Wednesday, July 15, 2009

MASA YANG SINGKAT.

Kehidupan jika dinilai satu persatu apa yang kita tempuhi setiap hari, sebenarnya tidak bermakna. Hanya satu permainan. Hanya rencah hidup dan banyak perkara yang remeh temeh. Tiada manfaat. Tetapi tanpa rencah ini, hidup kita tiada yang menarik. Tiadalah kehidupan.
Jika kita terlalu menumpukan kepada kerjaya. Dan kita yakin kerjayalah yang akan memberikan pulangan terbaik untuk masa depan dan kewangan. Apalah nilai hidup ini? Dan ramai manusia yang gagal dalam hidup tetapi berjaya di dalam kerjaya. Tetapi satu hari nanti, khidmat beliau tidak diperlukan, terpaksa bersara atau pencen. Tiada kuasa dan kenalan yang mendekati lagi. Disaat itu kita lihat berjalan keseorangan. Ramai contoh seperti ini yang dapat kita lihat di sekeliling kita.
Hidup akan disulami dengan asam garam, seperti kesusahan, keperitan, kesedihan, kepiluan dan kesakitan. Umpama di alam rumah tangga perlukan sedikit pertengkaran dan perselisihan pendapat untuk menceriakan suasana. Jika suami isteri hanya beraman - damai, rasanya agak janggal. Tanpa keperitan di dalam kehidupan, tiadalah pengalaman dan kesakitan. Hidup hanya menjadi satu warna, tiada hitam putih.
Jika si bapa tidak pernah membesarkan anak, tidak merasa perit - jerih membesarkan anak sendiri, maka tiadalah cinta kasih sayang yang mendalam. Ingatan kepada anak tersebut juga sama seperti ingatan kepada rakan. Tidak mustahil, anak juga tiada perasaan kasih sayang kepada si bapa tadi.
Tanpa asam garam kehidupan, sebenarnya tiada kehidupan. Tiada insan yang kekal, tiada insan yang kuat sepanjang masa. Kita akan kembali, itulah keyakinan yang mesti ada. Cuma masa yang menentukan.
Jadikan masa yang singkat untuk perbuat kebaikan dasar kebajikan. Sebanyak mana harta yang ada, cuma diberi kepada orang lain sahaja. Jika dibawa ke kubur pun tiada manfaat.
Masa yang ada pergunakanlah untuk kebaikan semua manusia dan binatang. Jangan sampai kita tidak dinilai oleh dunia. Samada ada atau tiada, sama sahaja.

Tuesday, July 14, 2009

PAS MENANG DI MANEK URAI, UMNO SEDIAKAN ALASAN

Kesibukkan mencari rezeki menyebabkan aku ketinggalan. Semasa pengisytiharan kemenangan PAS di Manek Urai, aku masih di lebuh raya mencari jalan pulang. Bukan untuk mencari kekayaan tetapi sekadar rezeki untuk hidup, menampung keluarga. Tidak seperti sebahagian ahli politik, ada yang berlipat - lipat ganda tabungan di bank. Ada juga yang mengharap belas kasihan dari orang lain.
PAS Menang di Manek Urai dengan majoriti 65 orang. Cukup tipis, tetapi tetap menang. Seorang tuk peraih (dakwaan Parti Keris Tak Bersarung) akan rasmi menjadi ahli politik dan mmemperjuangkan nasib rakyat Manek Urai. Akan bergelumang dengan ragam penduduk setempat. Tak kira dari Parti lawan mahupun parti sendiri. Atau dari pengundi atas pagar. Jika berjiwa rakyat, akan bergelumang dengan masalah. Jika tidak boleh berpura - pura buat kerja, cakap kena banyak (orang politik), bila sampai masa jumpa pilihanraya sekali lagi. Kalau kalah pilihanraya menang lagi, teruskan kerja macam biasa, kalau kalah dapat pencen.
Bagi ahli Parti Keris, pelbagai alasan dan dakwaan boleh dikemukakan. Mungkin gembira kerana majoriti dapat dikurangkan ataupun merasakan telah diterima oleh penduduk Manek Urai. Tetapi yang jelasnya, tetap kalah. Yang nyatanya Ketua Bahagian tidak terjejas. Peruntukkan dan projek tetap macam biasa. Tempias terasa hingga ke ahli Parti yang bersaing siang malam dengan orang atas.
Itulah ragam politik. Semua ada agenda. Ada untuk perjuangan. Ada untuk parti. Ada untuk diri sendiri. Yang nyatanya, semua ada kepentingan untuk diri sendiri. Mungkin kalau dikurangkan gaji Tok Wakil kepada RM1000.00/ bulan bersih, barulah rasanya akan kurang orang berminat nak jadi Wakil Rakyat atau nak jadi pemimpin. Atau kesalahan pemimpin perlu dihukum berat dibandingkan dengan rakyat biasa.
Musim bulan madu penduduk Manek Urai telah tamat. Tiada lagi orang berpusu - pusu. Tiada lagi orang cari rumah sewa. Rezeki dah balik kepada biasa. Orang Manek Urai boleh teruskan kehidupan untuk mencari sesuap nasi. Cuma sudah pasti ada jamuan kemenangan dan perpisahan. Maka adalah peluang dapat makan free. Itulah rezeki bila ada pilihanraya.

