Showing posts with label ikhwan muslimin. Show all posts
Showing posts with label ikhwan muslimin. Show all posts

Monday, February 7, 2011

MESIR ..IKHWAN MUSLIMIN vs MUBARAK @ MURTABAK


Mesir, negara yang banyak menyimpan sejarah ketamadunan manusia. Kisah para Nabi banyak yang menyentuh Mesir. Al Quran juga menceritakan kisah Musa a.s dan Firaun yang berlaku di Mesir.
Di era moden ini, Mesir juga mencipta satu nama yang tidak asing. Imam Hassan Al Banna, syahid yang memulakan gerakan Ikhwan Muslimin, gerakan yang menggantikan Kerajaan Usmaniah. Gerakkan yang menakutkan Israel dan Kafir di muka bumi. Seperti sedia maklum, ramai anggota Ikhwan yang syahid, disiksa, dan dipenjara dan dibunuh atas alasan membendung kegiatan pelampau. Biarpun Ikwan bermula, bertapak dan berkembang di Mesir, namun untuk mendapat tempat pemerintahan adalah agak mustahil. Itulah nasib Gerakan Islam di akhir zaman. Biarpun mendapat sokongan rakyat, namun apabila bertanding sudah pasti kalah. Jika menang sekalipun akan dirampas secara mendadak oleh kuasa lain pula. Memang pilihanraya atau Sistem Demokrasi hanya wayang ciptaan Yahudi atau Barat untuk membendung Islam berkembang.
Kini demonstrasi di Mesir agak meruncing. Hampir 14 hari mereka berdemo dan angka korban pun ramai. Tetapi Mubarak masih berdolak dalik, mungkin masih mengharapkan bantuan dan sokongan sekutunya Amerika dan Israel. Katanya jika meletak jawatan negara Mesir akan hancur kerana Ikhwan akan ambil alih. Bagaimana dengan selama ini, segala tindak tanduk Mesir mesti mendapat restu dari Zionis terlebih dahulu. Sehinggakan Mubarak sanggup membunuh saudara seagama di Gaza semata - mata untuk memuaskan hati Zionis. Memang Mubarak seorang yang hina dan moga Allah menurunkan seberat - berat azab ke atasnya.
Sekutu Amerika pula sedang menjauhkan diri dari Mubarak. Mungkin Amerika tidak mahu dikaitkan dengan kezaliman Mubarak. Namun begitu, El Baradei juga nama yang akan menjadi boneka Amerika seandainya Mubarak tumbang.
Kepada para pejuang Ikhwan di Mesir, moga Allah menurunkan bantuan dan kekuatan. Dan Insya'allah Islam akan menang jua.

Thursday, February 19, 2009

HASSAN AL BANNA (SIRI 1)


Imam As-Syahid Hassan Al Banna, nama yang tidak asing bagi para daei. Beliau adalah idola bagi para daei abad ini. Beliau adalah pengasas Ikhwan Muslimin, gerakan dakwah yang ada di merata dunia. Gerakan yang melahirkan beratus ribu pejuang dan pendakwah. Perjuangan beliau setelah jatuhnya empayar Ottoman, menggerunkan pihak barat dan golongan munafik yang bersekongkol menjadi boneka barat, takut akan lahirnya khilafah baru di muka bumi Allah ini.
Jalan untuk menghapuskan pengaruh mereka adalah membunuh para daei, tetapi cahaya Allah adalah lebih dari itu. Allah akan menyebarkan cahayanya. Satu pejuang dibunuh, ribuan akan timbul.
Hassan al banna telah dibunuh, mencukupkan ganjaran syahid, namun perjuangan beliau diteruskan oleh generasi seterusnya.
Moga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada', nabi dan solihin.
Insya'allah, saya akan cuba mendapatkan maklumat berkaitan beliau dan disebarkan.
Kepada para daei dan pejuang Islam, abadikan diri dan jadikanlah para daei terdahulu sebagai rujukan. Ajarkan anak - anak kita mengenali mereka. Jangan biarkan generasi mengenali para artis lebih dari mengenali para ulama'.
Moga kita juga terpilih menjadi pengikut beliau yang memperjuangkan kerja para rasul dan ambiya'.