Dan tak lama lagi Selangor pun berhak untuk meminta kerana sumbangan yang besar kepada Negara. Ramai rakyat negeri lain bekerja di Selangor, cari makan. Jadi setiap rakyat dari negeri lain yang bekerja di Selangor, Kerajaan Negeri mereka kena bayar pampasan mengikut jumlah rakyat yang ada di Selangor.
Lepas tu tak tahulah Negeri mana lak lagi. Semua negeri berhak mendapatkannya.
Jadi minta awal -awal lah.

Monday, October 26, 2009

PERTAHANKAN UNDANG JENAYAH SYARIAH.

Ramai rakyat suka berpolitik, tetapi tidak tahu apa matlamatnya. Ramai orang Melayu Islam berpolitik kerana suka - suka, bukannya kerana perjuangan atau matlamat. Jika masuk UMNO, berpolitik untuk mencari kekayaan. Jika masuk PAS atau PKR berpolitik kerana tak puas hati kepada UMNO. Sebab apa kita berpolitik, ramai yang tak tahu. Akhirnya keasobiyyahan berparti menjadi melampau. Di dalam parti perebutan kuasa dan pengaruh tidak dapat dielakkan.
Sedangkan kita lupa, ada perkara yang tidak boleh dipolitikkan kerana ianya adalah hak orang Islam di Malaysia. Mungkin isu Kartika digembar - gemburkan sebagai isu Negeri Pahang dan Kartika. Pahang pula Negeri pimpinan di bawah Kerajaan UMNO, BN, jadi ramai orang politik PR tak nak bagi komen. Tak nak campurtangan. PKR, sudahpasti dalam perkara begini akan menjauhi diri untuk memberi komen. Alasannya menakutkan kaum bukan Islam. Nanti akan hilang undi. PAS juga sedang bertembung dengan kemelut politik dalaman, sudah pasti akan mengambil sikap lebih senyap. Lagi pun kalau beria - ia menyokong secara tak langsung seolah - olah menyokong Kerajaan UMNO di Pahang.
Mungkin ramai yang tidak tahu, gerakan untuk meliberalkan Islam di Malaysia sedang giat berjalan lancar. Yang terlibat juga bukannya calang - calang. Pengaruh mereka besar dan berhubung baik dengan pimpinan negara. Gerakan Islam Liberal memang telah berkembang biak di Indonesia. Tidak hairan kalau di Indonesia, pelbagai fikiran dan pendapat yang memeningkan kepala tentang Islam. Kalau dah sampai Indonesia, nampak gayanya pengaruh mereka akan terus maju dan berkembang cepat pula di Malaysia.
Gerakan Sister in Islam dan pelbagai lagi yang berselindung di bawah nama gerakan feminisme, hak asasi semuanya hanya bermatlamat satu untuk meliberalkan Islam di Malaysia. Dengar khabarnya Undang Jenayah Syariah ini sedang cuba digantikan dengan Undang Moral sahaja. Sudahpasti kaum bukan Islam akan menyokongnya. Ini dapat kita lihat dari kenyataan Majlis Peguam sendiri.
Isu Kartika hanya pencetus, rahmat yang Allah berikan kepada kita agar berwaspada. Umat Islam hendaklah bersatu tanpa mengira fahaman politik dan parti.
Di Malaysia, untuk melaksanakan Undang - undang Allah iaitu Hudud, masih jauh perjalanannya. Apa yang mampu dilakukan hanya melaksanakan Undang - undang Jenayah Syariah(UJS). UJS pula hanya diwartakan dalam Enakmen Negeri sahaja. Tidak semua kesalahan ada di dalam UJS. Kebanyakan jenayah akan dibicarakan di Mahkamah Sivil sahaja.
Skop UJS hanyalah berkaitan akidah, kesucian agama Islam, berhubung rukun Islam, arak dan judi, Seksual, Kesejahteraan awam. UJS ini pun hanya sekadar memenuhi Skop Perlembagaan mengenai Hukum Syarak (Sen. 2 Jadual 9). Dan yang lebih malang lagi dengan skop yang kecil ini pun masih ada golongan Islam dan Bukan Islam yang ingin menentangnya. Penentangan mereka juga mendapat sokongan Menteri yang tak faham seperti Shahrizat dan Hishamuddin, manusia yang hanya mendapat didikan barat tanpa didikan agama. Ini yang lebih mengharukan.
Kenyataan Prof Aziz Bari mneyedarkan kita, bagaimana nak melaksanakan Undang - undang Allah, sedangkan majoriti dan ramai Umat Islam yang masih tidak bersembahyang, tidak puasa, tidak menunaikan zakat. Masih ramai Umat Islam hanya tahu memenuhkan perut sahaja. Apa mereka peduli tentang Undang - undang Islam atau Jenayah Syariah.
Mungkin yang banyak melakukan kesalahan seperti minum arak, berzina, tidak sembahyang, tidak berpuasa ini akan lebih gembira kerana tiada hukuman untuk mereka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Bagi umat Islam di Malaysia, hanya Undang - undang Jenayah Syariah ini sahaja yang ada dan mampu dilaksanakan sekarang ini. Mungkin ada yang berpendapat kalau PAS memerintah, Hudud boleh dilaksanaka. Sebenarnya bukan semudah itu. Di Malaysia, sistem yang ada, perlembagaan adalah yang paling tinggi. Apa - apa hanya boleh diubah melalui perlembagaan. Faham - faham sahajalah, bukan semudah itu untuk mengubah Perlembagaan. Mungkin bermadah di pentas politik lebih mudah.
Kepada Umat Islam Melayu, bersatu dan berpadulah tanpa mengira fahaman politik, pertahankan Undang - undang Jenayah Syariah. Hanya kuasa yang sedikit ini yang tinggal untuk mempertahankan kesucian agama. Jika ini juga diambil dan ditiadakan, maka tidak mustahil tiada apa-apa lagi untuk kita.
Mungkin bagi bukan Islam, mereka lebih suka kerana dengan tiada UJS lebih mudah merosakkan anak - anak orang Islam. Sedangkan kita tahu banyak anak gadis yang mengandung anak luar nikah yang berbapakan bukan Islam.
Umat Melayu Islam hendaklah memberi sokongan di dalam hal ini, agar Tuk Jib dan puak yang menentang tak berani campurtangan. Ini adalah soal aqidah kita, bukannya soal serpihan dan cabangan. Sokongan kepada Jabatan Agama Islam melaksanakan kerja - kerja mereka tanpa campurtangan politik.
Campurtangan Ketua Agama (Sultan) juga hendaklah lebih jelas kerana UJS adalah dibawah Kuasa Negeri, penghinaan kepadanya adalah menghina Institusi Raja juga.
Mungkin Shahrizat dan SIS terlupa yang ia sedang menghina Raja - raja Melayu.