Friday, July 10, 2009

UPSR DAN ASRAMA PENUH

Hari ini aku tak nak bercoret tentang politik. Mungkin hari tanpa politik. Bangun pagi fikir politik, Tengahari fikir politik, malam fikir politik. Hanya untuk hari ini, BEBAS POLITIK.
Hari ini hari Sabtu, budak sekolah cuti. Tetapi budak Darjah 6, kena sekolah. Kasihan aku tengok. Bukan sekadar hari ini, cuti mereka terpaksa dikorbankan. Sebenarnya sejak berminggu - minggu sebelum ini lagi. Kasihan budak Darjah 6.
Penting sangat ke UPSR? Gelap ke masa depan anak - anak kalau tak dapat 5A? Itulah persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran. Mengapa? Mengapa dan Mengapa?
Rumusannya, ini dunia materialistik dan fantasi. Fantasi dan angan - angan ibubapa serta guru. Ibubapa berangan kerana dulu tak pernah masuk asrama penuh, jadi dikorbankan anak - anak. Dipaksa bagai nak rak untuk mendapatkan 5A. Sekolah, Tuisyen, Kelas Tambahan dan pelbagai program entah apa - apa lagi. Konon nak bagi cemerlang, gemilang dan terbilang. Tetapi kita lupa, Kita telah menzalimi anak - anak kita. Dipaksa dan ditekan sehingga kekadang melampaui kemampuan mereka. Anak - anak makin tertekan.
Jarang ibubapa yang menekankan tentang akhlak anak - anak. Bagi seorang Muslim, adakah anak sudah hadam Fardu Ain dan Fardu Kifayah? Bagaimana dengan sembahyang, puasa mereka? Ada ibubapa berfikir, itu bukannya boleh makan minum? Betul tak boleh makan minum, tetapi penting untuk hidup yang lebih berakhlak, dan mencari makan minum dengan cara yang betul, bukan hentam sondol saje.
Di dalam menjayakan Program Rosakkan Anak Anak ini, guru - guru juga memainkan peranan yang agak penting. Tetapi keterlibatan guru ini lebih berpaksikan gaji dan pangkat. Biasalah bila makan gaji tertakluk kepada bos iaitu sang Guru Besar. Kalau Guru Besar berangan nak dapat JUSA alamatnya sakitlah anak buah. Habis dikerahnya, UPSR dah jadi sama penting dengan periksa di Universiti. Bial sekolah berjaya dapat 5A, ada peluang jadi Guru Besar terbaik, tersohor, dan ter...ter... entah apa - apa lagi. Guru bukannya mendidik, tetapi hanya mengajar. Yang rajin dan berminat nak merosakkan anak murid pula, akan membuat kelas - kelas tambahan wajib berbayar. Ini lagi hebat. Jadi tak hairanlah Cikgu - Cikgi sekarang boleh bawa kereta mewah hasil titik leleh tuisyen sahaja. Ajar anak murid kejar harta, moga lebih cepat punah.
Yang jadi mangsa adalah anak - anak. Ada juga yang berjaya sebab mereka memang pandai. Tetapi lebih ramai yang gagal dan tidak berjaya. Yang berjaya terus kena belajar, masuk asrama. Belajar segala - galanya di dalamnya. dari rokok hingga wanita. Silap - silap minat sesama sejenis.
Sebenarnya rezeki Allah dah tentukan. Kita kena pandai melihat bakat dan kepandaian anak - anak. Tidak semua anak - anak akan berjaya dalam pendidikan akademik. Ada yang lebih kepada kemahiran. Akhirnya bila berada di dunia pekerjaan, semuanya sama. semuanya perlu menyumbang. Ada kalanya yang di dalam bidang kemahiran lebih tinggi pendapatan dan lebih mudah mencari rezeki dari yang duk keluar Universiti.
JANGAN ROSAKKAN ANAK DEMI IMPIAN IBUBAPA DAN MATLAMAT GURU.

