Sunday, February 22, 2009

ANTARA KEBENARAN DAN KEBATILAN, BOLEHKAH DIADUKKAN?

Kemudian sesudah mereka itu menggantikan kaum yang jahat, yang mempusakai kitab, mereka mengambil harta benda yang buruk lalu katanya, "Nanti Allah akan mengampuni kami". (S. Al A'raf 169)

Kepada para ulama' yang cenderung kepada dunia, Renungilah ayat di atas, moga Allah mengembalikan kamu ke jalan yang benar.

Rasullullah bersabda, "Akan datang kepada manusia di mana Al Quran dijadikan seperti pakaian dikenakan pada badan oleh para pemimpin. Semua urusan mereka didasarkan tamak, tidak ada lagi perasaan takut kepada Allah. Jika salah seorang dari mereka bersikap baik, dia berkata, Allah menerimaku, Dan jika berbuat jahat dia berkata, Allah akan mengampuniku, Maka mereka telah meletakkan tamak, tempat khauf (takut) akibat kebodohan mereka terhadap ancaman - ancaman Al Quran dan ayat - ayat di dalamnya".

Renung lah sejenak, amaran dari Allah dan rasulullah, Ayat - ayat di atas telah diberitahu kepada hampir 1400 tahun yang lalu. Malangnya kita mengambil enteng di dalam memilih pemimpin. Timbang tara kita di atas parti, bukannya keimanan dan arahan Allah. Kita dikelirukan oleh ulama' - ulama' yang rakus, pemimpin yang memutarbelitkan ayat - ayat Allah. Akhirnya kita makin jauh dari rahmat Allah dan petunjuknya.
Kembali kepada Allah dan Rasul, jangan terpengaruh dengan dakyah dari para munafik yang bertopengkan agama demi kepentingan perut dan bawah perut.
Jalan kebenaran adalah jelas, seperti jelasnya antara hak dan batil. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk ke jalan yang diredhai. Insya'allah.

Saturday, February 21, 2009

AMANAH


Amanah ialah memberikan hak. Khianat pula mengurangi hak orang lain.

Sabda Rasulullah, 'Pembohong, penipu dan pengkhianat tempatnya di Neraka.'

'Siapa bekerjasama dengan manusia. Dia tidak menzalimi mereka. Dan apabila berkata tidak bohong. Maka dia termasuk dalam orang yang sempurna harga dirinya, terbukti keadilannya dan berkawan dengannya'.

Di masa kini amat sukar untuk mencari manusia yang amanah. Samada dia ahli politik, penjawat awam, AJK Masjid, JKKK Kampung dan masyarakat. Kerana ini telah dinyatakan oleh Rasul tercinta,
'Sesungguhnya amanat akan diangkat dan manusia sama menjual diri. Hampir tidak seorangpun menunaikan amanat hingga dikatakan, "Pada Bani fulan ada orang yang jujur".

Ahli politik/ pemimpin berebut kuasa tanpa mengendahkan kaedah untuk mencari kekayaan. Masjid digunakan untuk kepentingan diri. Pemimpin kampung mencari ruang untuk mengumpul harta. Penjawat awam menyalah guna kuasa untuk mencari sedikit habuan dunia. Ulama' menjual agama demi sedikit ganjaran. Sistem kemanusiaan telah rosak dan musnah kerana hilangnya amanah.

Hidup di dunia tanpa amanah adalah parah. Mungkin ini ujian bagi kita untuk mengekalkan iman dan taqwa. Beruntunglah kita kerana dipilih hidup pada zaman ini. Walaupun apa ujian sekalipun, bagi yang beriman dan yakin adanya hari Pembalasan, kebenaran mesti ditegakkan. Amanah perlu dikembalikan, masa bukan persoalannya.

Kepada yang masihh mempunyai sedikit iman, yakinlah azab Allah amat pedih. Elaklah diri bersekongkol dengan kaum/golongan/ parti yang zalim. Kembali kepada Al Quran dan Hadis.

Sedikit pengorbanan mungkin menghapuskan dosa - dosa yang kita lakukan.

Friday, February 20, 2009

MEREKA BUKAN ULAMA'.

