Saturday, November 21, 2009

ROYALTI UNTUK PAHANG

Pahang berhak tuntut royalti minyak
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri itu.

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit.

“Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.


Dengar ura - ura Pahang pun terkesan dari pemakluman Tuk Jib, bersetuju untuk memberi Wang Ehsan ke Kelantan. Jika di Kelantan di kawasan yang bertindih, pun dapat. Mengapa Pahang tak dapat. Sepatutnya Kerajaan Pahang kena minta dari dulu lagi. Supaya mudah nak mentadbir negeri. Rakyat yang dapat keuntungan. Semua sedia maklum, telaga minyak di Terengganu hanya bersempadan dengan Pahang. Sudah pasti minyak Pahang yang disedut. Tetapi Pahang tak dapat apa - apa. Jadi Kerajaan Pahang kena minta pampasan balik dari Pusat. Tetapi kena pastikan duit itu untuk rakyat Negeri Pahang sahaja. Jangan dilaburkan kepada golongan tertentu sahaja.
Kalau Pahang diberi royalti pun memang berhak, sebab Pahang banyak berjasa kepada Pusat. Pahang memperuntukkan banyak tanah untuk FELDA, sedangkan Rakyat Pahang hanya 40% sahaja sebagai peneroka. Mengapa Negeri lain sayang nak bagi tanah untuk Felda dami kepentingan rakyat mereka sendiri.Sepatutnya setiap negeri kena membayar pampasan ke Pahang mengikut jumlah rakyat yang dihantar ke Felda.
Bab tadahan hujan, Pahang terpaksa memwartakan KAWASAN YANG LUAS kerana sumber air Negara. Sedangkan hasil yang boleh diperolehi adalah lebihkurang 280 billion. Kerajaan pusat beri pampasan tidak sampaipun 300 juta. Sepatutnya Kerajaan Pusat kena lebih rasional, mungkin bayaran pampasan 200 - 300 billion, boleh dibayar beransur - ansur 200 juta setahun.
Dan tak lama lagi Selangor pun berhak untuk meminta kerana sumbangan yang besar kepada Negara. Ramai rakyat negeri lain bekerja di Selangor, cari makan. Jadi setiap rakyat dari negeri lain yang bekerja di Selangor, Kerajaan Negeri mereka kena bayar pampasan mengikut jumlah rakyat yang ada di Selangor.
Lepas tu tak tahulah Negeri mana lak lagi. Semua negeri berhak mendapatkannya.
Jadi minta awal -awal lah.

Keutamaan Amal Shaleh Pada Sepuluh Hari di Awal Bulan Dzulhijjah

AKRINEbera: Keutamaan Amal Shaleh Pada Sepuluh Hari di Awal Bulan Dzulhijjah

1940, GAMBAR-GAMBAR MENUNAIKAN HAJI

Lihatlah bagaimana 60 tahun dahulu, haji dilaksanakan. Sekarang bagaimana? Dunia begitu cepat berkembang maju.

!! BUJANG SUSAH !!: GAMBAR-GAMBAR MENUNAIKAN HAJI 1940

Thursday, November 19, 2009

PENDAKWAH ATAU AHLI POLITIK?

Ramai yang minat berpolitik, tetapi tidak minat berdakwah. Bagi mereka dakwah kerja yang lekeh. Bagi mereka dakwah tak penting. Tetapi kita lupa, semua Rasul diutuskan untuk berdakwah. Menyeru manusia kepada kebaikkan mengikut acuan penciptanya. Ada yang berjaya mendapat tampuk pemerintahan, ada yang tidak.
Dakwah tidak mengenal untung rugi wang ringgit. Jika berpolitik, sumbangan hari ini pelaburan masa depan. Mungkin hari ini parti kita kalah, tetapi seandainya mendapat kuasa, semua ingin mengaut keuntungan. Tak kira BN @ Pakatan Rakyat, penyokong dan pendokong masih bermentaliti begini.
Dalam dakwah, itu tiada. Yang ada hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi di akhirat kelak. Caci nista mainan bagi pendakwah. Masalah kehidupan mesti ditempuhi. Pendakwah tidak mengharapkan balasan atau tajaan sesiapa pun. Pendakwah banyak berabis wang ringgit demi perjuangan Islam. Dalam politik ramai yang mendakwa berjuang untuk Islam, tetapi dari gerak laku jelas menunjukkan bukan. Dalam istilah dakwah tiada pemimpin yang ditaksubi. Dalam dakwah pedoman Al Quran, Hadis, Ijma diletakkan lebih dari pemimpin. Tetapi dalam politik perlu menaksubkan diri kepada pemimpin, baru dapat kesetiaan. Bab benar atau salah, nombor dua, janji parti mesti dibela, pemimpin mesti menang.
Jadi fikirlah mana kerja yang utama, DAKWAH @ POLITIK?

MENJUAL KULIT BINATANG KURBAN?

!! BUJANG SUSAH !!: MENJUAL KULIT BINATANG KURBAN?