CINA ISLAM (林川興): Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

CINA ISLAM (林川興): Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

Thursday, July 9, 2009

MANEK URAI: ISU DURIAN DAN MINYAK

Ada orang panggil dia Mat Sembab (cukup celupar). Namun dia dah jadi orang besar. Orang penting, katanya VVIP. Post no. 2 dalam Negara.
Sekarang ini kalau ada pilihan raya, dia akan ke depan, membawa panji perang macam cerita pahlawan dulu kala.
Manek Urai, pilihan raya tak dijangka, langkah pertama menjadi Jenderal Perang. Semalam slogan dia berkumandang seantero Malaya. Manek Urai akan dijadikan anak emas Kerajaan Pusat jika menang parti Keris Tak Bersarung.
Kah! kah! kah! Kenapa pula Manek Urai kena jadi anak emas? Tak cukupkah anak yang Parti Keris Tak Bersarung ini ada. Anak - anak yang ada pun tak cukup makan. Tak payahlah nak tambah anak lagi. Apakah maju sangat negeri yang diperintah dan ditadbir oleh Parti Keris ini. Banyak Negeri dilihat lebih daif dari Negeri diperintah oleh Parti Bulan (Sabit dan Penuh). Rakyat di Negeri sendiri pun masih bodoh dan ketinggalan. Jadi mengapa nak ambil anak emas dari Parti Bulan Penuh. Lebih baik tumpukan kepada anak - anak yang ada. Beri bantuan pendidikan, perniagaan, peluang kehidupan. Biarlah Parti Bulan menjaga anak - anak mereka.
Media Parti Keris cerita, masalah pekebun kecil di Manek Urai, tak dapat jual durian jika banyak. Harga cukup murah. Tak ada pembeli. Masalah ini bukan sahaja di Manek Urai. Nampak sangat nak tunjuk konon, tempat Parti Bulan nak jual buah durian pun tak boleh. Habis selama ini buah durian itu buat apa? Melainkan ini baru kali pertama berbuah. Rasanya Mat Sembab lebih baik fikir macamana nak bantu petani nak jual durian di Negeri yang diperintah Parti Keris Tak Bersarung. Mungkin Mat Sembab tak tahu sebab selama ini asyik makan free sahaja. Harga durian kampung memang tiada harga sekarang ini. Dulu memanglah ada harga, tetapi sekarang durian kampung dah digantikan oleh durian klon. Harga kira longgok je lah. Sepatutnya Mat Sembab kena fikirkan nak buat apa dengan durian. Semua orang tahu, jika tiada industri hiliran, tak akan ke mana buah - buahan di Malaysia.
Masalah ini bukan hanya di Manek Urai. Bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, beli buah durian. Itu tanggungjawab badan Kerajaan yang diterajui oleh Kerajaan Pusat seperti FAMA. Jadi kuasa ada pada siapa?
Niat nak burukkan Kerajaan Kelantan, rupa - rupanya hanya membuka pekung di dada.
Mat Sembab tak pandai bawa isu. Bawa isu durian yang menjerat diri sendiri. Mungkin sebab nak konar dari isu royalti. Atau terlebih makan durian free, tu sebab jadi Sembab.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan

Semalam inilah berita yang agak menggembirakan daku bila mendengarnya. Bukan gembira kerana kemenangan, tetapi gembira Kerajaan mengakui kesilapannya. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan. Selain dari Indonesia, mana ada Negara yang memartabatkan Bahasa Melayu. Jika Kerajaan sendiri menolak Bahasa Ibunda, pakah kita kena berharap pada Siam, Filipina, Kemboja, Viertnam atau singapura untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Kemenangan kepada rakyat tanpa mengira bangsa.
Tentang kosnya PPSMI dengar khabarnya telah berbillion ringgit dihabiskan. Berapa kos yang sebenar hanya Kerajaan yang lebih mengetahui.
Dengar khabar juga, TPM kena menerangkan isu dan mohon restu dari Mantan Mamak Bendahara yang lalu. Entahlah, tetapi dengar - dengar dari mulut TPM sendiri. Apa gerangannya tiadalah patik ketahui. Kalau sampai tahap itu, kuasa besar sangatlah Mantan Mamak Bendahara itu. Tak akan lah kita tak mampu berfikir mana yang baik mana yang buruk. Sampai kena mohon perkenan. Apa, Negara ini mantan Mamak itu punya ka?
Moga selepas ini tiada lagi dalang pengkhianat bangsa, yang berfikir hanya untuk memusnahkan bangsa secara perlahan - lahan.