Derita hati ku melihat anak - anak muda Islam bercumbu - rayu di merata - rata tempat. Derita hati ku melihat anak - anak muda hilang arah dan pedoman. Merempit, melacur, menggadai maruah, menghisap dadah, ketagihan ; malangnya tiada apa yang dapat aku lakukan. Hanya berdoa. Sedu hati ini melihat, umat Islam digoncang, dibunuh, dirogol tanpa belas kasihan di merata dunia. Tetapi di tanahair ini ulama' masih sibuk mengampu. Kerja dakwah ditinggalkan. Lebih banyak mengampu nak kejar kenaikan pangkat, nak tambah gaji, nak buat rumah besar, nak tukar kereta. Malangnya kerja dakwah ditinggalkan.
Kalau ada majlis, ulama' sibuk ke depan, nak baca doa. Bila dipanggil Sahibul Samahah, kembanglah lubang hidung. Maklumlah dapat duduk sebelah raja, sebelah orang besar - besar. Kerja dakwah tak penting lagi.
Buat apa buat kerja dakwah, SKT dah melintang, menegak, apa nak peduli lagi. Ulama' dah tak bertaring. Dah jadi ular dalam semak.
Ulama' orang dah tak hormat. Ulama'e dipersendakan. Tapi yang dipersendakan itu ulama' ke? Kerja dakwah tak serius sebab kena isi SKT. Mengampu lagi kuat. Carilah hukum sana sini sebab nak mengampu. Mereka bukan ulama', mungkin sebab itu Allah hina. Mereka orang yang cari peluang nak naik pangkat, nak tambah harta dunia, nak kejar nama. Kalau tak percaya, bila berhenti kerja, orang tambah tak hormat lagi.
Mereka bukan Ulama', mereka bukan ulama', mereka hanya orang kerajaan. Tu pun tak buat kerja.

Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Ini hanya luahan hati yang lara melihat suasana di tanah air tercinta. Susunan bahasa ala sastera sikit. Kena faham betul - betul.

PEMIMPIN DAN ULAMA' WAJIB DITAATI?

Hari ini khutbah Jumaat di Pahang, jelas mempromosikan isu terkini dari sudut pihak pemerintah. Setiap hari kita didendangkan bahawa pihak pembangkang menggunakan mimbar masjid, tapi hari ini di seluruh Negeri Pahang, pihak Jabatan Agama, Khatib dan Masjid digunakan.
Biarpun penerangan itu tidaklah mengkhususkan, namun semua orang yang boleh mendengar faham apa yang hendak disampaikan.
Dan yang lebih malang lagi, isi khutbah jelas mengelirukan kerana pehnerangan yangu sebenarnya didolak-dalikkan dan diambil hadis tidak lengkap.

Taat kepada pemerintah dan akur kepada ulama', tiada siapa yang boleh menafikan. Ini jelas terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Di zaman Rasulullah, perkara ini mudah kerana Rasul sebagai pemimpin, RASUL dan ulama'. Jadi persoalan ketaatan dan patuh pada Rasulullah TIDAK TIMBUL. Berbanding di zaman kini, pemerintah dan ulama' berpecah, pemerintah pun naik kerana dokongan puak - puak yang menentang Islam. Ulama' yang jahat lebih banyak dari ulama' yang baik.
Yang hak dan batil adalah jelas. Hanya orang bodoh dan berkepentingan mengatakan hak itu batil atau batil itu hak. Ulama' bukan hanya dinilai dari ilmu, pangkat dan kekayaan, tetapi dinilai sejauh mana ia sanggup menegakkan hak - hak Allah. Sekiranya hanya ilmu dijadikan ukuran, ramai cendekiawan orientalis boleh kita panggil ulama' dan wajib dipatuhi. Ramai juga pendita Yahudi memahami Islam dan memahami Al Quran lebih baik dari ulama' di Malaysia, cuma digunakan untuk menghancurkan Islam, bukan bertujuan menegakkan kalimah Allah.
Pemerintah, bukan semua perlu dipatuhi. Selagi pemerintah menyeru kepada kebaikan, kita patut taat, tetapi apabila pemerintah zalim, kita wajib meninggalkannya. Di zaman kini, pemerintah mesti dipilih mengikut sistem demokrasi yang dipersetujui. Sekiranya ada hamba Allah atau kumpulan yang merampasnya, tidak wajib kita patuh kerana ia telah merampas hak orang yang sepatutnya. Adakah patut kita taat kepada pemerintah yang menipu, zalim, menganiyai rakyat, merompak harta rakyat dan rasuah? Sudah wajiblah pemerintah seperti ini akan memilih ulama' - ulama' yang dapat bersetuju dengan mereka. Ulama' yang tidak sependapat akan dipinggirkaan.
Memang benar kita perlu bersatu. Persoalannya bersatu atas dasar apa? Bersatu untuk melakukan kezaliman dan maksiat, bersatu untuk bangsa atau bersatu atas dasar agama Allah.
Fikir dan renungkanlah. Moga Allah yang memberi hidayah kepada kita. Insya'allah.