Thursday, June 4, 2009

KAMPUNG MENGKARAK, PAHANG

PENEMUAN KAMPUNG MENGKARAK. ( Sekitar 1620 an )
Kampung Mengkarak pada sejarah awal sebelum penempatan moden merupakan sebuah kawasan hutan yang disaliri oleh Sungai Pahang. Sebagaimana kedudukan kampung kampung lain ditepi sungai pahang, Kampung Mengkarak tidak dapat tidak didiami oleh kumpulan Melayu Asli dari keturunan Semelai dan Melayu Proto. Namun tiada bukti kukuh mengenai kaum asli yang menetap di Kg Mengkarak sebelum tahun 1600, ( penulis pernah menjumpai lokasi tanah perkuburan pra sejarah dengan himpunan tengkorak manusia dan tulang tulang manusia- lokasi Projek Mengkarak Warefront dan lain lain andaian - elok kalau ada anak kg mengkarak membuat kajian terperinci persejarahan awal kampung bertuan ini !! ).
Sungai Mengkarak dengan muaranya yang bertemu dengan Sg Pahang betul betul terletak di tanjung Sg Pahang yang paling selatan jika merujuk peta negeri pahang..dan keunikan ini menjadikan aliran sg pahang seperti berbentuk huruf U.
Sekitar tahun 1620an, semasa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Pagar Ruyung di Pulau Sumetra, berlaku pertentangan aliran fahaman tarikah dalam pengembangan agama Islam. Kumpulan pendakwah yang lebih berfahaman ekstreem dalam bidang tauhid telah meletakan tarikat Martabat 7 sebagai dasar utama amalan agama islam. Imam Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim ( Kamudian dikenali sebagai Tok Mengkarak ) merupakan pendakwah dan pengamal tarikat ini yang mendapat penentangan daripada Sultan Iskandar Muda Thani ( Sultan Pagar Ruyung ). Baginda sultan telah mengeluarkan titah untuk menangkap, membunuh pengikut Martabat 7 selain membakar semua kitab kitan yang digunakan.
Menyedari ancaman ini, Iman Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim serta pengikut pengikut yang setia dan pengikutnya telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mempertahankan ajaran yang dianuti serta mengembangkan Agama Islam ke Tanah Melayu terutama untuk kawasan pendalaman Negeri Pahang...penghijrahan ini juga melibatkan waris kesultanan Pagar Ruyung yang merasa terancam dengan kuasa Sultan yang memerintah. ( Ada dakwaan bahawa..kumpulan ini merupakan waris kesultanan Pagar Ruyung yang dipinggirkan dan dengan salasilah kesultanan ini mereka telah mendapat tempat sebagai pemimpin atau pemerintah di tempat tempat yang tertentu - Contohnya, hubungkait dengan salasilah kesultanan Seri Menanti di Negeri Sembilan, kesultanan Maharaja Perba Jelai di Lipis dan perkaitan dengan salasilah keluarga di Pekan, Chenor.....