Wednesday, November 18, 2009

AMBO KAGUM NGE TUK GURU

Khabar internet, Tuk Guru dah suruh Arif Fahmi letak jawatan. Melegakan ramai pihak. Moga orang yang di atas pagar tidak memandang serong dengan Tuk Guru dan PAS.
Jelas keterbukaan Tuk Guru, menerima pandangan orang lain. Biarpun berstatus Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Tuk Guru masih sudi mendengar dan mengambilkira buah fikiran orang lain.
Biarpun Tuk Guru tak kenal aku, tetapi aku mengenali Tuk Guru. Tuk Guru adalah imej kepada perjuangan PAS. Di kala orang lain berbalah berpadu atau tidak, Tuk Guru ke depan menjelaskan pendirian beliau. Selamatlah Pakatan Rakyat. Tuk Guru faham tentang strategik dan tendang terajang dalam politik. Biarpun kadang kala pendirian beliau agak kontroversi.
Sebab apa aku sayang Tuk Guru, bukan kerana dia orang PAS, tetapi kerana ilmu dan pendiriannya. Aku malu jika imej Tuk Guru dicar - calarkan oleh orang lain biarpun dari kalangan keluarga sendiri. Kerana Tuk Guru adalah pemimpin dan milik masyarakat bukan sahaja rakyat Kelantan tetapi lambang perjuangan Islam di Malaysia.
Aku tidak mengenali Arif, dan beliau pun sudah wajib tak mengenali aku. Aku pun tak pasti dia baik atau buruk kerana secara pribadi ridak mengenalinya. Tetapi bagiku pada usia begitu, kemampuan untuk memegang amanah besar amat berat. Apakah tiada rakyat Kelantan lain yang mampu?
Kepimpinan perlukan kematangan, bukan sahaja kepandaian. Kematangan perlu ditempuhi oleh pengalaman, bukannya hanya membaca di atas kertas. Mengendalikan manusia tidak sama dengan kendali mesin. Semua orang maklum, jawatan besar ujiannya besar. Rasanya di usia semuda itu Arif belum tentu mampu menanganinya. Faham aje la, usia muda, nafsu pun besar.
Tajaan ke Mekah? Aku tahu orang PAS tak berani komen secara terbuka. Takut mengguris hati Tuk Guru. Takut imej PAS tercalar. Biaya ke Mekah memang diamalkan oleh orang Melayu, bukan sahaja di Kelantan, bahkan seluruh Nusantara. Yang berada akan membiayai orang alim yang lebih dikenali orang agama untuk ke Mekah sekiranya tidak mampu. Tetapi tak pernah pula dengar, biayai orang yang mampu untuk menunaikan haji. Seperti sedia maklum salah satu syarat Haji adalah 'mampu' atau dalam istilah kitab 'berkemampuan'. Adalah menjadi tanggungjawab orang berilmu untuk membetulkannya. Sekiranya kita mampu lebih baik dicadangkan kepada orang lain yang kurang kemampuannya. Adalah tidak patut, seandai kita sendiri mempunyai kemampuan tetapi mengambil hak orang lain.
Teringat kisah seorang kawan. Beliau berpeluang untuk memiliki rumah murah kerana jawatan dan kenalannya. Faham sahaja rumah murah mudah disewakan. Renovate sikit lama - lama boleh jual mahal. Gunalah nama orang lain. Ramai dari golongan ini mempunyai lebih dari 2 @ 3 buah rumah murah. Menguntungkan.
Alhamdulillah, dia tegas menolak tawaran tersebut kerana memikirkan lebih ramai yang benar - benar berhak dan takutkan pembalasan Allah. Beliau kata mengambilnya bererti membuang seorang yang berhak. Mengambil hak orang, zalim namanya. Beliau bukanlah seorang ustaz mahupun orang yang belajar agama Islam secara formal. Tetapi kerana beliau faham tasauf, beliau mampu meletakkan pandangan Allah di depannya. Itu pendapat aku je.
Mat Sabu kata 'Ada tajaan, ada udang sebalik mee..., biasalah itu lumrah alam. Hati orang mana kita nampak, biar baik bagaimanapun. Umpama nasihat seorang Profesor kepadaku, 'Setiap orang ada agendanya, samada benar atau salah, samada menepati hukum Allah atau tidak. Jadi bila difikirkan betul - betul dia menceritakan apa yang dikatakan oleh Imam Nawawi, iaitu Niat. Malangnya kita tak mampu membaca niat hati seseorang.
Berbalik pada tajaan, saya hamba hina di sisi Allah ini, merayu agar kiranya Tuk Guru mohon janganlah ditaja oleh sesiapa pun untuk ke Mekah, menunaikan haji mahupun umrah, selagi Tuk Guru masih dijawatan Menteri Besar Kelantan. Selepas itu terpulanglah kepada Tuk Guru.
Dan saya mohon ampun kerana saya bukanlah orang yang layak untuk menasihati Tuk Guru, apatah lagi untuk mengajar.
Saya berdoa moga Allah sentiasa melindungi Tuk Guru dari kejahatan manusia dan syaitan yang berbisik.

!! BUJANG SUSAH !!: KISAH BENAR: BERTEMU RASULULLAH

!! BUJANG SUSAH !!: KISAH BENAR: BERTEMU RASULULLAH