Wednesday, February 16, 2011

Fitnah - Fitnah 2 : CERITA LUCU DARI MALAYA

Di akhir zaman, Fitnah makin menjadi- jadi. Fitnah adalah senjata orang yang lemah. Alangkah hina, sehina - hinanya manusia yang berselindung dan terbabit dengan Fitnah.
KedahLanie.info: Fitnah 2 : Saifool MELAWAN ketika diliwat dan penemuan 'bukti baru'

Monday, February 14, 2011

MARI BELAJAJAR SOLAT JAMA' QASAR

Dulu bila mak bapak suruh belajar kelas agama, kata tak ada faedah. Dah besar menyusahkan orang, asyik kerja buat fitnah.
! BUJANG SUSAH !: BLOGER UMNO TIPU SULTAN?

Sunday, February 13, 2011

PILIHANRAYA LAGI...


Nampak gayanya pilihanraya datang lagi. Maka mencurahlah rezeki untuk rakyat. Kalau rakyat pandai, sokong bukan parti kerajaan, maka akan lebih mencurah lah rezeki lagi. Nampak gaya Allah telah menurunkan rezeki melimpah ruah di Kerdau, cuma bergantung kepada rakyat di sana, nak rezeki lebih atau tidak.

Wednesday, February 9, 2011

Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi??

Demi mempertahankan KETUANAN MELAYU, negara ini digadai. dijual, diperkosa, dan diperlakukan apa sahaja. Demi KETUANAN MELAYU, negara ini dibanjiri oleh peniaga asing. Lihat ...BukaN sahaja Indon, Siam, Kemboja, Myanmar, Vietnam, anti - Islam...janji sokong KETUANAN MELAYU akan dibela, biarpun orang MELAYU dihenyak dan tidak diberi peluang.
Nampak gayanya Pakatan Rakyat lebih prihatin dalam memperjuangkan nasib orang Melayu. BACA SENDIRI...
Anak Sungai Derhaka: Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi?? Nak provoke tu.. agak-agak la Bro..

Monday, February 7, 2011

MESIR ..IKHWAN MUSLIMIN vs MUBARAK @ MURTABAK


Mesir, negara yang banyak menyimpan sejarah ketamadunan manusia. Kisah para Nabi banyak yang menyentuh Mesir. Al Quran juga menceritakan kisah Musa a.s dan Firaun yang berlaku di Mesir.
Di era moden ini, Mesir juga mencipta satu nama yang tidak asing. Imam Hassan Al Banna, syahid yang memulakan gerakan Ikhwan Muslimin, gerakan yang menggantikan Kerajaan Usmaniah. Gerakkan yang menakutkan Israel dan Kafir di muka bumi. Seperti sedia maklum, ramai anggota Ikhwan yang syahid, disiksa, dan dipenjara dan dibunuh atas alasan membendung kegiatan pelampau. Biarpun Ikwan bermula, bertapak dan berkembang di Mesir, namun untuk mendapat tempat pemerintahan adalah agak mustahil. Itulah nasib Gerakan Islam di akhir zaman. Biarpun mendapat sokongan rakyat, namun apabila bertanding sudah pasti kalah. Jika menang sekalipun akan dirampas secara mendadak oleh kuasa lain pula. Memang pilihanraya atau Sistem Demokrasi hanya wayang ciptaan Yahudi atau Barat untuk membendung Islam berkembang.
Kini demonstrasi di Mesir agak meruncing. Hampir 14 hari mereka berdemo dan angka korban pun ramai. Tetapi Mubarak masih berdolak dalik, mungkin masih mengharapkan bantuan dan sokongan sekutunya Amerika dan Israel. Katanya jika meletak jawatan negara Mesir akan hancur kerana Ikhwan akan ambil alih. Bagaimana dengan selama ini, segala tindak tanduk Mesir mesti mendapat restu dari Zionis terlebih dahulu. Sehinggakan Mubarak sanggup membunuh saudara seagama di Gaza semata - mata untuk memuaskan hati Zionis. Memang Mubarak seorang yang hina dan moga Allah menurunkan seberat - berat azab ke atasnya.
Sekutu Amerika pula sedang menjauhkan diri dari Mubarak. Mungkin Amerika tidak mahu dikaitkan dengan kezaliman Mubarak. Namun begitu, El Baradei juga nama yang akan menjadi boneka Amerika seandainya Mubarak tumbang.
Kepada para pejuang Ikhwan di Mesir, moga Allah menurunkan bantuan dan kekuatan. Dan Insya'allah Islam akan menang jua.