Wednesday, June 3, 2009

KISAH WAN ALI

Wan Ali

Dalam sejarah tanah air, penglibatan orang Melayu dalam peperangan menentang penjajah telah lama berlaku, sejak dari Pasukan Gerila Pakeh Unus yang menentang Portugis di Melaka dalam tahun 1511, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Dato Naning Dol Said di Melaka, serta ramai lagi termasuk Datuk Maharajalela di Perak. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, semangat Orang Melayu untuk merdeka sudah marak. Namun, kerana perjuangan kemerdekaan mereka berlaku serentak dengan era kebangkitan pengganas komunis, kerajaan Inggeris telah mengaitkan perjuangan orang Melayu sama dengan perjuangan bersenjata komunis. Justeru, terdapat ramai pejuang kemerdekaan yang menentang kuasa Inggeris, telah menyertai pengganas komunis, bila perjuangan mereka diharamkan oleh Inggeris. Wan Ali juga pada asalnya adalah seorang ketua gerila Melayu yang berjuang menentang kuasa Inggeris untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah. Pasukan Askar Melayu yang berkhidmat dalam negeri Pahang, khasnya dalam kawasan Jerantut dan Kuala Lipis, cukup mengenali kumpulan gerila komunis yang dipimpin oleh Wan Ali. Ramai perajurit muda yang terlibat dalam operasi memburu Wan Ali, merasakan beliau mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi. Ilmu yang dimiliki oleh Wan Ali dikatakan boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangkakan akan berlaku pertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh pasukan Askar Melayu. Namun, dalam satu serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Adnan Ibrahim di Ulu Ceka, Jerantut pada bulan Sep 1948, tiga pengganas Melayu yang ditangkap tiga hari setelah pertempuran tersebut menyatakan bahawa seramai 14 orang gerila telah terbunuh serta Wan Ali sendiri tercedera. Kpl Adnan Ibrahim yang baru berumur 26 tahun bersama sembilan anggota seksyen yang berumur belasan tahun dan awal 20an, bersama beberapa orang kampung, telah dengan berani menentang seramai lebih 60 pengganas komunis Melayu. Pada asalnya tugas Kpl Adnan dan seksyen datang ke Kampung Ulu Ceka ialah untuk mengiringi jurugambar bagi membuat Kad Pengenalan penduduk kampung. Bila mereka mendapat maklumat bahawa pengganas komunis Melayu pimpinan Wan Ali merancang untuk menyerang Kampung Ulu Ceka pada waktu subuh, Kpl Adnan dan Ketua Kampung telah membuat keputusan untuk mempertahankan kampung mereka dengan melakukan serang hendap di jalan masuk ke Kampung Ulu Ceka. Kepimpinan , keberanian yang telah ditunjukkan oleh Kpl Adnan dan anggota seksyen serta lima orang kampung yang hanya bersenjatakan parang dan keris, telah berjaya menyelamatkan penduduk Kampung Ulu Ceka dari serangan pengganas komunis Melayu.

Setelah peristiwa serang hendap di Ulu Ceka, kumpulan gerila pimpinan Wan Ali terus mengganas di beberapa perkampungan pendalaman sekitar Jerantut. Setelah banyak percubaan untuk menangkap atau membunuhnya oleh pasukan tentera Inggeris dan pasukan Askar Gurkha gagal, Wan Ali mula berlagak sombong dan dengan bongkak memberitahu orang kampung bahawa tidak ada biji mata yang berani menentang Wan Ali. Kemuncaknya, beliau telah membunuh Ketua Kampung Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri. Mungkin bapa saudaranya adalah talibarut Inggeris.