Sejarah Hidup ALmarhum Syeikh Hassan Al Banna

Sejarah Hidup ALmarhum Syeikh Hassan Al Banna

Thursday, February 19, 2009

HASSAN AL BANNA (SIRI 1)


Imam As-Syahid Hassan Al Banna, nama yang tidak asing bagi para daei. Beliau adalah idola bagi para daei abad ini. Beliau adalah pengasas Ikhwan Muslimin, gerakan dakwah yang ada di merata dunia. Gerakan yang melahirkan beratus ribu pejuang dan pendakwah. Perjuangan beliau setelah jatuhnya empayar Ottoman, menggerunkan pihak barat dan golongan munafik yang bersekongkol menjadi boneka barat, takut akan lahirnya khilafah baru di muka bumi Allah ini.
Jalan untuk menghapuskan pengaruh mereka adalah membunuh para daei, tetapi cahaya Allah adalah lebih dari itu. Allah akan menyebarkan cahayanya. Satu pejuang dibunuh, ribuan akan timbul.
Hassan al banna telah dibunuh, mencukupkan ganjaran syahid, namun perjuangan beliau diteruskan oleh generasi seterusnya.
Moga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada', nabi dan solihin.
Insya'allah, saya akan cuba mendapatkan maklumat berkaitan beliau dan disebarkan.
Kepada para daei dan pejuang Islam, abadikan diri dan jadikanlah para daei terdahulu sebagai rujukan. Ajarkan anak - anak kita mengenali mereka. Jangan biarkan generasi mengenali para artis lebih dari mengenali para ulama'.
Moga kita juga terpilih menjadi pengikut beliau yang memperjuangkan kerja para rasul dan ambiya'.

Monday, February 16, 2009

CIRI - CIRI MUNAFIK

Ciri - ciri Munafik itu banyak. Malangnya ustaz - ustaz kurang mendedahkan perkara tersebut semasa berceramah. Mungkin kerana banyak ciri munafik terdapat pada pimpinan samada pentadbiran kerajaan, parti politik, persatuan, pertubuhan mahupun organisasi kampung.
Di zaman Rasulullah kaum munafik telah mencecah hampir 30%, ini fakta semasa Perang Uhud. Tidak hairan sekiranya kaum Munafik kini boleh mencecah 80 - 90% dari populasi umat Islam.
Tidak mustahil kita juga boleh tergolong dalam golongan Munafik. Berhati - hatilah, moga Allah menjauhkan kita dari golongan ini.
Golongan Munafik akan bertindak seolah - olah merekalah muslim sejati, berjuang untuk agama tetapi sebenarnya hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Surah Munafiqun,
1. Apabila datang kepada engkau orang - orang Munafiq, mereka berkata: Kami menjadi saksi, bahawa engkau (Muhamad) sungguh Rasul Allah. Allah mengetahui, bahawa engkau rasulnya dan Allah menjwadi saksi, bahawa orang Munafiq itu dusta.
2. Mereka jadikan sumpah mereka, untuk memeliharakan(melepaskan diri), lalu mereka menghalangi (manusia) daripada jalan Allah. Sungguh amat jahat apa - apa yang mereka kerjakan.
3. Demikian itu, kerana mereka beriman (pada lahirnya), tapi kafir (pada batinnya), lalu ditutup mata hati mereka, sehingga mereka tiada mengerti.

(bersambung)..

Renungilah ayat di atas, dan nilailah diri kita, keluarga, saudara - mara, pemimpin kita. ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI?

Setakat mana kita menyintai agama kita. Setakata mana kita berusaha melakukan ibadat kita? Satu hari berapa kali kita menunaikan solat jemaah? Satu hari berapa banyak Al - Quran yang dibaca? Satu hari berapa banyak zikir dilafazkan? Nilailah diri sendiri. Mungkinkah kita termasuk ke dalam golongan ini. Moga Allah menjauhkan kita.