Setelah pembunuhan Ketua Kampung Pulau Tawar, satu platun yang diketuai oleh Lt M Syed Muhammad Al -Sagoff telah dating dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis pimpinan Wan Ali. Kekuatan yang dimiliki oleh Wan Ali telah membuatkan Lt M Syed Muhammad bertekad untuk menangkap atau membunuhnya. Sebelum Lt M Syed Muhammad dapat memulakan operasi, beliau telah didatangi oleh seorang penduduk kampung yang juga seorang Pengawal Kampung yang meminta supaya Lt M Syed tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Kampung Pulau Tawar. Pengawal Kampung yang juga bekas seorang anggota polis yang sudah bersara menyatakan bahawa tindakan oleh platun Askar Melayu akan membuatkan Wan Ali dan kumpulan gerila komunis pimpinannya menjadi bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal Kampung tersebut telah meminta tempuh satu minggu untuk beliau bertindak menangkap ataupun menghapuskan Wan Ali.
Dalam tempoh seminggu yang diminta oleh orang kampung, Lt M Syed Muhammad telah didatangi oleh orang kampung menyatakan Pengawal Kampung telah berjaya membunuh Wan Ali. Mayat Wan Ali telah diarak oleh pegawai Inggeris di atas kereta wagon miliknya sendiri sekeliling Bandar Jerantut sebelum dihantar ke Kuala Lipis. Penduduk Jerantut tidak menyukai tindakan pegawai Inggeris tersebut yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam. Dalam sejarah menyatakan bahawa Ketua Gerila Komunis Melayu Wan Ali telah dibunuh oleh platun Askar Melayu dari Jerantut, namun hakikatnya beliau telah dibunuh oleh pesara polis yang merupakan seorang Pengawal Kampung dari Kampung Pulau Tawar. Bagaimana Wan Ali telah dapat dibunuh atau ditewaskan tidak pula diketahui oleh Lt M Syed Muhammad.

Friday, February 20, 2009

PEMIMPIN DAN ULAMA' WAJIB DITAATI?

Hari ini khutbah Jumaat di Pahang, jelas mempromosikan isu terkini dari sudut pihak pemerintah. Setiap hari kita didendangkan bahawa pihak pembangkang menggunakan mimbar masjid, tapi hari ini di seluruh Negeri Pahang, pihak Jabatan Agama, Khatib dan Masjid digunakan.
Biarpun penerangan itu tidaklah mengkhususkan, namun semua orang yang boleh mendengar faham apa yang hendak disampaikan.
Dan yang lebih malang lagi, isi khutbah jelas mengelirukan kerana pehnerangan yangu sebenarnya didolak-dalikkan dan diambil hadis tidak lengkap.

Taat kepada pemerintah dan akur kepada ulama', tiada siapa yang boleh menafikan. Ini jelas terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Di zaman Rasulullah, perkara ini mudah kerana Rasul sebagai pemimpin, RASUL dan ulama'. Jadi persoalan ketaatan dan patuh pada Rasulullah TIDAK TIMBUL. Berbanding di zaman kini, pemerintah dan ulama' berpecah, pemerintah pun naik kerana dokongan puak - puak yang menentang Islam. Ulama' yang jahat lebih banyak dari ulama' yang baik.
Yang hak dan batil adalah jelas. Hanya orang bodoh dan berkepentingan mengatakan hak itu batil atau batil itu hak. Ulama' bukan hanya dinilai dari ilmu, pangkat dan kekayaan, tetapi dinilai sejauh mana ia sanggup menegakkan hak - hak Allah. Sekiranya hanya ilmu dijadikan ukuran, ramai cendekiawan orientalis boleh kita panggil ulama' dan wajib dipatuhi. Ramai juga pendita Yahudi memahami Islam dan memahami Al Quran lebih baik dari ulama' di Malaysia, cuma digunakan untuk menghancurkan Islam, bukan bertujuan menegakkan kalimah Allah.
Pemerintah, bukan semua perlu dipatuhi. Selagi pemerintah menyeru kepada kebaikan, kita patut taat, tetapi apabila pemerintah zalim, kita wajib meninggalkannya. Di zaman kini, pemerintah mesti dipilih mengikut sistem demokrasi yang dipersetujui. Sekiranya ada hamba Allah atau kumpulan yang merampasnya, tidak wajib kita patuh kerana ia telah merampas hak orang yang sepatutnya. Adakah patut kita taat kepada pemerintah yang menipu, zalim, menganiyai rakyat, merompak harta rakyat dan rasuah? Sudah wajiblah pemerintah seperti ini akan memilih ulama' - ulama' yang dapat bersetuju dengan mereka. Ulama' yang tidak sependapat akan dipinggirkaan.
Memang benar kita perlu bersatu. Persoalannya bersatu atas dasar apa? Bersatu untuk melakukan kezaliman dan maksiat, bersatu untuk bangsa atau bersatu atas dasar agama Allah.
Fikir dan renungkanlah. Moga Allah yang memberi hidayah kepada kita. Insya'allah.